-
Manisnya Iman oleh MOHD YAAKOB MOD YUNUS
Nikah Mut’ah: Satu Tipu Daya Menghalalkan Zina
Soalan:
Saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkahwinan mut’ah
yang diamalkan oleh penganut Syiah. Dan mengapa Ahli Sunnah Wal Jamaah
sangat menentang perkahwinan bentuk ini? Sekian.
Jawapan:
Islam amat menitikberatkan kesucian institusi kekeluargaan melalui
konsep perkahwinan yang dapat memelihara kehormatan, hak-hak kaum
wanita, nasab keturunan dan membanteras budaya jahiliah seperti
pengamalan seks bebas serta pelacuran.
Namun, kehadiran fahaman Syiah yang sering dikaitkan sebagai salah satu
aliran mazhab dalam Islam telah menggugat institusi kekeluargaan serta
mencemar kehormatan kaum wanita yang dilayan tidak ubah seperti pelacur
jalanan dengan menghalalkan nikah
mut’ah (kontrak).
Apa itu nikah
mut’ah? Ia adalah satu proses di mana seorang lelaki menikahi seorang wanita dengan bayaran tertentu untuk jangka waktu tertentu.
Pernikahan ini berakhir apabila berakhirnya tempoh tersebut tanpa perlu
adanya perceraian. Juga tiada kewajipan memberi nafkah dan tempat
tinggal kepada isteri serta tiada waris-mewarisi di antara keduanya
apabila salah seorang meninggal dunia sebelum berakhirnya tempoh
pernikahan.
Pernikahan ini juga tidak mensyaratkan adanya saksi dan tidak
disyaratkan mendapatkan keizinan wali. Status wanita yang melakukan
nikah
mut’ah ini sama dengan wanita sewaan atau hamba abdi.
Menurut ajaran Syiah, nikah
mut’ah ini merupakan satu perkara yang boleh menentukan keimanan penganutnya. Menolak konsep nikah
mut’ah
ini menyebabkan seseorang itu menjadi kafir atau murtad. Lihatlah
riwayat palsu yang dinamakan atas Imam Ja’afar al-Sadiq seperti yang
termaktub dalam kitab-kitab mereka. Ja’afar al-Sadiq berkata:
Bukan daripada kalangan kami orang yang tidak mempercayai raj’ah (kebangkitan
semula para imam sebelum kiamat untuk menghukum orang yang menentang
dan memusuhi Ahlul Bait) dan tidak menganggap halal mut’ah kita. (Rujuk Man Laa Yahdhuruhu al-Faqih, jil. 3, ms. 458)
Daripada Imam Ja’afar al-Sadiq lagi:
Bahwa mut’ah adalah sebahagian daripada agamaku dan agama
nenek moyangku. Barang siapa yang mengamalkannya, bererti dia telah
mengamalkan agama kami. Dan yang mengingkarinya bererti (dia telah)
mengingkari agama kami. Bahkan, dia boleh dianggap beragama dengan
selain agama kami. Anak yang dilahirkan menerusi perkahwinan mut’ah ini lebih utama daripada anak yang dilahirkan melalui nikah yang tetap. Dan orang yang mengingkari nikah mut’ah, maka dia kafir dan murtad. (Rujuk Minhajul Qashidin karya Fathullah al-Kasyani, ms. 356)
Bukan sekadar anak yang lahir hasil pernikahan kontrak ini dianggap
lebih mulia berbanding anak yang lahir daripada pernikahan tetap, nikah
mut’ah ini turut menjanjikan ganjaran pahala yang besar oleh ALLAH.
Abu Abdillah (Ja’afar al-Sadiq) pernah ditanya: “Apakah nikah mut’ah
itu memiliki pahala?” Maka, beliau menjawab: “Bila dia mengharapkan
wajah ALLAH (ikhlas), maka tidaklah dia membicarakan keutamaan nikah
tersebut kecuali ALLAH menulis baginya satu kebaikan. Apabila dia mula
mendekatinya, maka ALLAH ampuni dosanya. Apabila dia telah mandi (iaitu
mandi wajib setelah berjimak ketika nikah mut’ah), maka ALLAH ampuni dosanya sebanyak air yang mengalir pada rambutnya.” (Rujuk Man Laa Yahdhuruhu al-Faqih, jil. 3, ms. 366)
Pernikahan secara
mut’ah ini tidak memerlukan majlis-majlis
rasmi sebagaimana majlis perkahwinan yang biasa kita lihat. Memadailah
ia dilakukan berduaan tanpa saksi mahupun keizinan wali. Setelah itu,
pasangan tersebut dibenarkan untuk melakukan persetubuhan sebagaimana
suami isteri yang sah.
Ja’afar al-Sadiq pernah ditanya seseorang: “Apa yang aku katakan kepada
dia (wanita yang akan dinikahkan) bila aku telah berduaan dengannya?”
Maka, beliau menjawab: “Engkau katakan: ‘Aku bernikah denganmu secara mut’ah berdasarkan
kitabullah dan sunnah Nabi-NYA, namun engkau tidak mendapat warisan
daripadaku dan tidak pula memberikan warisan apapun kepadaku selama
sehari atau setahun dengan upah senilai dirham demikian dan demikian.’
Engkau sebutkan jumlah upah yang telah disepakati sama ada sedikit
mahupun banyak.” Apabila wanita tersebut mengatakan: “Ya” bererti dia
telah redha dan halal bagi lelaki tersebut untuk menggaulinya. (Rujuk
al-Kulaini, Al-Furu’ Minal Kafi, jil. 5, ms. 455)
Ja’afar al-Sadiq berkata:
Tidak mengapa bernikah dengan seorang wanita yang masih perawan
bilamana dia redha walaupun tanpa izin kedua orang tuanya. (Rujuk
at-Thusi di dalam Tahdzibul Ahkam, jil. 7, ms. 254)
Nilai mahar atau mas kahwin yang perlu dibayar adalah berdasarkan
persetujuan pasangan tersebut. Bahkan menurut ajaran Syiah, ia boleh
dibayar dengan hanya segenggam makanan seperti gandum atau buah kurma.
Hal ini telah diriwayatkan daripada Abu Ja’afar dan anaknya Ja’afar iaitu (nilai upah nikah mut’ah adalah)
sebanyak satu dirham atau lebih, (ataupun) gandum, makanan ruji, tepung
gandum atau kurma sebanyak satu tapak tangan. (Rujuk Al-Furu’ Minal Kafi, jil. 5, ms. 457)
Nikah
mut’ah ini bukan sekadar memberi keringanan kepada
pengamalnya dengan nilai mas kahwin yang begitu murah, malah tempoh
perkahwinan tersebut juga bergantung pada apa yang telah dipersetujui
oleh pasangan tersebut seperti setahun, sebulan atau sehari. Bahkan, ia
boleh berada dalam tempoh amat singkat iaitu sekadar sekali
persetubuhan.
Diriwayatkan daripada Abu Hassan Ali bin Muhammad al-Jawad bahawa beliau pernah ditanya tentang tempoh minimum jangka waktu mut’ah. Apakah diperbolehkan mut’ah
dengan kesepakatan jangka waktu sekali persetubuhan? Beliau menjawab:
“Ya, tidak mengapa tetapi setelah selesai hendaklah memalingkan muka dan
tidak memandang lagi (kepada wanita itu).” (Rujuk Al-Furu’ Minal Kafi, jil. 5, ms. 460)
Islam membataskan seorang lelaki hanya boleh memiliki empat isteri dalam satu-satu masa, namun nikah
mut’ah Syiah
ini membenarkan penganutnya bernikah dengan ramai wanita tanpa batasan.
Diriwayatkan daripada Ja’afar al-Sadiq bahawa dia berkata:
Berkahwinlah dengan mereka secara mut’ah walaupun sehingga 1000 orang kerana mereka itu termasuk di antara wanita yang disewakan. (Rujuk Tahdzibul Ahkam, jil. 7, ms. 259)
Konsep nikah
mut’ah ini turut membenarkan seseorang itu untuk
bernikah dengan wanita yang sama beberapa kali. Diriwayatkan daripada
Imam Ja’afar al-Sadiq yang berkata:
Tidak mengapa. Seseorang boleh melakukan mut’ah dengan seseorang wanita seberapa banyak yang dikehendakinya. (Rujuk Al-Furu’ Minal Kafi, jil. 5, ms. 460)
Untuk lebih memudahkan lagi proses nikah
mut’ah, lelaki Syiah
tidak perlu menyelidiki status wanita yang ingin dinikahi itu, sama ada
sudah bersuami atau masih perawan. Daripada Aban bin Taghlab yang
berkata:
“Aku bertanya pada Abu Abdullah bahawa aku sedang berada di sebatang
jalan lalu aku ternampak seorang wanita cantik dan aku takut sekiranya
dia telah bersuami atau barangkali dia adalah seorang pelacur.” Beliau
menjawab: “Ini bukan urusanmu, percayalah kepada pengakuannya.” (Rujuk Al-Furu’ Minal Kafi, jil. 5, ms. 462)
Bahkan, kemudahan untuk melakukan nikah
mut’ah ini tidak terhenti setakat itu. Di dalam kitab-kitab Syiah yang lain, penganutnya dibenarkan untuk bernikah secara
mut’ah dengan
wanita beragama Kristian, Yahudi, Majusi dan penganut agama lain. Bukan
sekadar itu, penganut Syiah juga membenarkan perbuatan meminjamkan
kemaluan seperti menyerahkan isteri atau ibunya kepada lelaki lain.
Sayid Hussain al-Musawi seorang tokoh ulama Syiah yang telah bertaubat
dan kembali kepada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah menceritakan tentang
amalan meminjamkan kemaluan di sisi penganut Syiah. Menurut beliau:
Jika seseorang lelaki hendak bermusafir, dia meninggalkan isterinya
kepada jirannya, kawannya atau kepada sesiapa sahaja yang dipilihnya.
Dia membenarkan orang tersebut untuk membuat apa sahaja yang dia suka
(kepada isterinya itu) selama dia berada dalam musafir. Alasannya sangat
jelas iaitu agar si suami berasa tenang hingga isterinya tidak
melakukan zina selama dia ditinggalkan. Jika salah seorang datang
sebagai tetamu dan sebagai usaha untuk memuliakan tetamu, maka tuan
rumah akan meminjamkan isterinya kepada tetamu tersebut selama dia
tinggal di rumahnya. (Rujuk Lillahi Tsumma Li at-Tarikh dalamedisi terjemahanMengapa Saya Keluar Dari Syi’ah, Pustaka al-Kautsar, ms. 61-62)
Di dalam buku yang sama, Sayid Hussain al-Musawi turut memaparkan fatwa pelik yang dikeluarkan oleh pengarang kitab
al-Muraja’at (edisi terjemahan dengan tajuk Dialog Sunnah - Syi’ah), Sayid Abdul Husain Syarafuddin al-Musawi.
Seorang pemuda yang sedang belajar jurusan perubatan di London telah
mengadu masalah untuk mencari pasangan hidup di sana kerana dia tidak
boleh bernikah dengan penganut Kristian mahupun Yahudi.
Malah, dia juga gagal mencari pasangan Muslimah untuk bernikah walaupun secara
mut’ah.
Hanya perbuatan zina sahaja yang dilihat akan dapat mengeluarkan pemuda
tersebut daripada masalah yang dihadapinya. Maka, Sayid Abdul Husain
Syarafuddin al-Musawi pun berkata:
Sesungguhnya keadaanmu betul-betul darurat. Namun aku ingat, aku pernah
membaca satu riwayat daripada Ja’afar al-Sadiq jika datang seorang
lelaki yang sering bermusafir, sementara dia tidak dapat ditemani oleh
isterinya serta tidak boleh melakukan nikah mut’ah di sebuah
negara yang dikunjunginya, sehingga dia merasakan penderitaan
sebagaimana yang kamu rasakan, maka Abu Abdillah (Ja’afar al-Sadiq)
berkata kepadanya: “Maka kahwinilah lelaki.” Inilah jawapan atas
pertanyaanmu. (Rujuk Lillahi Tsumma Li at-Tarikh, ms. 69-70)
Beginilah caranya Syiah menghalalkan perbuatan homoseksual yang keji. Sungguh memalukan fatwa daripada pengarang
al-Muraja’at yang masyhur ini. Seterusnya penganut Syiah turut dibenarkan untuk bernikah
mut’ah dengan kanak-kanak perempuan dalam lingkungan umur 10 tahun.
Abu Ja’afar telah ditanya tentang umur minimum wanita yang boleh dilakukan mut’ah.
Beliau menjawab: “Iaitu kanak-kanak yang tidak tertipu.” Berkata
perawi, aku pun bertanya: “Semoga ALLAH mendamaikan engkau. Berapakah
umur minimum wanita yang tidak tertipu?” Beliau menjawab: “10 tahun.”
(Rujuk Al-Furu’ Minal Kafi, jil. 5, ms. 463)
Pemimpin revolusi Iran iaitu Imam Khomeini berpendapat dibenarkan untuk melakukan nikah
mut’ah sekalipun dengan anak kecil yang masih menyusu. Dia berkata:
Tidak mengapa melakukan mut’ah dengan anak yang masih menyusu melalui pelukan, himpitan paha (meletakkan zakar di antara dua pahanya) dan ciuman. (Rujuk Tahrir al-Wasilah, jil. 2, ms. 241)
Beginilah martabat seorang wanita di sisi ajaran Syiah yang tidak ubah
seperti pelacur jalanan yang dijadikan objek pemuas hawa nafsu kaum
lelaki. Apa yang lebih memburukkan lagi keadaan, wanita yang dinikahi
secara
mut’ah ini tidak berhak mewarisi apa jua harta daripada pasangan lelakinya. Menurut Ayatullah Ali al-Sistani:
Nikah mut’ah tidak mengakibatkan hubungan warisan di antara
suami dan isteri. Dan jika mereka berdua sepakat, berlakunya kesepakatan
itu masih dipermasalahkan. Tetapi, jangan sampai mengabaikan asas
berhati-hati dalam hal ini. (Rujuk Minhajus Salihin, jil. 3, ms. 80)
Pihak lelaki juga tidak diwajibkan untuk memberi sebarang bentuk nafkah
kepada pasangannya mahupun zuriat yang dilahirkan hasil daripada
pernikahan
mut’ah tersebut. Ayatullah Ali al-Sistani berkata:
Lelaki yang bernikah secara mut’ah dengan seorang wanita tidak wajib untuk memberi nafkah kepada isteri mut’ahnya
walaupun dia sedang hamil hasil perbuatannya. Suami tidak wajib
menginap di tempat isterinya kecuali telah disepakati pada akad mut’ah atau akad lain yang mengikat. (Rujuk Minhajus Salihin, jil. 3, ms. 80)
Adakah layak dikatakan konsep nikah
mut’ah sebegini rupa
dianggap sebagai satu ajaran yang menepati al-Quran dan sunnah
Rasulullah? Sungguh mengaibkan untuk meletakkan sistem perkahwinan
sejelik ini sebagai sesuatu yang bersumber daripada wahyu.
Pada zaman awal kedatangan Islam, nikah
mut’ah sememangnya dibenarkan:
Daripada Jabir bin ‘Abdullah dan Salamah bin al-Akwa’, keduanya
berkata: “Kami berada dalam suatu pasukan (tentara dalam peperangan),
lalu utusan Rasulullah datang kepada kami dan mengatakan: ‘“Sesungguhnya
telah diizinkan bagi kamu untuk bernikah mut’ah, maka bernikahlah
secara mut’ah.”
- Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya.
Menurut Imam Al-Muzani yang berkata:
Telah sah bahawa nikah mut’ah pernah dibenarkan pada awal-awal Islam. Kemudian datang hadis-hadis yang sahih bahawa
nikah tersebut tidak diperbolehkan lagi. Kesepakatan ulama telah
menyatakan keharaman nikah tersebut. (Rujuk Imam al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim)
Ini sebagaimana sabda baginda:
Wahai manusia! Sesungguhnya aku duhulu pernah mengizinkan kamu untuk
melakukan nikah mut’ah. Namun sekarang ALLAH telah mengharamkan nikah
tersebut sampai hari kiamat.
- Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya.
Namun begitu, konsep nikah
mut’ah pada zaman tersebut sama sekali tidak menyerupai amalan golongan Syiah kini. Nikah
mut’ah pada masa itu hanya dibenarkan bagi mereka yang berada dalam keadaan musafir yang lama kerana peperangan.
Dalam situasi tersebut, mereka terpaksa hidup membujang atau tidak
dapat melakukan hubungan kelamin dalam jangka waktu yang agak lama. Ini
kerana isteri tidak turut serta bersama mereka.
Situasi sebegini amat menyeksakan bagi sesetengah umat Islam pada masa
tersebut kerana mereka masih berada dalam tempoh peralihan dari zaman
jahiliah kepada Islam.
Perzinaan pada masa jahiliah merupakan satu perkara biasa yang
diamalkan secara meluas. Tahap keimanan di kalangan para sahabat pada
masa itu berbeza kekuatannya.
Ada yang kuat dan ada juga yang agak lemah. Dikhuatiri bagi yang lemah
imannya akan terjerumus semula dalam perbuatan zina sebagaimana ketika
zaman jahiliah. Maka, sebagai alternatif, Rasulullah membenarkan nikah
mut’ah pada masa itu.
Dapatlah kita fahami bahawa dihalalkan nikah
mut’ah pada zaman
awal kedatangan Islam adalah ketika keadaan darurat atau terpaksa,
bukannya dalam situasi senang-lenang untuk memuaskan nafsu sebagaimana
amalan golongan Syiah. Hal ini dapat kita perhatikan dalam sebuah
riwayat daripada Abu Jamrah yang berkata:
Aku mendengar Ibnu Abbas ditanya tentang bernikah dengan perempuan
secara mut’ah lalu beliau membolehkannya. Maka, maula (hamba) beliau
berkata kepadanya: “Sesungguhnya yang demikian itu hanya dalam keadaan
yang terpaksa dan saat jumlah wanita sedikit atau sepertinya.” Maka,
Ibnu Abbas menjawab: “Benar.”
- Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya.
Tambahan pula, nikah
mut’ah pada zaman itu perlu memenuhi
syarat sah akad nikah seperti memerlukan keizinan wali, perlunya dua
orang saksi dan adanya mas kahwin. Setelah selesai tempohnya
, wanita tersebut perlu memastikan bahawa dia tidak hamil sebelum melakukan nikah
mut’ah yang lain.
Sekiranya hamil, maka anak itu akan dinasabkan kepada bapanya iaitu pasangan wanita dalam nikah
mut’ah tersebut. Berkata Imam Ibu Athiyah:
Nikah mut’ah yang pernah dibenarkan adalah apabila seorang
lelaki bernikah dengan wanita berserta dua orang saksi dan izin wali
sampai batas waktu tertentu, hanya sahaja ia tanpa hak saling mewarisi
antara keduanya, namun tetap harus dengan mahar atas kesepakatan
keduanya. Dan apabila telah selesai tempoh masanya, maka dia tidak lagi
mempunyai hak atas isterinya dan harusistibra rahimnya
(mengosongkan rahim daripada janin dan boleh diketahui dengan datangnya
haid atau setelah melahirkan anaknya), kerana anak yang lahir akan
dinasabkan kepada pasangan lelakinya. Tetapi apabila tidak hamil, maka
dia boleh bernikah dengan yang lainnya.
Pengharaman nikah
mut’ah ini disepakati oleh ulama Ahli Sunnah
Wal Jamaah kerana hukumnya telah dimansuhkan oleh Rasulullah sendiri
menerusi beberapa hadis baginda. Al-Khathabi berkata:
Pengharaman mut’ah juga bersandarkan ijmak, kecuali sebahagian
pengikut Syiah. Tetapi, ia tidak sesuai dengan dasar mereka yang
mengembalikan perkara yang diperselisihkan kepada ‘Ali dan ahli baitnya.
Sebagaimana yang telah dinukilkan daripada Ali melalui jalur yang sahih
bahawa hukum nikah mut’ah telah mansukh (dihapuskan). (Rujuk Al-Hafidz Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fathul Baari)
Hadis yang dimaksudkan Imam al-Khathabi adalah daripada ‘Ali bin Abi Talib yang berkata kepada Ibnu Abbas:
Sesungguhnya Rasulullah melarang nikah mut’ah dan memakan daging khimar jinak pada waktu perang Khaibar.
- Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya.
Realitinya, nikah
mut’ah ini hanya merendahkan martabat wanita
dan menjadikan mereka seperti objek permainan seks kaum lelaki untuk
kepuasan hawa nafsu mereka. Ia juga mencemar institusi kekeluargaan
kerana semakin ramai anak yang tidak berbapa secara sah akan dilahirkan.
Bahkan, kemungkinan juga kerana terlalu kerap mengamalkan nikah
mut’ah,
para wanita tersebut tidak dapat mengenal pasti siapakah bapa sebenar
kepada bayi mereka. Golongan wanita juga akan dibebankan dengan
tanggungjawab yang lebih kerana mereka tidak akan menerima apa jua
bentuk nafkah material daripada pasangan
mut’ahnya. Senario ini diibaratkan seperti habis madu sepah dibuang.
Ketahuilah bahawa di antara kelompok Syiah yang menghalalkan nikah
mut’ah ini adalah Syiah Imamiyah atau Ja’fariyah sebagaimana yang sedang giat disebarkan di beberapa buah negeri.
Tindakan tegas oleh pihak berkuasa amat dialu-alukan demi membendung
tersebarnya kesesatan ajaran Syiah di negara ini yang telah menetapkan
Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai aliran rasmi.
Pihak berkuasa juga perlu memperhebat usaha untuk menyebarkan
bahan-bahan dakwah serta menganjurkan majlis-majlis penerangan tentang
hakikat sebenar ajaran Syiah kepada semua umat Islam.
Wallahu a‘lam.