Monday, September 30, 2013

gaji guru lpsan ijazah

Gaji permulaan Guru baru Lepasan Siswazah Pendidikan (DG41)

Gambar bawah

Pasti ramai antara graduan lepasan siswazah pendidikan yang masih belum mengetahui gaji permulaan bagi Guru baru yang memegang pangkat DG41, bukan?

Berdasarkan perkongsian daripada rakan blogger cikguayu, beliau memberitahu bahawa gaji pokoknya ialah RM2,222.94 tidak termasuk elaun-elaun yang ditentukan mengikut tempat yang ditugaskan serta opsyen mata pelajaran yang diajar.

Harus diingat, kadar potongan Kumpulan Wang Simpanan Simpanan Pekerja (KWSP) adalah sebanyak 11% daripada jumlah pendapatan dan bukannya 8%. Jumlah potongan berkenaan mestilah dibundarkan menjadi angka bulat dalam Ringgit penuh kerana sebarang nilai sen tidak dibenarkan.

Contohnya 11% daripada jumlah pendapatan iaitu RM3,022.94 (gaji pokok + elaun), ialah RM332.52. Jadi, kadar potongan KWSP akan dibuat atas jumlah RM 333.

Tuesday, September 17, 2013

wanita yg tak layak dibuat isteri

Zirwatul Ishqi
"6 GOLONGAN WANITA YG KURANG LAYAK DIJADIKAN ISTERI"

Silahkan luangkan waktu sejenak untuk membacanya

1). Al -Anaanah
Banyak keluh kesah. Yg selalu merasa tak cukup, apa yg diberi semua tak cukup. Selalu ingin memenuhi kehendak nafsu sendiri, tanpa memperhatikan perasaan suami, tak hormat kepada suami apalagi berterima kasih pada suami. apa yg suami beri pun tak pernah puas. Ada saja yg tak cukup.

2). Al-Manaanah
Suka mengungkit. Kalau suami melakukan hal yg dia tak berkenan maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. sangat senang membicarakan suami: tak ingat budi, tak bertanggung jawab, tak sayang, dll. Padahal suami sudah memberi perlindungan macam2 padanya.

3). Al -Hunaana
Ingin pada suami yg lain atau berkenan kepada lelaki yg lain. sangat suka membanding-bandingkan suaminya dgn suami/lelaki lain. Tak ridha dengan suami yang ada. (Naudzubillah)

4). Al- Hudaaqah
Suka memaksa. Bila ingin sesuatu maka dipaksa suaminya melakukan. Pagi, petang malam asyik menekan dan memaksa suami. Adakalanya dgan berbagai ancaman: ingin lari, ingin bunuh diri, ingin membuat malu suami, dll. Suami dibuat seperti budaknya, bukan sebagai pemimpinnya. Yg dipentingkan adalah kehendak dan kepentingan dia saja.

5). Al-Hulaaqa
Sibuk bersolek atau tidur atau santai2 dll hingga lalai dgn ibadah, seperti shalat berjamaah, wirid zikir, mengurus rumah-tangga, berkasih sayang dengan anak-anak, dll.

6). As-Salaaqah
Banyak berbicara, menggosip. Siang malam, pagi petang asik menggosip terus. Apa saja yg suami kerjakan selalu tidak benar dimatanya.
Zaman sekarang bergosip bukan saja berbicara di depan suami, tapi dengan telfon, SMS, internet (facebook), BBM dan macam-macam cara yang lain.

Semoga yg membaca status ini tdk termasuk 6 golongan diatas,,, Dan smoga Allah selalu ridho dg apa yg kita lakukan...

Aamiin Yarobbal Alamiin ...
Salam Ukhuwah Penuh Hikmah ...
By : Nur Hasanah / Nonia
Zirwatul Ishqi Assalamualaikum wbrt... Alhamdulillah.. hari ini menjadi titik permulaan perkongsian bersama. Hadirku disini kerana kepentingan bagiku pesanan dari Allah Azzawajjal melalui surah Al-'Asr. "Demi masa... Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal salih dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran." Moga kita tergolong dalam orang-orang yg diredhaiNya.. Aamiin. 'AllahuRabbi.' hambaMu -

Monday, September 16, 2013

simpan rm 20 sebulan boleh naik haji

Berkat simpanan RM20 sebulan


Mohd. Zaidi Mohd. Said (dua dari kiri) beramah mesra dengan empat sekeluarga yang akan menunaikan fardu haji dalam majlis meraikan bakal jemaah haji di Permatang Pauh, Pulau Pinang, semalam. - UTUSAN/SAZALI CHE DIN
PERMATANG PAUH 15 Sept. - Selama hampir 24 tahun, Zaid Man membuat potongan gaji bulanan sebanyak RM20 dengan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) sebagai simpanan untuk mengerjakan haji di Mekah.
Bekas pengawal keselamatan di Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabuddin, Bukit Mertajam itu tetap meneruskan rutin menyimpan duit di Tabung Haji biarpun bersara pada 1996 dan menumpukan kerja-kerja sebagai pesawah di Kampung Permatang Pasir di sini.
Menurut Zaid, 72, dia pernah mendapat panggilan menunaikan haji pada 1999 namun terpaksa ditolak pada saat-saat akhir akibat masalah yang tidak dielakkan.
"Tapi tahun ini saya tak akan menolak lagi sebab ini adalah impian saya dan isteri, Maseran Said, 69, sejak sekian lama dan perasaan teruja semakin membuak-buak untuk ke sana.
"Syukur kepada Allah kerana dapat peluang pada tahun ini serta rezeki yang diberi hasil simpanan RM20 itu selain mengerjakan bendang di kampung ini," katanya yang akan berangkat ke Tanah Suci pada 1 Oktober ini dan dijangka kembali ke tanah air pada 14 November.
Zaid ditemui Utusan Malaysia dalam majlis meraikan bakal jemaah haji Parlimen Permatang Pauh yang dianjurkan Pergerakan Pemuda UMNO bahagian itu hari ini.
Dalam majlis itu, sebanyak 90 jemaah menerima sumbangan wang tunai yang disampaikan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh, Mohd. Zaidi Mohd. Said.
Seorang lagi bakal jemaah, Wan Rohani Harun, 46, berkata, dia amat teruja menunaikan haji kali pertama bersama ibu, bapa dan seorang adiknya.
"Saya bersyukur dipilih untuk ke sana pada tahun ini bersama bapa, Harun Mat Taib, 73, dan ibu, Wan Esah Wan Chik, 65, serta seorang adik, Wan Rohana, 45.
"Ini kali kedua ibu dan bapa saya menunaikan haji selepas kali pertama pada 1999 dan tahun ini mereka akan menjadi mahram untuk saya dan adik," katanya yang berasal dari Kubang Semang.
Sementara itu, Zaidi berkata, majlis itu adalah acara tahunan Pemuda bahagian tersebut sebagai tanda ingatan kepada bakal jemaah haji.
Jelasnya, semua jemaah dinasihatkan memperbetulkan niat ketika melakukan ibadat dan dapat melakukan ibadat dengan sempurna.