Sunday, November 30, 2014

gst


GST: BUAT MEREKA YANG INGIN TAHU APA ITU GST


Ramai masyarakat kita di luar sana kurang faham tentang Cukai GST. Pihak yang berkenaan pula sering menyampaikan penerangan GST lebih kepada aspek pengiraan teknikal. Kekadang susah nak faham.

Puak-puak yang tidak bertanggungjawab pula menggunakan kecelaruan dan ketidakfahaman masyarakat berkaitan GST untuk memburuk-burukkan sistem percukaian moden tersebut. Walhal mereka sendiri pun tak faham dan buat-buat tak faham kerana takut kehilangan pengaruh. Al maklumlah tanpa fitnah dan pembohongan maka matilah perjuangan mereka.

Apabila tak faham, termakan pula dengan hasutan dan dakyah songsang maka akan lahirlah masyarakat yang keliru dan haru biru. Inilah yang disukai oleh puak-puak pembangkang. Maka pihak-pihak berkenaan perlu bekerja keras membetulkan persepsi negatif tersebut. Tak apalah perbuatan baik selalu mendapat ujian dan cabaran. 

Apakah itu GST?

GST adalah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Good and Service Tax). Di beberapa negara ia juga dikenali sebagai Value Added Tax (VAT) atau Cukai Nilai Tambah. Ia bukannya kerajaan telah menambah lagi cukai sedia ada atau mengenakan cukai ke atas cukai. 

Kenapa kerajaan melaksanakan GST, Apa sistem cukai selama ini SST tak baikkah?


Pada masakini dan selama ini kita telah membayar dua cukai serentak dalam Cukai Jualan dan Perkhidmatan (Sales and Service Tax –SST) bagi setiap barangan dan perkhidmatan yang kita beli iaitu;

Cukai Jualan - 10% dan Cukai Perkhidmatan - 6% menjadikan setiap barangan yang kita beli dikenakan cukai 16%. Cukai-cukai ini kadangkala tidak disedari oleh kita kerana tiada dalam bil atau resit pembelian kita. 

Kedua-dua cukai ini akan dihapuskan sama sekali dan digantikan dengan cukai GST berkuatkuasa pada 1 April 2015. Selepas tarikh itu kita hanya dikenakan cukai GST 6% sahaja.

Untuk apa GST diperkenalkan?

GST diperkenalkan bagi memperbaiki dan menyusun semula sistem percukaian negara pada masakini supaya lebih berkesan, saksama, efisien dan telus. Kerajaan mendapati Cukai Jualan dan Perkhidmatan mempunyai kelemahan iaitu;
  • Bagi mengelak cukai terselindung yang menjadi kos kepada harga akhir yang sebenarnya melampau akibat pengambilan untung berlebihan oleh para pemborong, peruncit dan peniaga.
  • Bagi mengelak cukai bertindih yang sebenarnya membebankan para pengguna yang dikenakan cukai sebanyak dua kali. 
  • Bagi mengelak caj perkhidmatan yang disembunyikan yang mana ia tidak diisytiharkan oleh para peniaga/penjual barangan di dalam resit dan bil-bil kita bagi meningkatkan margin keuntungan mereka.
  • Bagi mengelak perbuatan segelintir golongan pengilang, pemborong, peruncit dan peniaga yang cuba elak dari bayar cukai dengan tidak isytihar sumber, aliran dan jumlah pendapatan mereka.
  • Bagi mengelak perbuatan khianat ekonomi yang dilakukan oleh segelintir golongan peruncit dan peniaga yang sengaja menyorok barangan, mengurangkan sukatan, memonopoli barang dan memanipulasi harga.
Contoh penipuan dilakukan oleh golongan peniaga yang tak faham GST dan sengaja ingin
menjatuhkan imej Kerajaan
Hanya di Selangor...
Perbuatan-perbuatan ini akan menyebabkan para pengguna terbeban dengan harga barang yang semakin mahal, bekalan sukar diperolehi, rasuah, penyeludupan dan penipuan berleluasa yang akan menjejaskan ekonomi dan kestabilan negara

Kadar GST Malaysia membebankan?

Pendapat ini salah sama sekali. Secara perbandingan kadar GST di negara-negara anggota ASEAN;

Kadar GST yang berbeza di kalangan Negara-Negara anggota ASEAN

Bil
Negara-Negara ASEAN
Tahun diperkenalkan
Kadar GST dikenakan
1
Indonesia
1984
10%
2
Filipina
1988
10%
3
Kemboja
1999
10%
4
Laos
2009
10%
5
Singapura
1999
7%
6
Thailand
1992
10%
7
Vietnam
1999
10%
8
Malaysia
2015
6%
9
Brunei
-
-
10
Myanmar
(Dalam kajian)
(Dalam kajian)
Sumber: http://etp.pemandu.gov.my/Transformation_Unplugged-@-Why_we_need_GST.aspx

Apabila GST diperkenalkan pada 1 April 2015 ke atas semua barangan dan perkhidmatan, adakah bermakna bahawa semua barang akan menjadi mahal?

Dari 600 barang yang dikenakan GST, dijangka hanya 10% yang akan mengalami kenaikan harga, 42% kekal harga dan 48% akan mengalami penurunan harga. Perubahan sesuatu harga barang atau caj perkhidmatan adalah amat minimum. 

Banyak barang akan menjadi lebih murah kerana cukai GST hanya 6% berbanding cukai 16% yang akan berakhir pada 31 Mac 2015.

Pada masakini terdapat segelintir peniaga yang tidak jujur dengan sengaja menjual harga barang mahal kerana ingin mengambil keuntungan berganda sebelum perlaksanaan dan mengambil kesempatan memburuk-burukkan imej kerajaan kerana sikap khianat mereka. Para pengguna boleh melapor pada pihak berwajib dan boikot produk atau premis mereka.

Apa yang dikenakan cukai dan apa yang tidak?

Senarai barangan yang tidak dikenakan GST.

Perkara
Produk-produk barangan yang tidak dikenakan Cukai GST
Barang makanan asas
beras, gula, tepung, minyak masak,kacang dhal, rempah ratus, ikan masin, cencalok, budu, belacan
Penggunaan Utiliti
Bekalan air paip dan 200 unit pertama eletrik sebulan bagi pengguna
Perkhidmatan yang disediakan kerajaan
perkhidmatan kesihatan, pengeluaran pasport, pembelajaran disekolah
Perkhidmatan pengangkutan
bas, keretapi, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya
Perumahan
Proses jual beli dan sewa rumah kediaman
Kewangan
Perkhidmatan kewangan terpilih

Harga kenderaan pula semakin lama semakin turun hasil perlaksanaan Dasar Automotif Negara 2014. Perumahan rakyat semakin giat dibina, ia masih mampu dibeli atau disewa. Perkhidmatan perubatan diberi percuma dan murah buat rakyat Malaysia. Semua rakyat turut berhak mendapat pendidikan yang berkualiti. 

Manakala banyak pasaraya dan kedai mengambil bahagian dalam promosi jualan harga murah. Cuma kita hanya perlu rajin, bijak dan berhemah ketika berbelanja serta selalulah menabung dalam pelbagai skim amanah saham dan insuran yang diiktiraf kerajaan agar kehidupan kita dan keluarga lebih terjamin di masa hadapan. 

Pada peringkat mana cukai GST dikenakan?

Cukai GST akan dikenakan di setiap peringkat pengedaran atau rantai pembekalan iaitu dari pihak pengimport, pengilang, pemborong, peruncit dan peniaga. Dengan kata lain, hakikatnya setiap peringkat rantaian ini memerlukan pihak syarikat pengisyitiharan segala sumber, aliran dan akaun pendapatan mereka kepada pihak berwajib. Ini menggambarkan GST adalah sistem yang telus. 

Perlaksanaan GST akan menyebabkan banyak syarikat asing akan lari dan syarikat tempatan akan bankrap?

Ini adalah tohmahan liar dan tidak berasas. Hakikatnya, Malaysia merupakan antara negara mesra pelabur kerana kestabilan politik dan sosio ekonominya serta kecanggihan prasarananya berbanding dengan beberapa negara rantau ASEAN yang lain. Rakyat Malaysia juga terkenal dengan sikap rajin, berpengetahuan, setia dan mudah berkomunikasi. 

Syarikat-syarikat besar yang mementingkan kualiti biasanya tidak akan gentar dengan GST malah lebih menyukainya kerana sistem percukaian ini lebih cekap, telus dan terkini. Malah kerajaan juga menyediakan pelbagai insentif seperti kemudahan kredit, latihan, pengecualian cukai dan sebagainya demi menjaga kebajikan sektor perniagaan dan korporat di negara ini.
Adakah Indeks Harga Pengguna (IHP) akan naik selepas perlaksanaan GST?

GST bukan kos kepada perniagaan. Dengan perlaksanaan GST maka Indeks Harga Pengguna (IHP) dijangka akan turun bagi sesetengah barangan dan perkhidmatan seperti pakaian, kasut, barangan hiasan, perkakasan rumah, penyelenggaraan, komunikasi.

Manakala IHP yang dijangka meningkat adalah minuman beralkohol, arak, tembakau (rokok, cerut), pendidikan swasta, restoran di hotel, pawagam, spa dan sebagainya. Produk dan perkhidmatan ini bukannya satu keperluan yang kerap tetapi lebih kepada kemewahan dan bersifat sekali-sekala. 

Untuk pendidikan swasta kerajaan turut menyediakan dana PTPTN yang mana akan diberi percuma sebagai biasiswa jika seseorang pelajar itu cemerlang dalam pengajiannya. Manakala banyak skim insuran kesihatan yang boleh dimanfaatkan oleh mereka yang menggunakan perkhidmatan perubatan swasta. 

GST tidak meningkatkan kos perniagaan kerana ia adalah cukai kepenggunaan. Cuma akibat penambahbaikan sistem cukai ini berkemungkinan ada segelintir peniaga tidak terlepas dari pengisytiharan sumber, aliran dan pendapatan mereka yang selama ini ‘disorokkan’ dan mereka terpaksa membayarnya bila sistem percukaian GST dilaksanakan. Inilah dikatakan GST mampu mengelak ketirisan dan penyelewengan dalam perniagaan. 


GST memiskinkan dan menyusahkan rakyat? Apa yang kerajaan lakukan untuk membantu rakyat?

Pendapat ini salah sama sekali. Banyak bantuan dan sokongan diberikan oleh kerajaan kepada rakyat. 

Untuk mengatasi sebarang peningkatan harga secara mengejut maka kerajaan akan memberi bantuan tunai secara one-off sebanyak RM300 kepada penerima BR1M yang rata-ratanya berpendapatan rendah. Pendapatan ini boleh digunakan secara beransur-ansur bagi menampung lebihan belanja akibat kenaikkan kos sara hidup setiap bulan, bukannya diperhabiskan dalam tempoh sekelip mata.

Rakyat berpendapatan rendah dan golongan miskin tidak akan dikenakan sebarang cukai GST jika mereka tidak membayar makanan atau menginap di hotel-hotel, restoran makanan segera, menonton wayang, mengunjungi pusat-pusat hiburan dan spa dan sebagainya.
Contoh mudah pengiraan GST...jom makan KFC

Adakah kita masih perlu membayar cukai pendapatan pada kadar yang sama?

Tidak, melalui perlaksanaan GST kadar cukai individu akan dikurangkan sebanyak 1-3% untuk semua pembayar cukai.

Kadar pendapatan bercukai juga akan dinaikkan kepada melebihi RM500,000. Jika di bawah nilai ini mereka tidak perlu berdaftar dan membayar GST.

Dengan itu mereka mempunyai lebihan wang untuk berbelanja atau menabung. Ini adalah inisiatif nyata kerajaan bagi membantu dan menjaga kebajikan rakyat.

Perlu diingat, golongan berpendapatan rendah di bawah RM2,000.00 sebulan tidak dikenakan cukai. Bahkan mereka akan dapat lagi BR1M tahunan dan pelbagai insentif kewangan dan bantuan dari kerajaan. Inilah yang dikatakan rakyat diutamakan dan kebajikan mereka dijaga.

Nak tahu kena cukai atau tidak berdaftarlah pada Lembaga Hasil Dalam Negara (LHDN)

Bagaimana pula dengan sektor perniagaan? 
  • Kerajaan akan mengurangkan cukai pendapatan korporat maksimum 26% kepada 24% mulai tahun taksiran 2016.
  • Cukai pendapatan syarikat kecil dan sederhana akan diturunkan daripada 20% kepada 19% mulai tahun taksiran 2016
  • Cukai pendapatan koperasi dikurangkan 1-2 mata peratus mulai tahun taksirn 2015 dan potongan cukai bagi yuran kesetiausahaan.
  • Pemfailan cukai mulai tahun taksiran 2015
  • Potongan cukai tambahan untuk beli kos beli peralatan dan perisian ICT bagi tahun taksiran 2014 dan 2015
  • Geran latihan GST berjumlah RM100 juta dan bantuan pembelian perisian perakauan GST berjumlah RM150 juta.
Dengan pemberian insentif-insentif ini, maka kos harga jualan barangan dan perkhidmatan boleh dikurangkan dengan begitu banyak. Secara langsung harga barangan akan menjadi lebih murah. Namun jika ada peniaga menjual barang kepada pengguna dengan harga mahal, maka ia adalah salah penjual tersebut yang melakukan khianat pada kita.

Kenapa GST dilaksanakan sekarang dan bukannya kemudian apabila tiada lagi ketirisan ekonomi?

Tujuan utama pengenalan GST adalah untuk mengurang dan membenteras ketirisan ekonomi akibat perbuatan pengkhianat-pegkhianat ekonomi. Kerajaan sentiasa menambah baik sistem perekonomian dan percukaian negara agar ketirisan ekonomi, rasuah dan penyelewengan ekonomi dapat diatasi dengan sistem pengurusan yang lebih cekap dan telus. 

Kerajaan berpendapat bahawa kadar inflasi negara pada masa kini bawah 2% adalah rendah dan ia sememangnya masa terbaik untuk melaksanakan GST. Ini bagi memastikan rakyat tidak terbeban dengan perlaksanaan GST jika kadar inflasi tinggi.

GST memiskinkan rakyat dan menyusahkan golongan berpendapatan rendah?

Pendapat ini salah sama sekali. Apabila sistem kutipan percukaian semakin baik dan cekap, banyak ketirisan ekonomi berjaya dibenteras. Hasil pendapatan kerajaan semakin meningkat dan hasil tersebut akan dipulangkan kembali kepada rakyat menerusi pembangunan infrastruktur seperti sekolah, universiti, rawatan kesihatan kerajaan, subsidi baja dan pendidikan, pembinaan jalan raya, pembekalan utiliti, pembayaran gaji dan imbuhan perkhidmatan, peruntukkan kewangan pada negeri-negeri dan sebagainya.

Malah setiap tahun kerajaan telah menaikkan jumlah BR1M kepada golongan sasar selain pelbagai insentif kewangan dan bantuan bagi membantu rakyat dan golongan peniaga. 

Kerajaan tidak lagi boleh bergantung harap pada sumbangan dari hasil petroleum Petronas untuk selama-lamanya kerana hasil bahan mentah tersebut semakin berkurangan dan syarikat tersebut memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk penerokaan di luar negara serta pengurusan syarikat.

Sudah lebih 160 buah negara di dunia telah berjaya melaksanakan GST. Adakah negara-negara ini semakin miskin dan rakyatnya semakin susah? 

GST adalah cukai yang bertentangan dengan Islam?

Jika GST bercanggah dengan ajaran Islam mengapa beberapa negara-negara Pertubuhan Islam Sedunia (Organization of Islamic Countries – OIC) seperti Algeria, Turki, Jordan, Lebanon, Indonesia, Mesir, Iran, Uzbekistan, Turkmenistan, Pakistan, Kazakhstan dan sebagainya turut melaksanakannya? Kadarnya pula berbeza dari serendah 5% (Iran) hingga tertinggi 20% (Uzbekistan dan Tajikistan).

Kadar GST yang berbeza di kalangan sebahagian Negara-Negara Pertubuhan Islam Sedunia

Bil
Negara-Negara OIC
Tahun diperkenalkan
% Kadar GST dikenakan
Bil
Negara-Negara OIC
Tahun diperkenalkan
Kadar GST dikenakan
1
Indonesia
1984
10%
14
Turkmenistan
1993
15%
2
Turki
1984
10%
15
Jordan
1994
16%
3
Maghribi
1986
20%
16
Mauritania
1995
14%
4
Pakistan
1990
16%
17
Tunisia
1998
18%
5
Mesir
1991
10%
18
Kyrgyztan
1999
20%
6
Kazakhstan
1991
12%
19
Chad
2000
18%
7
Mali
1991
18%
20
Sudan
2000
15%
8
Bangladesh
1991
15%
21
Kosovo
2001
16%
9
Benin
1991
18%
22
Lebanon
2002
10%
10
Algeria
1992
17%
23
Ethopia
2003
15%
11
Azerbaijan
1992
18%
24
Bosnia Herz
2006
17%
12
Uzbekistan
1992
20%
25
Tajikistan
2007
20%
13
Burkina Faso
1993
18%
26
Iran
2008
5%


Adakah Negara-Negara OIC ini tidak Islamik? Hakikatnya, kadar GST 6% di Malaysia adalah jauh lebih rendah dari negara-negara lain yang mengenakan GST sehingga 27% (Hungary). 

Jika GST adalah sistem percukaian yang zalim, mengapakah negara-negara dunia ini boleh dan berjaya melaksanakannya? Adakah mereka telah membatalkan GST dan melaksanakan suatu sistem percukaian yang lain yang lebih baik dari GST?

Dalam sejarah Islam, sistem percukaian mula dilaksanakan di zaman Khalifah Umar Al Khattab (633-644M) untuk membangunkan negara Islam dari pelbagai sudut. Jika cukai itu haram, apakah hukuman yang perlu dijatuhkan ke atas baginda? 

Jadi apa peranan kita sebagai rakyat dalam menghadapi GST?
  • Jangan percaya kepada spekulasi, fitnah dan tohmahan pihak yang tidak bertanggungjawab memburuk-burukkan GST
  • Bertanya pada yang pakar GST, banyakkan membaca tentang kebaikan GST
  • Sebagai pengguna sebelum membeli sesuatu barangan kita perlulah membuat perbandingan harga
  • Sentiasa merujuk kepada panduan harga pengguna.
  • Membeli di premis-premis jualan yang menawarkan harga berpatutan dan berkualiti
  • Sentiasa memantau dan melaporkan apa-apa kenaikkan harga yang tidak munasabah kepada pihak berwajib seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) atau persatuan-persatuan pengguna.
  • Menggunakan kemudahan media sosial seperti sms,whatsapp,wechat, facebook, blog, twitter dan sebagainya untuk melaporkan perbuatan khianat ekonomi oleh golongan peniaga seterusnya kita memboikot premis mereka.
Link berkaitan:


38 comments:

Tanpa Nama berkata...6 Mei 2014 10:00 PG
Minta-mintahlah semua membaca penerangan tersebut.Mudah difahami.Kpd pendemo2 bantah GST tempohari tolong baca.Kalau tak setuju dgn GST sila beri "opsyen" (sistem yg lebih baiklah).
sifu gino berkata...6 Mei 2014 1:04 PTG
Diorang mana rajin nk baca. Diorang suka sgr je. Dgr ceramah.. Hehe..
Tanpa Nama berkata...7 Mei 2014 6:55 PG
"government service tax"... kata salah seorang yg bedemo anti gst tempoh hari... yang lain blur..blur.. macam lembu kena cucuk hidung... demo tapi habuk pun tadak..
Tanpa Nama berkata...7 Mei 2014 11:39 PG
"menghalang ketirisan ekonomi"....siapa lak puncanye ya?
Tanpa Nama berkata...7 Mei 2014 3:13 PTG
kan. dorang ni bkn nak cari fakta dulu. ikut je apa orang lain cakap. Tak fikir guna otak. At least, buat research. what is GST. Ni tak memasal p join demo, ntah apa je.
Tanpa Nama berkata...7 Mei 2014 10:40 PTG
assalam bleh kah saya tahu apa itu makna"after rebet"
Amran berkata...8 Mei 2014 9:19 PG
Cuba perhatikan GST pada bahagian KFC beli dari kilang, KFC dapat rebet dan dapat jual seperti harga dari kilang. Manakala dalam SST, KFC beli dengan harga 10% lebih mahal dari kilang, tanpa rebet.

Syarikat-syarikat besar seperti KFC dalam sistem GST dikecualikan cukai melalui rebet, tidak kepada pengguna. Manakala dalam SST, kedua-dua kontraktor dan pengguna dikenakan cukai.

Mungkin sebab itulah tidak ada tauke-tauke cina berdemo pasal GST ini, kerana umum kita lebih mengetahui golongan ini merupakan pengilang2 dan kontraktor2 besar di Malaysia (Margin Sentiasa Untung Amat Besar Wooo). Manakala rakyat marhean merupakan pengguna tegar barangan/khidmat mereka (Ada kemungkinan margin Untung/Rugi yang kecil bergantung kepada sektor barangan/perkhidmatan).

Di sini soal harga barangan mungkin naik, mungkin turun bergantung kepada sektor2 tertentu seperti yang dijelaskan oleh artikel, tetapi apa yang nyata dan jelas, jurang kekayaan di antara tauke-tauke ini (golongan kaya) dengan rakyat marhean akan bertambah besar. Dan inilah yang akan mengkayakan mereka berlipat kali ganda!!!

Yang menjadi persoalan kenapa di dalam GST, golongan kaya tidak dikenakan cukai tetapi pengguna dikenakan cukai?
mohammad arief mokhdzir berkata...8 Mei 2014 10:17 PTG
indonesia 1984, filipina, kemboja, laos..... kene 10% gst sejak awal dulu........ adakah gst baik untuk ekonomi,? cuba terangkan secara menyeluruh...
Tanpa Nama berkata...9 Mei 2014 4:14 PTG
Sokong penuh supaya seluruh penceroboh ini dihalau keluar. Cina adalah PENCEROBOH Tanah Melayu. Halau mereka kembali ke Tanah Besar China dan hauskan hak mengundi dan bertanding di Parlimen atau Dewan Negeri, tutup dan hapuskan Semua Sekolah Cina@Penceroboh. Kuatkan Islam, Melayu Islam, Raja raja Melayu dan Bahasa Melayu.

Penceroboh adalah sebab:-
1. Agama Islam dipermainkan
2. Bahasa Melayu dirosakkan - Mereka masih mengagungkan Bahasa Inggeris
3. Raja-raja Melayu mahu dihapuskan (walhal Penceroboh ini tidak pernah menderita pun akibat Ketuanan Melayu)
4. Merosakkan ekonomi Orang Melayu
5. Menghalang Orang Melayu membeli rumah dan seterusnya menguasai majoriti undi satu satu kawasan dengan masyarakat Penceroboh.
6. Tidak Menghormati Tuan punya Negara Malaysia
7. Lebih Cina daripada Cina di negara China dengan sibuk membuka sebanyak banyak sekolah aliran Cina dengan sejarah China dan Bahasa China sebagai matapelajaran utama.
8. Membunuh ekonomi orang Melayu dengan pengambilan warga asing.
9. Merosakkan institusi kewangan Melayu dengan mengawal aliran wang masuk ke Negara.
10. Mereka adalah kafir laknat yang melawan perintah Allah dan Rasul Allah, makan binatang haram, makan babi dan tidak hormat bulan Ramadhan.

Apakah bangsa kafirun ini yang anda mahukan jadi pemimpin? Ini negara kita, MALAYsia bukan CINAsia. Hapuskan Penceroboh, halau Penceroboh!
Tanpa Nama berkata...10 Mei 2014 10:18 PG
Golongan kaya tidak dikenakan cukai, golongan miskin tidak dikenakan cukai. yang dikenakan cukai ialah PENGGUNA. Kamu makan di hotel, kena GST. Beli beras tak kena GST. Golongan kaya juga dikenakan cukai pendapatan, dengan adanya GST, mereka tak boleh lagi menyorokkan pendapatan mereka. Itu yang aku faham.
Tanpa Nama berkata...2 Julai 2014 9:23 PG
Maaf saya nak tanya,baru2 ini saya ada jual rumah,dah sign s&p dan sekarang tengah tunggu bank keluarkan loan kpd buyer.yg menjadi masalah,syarikat hartanah yg menjualkan rumah sy tu minta sy bayar gst drpd 3% drpd nilai rumah.maksudnya saya jualkan rumah tu pd harga rm680k.3% drpd nilai rmh adalah rm20400(komisen utk agen dan syarikat hartanah tersebut),dan lepas tu mereka minta sy bayar gst 6% drpd rm20400 tu.jadi sy kena keluar lagi rm1224.so sy nak tanya apakah memang sepatutnya sy dikenakan gst atau pun tidak?terima kasih kerana membantu
Tanpa Nama berkata...25 Ogos 2014 8:26 PTG
sya rsa GST ini memang patut di jlankn....kerana banyak kebaikn yg boleh kta perolehi..baik untuk masyarakat dan juga negara kita sendri.....Negara lain sudah pun menjalankan sistem GST ini xda ada pun masalah yg mereka hadapi ...malah sistem ekonomi negara mereka semakin baik...jadi tdak salahkan jika kerajaan menjalankan sistem GST..ini ntuk keaikan bersama jga.... >_<
Tanpa Nama berkata...6 September 2014 12:01 PG
Orang Islam kene GST dan zakat,,,,
Dato' Mohamad Fikri berkata...6 September 2014 6:22 PG
nampak benor ko masih tak paham..adoiii...
Tanpa Nama berkata...8 September 2014 9:54 PG
GST ka SST ka bukan masalah TAPI PERLAKSANAAN. Kalau pemborong / kontraktor PR suka2 hati lepas ni nak SST tambah GST lagi ke atas produk / servis mereka, apa kerajaan boleh buat??
Tanpa Nama berkata...12 September 2014 2:56 PTG
Dlm golongan perniagaan manakah yg diwajib.kan utk mendaftar..GST..?..saya kurang faham..contoh.penjual bugger di tepi jln/. penjual kek di pramis,/pendandan sallon.yg hanya buka perniagaan di rumah,
Tanpa Nama berkata...17 September 2014 3:55 PG
yang perlu daftar gst peniaga yang kadar pendapatannya {turn over} rm500.000 dan keatas setahun,
Tanpa Nama berkata...21 September 2014 1:09 PG
syarikat yg memperolehi pendapatan rm500 ribu setahun dikenakan gst..so pasni nak beli sayur atau brg dapur beli la kat pasar.. jangan beli kat tesco,giant... ada paham..??
IdrisMdIsa berkata...23 September 2014 11:01 PG
Kau ni aku tak tau lah. Bodoh ke atau cuma nak jadi barua najib. Cukai jualan & cukai perkhidmatan cuma dikenakan untuk barangan & perkhidmatan tertentu sahaja. Contoh cukai jualan adalah petrol & disel. Cukai perkhidmatan dikenakan untuk perkhidmatan tertentu seperti peguam, auditor & lain2 perkhidmatan professional. Cukai perkhidmatan dan jualan cuma dikenakan direstoran yang "mahal" & "separuh mahal" sahaja. Dgn GST, semua restoran wajib kenakan cukai. Atas kertas memang nampak cantik...cukai turun dari 16% kepada 6% tetapi skop gst sangat luas. Sebelum gst peratus perkhidmatan & barangan yang kena cukai perkhidmatan & jualan rasanya tak sampai 10% tetapi dengan gst, rasanya peratusannya naik kepada 99%. Tolak campur tolak campur, kerajaan akan pungut cukai jauh lebih banyak dengan gst. kalau cukai yang dipungut lebih banyak, siapa yang tanggung kalau bukan pengguna? Tak betul? baru2 ni aku terbaca dalam paper sorang menteri kata, dengan gst kerajaan akan dapat kutip cukai RM20 billion setahun. banyak tu! kau nak menipu lagi? kalau pemimpin kerajaan kerjanya menipu rakyat je, rakyat, terutama peniaga, akan menipu juga. penerangan kau diatas tu pun semua menipu. aku boleh jawab semua tapi tak cukup masa. pemimpin menipu takpe, peniaga menipu kau marah. adakah dengan adanya gst nanti penipuan dapat diatasi? Jangan menipu/berbohong. Penipuan akan berterusan sebab M'sia ni DARUL PENIPU!. akhir sekali [ada banyak lagi sebenarnya], kalau nak buat perbandingan dgn negara2 lain, jangan bandingkan gst aje, bandingkan yg lain2 smua sekali barulah tahu keadaan sebenar.
Tanpa Nama berkata...2 Oktober 2014 10:07 PG
Aku masih tak faham....kita pengguna akhir dicukai....peniaga akan tuntut balik cukai daripada kerajaan pada setiap barangan yang dibeli

Siapa yang kaya...peniaga !!!!...terutama peniaga atas angin contoh peniaga pasar tani dan pasar malam >>> mereka ni bayar cukai ke ??...tu sebab peniaga pasar malam, pasar tani terutama di bandar2 besar dan pekan2 yang semakin membangun semakin kaya raya....pendidikan setakat tingkatan 3 tetapi pendapatan mereka lebih RM 10 ribu setiap bulan, adakalanya melebihan pendapatan golongan profesional yang terbeban dengan pelbagai cukai
Tanpa Nama berkata...4 Oktober 2014 3:10 PTG
Rakyat menjadi mangsa
Tanpa Nama berkata...9 Oktober 2014 9:53 PTG
ok... GST dalam resit yang dinyatakan di atas betul... tapi, bukan Goods & Service Tax tetapi Government Service Tax.. kalau masih tak faham lagi.. sila click video ini.. dan fahamkan dulu yer.. sekian terima kasih. http://www.youtube.com/watch?v=Yv8XuRW-LZE .... GST-Faham ke tak? dan satu lagi.. saya masih tidak sokong pelaksanaan GST ( Goods & Service Tax). itu sahaja.
Tanpa Nama berkata...14 Oktober 2014 4:02 PTG
Ada juga lembu lembu PR dan Macai (mempercayai cakap anwar ibrahim) yang masih tak paham bila baca pencerahan di atas. Macam mana la derang ni semua amik exam kat sekolah..
Tanpa Nama berkata...16 Oktober 2014 9:07 PG
dh nm pon cukai..sah2 la akn mbebankan..xpyh la nk ckp dpt krgkan beban.. ingt ni.. ' Tidak Ada Cukai Yang Tidak Membebankan.'
Mohamad Razif berkata...16 Oktober 2014 9:22 PG
Kata sayur tak kene gst.
Mohamad Razif berkata...16 Oktober 2014 9:28 PG
Betul GST pada resit ni Gov.service tax...bukan Goods&service tax. Gov.service tax 6% biasa dikenakan di kedai food court macam kat Jusco.
Tanpa Nama berkata...16 Oktober 2014 7:45 PTG
Oooo cmtu
Tanpa Nama berkata...22 Oktober 2014 2:35 PG
Oh takde "double taxation?'.Ada juga di kalangan peniaga yang saya jumpa baru-baru ni risau tentang perlaksanaan GST.Mungkin lebih banyak penerangan perlu diberi.
Tanpa Nama berkata...23 Oktober 2014 12:51 PG
peniaga besar risau kerana mereka tahu mereka tidak boleh lagi mengelak cukai atau tipu cukai, semua kegiatan perniagaan mereka dapat dikesan pada setiap peringkat
Tanpa Nama berkata...27 Oktober 2014 11:10 PTG
mangkuk2 yg menyokong nuar mmg payah nk paham mende gini,,,mmg kerajaan yg ade sekarang bkn perfect..tp cuba buat yg terbaik...
Tanpa Nama berkata...28 Oktober 2014 3:18 PG
Pelaksanaan yg bagus syarikat2 besar x blh lari dri cukai
Tanpa Nama berkata...28 Oktober 2014 10:44 PG
BODOH... syarikat besar bank negara bagi KADAR ISTIMEWA la BODOH. hang ni bodoh nak mampus....
Tanpa Nama berkata...28 Oktober 2014 1:52 PTG
hang jgn dok sedap ckp jer.. Hang sndiri pn x lepas dari cukai gst.. Apabila smpai tahap duit syiling dlm poket hang pon dorang kikis, baru hang sedar.. Nk undur pn dh x boleh...kita suara pengguna.. Depa orang politik baik kiri kanan sama jer.. Ada peluang dorang ngap jgak.. Pikir2 laa untuk bini, anak2 dan periuk nasi kita... Peace..
Tanpa Nama berkata...15 November 2014 1:23 PG
Soling gst
nazwan hassan berkata...18 November 2014 4:22 PTG
contoh yang saudara copy paste entah dari mana seperti di atas adalah contoh daripada kaedah cukai apabila hanya ada satu lapisan dalam rantaian jualan.secara logik benarkah hanya ada 2 peringkat dalam rantaian bekalan?bayangkan daripada pengeluar memerlukan 4 peringkat bekalan iaitu pengeluar, pemborong utama, pemborong dan peruncit.saya kira balik harga kfc yg tuan buat contoh sebentar tadi. jika terdapat 2 rangkaian sebelum sampai kepada peruncit dan saya hanya letakkan keuntungan setiap peringkat hanya rm2 harga runcit kfc adalah rm14.65.itu hanya andaian saya berdasarkan ilustrasi yang tuan copy dr mana sy x tau. jangan hanya ingat barang yg tuan dapat dr kedai tu trus dari kilang ye?saya kagumi sikap tuan puan yang gemar "membaca" namun saya harap selepas ni tuan puan boleh masuk ke fasa baru iaitu"baca dan faham!". walau bagaimanapun saya menyokong walau dalam sedih dengan keputusan kerajaan untuk melaksanakan gst kerana negara kita sekarang menanggung hutang yang amat tinggi. renung2kan...
Tanpa Nama berkata...19 November 2014 12:16 PG
GST hanya memudahkan kerajaan mengutip cukai saja..Kalau setakat pemantau cap ayam juga yang bertugas melaksanakan GST bermakna tiada apa perubhan yang berlaku kepada pengguna bawahan. Bunyi memang bagus tetapi kawalan meleset. harap pagar..pagar menghempap padi..ceramah GST sampai esok pagi masih ada lagi.bukan tujuan memberi kefahaman tetapi lebih kepada program meraih sokongan ..bila buat aduan kenaikan barang ..kentot penguatkuasa pun tak berbunyi...kerajaan lembab bertindak dalam serba serbi...tambahan pula yang melibatkan kaum bukan melayu yang majoriti adalah peniaga.. Peniaga haram pun tak terkawal..seduit gst pun tak terkutip.. harga barang naik tak apa..BRIM kan ada.. Sukat baju ikut badan sendiri..bukan badan orang putih.. walaupun pandai bercakap omputih..peniaga cina tetap cakap cina ikut budaya menipu kebaggaan mereka..
Tanpa Nama berkata...26 November 2014 8:35 PG
Hhehehehe...copy paste dr portal kementerian pelajaran malaysia....xse idea lettew nk wat ulasan sndr...
Tanpa Nama berkata...30 November 2014 2:17 PG
Faham betul betul... nak kata ko bodoh memang bodoh kot.. ketepikn politik baru baca.. baru boleh faham..

Catat Ulasan