Thursday, March 8, 2012

bila isteri orgasm dari busuk org

Kebaikan orgasma pada wanita

Kebaikan Mencapai Orgasma
Seks pada dasarnya bukan hanya semata-mata pada tuntutan nafsu atau mencapai kepuasan. Apa yang anda perlu ketahui, aktivti hubungan seks antara pasangan yang telah berkahwin adalah demi mencapai kebahagiaan dalam hubungan. Salah satu faktor menetukan kebahagian rumahtangga adalah melalui hubungan seks yang berjaya dan mencapai orgasm. Kebanyakan masalah rumahtangga mudah diselesaikan ketika sesudah melakukan hubungan seks. Ini adalah fakta yang nyata melalui kajian yang dibuat oleh pakar. Ketika selesai melakukan hubungan seks, otak akan lebih bersedia untuk berfikir dengan jelas. Oleh itu, masa ini adalah sangat sesuai bagi suami isteri untuk berbincang tentang hal rumah tangga ketika ‘mood’ berada dalam keadaan jelas dan bersedia. Selain itu, ia memupuk dan mengeratkan lagi hubungan suami isteri yang pada kalanya terjadinya kerengangan akibat masalah yang di hadapi.

Namun begitu, ada kalanya ia serba tidak menjadi walaupun selepas pasangan suami isteri melakukan hubungan seks. Kunci jawapan untuk membuka pintu ini adalah dengan mencapai orgasm hubungan seks itu sendiri. Bagi si suami, ia berkemungkinan amat mudah untuk mencapai jika keadaan dalam sihat namun berbeza bagi isteri yang pada kalanya sukar untuk mencapai orgasm pada waktu tertentu. Oleh itu, suami perlulah memainkan peranan yang serius dalam menjalankan tugas ini. Kenapa orgasm pada isteri begitu sangat penting? Seperti yang dimaksudkan dengan kunci tadi, ia adalah salah satu punca kebahagian isteri kerana orgasm merupakan faktor pengubat tekanan yang dihadapi isteri pada waktu itu dengan masalah dan situasi yang dihadapi.

Berikut adalah kenyataan yang suami perlu sedar bagi mencapai orgasm isteri:-

Pertama
Isteri akan rasa seronok dan gembira kerana alami perasaan yang sensasi. Per
cayalah setiap kali suami berjaya berikan isteri orgasm, isteri akan sentiasa tersenyum dan gembira. Hasilnya suami akan sentiasa di sayangi. Pada tahap ini, ia akan sentiasa meningati suami sebagai tempat bergantung harapan bagi mengurangkan tekanan yang dihadapi seharian.

Kedua
Isteri akan rasa semua keperluan hidupnya berjaya di penuhi. Amat mudah bukan? Namun itulah kenyataanya, isteri sebenarnya lebih mementingkan diberi perhatian oleh suami lebih dari segala apa yang dimahukan. Suami adalah harta yang paling berharga buatnya.

Ketiga
Isteri akan rasa perasaan teruja di mana perasaan ini hanya akan datang melalui kepuasan seks dan mencapai orgasm. Membuatkan isteri teruja adalah amat penting bagi menaikan semangatnya demi mengadapi kehidupan sehari-harian.
Nuffnang Ads
Keempat
Isteri akan lebih yakin kerana telah alami hubungan yang sangat nikmat pada waktu itu melalui orgasm yang berjaya. Ia merupakan pemakin semangat kepadanya. Apabila isteri melepaskan segalanya dan menikmati kebahagiaan ketika itu melalui hubungan seks yang berjaya, sudah pastinya hal ini membuatkanya berasa lega dan bangun dengan penuh bertenaga.

Kelima
Pada ketika orgasm berjaya, isteri akan merasa tekanan seksual telah di lepaskanya. Ketika melakukan hubungan seks, suami isteri akan menyimpan ledakan seksual di hati dan fikiran masing – masing. Apabila isteri alami orgasm, ledakan seksualnya akan terlepas seperti gunung berapi yang telah lama bertapa dan mengeluarkan isinya yang panas, dan kemudiannya sejuk dan tenang.

Keenam
Isteri akan waras dan kurang beremosi negatif kerana semua beban yang ditanggung sudah terlepas apabila mengalami orgasm.

Ketujuh
Isteri akan rasa dirinya di cintai. Semasa hubungan seks berlangsung, dia sangat inginkan kepuasan dan apabila suami memberikan orgasm yang padu, sudah pastinya isteri akan rasa sangat di cintai dan dihargai. Seterusnya dapat memberikan impak kesetiaan dan kepercayaan yang tidak berbelah bagi kepada suami.

Pendek kata, suami haruslah berusaha untuk memberikan sebaik mungkin nafkah batin kepada isteri dan memastikannya betul-betul mencapai orgasm ketika hubungan seks berlangsung. Ia juga bolehlah diertikan sebagai ubat yang menyembuhi isteri yang sangat terluka dengan tekanan yang dihadapi. Oleh itu memastikan isteri mencapai orgasm adalah misi utama suami bagai mencapai seks yang berjaya.

Wednesday, March 7, 2012

penis dari busuk org

13 fakta dan kegunaan kemaluan lelaki

1
Gambar sebagai hiasan
1. Kulup (kulit penis yang telah disunat) dapat digunakan sebagai penampal utk kulit melecur akibat terbakar. Sel dalam kulup kaya dgn fibroblas, iaitu sel pembentuk jaringan yang berguna dalam penyembuhan luka.
Selain itu, kulup juga dapat dijadikan bahan kosmetik krim anti kedutan, kulit ini mengandung banyak kolagen.

2. Kelenjar prostat yang membesar dapat menyebabkan hilang fungsi ereksi dan ejakulasi .

3. Orgasme selepas pancut secara purata berlangsung selama 6 saat, sedangkan wanita lebih lama 23 saat.

4. Kulup yang telah disunat dapat direkonstruksi.
Caranya dengan menarik ke hujung kulit kendur pada penis, pakaikan cincin plastik berbentuk topi dan berat. Dalam beberapa tahun, struktur penis akan kembali tegang semula.

5. Hanya 1 dari 400 lelaki yang boleh melakukan oral pada kelaminnya sendiri tanpa bantuan pasangannya

6. Ada dua jenis penis,
pertama, jenis yang makin panjang dan besar jika stim atau ereksi (dinamakan grower).
Kedua, yang sentiasa besar (walaupun tak stim) tetapi tidak juga bertambah besar jika stim (disebut shower).
Nuffnang Ads
7. Survey Men’s Health Internasional 79 % lelaki adalah grower dan 21 % shower.

8. Penyelidik Jerman mengatakan purata hubungan seks berlangsung 2 minitt 50 saat, tapi wanita menganggapnya hanya 5 minit 30 saat.

9. Ukuran tidak penting kerana pembuahan benih terjadi dari persaingan sperma yang masuk sel telur bukan sebab panjang atau lamanya berhubungan kelamin.

10. Berdasarkan penelitian dari Spanyol, lelaki dengan penampilan menarik memiliki sperma yang kuat pancutan dan kualiti baik. Kebanyakan wanita tanpa sedar akan menyukai lelaki dengan sperma yg kuat daya pancutannya.

11. Otak tidak diperlukan untuk ejakulasi, kerana arahan untuk memberi kepuasan berasal dari sumsum tulang belakang.

12. Penyebab paling umum pecahnya penis adalah onani yang terlalu kuat.

13. Merokok dapat memendek penis menjadi 1 cm. kerosakan pembuluh darah, yang menjadi sebab aliran darah tersumbat.

berus bulu babi dari blog busuk org

Cara mengenal berus dari bulu khinzir atau babi

Kebanyakkan berus yang murah dari China diperbuat dari bulu khinzir. Hal ini kerana terdapat ciri-ciri khas pada bulu tersebut menyebabkan ia begitu popular dijadikan berus untuk mengecat, mewarna dan membersihkan rumah.

Ciri-ciri bulu khinzir:
1-Bulu yang rimbun dihujungnya (lebih tepat hujung bercabang)
2-Boleh diubahsuai dengan bahan kimia untuk menjadi lembut atau keras.
3-Susah tertanggal dan jatuh atau cepat rosak.
4-Senang didapati berbanding bulu haiwan lain.

Penggunaan bulu khinzir atau khinzir hutan (dipanggil “Bristle”) kerana bentuk mereka yang keras dan kasar. Hujung bulu khinzir ini mempuyai sifat yang unik iaitu hujungnya yang bercabang (split ends). Bristle daripada wilayah Chungking China adalah yang terbaik untuk digunakan untuk mengecat.
Nuffnang Ads
Manakala berus bulu kambing atau biri-biri banyak digunakan untuk kaligrafi. Hujungnya tidak bercabang seperti bulu khinzir. Bulu kambing atau biri-biri ini mempunyai hujung yang tajam.

Maha suci Allah menjadikan bulu khinzir berbeza dengan haiwan yang lain. Mungkin ada hikmah disebaliknya – agar umat Islam dapat membezakannya. Namun masih ramai yang tidak mengetahuinya.

Jadi, berhati-hatilah. Insyallah dengan izinnya, semoga kita semua sentiasa dilindungi.
Sumber

api dari sisa kumbahan

Bahan api sisa kumbahan


Dr. Rusnah Samsudin (kiri) bersama kumpulan penyelidikan menukar sisa kumbahan kepada tenaga alternatif.


KAJIAN menunjukkan Malaysia telah menghasilkan tiga juta meter padu sisa kumbahan setiap tahun dan dijangka meningkat kepada tujuh juta meter padu menjelang tahun 2020.
Kos pengurusan bagi merawat sisa kumbahan ini menelan belanja yang cukup tinggi.
Menyedari bahawa masalah peningkatan sisa kumbahan semakin meruncing, sekumpulan penyelidik Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah mengambil inisiatif meneroka potensi yang mampu dihasilkan daripada sisa kumbahan.
Kumpulan penyelidik terbabit, diketuai Profesor Madya Dr. Rusnah Samsuddin dari Fakulti Sains Gunaan menggunakan sisa kumbahan terawat dari loji rawatan Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK).
Sampel tersebut diuji untuk menentukan penghasilan minyak bio melalui proses pirolisis.
Minyak bio yang terhasil berpotensi digunakan sebagai bahan api alternatif.
Proses tersebut menggunakan suhu yang tinggi dalam persekitaran tanpa atau dengan oksigen yang minimum.
Pirolisis merupakan kaedah yang paling sesuai untuk menyahkan sisa yang tidak diperlukan dan menukar sisa tersebut kepada produk bermanfaat iaitu gas, cecair dan serbuk pepejal.
Kaedah tersebut juga tidak menghasilkan bahan atau sisa yang mencemarkan malah mampu menjimatkan tenaga.
Setelah kajian dijalankan, sebatian-sebatian kimia utama seperti alkana, alkena, alkuna, aromatik, alkohol, asid karboksilik dan sebatian-sebatian nitrogen telah dikenal pasti terkandung di dalam minyak bio tersebut.
Bagi meningkatkan kualiti dan kuantiti minyak bio yang dihasilkan, kumpulan berkenaan telah menggabungkan sisa kumbahan dengan beberapa sisa pertanian seperti sekam dan batang padi, hampas tebu dan hampas kacang soya.
Pemilihan sisa pertanian ini secara tidak langsung dapat mengurangkan pencemaran udara melalui pembakaran terbuka setiap kali selepas proses penuaian sekali gus membuka peluang perniagaan baru kepada pesawah dan pekebun tebu.
Tambahan pula, minyak bio yang terhasil mempunyai nilai sulfur yang lebih rendah daripada bahan api konvensional.
Justeru itu, minyak bio ini mesra alam dan mampu menjadi bahan alternatif yang sesuai untuk menggantikan bahan api daripada petroleum seperti diesel.
Minyak bio sangat ekonomi untuk digunakan kerana kos penghasilan yang rendah dan sumber penghasilan yang mudah diperolehi.
Bahan mentah yang digunakan adalah daripada sumber bahan yang boleh diperbaharui.
Permintaan terhadap bahan api yang tinggi menyebabkan harga bahan api konvensional semakin meningkat.
Penggunaan minyak bio ini dilihat mampu mengurangkan kesan negatif terhadap ekonomi negara.
Pada masa ini, Dr. Rusnah dan kumpulannya mencari rakan industri yang berminat untuk mengkomersialkan minyak bio tersebut dan ia mampu menjadi bahan api yang setanding dengan bahan api yang sedia ada.
Inovasi ini telah meraih pingat gangsa di pertandingan reka cipta BioMalaysia 2011 anjuran Biotechnology Corporation (BiotecCorp) yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) tahun lepas.

guna jerami padi

Jerami padi rawat air kumbahan


Contoh loji kumbahan yang boleh memanfaatkan jerami padi bagi merawat sisa industri.


BAJU batik merupakan satu kebanggaan bagi masyarakat Malaysia, malah ia merupakan salah satu produk pelancongan negara yang giat dipromosikan oleh kerajaan.
Bahkan industri batik juga menjadi sumber rezeki kepada ramai warga Malaysia khususnya masyarakat di Pantai Timur Semenanjung melalui peluang pekerjaan dan perniagaan yang disediakan.
Hari ini, seni corak batik bukan sahaja tertumpu kepada pakaian malah boleh diadaptasikan ke dalam bentuk lukisan, dijadikan corak pada tudung lampu, bingkai gambar, beg tangan, cadar katil, kasut, skaf dan pelbagai perhiasan lain.
Namun, di sebalik keunikan yang terserlah dalam seni kraf batik, tidak ramai yang mengetahui bahawa proses penghasilan batik menggunakan kaedah cantingan lilin bagi menyerlahkan corak batik sebenarnya merencatkan proses rawatan sisa kumbahan tekstil sebelum ia dilepaskan ke sistem saliran dan pembetungan
Selain itu, ia mengakibatkan kerosakan instrumentasi yang menjalankan proses rawatan sisa kumbahan tersebut.
Masalah itu mendorong penyelidik Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menjalankan kajian untuk menyingkirkan lilin dalam sisa kumbahan . Ia akan memberi kesan negatif terhadap proses rawatan air kumbahan tekstil di loji dengan menggunakan sisa pertanian yang diubahsuai secara kimia.
Pensyarah kanan Fakulti Agro Industri dan Sumber Asli (FASA) UMK, Dr. Wong Yee Ching telah mula menjalankan penyelidikan untuk merawat sisa kumbahan industri tekstil daripada sisa pertanian menggunakan jerami padi.
Melalui penyelidikan tersebut, jerami telah dirawat secara kimia supaya ia sesuai digunakan sebagai penjerap mulai Jun tahun lalu.
''Jerami padi yang digunakan untuk mengkaji tahap penjerapan kandungan lilin dalam sisa kumbahan tekstil. Kajian juga menumpukan kepada kuantiti jerami padi yang digunakan serta kesan permukaan yang diubahsuai secara kimia terhadap penjerapan lilin berkenaan.
''Ia juga bertujuan mewujudkan suhu penjerapan dan model kinetik untuk sisa pertanian dalam penjerapan lilin berbanding loji rawatan air sisa industri yang sebenar.
''Selain itu, ia menjalani ujian penstabilan agar penjerapan lilin dapat difahami dengan lebih jelas," katanya.
Menurut beliau, jerami padi biasanya dianggap sebagai bahan buangan dan dibakar secara terbuka.
Ia mengakibatkan pencemaran udara selain turut mengundangkan bahaya dan menjejaskan kualiti hidup penduduk sekitar.
''Jerami padi sebenarnya dapat dimanfaatkan melalui pengubahsuaian kimia menerusi perawatan menggunakan agen pengaktif permukaan (surfaktan) dan natrium hidroksida," ujar beliau.
Yee Ching memberitahu, setakat ini keputusan positif dapat dilihat dengan penjerapan lilin di permukaan serta di dalam liang kapilari jerami padi yang diubahsuai melalui kaedah kimia itu.
Dalam pada itu, hasil muktamad penyelidikan dijangka diperoleh pada pertengahan tahun ini.
Katanya, dengan adanya inovasi itu, kaedah pengubahsuaian secara kimia terhadap jerami padi diharapkan dapat mengubah corak pelupusan jerami padi (sisa pertanian) yang digunapakai sebelum ini.
Selain itu, jerami padi juga boleh dijadikan bahan bermanfaat terhadap proses rawatan sisa kumbahan industri tekstil terutamanya dalam industri batik.
Di samping itu ,ia dapat mengitar semula sisa bahan buangan dalam sektor pertanian sejajar dengan konsep mesra alam.

Thursday, March 1, 2012

lynas

Penjelasan AELB legakan rakyat


Lynas di Gebeng, Kuantan apabila beroperasi kelak bakal menawarkan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk di Pahang. - Gambar hiasan


MERUJUK kepada penjelasan yang dibuat Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) berhubung kilang memproses nadir bumi, Lynas Malaysia Sdn. Bhd., baru-baru ini, saya terpanggil untuk melahirkan rasa puas hati dan berterima kasih kepada pihak kerajaan.
Ketegasan AELB yang mengkehendaki pihak Lynas mengemukakan kepada kerajaan mengenai pelan atau lokasi tapak pembuangan kekal (PDF) membuktikan kerajaan memandang serius perkara terbabit.
Walaupun pihak Lynas mendakwa sisa atau buangan industri akan dikitar semula sepenuhnya namun jelas kerajaan tidak pernah sesekali memandang mudah soal sisa loji kimia itu.
Seperti yang dimaklumkan pihak AELB, perkara tersebut penting sebagai jaminan bahan buangan industri itu tidak terdedah dan membahayakan kesihatan orang awam sekiranya pihak Lynas tidak dapat kitar semula bahan-bahan itu.

menoreh pun kena pandai

Jangan toreh sembarangan

Oleh SAJIDA ASARULAH KHAN
utusanN9@utusan.com.my

JEMPOL 1 Mac - Pekebun kecil diingatkan tidak membiarkan pokok getah ditoreh sewenang-wenangnya oleh pekerja asing sehingga menyebabkan kerugian.

Pengarah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) negeri, Abdul Ghafar Borhanudin berkata, sikap lepas tangan itu menyebabkan berlakunya torehan salah, yang bukan sahaja menjejaskan hasil getah, bahkan merosakkan pokok.

"Kalau kita melakukan torehan yang betul, pokok getah boleh bertahan sehingga usia mencecah 20 tahun.

"Malangnya hari ini, banyak pokok getah hanya bertahan sehingga 13 tahun dan perlu menjalani proses penanaman semula, akibat torehan salah kerana percayakan kerja yang dilakukan warga asing," katanya ketika ditemui pada majlis Kempen Gerakan Membaja peringkat daerah ini, di sini semalam.