Thursday, May 31, 2012

mlm untung atas angin

Untung atas angin


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
SAYA ada menyertai syarikat multi level marketing (MLM), adakah ia halal? Pekerjaan saya hanya perlu mencari orang bawah (downline) tanpa perlu menjual produk dan apabila orang bawah semakin ramai, orang atas (upline) mendapat keuntungan seperti untung atas angin tanpa berusaha.
Bagaimanapun, syarikat itu berdaftar dan mempunyai sijil halal. Kini, saya berasa runsing kerana takut mendapat rezeki yang haram.

FAIRUS,
Johor




SECARA umumnya perniagaan pemasaran berperingkat (MLM) dibenarkan Islam. Di negara ini, ia juga disahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di bawah Akta Jualan Langsung (AJL).

Berbeza dengan perniagaan biasa, MLM adalah sejenis jualan langsung daripada syarikat pengeluar kepada pelanggan. Apabila seseorang berjaya memasarkannya, ia mendapat ganjaran iaitu harga yang lebih murah daripada harga runcit.

Perniagaan MLM membabitkan pemasaran peringkat bermula daripada syarikat pengeluar dan pelantikan pihak bawahan (downline) termasuk pengedar, peruncit dan pelanggan.

Mana-mana perniagaan termasuk MLM mesti berlakunya perpindahan barangan atau perkhidmatan secara jual beli.

Berbanding skim piramid, ia hanya menumpukan kepada mencari dan menambah downline semata-mata tanpa perlu menjual bara�ngan atau perkhidmatan.

Akhirnya tiada apa yang diniagakan pengusaha dan apabila tiada lagi downline, ia terpaksa ditutup dan mereka berada di bawah yang mendapat kerugian.

Justeru, undang-undang mengharamkan skim piramid. Sekiranya MLM yang anda usahakan bertepatan dengan perniagaan dalam Islam dan disahkan kerajaan, pendapatan yang diperoleh adalah halal.

Bagaimanapun, berdasarkan keterangan anda di atas, MLM itu tidak halal dan termasuk bentuk penipuan dan skim piramid. Ia mengambil kesempatan daripada sifat tamak dalam diri manusia seperti hendak cepat kaya tanpa berusaha.

Wajar bagi anda untuk meninggalkan MLM berkenaan.

Monday, May 28, 2012

bengkel kembara di subang jaya

repair works, engine conversions, wiring, performance parts, and all related works.... plus.. interior, upholstery, cushion cleaning. professional engine wash..

e-1-2, usj 16/7,
sri tanjung apartment,
usj subang jaya selangor

call-019-2466958

email - occu.detailers@gmail.com

yahoo! messenger. - faridadley85

coordinate - +3° 2' 8.69", +101° 34' 29.18" (3.035747, 101.574773)

semak arah kiblat

Matahari tegak di atas Kaabah petang ini

28 Mei 2012
KUALA LUMPUR - Umat Islam di negara ini berpeluang menyemak arah kiblat yang betul pada pukul 5.16 petang hari ini (waktu Malaysia) berikutan fenomena Istiwa' Matahari di atas Ka'abah, iaitu matahari akan berada tegak di atas Kaabah, di Masjidil Haram, Makkah.

Laman Facebook milik Observatori Negara Langkawi (NOL), di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, memberikan pautan www.falak-online.net yang menyebut matahari akan berada tepat di atas Kaabah dua kali setahun iaitu pada 5.16 petang 28 Mei dan juga pukul 5.28 petang 16 Julai.

Di Makkah, Arab Saudi, ia berlaku pada 12.16 tengah hari 28 Mei dan 12.28 tengah hari pada 16 Julai.

Laman sesawang itu juga memaklumkan cara menyemak arah kiblat iaitu dengan memacak kayu atau pancang di atas tanah yang tidak dilindungi sebarang pokok atau bangunan supaya bayang kayu yang dipacakkan itu dapat dilihat dengan jelas.
"Apabila tepat masanya, pastikan bayang-bayang yang ada jelas dan tidak dilindungi. Kemudian buat garisan bayang-bayang itu ke arah matahari supaya mendapat arah kiblat yang tepat, Insya Allah," menurut laman itu.- Bernama

Sunday, May 27, 2012

surat mufti

Surat mufti ‘tak laku’
KHAIRIL ANWAR MOHD AMIN
27 Mei 2012
Surat mufti ‘tak laku’
Dr Juanda menunjukkan surat sokongan daripada pihaknya yang diserahkan kepada
Mohd Noor Akhmal (kiri) untuk membantu dalam permohonan menasabkan anak
kepada JPN Perlis.
KANGAR - Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya terkejut apabila mendapati surat sokongan beliau dalam kes permohonan menasabkan anak oleh seorang bapa, Mohd Noor Akhmal Mat Isa, 27,  dianggap ‘tidak laku’ oleh Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) Perlis.
Dr Juanda berkata, jabatan kerajaan itu sepatutnya menerima surat sokongan daripada jabatan kerajaan lain terlebih dahulu sebelum mempertimbangkan sama ada untuk menerima atau menolak permohonan yang disertai surat sokongan itu.
Menurutnya, Perlis memperakui anak yang lahir kurang enam bulan daripada perkahwinan yang boleh dinasabkan oleh bapanya berdasarkan fatwa negeri Perlis yang dikeluarkan pada tahun 2008.
“Sekiranya anak itu tidak dinafikan nasab oleh bapanya kita terima pengakuan tersebut iaitu anak berkenaan boleh dibinkan kepada bapanya.
“Sebelum ini, saya mengeluarkan banyak surat sokongan seperti itu kepada ramai pemohon di seluruh negara sebelum ini yang mana diterima untuk diproses di JPN lain kecuali di Perlis,” katanya sewaktu ditemui media di pejabatnya di sini lewat petang kelmarin.
Justeru, Dr Juanda memohon JPN Perlis mempertimbangkan kembali kes permohonan menasabkan anak yang dikemukakan Mohd Noor Akhmal bagi mengelakkan masa depan kanak-kanak itu  terjejas.
Sementara itu, Pengarah JPN Perlis, Bakhtiar Effendy Khalid ketika ditemui media enggan mengulas lanjut mengenai kes itu dan meminta Mohd Noor Akhmar berhubung dengan Ibu  Pejabat JPN di Putrajaya untuk penjelasan lanjut

Wednesday, May 23, 2012

pelemah nafsu

Penjenayah seks dihukum suntikan kurang nafsu
Wartawan Sinar Harian
24 Mei 2012
SEOUL - Korea Selatan akan mengenakan suntikan kimia pertama terhadap pesalah laku seks kanak-kanak yang dikenakan hukuman itu, menurut pegawai kerajaan, semalam.

Jurucakap Kementerian Keadilan, Kim Hyung-Yul berkata, penjenayah yang dikenali sebagai Park, 45, akan dibebaskan dari penjara pada Julai depan selepas menjalani hukuman penjara 10 tahun atas kesalahan cuba untuk merogol kanak-kanak berumur 10 tahun.

"Bagi mengelakkan Park melakukan jenayah sama, dia akan diberikan suntikan untuk mengurangkan nafsu seks sebanyak 12 kali selama tiga tahun," menurutnya lagi.

Tuesday, May 22, 2012

peluang memohon biasiswa

ARKIB : 22/05/2012

Masih ada peluang pelajar mohon pinjaman JPA

JABATAN Perkhidmatan Awam (JPA) merujuk kepada surat pembaca Awaludin Joned, Melaka bertajuk 'Kenapa Anak Saya Tersisih' yang disiarkan di dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 4 Mei 2012.
Skim Pinjaman Yuran Pengajian Luar Negara kelolaan JPA sering menjadi tumpuan pelajar-pelajar persendirian yang mengikuti pengajian di universiti sebagai salah satu sumber kewangan bagi membiayai pengajian mereka di luar negara.
Justeru, saban tahun permohonan yang diterima Jabatan ini melebihi bilangan tempat yang ditawarkan. Ini kerana peruntukan Tabung Pusingan Pinjaman Pelajaran adalah terhad dan bergantung kepada prestasi bayaran balik yang diterima daripada peminjam terdahulu.
Jabatan ini sentiasa berusaha untuk menambah baik proses pemilihan dan penawaran bagi program pinjaman yang ditawarkan. Pemilihan adalah berdasarkan jumlah keseluruhan markah yang diperoleh pelajar mengikut kriteria (merit akademik, pendapatan keluarga dan bidang pengajian yang diikuti pelajar) yang ditetapkan.
Namun begitu, pelajar yang tidak ditawarkan pinjaman dalam permohonan terdahulu masih berpeluang untuk mengemukakan permohonan pada sesi akan datang. Ini kerana permohonan bagi kemudahan pinjaman ini dibuka dua sesi setahun iaitu pada bulan Februari dan Julai setiap tahun.
Maklumat berkaitan sesi yang akan datang boleh diperolehi melalui laman web http://esila.gov.my atau emel kepada penawaranlsp@jpa.gov.my jika terdapat sebarang

Monday, May 21, 2012

untung kahwin

ARKIB : 20/05/2012

Apa untungnya kahwin

SAYA sependapat dengan Masizlan, memang tidak ada bahagianya jadi andartu. Allah mencipta manusia berpasang-pasang. Ada lelaki dan perempuan dan dari sanalah berkembangnya umat. Kalau tak kahwin jangan hina hidup orang berkahwin yang tak bahagia.'' Itu pandangan Mawar dalam e-melnya.
''Saya berkahwin pada usia 30 tahun setelah tujuh kali kecewa cinta. Saya tidak pernah serik dan sentiasa berdoa agar Allah temukan jodoh dengan lelaki yang benar-benar ikhlas menerima saya seadanya, terima segala kelemahan atau kelebihan saya dan dapat membimbing saya mencari keredaan Allah SWT.
''Sememangnya jodoh, ajal, maut di tangan Allah tetapi dengan menidakkan atau mengatakan lebih bahagia jadi andartu daripada berumahtangga, itu saya tak setuju. Kita harus berusaha dengan cara yang dibenarkan di samping jangan putus asa menadah tangan kepada Allah.
''Saya dan suami sahabat biasa di universiti. Memang sukar diteka perasaannya pada saya sebab dia tidak menunjukkan yang dia menaruh hati pada saya, tapi setelah lama berkawan, dia berani bawa saya ke majlis kahwin kawan kami. Saya beranikan diri walaupun malu bertanya apa perasaannya terhadap saya.
''Suami jawab ringkas - saya sukakan awak" dan saya membalas "Kalau benar-benar ikhlas, jumpalah mak ayah saya". Alhamdulillah selepas itu segalanya berjalan baik sehingga hari ini biarpun kadang kala ada saat gembira dan kecewa namun kami segera atasi dengan rasa tanggungjawab, hormat dan kasih sayang. Kami tidak biarkan isu kecil jadi besar. Bagi kami, setiap masalah ada penyelesaian jika dibincang mengikut landasan agama.
''Antara perasaan indah bagi wanita yang berkahwin apabila mengandung dan melahirkan anak. Masa tu pasti kita sedar dan menghargai susah payah ibu melahirkan kita dahulu dan berazam mendidik anak-anak kita untuk berjaya dunia dan akhirat.
''Kepada Norazlinda dan gadis-gadis seangkatan dengannya yang merasa selesa jadi andartu, saya sarankan keluarlah daripada pemikiran tersebut. Ingatlah hidup kita bukan saja mencari kebahagiaan di dunia bahkan akhirat.
''Jangan lari daripada fitrah berkasih sayang sesama manusia berlainan jantina. Muhasabah diri dan sentiasa mohon kepada Allah untuk menjadikan kita hamba-Nya yang bertakwa dan dipertemukan jodoh yang baik.'' Itu pesan Mawar.
Namun begitu nasihat dan pandangan Norsuhaili tidak kurang menarik diperhatikan. Katanya dulu dia juga langsung tak berhajat kahwin tetapi akhirnya tewas dek desakan ibu yang mahu dia segera mendirikan rumahtangga sebelum menutup mata.
Desakan''Memang awalnya saya sakit hati juga dengan desakan emak. Sebab zaman sekarang bukan senang nak cari suami yang baik kerana lelaki juga mencari isteri yang bukan sahaja baik, tapi menurut kata, mempunyai potongan badan menarik dan rupa paras cantik.
''Pendek kata, kita cuma mahu satu kebaikan daripada bakal suami tetapi lelaki ada lima syarat sebelum mengambil wanita jadi isteri. Ada yang mahukan isterinya kekal cantik walaupun sudah beranak empat.
''Namun atas desakan emak, akhirnya saudara-mara mencarikan jodoh, saya terima sahaja, sebab dah bosan dengan perangai lelaki yang terlalu memilih calon isteri dan saya sendiri kurang yakin dengan pilihan sendiri.
''Nasihat nenek saudara membuka hati ini untuk menerima jodoh yang dicarinya untuk saya. Katanya, jodoh pertemuan bukan kita tentukan. Dalam perkahwinan pun ada cerai rujuk. Sebenarnya bukan saya tak tahu bab cerai rujuk tetapi saya ingat tak mahulah bercerai lepas kahwin.
"Selepas berkahwin, barulah saya faham perangai suami. Katanya dia tak boleh adakan kemewahan untuk saya sebab gajinya tak seberapa. Lebih penting, dia tak suka pergerakannya dikawal kerana mahukan kebebasan. Kami pun berkahwin tanpa bercinta, saya terpaksa ikut kehendaknya walaupun tak suka.
''Saya cuba memahami dirinya tetapi dia lebih senang duduk di luar rumah. Dia ada ramai kawan dan sering lepak di gerai berbual kosong atau di depan rumah sehingga mengganggu jiran. Maklumlah ada yang datang dengan motor.
''Selepas tiga bulan kahwin saya hamil, jadi saya tak kisah kalau dia pulang lewat namun saya tegah kawan-kawannya lepak depan rumah kerana tak mahu menyinggung jiran.
''Saya fikirkan tentu perangainya berubah, malangnya dia semakin ligat dengan aktiviti berkelah dan bermotor dengan kawan-kawannya. Saya masih mengharapkan dia berubah selepas bersalin dan melihat muka anak. Malangnya tidak berlaku.
''Sudahlah tidak pernah hantar saya ke klinik untuk pemeriksaan doktor, membawa anak ke klinik untuk suntikan pun dia tak mahu. Saya terpaksa minta bantuan kakak untuk menemani sambil membawa anak yang masih kecil. Alasan dia tak ada lesen memandu, saya terima. Tetapi setelah habis pantang dan boleh pandu kereta mengapa dia tak boleh temankan saya bawa anak ke klinik?
''Bagi saya, dia lebih pentingkan kawan-kawan daripada saya dan anak. Mungkin dia belum puas hidup bujang.
''Saya cuba bersabar hingga anak berusia setahun. Akhirnya saya ambil keputusan minta cerai. Banyak sebabnya, antaranya dia terlalu berkira soal belanja makan minum sedangkan dia tak bayar sewa rumah, sebab rumah itu rumah saya. Bayar bil elektrik dan air pun dia mengelak. Apa yang lebih menyakitkan hati, dia berkira beli susu dan makanan anak. Apabila saya suruh, dia beri alasan terlupa dan kedai tutup.
''Pendek kata saya terpaksa belanja ekstra tetapi sampai bila? Setelah berbincang saya minta cerai namun dia enggan. Saya buat aduan ke pejabat agama dan beritahu segalanya.
" Dia hanya setuju bercerai dan keluar rumah setelah saya janji tidak akan tuntut nafkah anak. Saya tahu dia jenis kedekut dan lebih pentingkan kawan daripada keluarga sendiri.
"Setelah bercerai, nenek saudara datang bertanya perasaan saya. Saya katakan tak ada masalah kerana saya boleh jaga anak sendiri.
''Kata nenek, banyak bezanya hidup sendirian berbanding hidup sendiri dengan anak. Sebab kita tidak akan sunyi bila tua nanti. Barulah saya faham maksudnya.'' Itu cerita Norsuhaili yang kini gembira hidup sebagai ibu tunggal.

ganguan seksual di sekolah


ARKIB : 20/05/2012

Gangguan seksual di sekolah

GANGGUAN seksual boleh berlaku di mana-mana sahaja seperti di rumah, kawasan awam atau tempat kerja.
Risiko tersebut juga boleh berlaku di sekolah. Mangsanya boleh jadi dalam kalangan kanak-kanak sekolah rendah atau remaja sekolah menengah.
Mereka ini pastinya belum cukup dewasa untuk membuat pertimbangan bagi mengelakkan tragedi yang tidak diingini.
Sekolah perlu menyediakan tempat yang selamat untuk belajar.
Malangnya terdapat segelintir pelajar, guru, kakitangan dan ibubapa yang masih tidak tahu bagaimanakah gangguan seksual ini boleh berlaku di sekolah dan apakah yang perlu dibuat untuk menanganinya.
Contoh jenis-jenis gangguan seksual pelajar di sekolah:
* Menulis, mempamer atau mengedar bahan bukan pengajaran yang berbentuk lucah.
* Bercerita atau membuat lawak jenaka berbau lucah.
* Membuat perlakuan atau isyarat lucah
* Mengejek atau menggelar pelajar dengan panggilan lucah.
* Memaksa atau mempengaruhi pelajar membuat perlakuan seksual.
* Menawar ganjaran tertentu atau upah atas perlakuan seksual.
* Melakukan sentuhan yang berunsur seksual.
* Memegang kemaluan sendiri di hadapan pelajar.
* Menyebar khabar angin berunsur seksual.
PemangsaKajian menunjukkan bahawa majoriti pemangsa sebenarnya rakan-rakan pelajar itu sendiri yang sama-sama belajar di sekolah.
Jenis gangguan yang paling popular adalah 'ejekan seksual' ke atas pelajar perempuan.
Gangguan kepada pelajar lelaki pula berlaku di asrama dan biasanya bercorak perlakuan homoseksual atau onani.
Terdapat segelintir pemangsa (minoriti) yang terdiri daripada kakitangan sekolah atau pekerja khidmat kontrak.
Mereka sanggup mengetepikan nilai moral dan etika profesionalisme dengan meminta imbuhan seks sebagai balasan di atas sesuatu pertolongan yang akan diberi.
Gangguan seksual menyebabkan trauma psikologi kepada pelajar. Perasaan malu dan takut menyebabkan kebanyakan mereka memilih untuk mendiamkan diri.
Bagaimanapun, ibu bapa dan guru boleh melihat beberapa perubahan ke atas tingkah laku pelajar terbabit bagi menyiasat kebarangkalian berlakunya kes gangguan seksual tersebut.
Panduan ibu bapa dan guruPada peringkat awal, tekanan emosi menyebabkan mangsa merasa malu dan rendah diri, ditambah dengan khabar angin cepat tersebar dalam kalangan pelajar lain.
Ini menyebabkan mereka mencari alasan untuk ponteng sekolah atau tidak menghadiri aktiviti kokurikulum.
Mangsa yang tinggal di asrama penuh pula akan meminta untuk ditukarkan ke sekolah harian.
Di rumah mangsa kelihatan murung dan kerap menyendiri. Adakala mangsa cepat melenting dan membuli adik yang lebih kecil.
Mereka juga melawan arahan ibubapa dan bersikap kurang ajar. Malah ada yang lari dari rumah.
Ini disebabkan oleh perasaan marah pelajar terhadap ibubapa yang dituduh sebagai gagal menghalang gangguan seksual tersebut.
Di sekolah pula mangsa kelihatan cemas dan takut. Mereka selalu kelihatan termenung semasa sesi pembelajaran dan akibatnya prestasi akademik menurun secara mendadak.
Kadang-kadang mereka mengadu sakit kepala atau perut. Ada juga yang mengalami histeria. Ini berlaku di bawah sedar apabila mereka tidak mampu meluahkan masalah secara terbuka.
Bagi pelajar remaja pula, mereka cenderung untuk belajar menghisap rokok atau mengambil dadah.
Dalam kes pencabulan seksual atau perkosaan, perubahan tingkah laku yang ditunjukkan berbeza mengikut umur.
Kanak-kanak biasanya tidak membenarkan ibu bapa menyentuh bahagian bawah semasa membersihkan diri.
Mereka mengadu sakit di kawasan kemaluan atau anal. Apabila diperiksa tanda kecederaan seperti kemerahan dan pengeluaran cairan dari kemaluan boleh dilihat.
Pelajar remaja pula biasanya gagal menyembunyikan tanda-tanda kehamilan sekiranya ia berlaku.
Perubahan bentuk badan, penambahan berat dan muntah-muntah pastinya mengundang kecurigaan.
Ibu bapa terutamanya dinasihatkan untuk bertanya tarikh haid terakhir pelajar. Trauma yang dialami oleh remaja yang mengandung luar nikah ini boleh menyebabkan kemurungan teruk dan percubaan membunuh diri.

Saturday, May 19, 2012

tuntutan pembeli rumah

ARKIB : 19/05/2012

Rekod kejayaan Tribunal Tuntutan pembeli rumah

TRIBUNAL Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mungkin boleh dianggap sebagai 'hero yang dilupakan' walaupun telah beroperasi sejak 2003 dan sehingga kini mengendalikan lebih 6,000 kes.
Juga dilaporkan bahawa kadar penyelesaian kes tuntutan yang difailkan kepada TTPR sejak ia ditubuhkan hingga Disember tahun lalu adalah sekitar 96.28 peratus.
Jelas sekali dalam mana-mana pameran perumahan sama ada berskala kecil atau besar, kaunter TTPR jarang sekali dikunjungi atau diberikan perhatian oleh bakal pembeli, walaupun ia terletak di satu sudut yang agak strategik.
Mungkin bakal pembeli 'sibuk' memenuhi impian memiliki rumah sendiri, sehingga terlupa peranan TTPR yang boleh membela mereka jika kediaman yang dihajati indah khabar dari rupa terutamanya apa yang diuar-uarkan dalam risalah promosi.
Rumah tidak dibina menurut pelan asal, ukuran kawasan tanah tidak menurut keluasan dalam perjanjian, projek rumah terbengkalai, kerosakan bahagian bangunan rumah, kemudahan tidak disediakan atau tidak lengkap dan rumah disiapkan lewat.
Selepas berhadapan dengan masalah, barulah TTPR yang ditubuhkan berikutan pindaan Akta Pemajuan Perumahan (kawalan dan pelesenan) 2002 terlintas di fikiran selain mengadu kepada media massa atau orang politik.
Pengerusinya, Shamsulbahri Ibrahim yang ditemui di pejabatnya, di Putrajaya baru-baru ini mengakui, biar pun sering dilupakan namun pihaknya tidak pernah jemu turun padang menyedarkan orang ramai tentang peranan TTPR.
''Bila kami pergi kempen atau promosi, barulah orang ramai tahu adanya TTPR dan kita juga buka kaunter pada pameran perumahan atau Ekspo Harta Malaysia (Mapex) tetapi pada masa itu, orang ramai tidak perasan kerana mereka sibuk nak beli rumah.
''Kurang kesedaran itu telah menyebabkan ada kes-kes tuntutan tertentu yang terpaksa kami tolak kerana ia difailkan selepas tempoh 12 bulan daripada tamatnya tempoh jaminan," katanya.
Mulai 2007, tempoh jaminan sesebuah rumah adalah 24 bulan selepas tarikh serah kunci dan pembeli masih mempunyai tempoh 12 bulan lagi untuk membuat sebarang tuntutan selepas tempoh jaminan itu tamat.
Dengan kata lain, pembeli mempunyai tempoh untuk membuat sebarang tuntutan selama tiga tahun iaitu 24 bulan dalam tempoh jaminan dan 12 bulan lagi selepas tempoh jaminan itu tamat.
Bagaimanapun, Shamsulbahri tidak menyalahkan orang ramai dalam hal itu kerana bagi beliau, sudah menjadi lumrah setiap manusia teruja mahu memiliki rumah sendiri. Beliau berkata, ia sejajar dengan langkah kerajaan mewujudkan dasar pembelian rumah mengikut pendapatan penduduk iaitu kos rendah, sederhana dan mewah.
''Kini setiap orang mampu membeli rumah dan kemampuan itu turut menyebabkan harga rumah meningkat setiap tahun. Ditambah pula apabila pemaju memberi nilai tambah lain pada rumah yang dijual seperti percuma pendingin hawa, pemanas air, kolam mandi dan sebagainya," katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata, sudah tiba masanya bidang kuasa TTPR diperkasakan lagi sebagai satu usaha mendidik pemaju agar bersifat jujur dalam membina rumah.
Langkah itu, katanya, amat perlu kerana bidang kuasa TTPR kini hanyalah RM50,000 ke bawah dan ia dilihat tidak lagi sesuai dengan harga rumah yang kebanyakannya RM300,000 ke atas.
''Mungkin jumlah yang sesuai adalah sekitar RM70,000 hingga RM90,000 dan ia sejajar dengan peranan TTPR sebagai alternatif kepada pembeli yang tidak mahu menggunakan mahkamah untuk membuat tuntutan ganti rugi daripada pemaju,'' katanya.
Menurut Shamsulbahri, pembeli rumah yang teraniaya boleh membawa kes ke mahkamah tetapi tribunal boleh menjadi alternatif yang bagus kerana ia mudah, murah dan cepat sejajar dengan akta.
Seperkara lagi, katanya, khidmat peguam tidak dibenarkan dalam perbicaraan TTPR kecuali dalam dua keadaan iaitu isu undang-undang yang rumit dan ada pihak akan mengalami keadaan kewangan yang teruk.
Selaku individu yang mengetuai TTPR, Shamsulbahri mempunyai impian mewujudkan satu sayap yang akan menguatkuasakan perintah tribunal.
Ini kerana, katanya, sejak Januari 2003, TTPR merekodkan sebanyak 4,431 kes ingkar perintah dan kesemuanya telah diserahkan kepada penguatkuasa Jabatan Perumahan Negara KPKT.
''Sejauh manakah ia selesai, kami tidak tahu kerana ia jabatan yang lain," katanya.

Thursday, May 17, 2012

potensi politeknik

ARKIB : 16/05/2012

Tingkat pasaran pelajar politeknik

Abdul Rahim Ahmad (dua dari kiri) melihat Galeri Seni Bina di Politeknik Port Dickson, Telok Kemang, kelmarin.
TELOK KEMANG 15 Mei - Kementerian Pengajian Tinggi menyasarkan peningkatan kadar kebolehpasaran siswazah politeknik di seluruh negara mencecah 85 peratus menjelang 2015.
Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Inovasi Jabatan Pengajian Politeknik kementerian, Abdul Rahim Ahmad berkata, sasaran itu selari dengan pelaksanaan program transformasi politeknik yang dijalankan sepanjang tempoh berkenaan.
''Ini termasuk inisiatif kita menawarkan jurusan serta bidang pengajian mengikut pasaran kerja semasa. Setiap tahun antara 70,000 hingga 80,000 siswazah dilahirkan menerusi 30 politeknik seluruh negara.
''Sasaran itu dilihat mampu dicapai berdasarkan statistik Kajian Pengesanan Graduan yang dijalankan selepas enam bulan mereka menamatkan pengajian mereka," katanya kepada Utusan Malaysia selepas melawat Galeri Seni Bina di Politeknik Port Dickson, di sini semalam.
Jelas Abdul Rahim, berpandukan kajian tersebut, sebanyak 66.7 peratus siswazah berjaya mendapat pekerjaan serta melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi pada 2009.
''Lebih membanggakan peratusan itu meningkat pada kadar 71.1 pada 2010.
''Ini membuktikan bahawa permintaan dan keperluan tenaga kerja siswazah politeknik amat memberangsangkan di negara ini," katanya.
Sementara itu, rata-rata siswazah politeknik melahirkan rasa gembira berikutan wujud peluang pasaran kerja sebaik sahaja mereka menamatkan pengajian masing-masing.
Salah seorang siswazah Politeknik Port Dickson, Helmie Shah Hashim mengakui, dia tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan pekerjaan sejurus menamatkan pengajiannya.
''Sebaik sahaja menamatkan pengajian, saya tidak perlu tunggu lama untuk bekerja sebagai juru audio visual di Jabatan Penerangan.
''Saya amat bersyukur kerana dapat menyambung pengajian saya di sini dan ini juga disebabkan faktor jurusan ditawarkan mempunyai permintaan kerja yang tinggi di pasaran," katanya.
Seorang lagi lepasan politeknik, Muhammad Nur Afiq, 25, berkata, dia amat gembira kerana diberi kepercayaan dan peluang untuk bekerja di Telekom Malaysia (TM) Senawang, dekat sini.
''Sebelum ini, saya mengikuti pengajian peringkat Diploma Kejuruteraan Elektronik. Terima kasih kepada ibu bapa, semua tenaga pengajar serta rakan yang banyak membantu saya semasa belajar dahulu," katanya.
Mohd. Sofian Mohd. Shariff, 26, pula memberitahu, dia menerima tawaran bekerja sebelum menghadiri sesi konvokesyen lagi.
''Saya mendapat tawaran bekerja di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) sebagai juruteknik sejurus sahaja tamat pengajian.
''Syukur kerana lepasan politeknik seperti saya ini mendapat permintaan yang tinggi termasuk di sektor swasta," katanya.
Bagi Mohd. Faiz Hamdan, 22, siswazah masa kini seharusnya tidak memilih pekerjaan kerana persaingan amat tinggi.
''Kita seharusnya menggunakan sebaik-baiknya peluang yang ditawarkan kepada kita," katanya yang kini bekerja sebagai juruteknik.
Rakannya, Khairzuan Johana Kamarulzaman, 22, berkata, keupayaan serta kemampuan untuk bekerja ketika menjalani latihan praktikal juga menjadi faktor kelebihan siswazah diambil bekerja.
''Saya tidak sangka sebaik sahaja menamatkan pengajian, syarikat yang juga tempat saya menjalani latihan praktikal itu menawarkan saya jawatan tetap kepada saya," katanya.

Tuesday, May 15, 2012

guna minyak sekali sahaja

Elak guna minyak masak berulang kali


ADA peniaga mahu berjimat menggunakan minyak masak berulang kali tanpa mempedulikan kesan sampingan kepada pelanggan. -Gambar hiasan


SERDANG – Tindakan segelintir peniaga mahu berjimat dengan menggunakan minyak masak yang sama berulang kali diibaratkan pembunuh senyap kepada pembeli.
Pengarah Pusat Pengembangan Keusahawanan dan Pemajuan Profesional, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Nordin Abdul Rahman berkata, penggunaan minyak terpakai menyebabkan peningkatan kadar lemak tepu yang berbahaya kepada kesihatan.
Menurutnya, kecenderungan peniaga menggunakan semula minyak terpakai itu dikesan apabila beberapa orang penyelidik UPM yang sedang melakukan kajian biodiesel mendapati bahan itu begitu sukar ditemui.
“Penyelidik kami tidak dapat bekalan minyak masak tersebut kerana mendapati peniaga tidak akan membuangnya selepas digunakan, malah ia dicampur dengan minyak masak baharu.
“Minyak yang diguna semula menyebabkan peningkatan kolesterol serta serangan penyakit jantung,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kesedaran dan Pembangunan Halal Negeri Selangor 2012 di sini semalam.

Friday, May 11, 2012

rahsia tarikh lahir dri blog ape pon x boleh

Friday, 16 September 2011

Rahsia Tarikh Lahir



STEP 1
For example my birthday is 19/03/1986. So put it this way:
AB / CD / EFGH. Please have calculator with you its faster.

Figure 1: How to calculate
Figure 2: Result of calculation



STEP 2

Look at my number outside the triangle on the left, how do i get 7+5= 3?
Yes the answer is 12. But 12 is a two digit number. So it is crucial that you bear in mind to change it to one digit.
12 ---> 1+2= 3
So the final number is 7+5= 3




Figure 3: My chassis number (in yellow box)




STEP 3
Determine your chassis number. My chassis number is 1-3-1 which i call my code number. So i have the number 1 and 3 like obvious afra.haha. I LOVE my number! In fact Oleen has the same as mine. Tp perangai kami xla sama 100%. Kan kan? hehe. Focus afra people want to know more!
Ok if you have the same code number mcm 3-3-3, its ok you are normal. Cuma u ada 3 times perangai yang dinyatakan. haha like me, i have two times number 1, so i bijak 2 times. gile perasan! haha. eh beb, itu Dr Azizan ckp k? ;P

1
WHO HAS IT? 
  • Bijak 
  • Boleh jadi pemimpin (natural born leader) 
  • Tidak suka dengar arahan orang lain 
  • Tidak percaya kebolehan orang lain. Dia rasa die lagi bagus. 
  • Suka memerhatikan orang 
  • Kreatif 
  • Banyak idea 
  • Pantang dicabar 
  • Dilihat sebagai seorang yang sombong tapi baik 
  • Berdikari 
  • Positive thinking 
  • Sentiasa nak menang 
  • Keras kepala 
  • Sangat sentisitif dan suka berdendam 
  • Selalu dipijak pijak 
  • Perfectionist 
  • High expectation 
  • Terlalu berterus terang 

2
WHO HAS IT? 
  • Mudah keliru
  • Susah buat keputusan 
  • Easy to manipulate
  • Ada kekuatan suara
  • Tidak boleh tertekan dlm membuat keputusan
  • Jujur
  • Suka pada kebersihan
  • Tenang
  • Dengar tapi tidak semestinya dia buat 
  • Memahami
  • Mudah bersabar
  • Mudah simpati
  • Mudah memaafkan
  • Tidak tetap dalam membuat keputusan
  • Sangat- sangat emosional
  • High jealousy
  • Boleh dipercayai
  • Pengikut yang bagus
  • Tahap kesabaran yang tinggi

3WHO HAS IT?  
  • Aktif 
  • Mudah popular 
  • Menawan semasa muda 
  • Senang diberi tanggungjawab 
  • Mudah berkawan, kepoh 
  • Baran 
  • Kerja siap cepat tetapi tidak sempurna 
  • Kurang kesabaran 
  • Peramah 
  • Nafsu tinggi
  • Suka mengikut fesyen terkini 
  • Semangat tinggi 
  • Kreatif 
  • Artistic 
  • Egois 
  • Suka kritik secara terbuka 
  • Suka mengawal 

4
WHO HAS IT? 
  • Suka merancang
  • Suka mencari ilmu dan belajar
  • Membuat kajian sebelum buat keputusan
  • Kemahiran tinggi (If your kids have this number, engineer is a good profession cuz mereka mahir dalam bidang technical)
  • Bijak
  • Tidak mudah putus asa
  • Sukar simpan wang
  • Rajin. Kerja, etc
  • Keras kepala, susah ubah fikiran
  • Suka bersangka buruk pd org lain
  • Sgt kedekut dgn org yg tidak dikenali
  • Suka logik
  • Tidak berani ambil risiko
  • Setia
  • Takut orang tipu dia, end up selalu kena tipu

5
WHO HAS IT? 
  • Suka mencari peluang, arah dan direction
  • Workaholic 
  • Suka travel
  • Mudah naik pangkat
  • Their motto is "Life is a learning process"
  • Ada genetic degil
  • Adventurous
  • Bertenaga
  • Citarasa tinggi
  • Bernafsu tinggi
  • Bijak
  • Berani ambil risiko
  • Minat berniaga (bisnes minded over gila)
  • Suka shopping dan boros
  • Angin turun naik
  • Suka bertangguh
  • Daya tarikan tinggi (charming)
  • Sexy (If perempuan) 

6
WHO HAS IT? 
  • Mata duitan
  • Suka mengawal wang
  • High taste
  • Kekeluargaan
  • Pendamai dua pihak bertelagah
  • Jujur
  • Penyayang
  • Mengambil berat
  • Tidak pentingkan diri sendiri
  • Menegakkan keadilan
  • Tamak
  • Bijak

7
WHO HAS IT? 
  • Love to argue
  • Senang dapat pengikut atau penyokong
  • Senang berkawan
  • Cerewet
  • Popular
  • Suka benda mistik
  • Suka berfalsafah
  • Pendendam
  • Analytical (suka kaji dalam2)
  • Ada kekuatan kerohanian
  • Good instinct
  • Sensitive with surrounding
  • Suka menyendiri
  • Suka berfikir

8
WHO HAS IT? 
  • Bertanggungjawab
  • Boleh dipercayai
  • Pertahankan kawan
  • Keras kepala
  • Suka teratur
  • Suka membantu dan baik hati
  • Mudah simpati hingga tertipu
  • Mudah tertekan, tak reti have fun.
  • Instinct hebat, boleh jd bomoh
  • Setia
  • Materialistik
  • Suka kuasa
  • Ambitious

9
WHO HAS IT? 
  • Good in public relation
  • Senang dapat kawan
  • Suka bergaya kemas
  • Senang menarik hati org tua
  • Bijak
  • Global thinking
  • Penyayang
  • Suka kongsi dan suka memberi
  • Sensitive
  • Ikhlas
  • Romantis 
  • Berbakat
  • Understanding
  • Gentleman (if lelaki)
  • Emosional
  • Jiwang 
  • Love yang over 



STEP 4
If the number inside the green box (Figure 4 below) is the same, in other words the number in the green box is same both left and right, u have "nombor cermin". Maksudnya? Anda mudah hebat/popular dan sepatutnya jadi org hebat/popular. Sila lah kembangkan hidung hehe. Means that you are able to be great and successful if you fully use your potential, know your potential and you follow the right direction@system that suits you. Sesiapa yang tidak ada nombor ini jgn gusar, kerana anda juga boleh berjaya.

Figure 4



STEP 5
The next section is hardcore! You have 16 circular box right? ALL 16 number inside the circular box can be used for combination of the number below. For example i have number 1, 1, 1, 2, 3, 3, 3, 4, 5, 5, 5, 6, 7, 7, 7 and 9.

And here are the meaning if you have the combination of:

1 2 3 @ 1 2 
  • Ada kekuatan/bakat/anugerah suara
  • Boleh ckp laju
  • Kadang2 ckp xserupa bikin/ ckp kosong
  • Suka ckp lepas/suka lawan ckp org
  • Boleh berhujah/berdebat (If your kids have this number, galakkan masuk debat@syair whatsoever)
4 2 6 @ 2 4 
  • Pandai ceramah dan syarahan
  • Suka share ilmu
  • Boleh jadi motivator

8 4 3
  • Mudah bosan
  • Banyak angan2
  • Sukar berjaya if not focus
  • Selalu cari peluang baru/kejayaan
5 7 3 
  • Senang bergaul dengan vip/atasan
  • Orang atasan senang percaya cakap dia
  • Senang disabotaj, senang sabotaj org
9 1 1 
  • Suka berdikari
  • Susah ada partner sendiri dlm syarikat
  • Susah ada rakan kongsi, sebab selalu bertentangan pendapat
  • Suka buat keputusan sendiri
  • Boleh jd org tengah
  • Mudah berjaya atas usaha sendiri
  • Keras kepala
  • Senang dikhiniati org
1 1 1 1 @ 6 6 6 6 @ 1 6 1 6
Suka fikir dalam2, xsuka share, mudah kecewa, tekanan emosi
4 5 6 
  • Bole jd akauntan dan uruskan kewangan (Yeah Dr Azizan ckp pekerjaan sesuai adalah accountant!blurgh lagi)
  • Mudah terlibat dgn rasuah @ penyelewengan wang.
9 9 9
Banyak peluang dalam hidup hingga jadi tamak, kesunyian, suka tinggal tmpat dikelilingi pokok
3 3 3 @ 8 8 8 *i have*
  • Mudah tertekan
  • Panas baran
  • Berpontensi jd org berpengaruh dan berkuasa
  • Pendendam
  • Degil
  • Selalu resah gelisah, perlu belajar relax!
4 5 9
Sukar dapat sesuatu dengan merancang, ada gerak hati yang kuat
6 7 
Senang belanja org
1 5 6 
Kerja outstation rezeki lebih baik
1 8 9
Suka melancong, suka bergerak dan sentiasa tertekan
8 3
Suka aktiviti luar rumah, xsuka stay in ofis@rumah
3 3 6 
Kebocoran wang. Duit senang masuk, senang keluar

7 2 9 @ 2 7 @ 2 5 7 

  • Ada pelaris semulajadi
  • Daya tarikan yang tinggi secara semulajadi
  • Menawan
  • Senang dapat penyokong/pengikut
  • Mudah yakinkan orang tetapi mudah teryakin
  • Mudah disabotaj
  • Kawan tidak setia sebab jealous!
  • Hati2 dengan hubungan sulit sebab people are easily attracted to us bebeh!
  • Boleh jadi Pengarah syarikat, Ahli politik, Marketing, Pelakon, Penyanyi, Networking, and the best is JUTAWAN!

cari pasangan

Pilih pasangan berakhlak, berilmu, beragama


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KEPADA remaja yang sedang mencari pasangan, marilah kita menghayati kisah seorang sahabat dan pasangannya yang mentaati Allah dan rasulnya dalam membina rumah tangga.
Ia ketaatan luar biasa kepada Rasulullah dalam memilih pasangan kerana melihat pilihan Rasulullah itulah yang paling terbaik. Ketaatan itulah menjadikan peribadi isteri serta suami sebagai serikandi yang mewarnai tinta sejarah penuh gemilang.

Pada zaman Rasulullah, terdapat seorang pemuda Ansar yang kurang menarik raut wajahnya. Tubuhnya pendek dan kulitnya sangat hitam yang bernama Julaibib.

Julaibib berusaha mencari seorang wanita yang sesuai untuk dijadikan isterinya, tetapi malangnya tiada seorang pun yang sudi kepadanya.


Maka Julaibib pergi bertemu Rasulullah mengadukan masalahnya.

Apabila Rasulullah mengetahui masalah Julaibib, lantas baginda sendiri berusaha mencarikan jodoh buatnya. Maka Rasulullah bertemu dengan salah seorang sahabatnya dan menyatakan hajatnya, “Wahai fulan, engkau kahwinkanlah aku dengan anak gadismu.”

“Baiklah, aku terima dengan senang hati,” jawab sahabat itu. “Tetapi pinangan itu bukan untuk aku,” kata Rasulullah selanjutnya. “Untuk siapa?” Pada mulanya dia sangka Rasulullah ingin meminang anaknya untuk dirinya sendiri.

“Untuk Julaibib,” jawab Rasulullah. “Wahai Rasulullah, kalau begitu berilah aku tempoh supaya aku dapat bermusyawarah bersama ibunya dahulu.”

Dia pun segera pulang ke rumahnya dan di dalam hatinya timbul pertanyaan bagaimanakah nanti kalau isterinya menolak hajat Rasulullah. Jika menolak pinangan Rasulullah, tentulah tidak baik bagi orang Mukmin.

Tetapi kalau dia menerima, tentu dia teruji dengan bermenantukan Julaibib yang dianggap sebagai lelaki yang tidak laku. “Rasulullah meminang anak gadis engkau,” katanya kepada isteri sebaik saja dia sampai ke rumah.

“Aku terima dengan hati yang terbuka,” sahut isterinya. “Tetapi bukan untuk baginda. Jadi untuk siapa? Untuk pemuda yang bernama Julaibib.”

“Untuk Julaibib. Aku tidak akan mengahwinkan anakku dengan dia, demi Allah,”
jawab isterinya dengan tegas sekali. Mendengar itu, dengan segera dia kembali menemui Rasulullah dan menyampaikan penolakan isterinya.

Tiba-tiba terjadi sesuatu yang tidak terduga sama sekali. Rupa-rupanya anak gadisnya mendengar perundingan kedua orang tuanya. Dia kesal kerana kedua ibu bapanya menolak pinangan Julaibib yang bererti menolak ketentuan Rasulullah.

“Apakah ibu dan ayah akan menolak keputusan Rasulullah?” Anak gadis itu bertanya kepada kedua ibu bapanya. “Beritahukan kepada Rasulullah aku menerimanya kerana baginda tidak akan membiarkan aku tersia-sia.”

Demikian yakinnya gadis itu kepada keputusan Rasulullah. Mendengar ketegasan anaknya, sahabat itu pun segera kembali bertemu Rasulullah.

“Permintaan tuan diterima,” katanya kepada Rasulullah. Maka Rasulullah pun segera mengahwinkan Julaibib dengan anak perempuannya itu.”

Ya Allah, limpahkanlah keberkatan ke atas anak gadis ini dengan sepenuhnya dan janganlah Engkau biarkan hidupnya dalam keadaan susah payah,”

Doa Rasulullah untuk pasangan pengantin baru itu. Peristiwa itu sangat besar ertinya sampaikan ahli sejarah tidak menyebut nama gadis itu dan orang tuanya, disebabkan ketinggian iman gadis itu menyambut ketentuan Allah dan Rasul-Nya lebih daripada kepentingan diri mereka. Julaibib sebenarnya seorang pahlawan ulung walaupun agak hodoh rupanya. Dia akhirnya syahid ketika menyertai peperangan bersama Rasulullah.

Baginda sendiri yang menguburkan jenazahnya. Setelah itu, isterinya menjadi balu terhormat. Kedua-dua pasangan suami isteri itu mendapat penghargaan daripada Rasulullah.

Julaibib diiktiraf kerana keberaniannya manakala isterinya dinilai daripada ketinggian imannya. Tidak sedikit pun dia buruk sangka dengan Rasulullah yang menjodohkannya dengan Julaibib yang terkenal kerana tiada rupa itu.

Malahan, dia sedar itulah jodohnya yang sesuai buat dirinya. Dia tahu sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang dan kasih sayang Allah lebih daripada sayangnya seorang ibu terhadap anaknya.

Jadi tentulah Allah tidak mempersia-siakan hidupnya dengan menjodohkannya dengan Julaibib. Sudah pasti ada hikmah besar di sebalik perkahwinan itu nanti.

Sebab itulah dia reda dengan pilihan Rasulullah untuk dirinya. Dia menghargai pilihan Rasulullah yang mana dia yakin Rasulullah tidak akan membuatnya terhina dengan mengahwinkannya dengan Julaibib.

Itulah yang sepatutnya kita contohi. Bilamana ada orang datang meminang, janganlah dipentingkan sangat mengenai rupa dan kedudukannya, tetapi utamakan akhlak, ilmu dan agama yang ada pada dirinya.

Yang penting, bakal suami itu dapat memberi kebahagiaan di dunia serta membimbing isteri dan keluarganya mencapai kebahagiaan lebih hakiki di akhirat kelak.

Rumah tangga yang ditadbirkan oleh orang yang beriman sahaja yang akan aman damai laksana syurga yang indah. Itulah yang dikatakan syurga yang disegerakan.

Apa ertinya rupa cantik dan kedudukan tinggi, tapi rumah tangga porak peranda.
Suami curang terhadap isteri, manakala isterinya juga bermain kayu tiga di belakang suami.

Apa yang dibanggakan dengan harta kekayaan melimpah ruah, tetapi hati tetap tidak senang malah selalu bimbang dan cemas kerana diburu orang ke mana pergi.

Memadailah rezeki yang sedikit Allah kurniakan tetapi berkat. Memadailah suami yang dijodohkan tiada rupa asalkan suami itu dapat memberi kebahagiaan di dunia dan akhirat.