Wednesday, August 13, 2014
selawat anwar
19) Selawat al-Anwar :
اللهم
صل على نور الأنوار وسر الاسرار ، وترياق الاغيار ، ومفتاح باب اليسار ،
سيدنا محمد المختار ، واله الأطهار ، وأصحابه الأخيار ، عدد نعم الله
وأفضاله ، آمين
selawat
Selawat
Posted by Shafi-Q.
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على محمد وآل محمد
‘Selawat’ (صلوات) adalah jamak dari kalimat solat bererti doa atau seruan kepada Allah SWT. Di segi bahasa pula, selawat bermaksud mendoakan
atau memohon berkat kepada Allah SWT dan melimpahkan Rahmat-Nya untuk
Nabi dengan ucapan, kenyataan dan pengharapan, semoga beliau (Nabi)
sentiasa sejahtera (beruntung, tak kurang suatu apapun, keadaannya tetap baik dan sihat).
.
Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW juga bermaksud memperbesarkan,
mengagungkan, menambahkan kehormatan dan kepujian serta mendukung
perjuangannya yang mulia, di samping melahirkan rasa syukur sebagai
penyampai utusan-Nya yang menjadi rahmat seluruh alam, malah menambahkan
keyakinan beramal dengan sunnahnya yang diredhai Allah.
Nabi Muhammad SAW bersabda; “Doa seseorang itu akan terawang-awangan dan tidak diangkat ke langit selagi yang berdoa itu tidak berselawat kepadaku.”
.
.
Mengucap Salam Kepada Nabi
Salam pula bererti damai, sejahtera, aman sentosa dan selamat. Jadi
ketika seseorang muslim membaca selawat untuk Nabi, bermaksud ia
mendoakan Baginda SAW semoga tetap damai, sejahtera, aman sentosa dan
selalu mendapatkan keselamatan.
a. Allah SWT memberi salam kepada setiap orang yang memberi salam kepada Nabi SAW.
Rasulullah SAW telah bersabda: “Saya berjumpa Jibril, maka dia berkata: ‘Sesungguhnya saya memberi khabar gembira kepadamu bahwa sesungguhnya Allah Ta’ala telah berfirman: ‘Sesiapa
memberi salam kepadamu, maka Aku memberi salam kepadanya dan sesiapa
membaca selawat untukmu, maka Aku membaca selawat untuknya ‘.”
b. Mengucap salam kepada Nabi SAW, lebih utama daripada memerdekakan budak.
Abu Bakar As-Siddiq r.a. berkata: “Membaca
selawat untuk Nabi itu boleh menghapuskan dosa-dosa, seperti air sejuk
memadamkan api, dan salam kepada Nabi itu lebih utama daripada
memerdekakan budak”. Nabi SAW., Bersabda: “Sesiapa membaca selawat untuk ku satu kali, maka dia menjadi tidak berdosa walaupun sebesar atom dan biji sawi.”
c. Sesiapa yang membaca salam untuk Nabi
100 kali setiap hari, akan dikabulkan oleh Allah 100 hajat. 30 diberikan
di dunia dan 70 diberikan di akhirat.
Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya
Allah Ta’ala mempunyai tujuh puluh malaikat yang selalu berjalan di muka
bumi serta menyampaikan kepadaku salam dari umatku. Maka, apabila ada
seseorang dari umatku membaca selawat untukku seratus kali dalam sehari,
maka Allah Ta’ala akan akan mengabulkan seratus macam hajatnya, tujuh
puluh diberikan diakhirat dan tiga puluh di dunia.”
.
.
Keutamaan dan Kebesaran Selawat
Setiap umat Islam berkewajipan mengasihi
atau mencintai Allah SWT dan Rasulullah SAW. Bukti seseorang itu berbuat
demikian ialah dengan mengerjakan segala suruhan Allah dan meninggalkan
segala larangan-Nya. Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW adalah salah
satu bukti kecintaan seseorang itu kepada Allah dan Rasulullah SAW.
Selawat kepada Nabi Muhammad SAW
merupakan ibadah yang mulia dan terpuji. la mengandungi berbagai-bagai
kelebihan dan keistimewaan bagi mendapatkan pertolongan dan perlindungan
dari Nabi Muhammad SAW serta memperolehi ganjaran yang besar dari Allah
di hari akhirat kelak.
“Sesiapa yang berselawat kepadaku (Muhammad SAW) satu kali saja, maka aku akan berselawat kepadanya sepuluh kali”
.
.
Hukum berselawat
Hukum berselawat kepada Nabi Muhammad SAW adalah wajib ketika:
1. Mengerjakan solat.
2. Membaca Tasyahud (tahiyyat).
3. Membaca Tasyahud kedua / tahiyyat akhir.
4. Setiap kali menyebut, mendengar atau
menulis nama Nabi Muhammad SAW, ganti namanya atau pangkat kerasulan dan
kenabian Baginda SAW.
.
.
Arahan Membaca Selawat
Dalam semua perintah mengerjakan ibadat,
Allah SWT menyuruh hamba-Nya beribadat. Allah sendiri memulakan selawat
ke atas Nabi, diikuti malaikat kemudian dianjurkan kepada Muslimin
mengamalkannya. Ini bermakna membaca selawat itu lebih utama.
.
Firman Allah SWT: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya selawat kepada Nabi(1). Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya(2).” (Surah Al-Ahzab: 56).
Nota; (1)
Berselawat ertinya: kalau dari Allah bererti memberi rahmat: dari
malaikat bererti meminta keampunan dan kalau dari orang-orang yang
beriman bererti berdoa supaya diberi rahmat seperti dengan perkataan:
Allahuma shalli ala Muhammad. (2) dengan mengucapkan perkataan seperti:
Assalamu’alaika ayyuhan nabi ertinya: semoga keselamatan tercurah
kepadamu hai Nabi.
.
.
Membaca Selawat
Lafaznya selawat ke atas Nabi SAW, cukup
mudah, tidak mengambil masa yang panjang. Sebagai tanda kasihnya Allah
kepada umatnya supaya mampu mengerjakan amal mulia dan memperoleh
ganjaran daripadanya.
1. Membaca Selawat harus disertai dengan niat dan dengan sikap hormat kepada Nabi.
Orang yang membaca selawat untuk Nabi hendaklah disertai dengan niat
dan rasa cinta kepada Nabi dengan tujuan untuk memuliakan dan
menghormati Baginda.
Dalam penjelasan hadis (akhbar
al-hadis) disebutkan bahawa apabila seseorang membaca selawat tidak
disertai dengan niat dan perasaan hormat kepada Nabi, maka timbangannya
tidak lebih, hanya berat sekadar sehelai bulu sayap.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya sahnya amal itu tergantung niatnya”.
.
Ada tiga perkara yang timbangannya tidak lebih berat dari pada selembar bulu sayap, iaitu:
- Solat yang tidak disertai dengan tunduk dan khusyuk.
- Zikir dengan tidak sedar. Allah SWT tidak akan menerima amal orang yang hatinya tidak sedar.
- Membaca Selawat untuk Nabi Muhammad SAW tidak disertai dengan niat dan rasa hormat.
Rasulullah SAW bersabda: “Dan kalau kamu membaca selawat, maka bacalah dengan penuh penghormatan untuk ku.”
.
2. Membaca selawat bertujuan untuk mencintai dan memuliakan Rasulullah SAW. Siti Aisyah ra. berkata: “Sesiapa
cinta kepada Allah Taala, maka dia banyak menyebutnya dan hasilnya
ialah Allah akan mengingati dia, juga memberi rahmat dan keampunan
kepadanya, serta memasukkannya ke syurga bersama para Nabi dan para
wali. Dan Allah memberi kehormatan juga kepadanya dengan melihat
keindahan-Nya. Dan sesiapa cinta kepada Rasulullah SAW maka hendaklah ia
banyak membaca selawat untuk Nabi SAW, dan hasilnya ialah ia akan
mendapat syafaat dan akan bersama Rasulullah SAW di syurga.”
.
Seterusnya Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa
membaca selawat untukku kerana memuliakan, maka Allah Ta’ala
menciptakan dari kalimat (selawat) itu satu malaikat yang mempunyai dua
sayap, yang satu di timur dan satu lagi di barat. Sedangkan kedua-dua
kakinya di bawah bumi sedangkan lehernya memanjang sampai ke Arasy. Allah Ta’ala berfirman kepadanya: “Bacalah
selawat untuk hamba-Ku, sebagaimana dia telah membaca selawat untuk
Nabi-Ku. Maka Malaikat pun membaca selawat untuknya sampai hari kiamat.”
.
.
Cara Membaca Selawat
Disunatkan berselawat kepada Nabi Muhammad SAW:
- Menggunakan kata-kata beradab dan sopan,
- Menzahirkan sifat kemuliaan Nabi Muhammad SAW, keagungan darjat, kehormatan dan kebaikkan budi serta jasa Rasulullah SAW.
- Paling afdal, berselawat seperti ketika tahiyyat dalam solat.
اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍٍ وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ كَمَا بَارِكَتْ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْد
Ya Allah! Berilah shalawat
kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Dikau telah member
shalawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, dan berilah berkat kepada
Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Dikau memberi berkat kepada
Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Di dalam alam semesta ini hanya Dikau
sahajalah Yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia!
.
Allaahumma
shalli ‘alaa Muhammadin wa’alaa aali Muhammadin, kamaa shallaita ‘alaa
Ibraahim wa’alaa aali Ibrahim, wa baarik ‘alaa Muhammadin wa’alaa aali
Muhammadin,, kama baarakta ‘alaa Ibrahiima wa’alaa aali Ibraahima, fil
‘aalamiina innaka hamiidun majiid.
.
.
Jenis-Jenis Selawat
Terdapat berbagai jenis selawat susunan para ulama dan antara lafaz selawat yang baik diamalkan adalah:
1) Selawat Ibrahimiyah.
2) Selawat Tafrijiyah.
3) Selawat Munjiyah
4) Selawat Ummi
5) Selawat Fatih
6) Selawat Syifa’.
7) Selawat Syafaat.
8) Selawat Badriyah
9) Selawat kebajikan.
10) Selawat menolak kecelakaan.
11) Selawat untuk Nabi SAW dan keluarganya.
.
.
Bencana Tidak Berselawat
Mereka yang tidak berselawat adalah orang yang paling kedekut dan akan;
- Dijauhkan dari rahmat Allah.
- Mendapat kehinaan yang memalukan.
- Setiasa mengalami kerugian dan penyesalan.
- Termasuk kalangan yang mendapat kesusahan.
- Mengalami kebingungan di hari kiamat.
- Mengalami kesukaran di Padang Mahsyar.
- Menjadi ahli neraka.
Nabi Muhammad SAW. Bersabda; “Doa seseorang itu akan terawang-awangan dan tidak diangkat ke langit selagi yang berdoa itu tidak berselawat kepadaku.”
.
.
Waktu Afdal Berselawat
Masa paling afdal dituntut berselawat
- Ketika mendengar orang menyebut nama Nabi SAW.
- Sesudah menjawab azan dan sebelum membaca doa azan.
- Sesudah tasyahud wuduk, sebelum membaca doa.
- Pada permulaan, pertengahan dan penutup doa.
- Di akhir qunut dalam solat.
- Di dalam solat jenazah.
- Di antara takbir solat hari raya.
- Ketika masuk dan keluar dari masjid.
- Setiap waktu pagi dan petang.
- Hari Khamis malam Jumaat,
- Sepanjang hari Jumaat,
- Ketika telinga berdesing.
- Ketika terlupa sesuatu perkara.
- Ketika mengalami kesusahan dan kebimbangan.
- Ketika memulakan sesuatu pekerjaan yang baik atau penting.
- Masa menghadiri tempat perhimpunan yang baik.
- Waktu meninggalkan sesuatu majlis.
- Ketika berziarah di makam Rasulullah SAW.
.
.
Fadilat Berselawat
- Allah limpahkan rahmat berkali ganda.
- Allah menghapuskan dosa dan menutupkan aib.
- Menghilangkan kesusahan dan meluaskan rezeki.
- Melapangkan dada dan mententeramkan jiwa.
- Memperolehi petunjuk dan menghidupkan hati.
- Terselamat daripada keburukan yang menimpa orang yang tidak berselawat.
- Memperolehi pujian seluruh makhluk di bumi dan langt.
- Memperolehi doa malaikat selama sedang berselawat.
- Beroleh syafaat yang khusus daripada Rasulullah SAW pada hari akhirat.
- Dapat sentiasa berada bersama Rasulullah SAW pada hari akhirat kelak.
- Jaminan terpelihara dan terselamat dari segala perkara yang mendukacitakan dan membimbangkan di dunia dan akhirat.
- Menghilangkan rasa dahaga dan panas matahari di Padang Mahsyar.
- Meneguhkan tapak kaki ketika melalui Titian Siratul Mustaqim.
.
.
Keberkatan Dan Kelebihan Berselawat
1. Para Malaikat berjanji, sesiapa yang membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW setiap hari sebanyak 10 kali:
- Jibril akan membimbing tangan bawa melintasi titian seperti kilat menyambar.
- Mikail akan memberi minum dari telaga Rasulullah SAW.
- Israfil akan sujud kepada Allah dan tidak akan mengangkat kepalanya sehingga Allah mengampuni orang itu.
- Malaikat Izrail akan mencabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti mencabut roh nabi-nabi bila mati kelak.
.
.
2. Dalam beberapa hadis, sabda Rasulullah SAW:
a. Sesiapa membaca selawat untukku sekali saja dengan tulus ikhlas dari hatinya, maka Allah akan memberi 10 rahmat kepadanya serta diangkat ke 10 tingkat dan diampunkan 10 dosa.
b. Sesiapa berselawat 11 kali setiap lepas solat fardu, segala dosa kecilnya diampuni Allah serta tenteram hati dan jiwanya.
c. Sesiapa membaca selawat kepadaku 100 kali sehari, maka Allah akan menyampaikan 100 hajatnya iaitu 70 hajat akhirat dan 30 lagi hajat dunia.
d. Sesiapa berselawat ke atasku pada Jumaat sebanyak 80 kali, diampunkan baginya dosa selama 80 tahun.
Rasulullah SAW bersabda lagi: “Sesungguhnya
antara hari kamu yang paling mulia adalah Jumaat, perbanyakkanlah
amalan berselawat ke atasku kerana selawat kamu itu disampaikan terus
kepada ku.”
.
.
3. Antara hadis-hadis lain yang menyatakan tentang kelebihan selawat ke atas Rasulullah SAW ialah:
- “Sesiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. “ (Riwayat Tabrani).
.
- “Sesiapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.” (Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim)
.
- “Sesiapa yang membaca salawat untuk Ku satu kali, Allah bersalawat kepadanya sepuluh kali, dan barangsiapa bersalawat sepuluh kali kepada ku, Allah akan bersalawat kepadanya sebanyak seratus kali. Dan sesiapa yang bersalawat kepada Ku seratus kali, maka Allah menulis di antara kedua-dua matanya kebebasan dari nifak dan kebebasan dari neraka. Pada hari kiamat orang itu akan ditempatkan bersama orang-orang yang mati syahid.” [Riwayat At-tabrani].
.
- ” Sesiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku, maka aku mendengarnya, sesiapa berselawat kepadaku dari jauh, maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya.” (Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib).
.
- “Sesungguhnya orang yang dekat kepadaku daripada kalangan kamu pada hari kiamat pada setiap tempat aku berada ialah orang yang lebih banyak berselawat kepadaku di dunia.”
.
.
Hikmah Berselawat ke atas Rasulullah SAW
- Berasa lebih mencintai Rasulullah SAW.
- Menjadi zakat dan pembersih diri.
- Menjadikan sebab doa diterima oleh Allah SWT.
- Menjadi sedekah bagi yang tidak mampu bersedekah.
- Para malaikat memberi jaminan keistimewaan masing-masing.
- Ganjaran yang diberikan bukan saja di dunia, malah di akhirat.
- Menyedari betapa besarnya pahala orang yang berdoa dan berselawat ke atas Nabi.
- Sebagai mengenang semula budi dan jasa baik Nabi Muhammad SAW yang sentiasa berusaha mengajak manusia ke arah kebaikan, walaupun Baginda SAW sudah wafat.
.
Rasulullah SAW bersabda: “Hidupku
adalah kebaikan kepada kamu dan wafaku adalah kebaikan juga kepada
kamu, kerana segala amal kamu sentiasa dibentangkan kepadaku, maka apa
saja amal yang aku dapati baik, aku ucapkan ‘Alhamdulillah’, dan apa
saja amal kamu yang jahat, aku memohon keampunan Allah untuk kamu.” (Riwayat Ibni Mas’ud)
.
.
Bayangkanlah betapa beruntungnya orang
yang mendapat ucapan salawat dan begitu banyak manfaat daripada Allah
Subhanahu Wataala disebabkan amalan bersalawat kepada Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam.
.
Wallahu A’alam Bissowab
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
.
http://shafiqolbu.wordpress.com/Sunday, August 10, 2014
penipuan pembelian dalam internet
55414
SCAM
ALERT: Pernahkah anda melakukan transaksi pembelian melalui internet?
Peniaga akan menggunakan medium internet untuk mengiklankan
barang-barang untuk dijual. Kaedah bayaran biasanya melalui deposit
tunai, pemindahan akaun dan perbankan dalam talian ke dalam akaun bank
yang diberikan suspek.
Namun begitu, bagi sesetengah individu taktik ini digunakan untuk menjerat mangsa bagi mengaut keuntungan. Kaedah penipuan melalui internet semakin popular kerana ianya sangat mudah, murah dan pantas tanpa perlu bersua muka dengan mangsa.
Namun begitu, bagi sesetengah individu taktik ini digunakan untuk menjerat mangsa bagi mengaut keuntungan. Kaedah penipuan melalui internet semakin popular kerana ianya sangat mudah, murah dan pantas tanpa perlu bersua muka dengan mangsa.
Modus Operandi Sindiket:
1. Pada mulanya suspek berpura-pura mengiklankan barang di internet, mangsa yang berminat dan percaya akan mula membuat pesanan.
2. Selepas pesanan dibuat mangsa dikehendaki membuat bayaran terlebih dahulu termasuk kos penghantaran.
3. Namun setelah bayaran dibuat, barang yang dipesan tidak diterima dan suspek gagal dihubungi.
Nasihat polis:
1. Hanya berurusan dengan medium rasmi produk tersebut apabila membuat pembelian melalui internet.
2. Orang ramai dinasihatkan untuk lebih berhati-hati apabila membuat pembelian atas talian.
2. Sekiranya perlu, digalakkan berjumpa dengan penjual produk semasa proses dalam pembelian.
Sumber : Facebook/Polis Diraja Malaysia
1. Pada mulanya suspek berpura-pura mengiklankan barang di internet, mangsa yang berminat dan percaya akan mula membuat pesanan.
2. Selepas pesanan dibuat mangsa dikehendaki membuat bayaran terlebih dahulu termasuk kos penghantaran.
3. Namun setelah bayaran dibuat, barang yang dipesan tidak diterima dan suspek gagal dihubungi.
Nasihat polis:
1. Hanya berurusan dengan medium rasmi produk tersebut apabila membuat pembelian melalui internet.
2. Orang ramai dinasihatkan untuk lebih berhati-hati apabila membuat pembelian atas talian.
2. Sekiranya perlu, digalakkan berjumpa dengan penjual produk semasa proses dalam pembelian.
Sumber : Facebook/Polis Diraja Malaysia
Saturday, August 9, 2014
mohon rumah mesra rakyat
Mohaniff Abdul Rahim shared W M Izani Hassan's photo.
6 hrs ·
Cara apply rumah mesra rakyat (RMR) 1 malaysia.
1. Wajib ada tanah sendiri
2. Pergi SPNB
3. Ambil borang dan isi.
4. Apply kat SPNB nak design ni.
1. Wajib ada tanah sendiri
2. Pergi SPNB
3. Ambil borang dan isi.
4. Apply kat SPNB nak design ni.
Kalau nak print gambar ni silakan.
Harga - rm60k
Subsidi kerajaan - rm20k
Yang perlu dibayar - rm40k
Kalau buat loan 20 tahun - rm150 bulan2
Kalau nak apply dan memohon boleh rujuk terus ke SPNB di --> Cara apply rumah mesra rakyat (RMR) 1 malaysia.
1. Wajib ada tanah sendiri
2. Pergi SPNB
3. Ambil borang dan isi.
4. Apply kat SPNB nak design ni.
Kalau nak print gambar ni silakan.
Harga - rm60k
Subsidi kerajaan - rm20k
Yang perlu dibayar - rm40k
Kalau buat loan 20 tahun - rm150 bulan2
Kalau nak apply dan memohon boleh rujuk terus ke SPNB di --> http://www.spnb.com.my/
atau
jumpa adun kawasan anda dan minta borang untuk RMR ni.
Sila sebarkan supaya smua orang tahu
Harga - rm60k
Subsidi kerajaan - rm20k
Yang perlu dibayar - rm40k
Kalau buat loan 20 tahun - rm150 bulan2
Kalau nak apply dan memohon boleh rujuk terus ke SPNB di --> Cara apply rumah mesra rakyat (RMR) 1 malaysia.
1. Wajib ada tanah sendiri
2. Pergi SPNB
3. Ambil borang dan isi.
4. Apply kat SPNB nak design ni.
Kalau nak print gambar ni silakan.
Harga - rm60k
Subsidi kerajaan - rm20k
Yang perlu dibayar - rm40k
Kalau buat loan 20 tahun - rm150 bulan2
Kalau nak apply dan memohon boleh rujuk terus ke SPNB di --> http://www.spnb.com.my/
atau
jumpa adun kawasan anda dan minta borang untuk RMR ni.
Sila sebarkan supaya smua orang tahu
- 5 people like this.
Friday, August 8, 2014
produk melayu
Senarai Terkini PRODUK HALAL Keluaran Bumiputera ISLAM
Assalamualaikum. Sejak rejim Zionis laknatullah mengebom Semenanjung Gaza dan melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas rakyat Palestine maka umat Islam di seluruh Malaysia beria-ia mahu memboikot barangan keluaran Israel spt McDonald's dsb. Pada kesempatan ini abe kie menyenaraikan produk2 keluaran bumiputera Islam yang patut digunakan oleh kita umat Islam di Malaysia. Terima kasih kpd group Whatsapp SMACH90 yang sudi berkongsi senarai ini.
1. Roti - Gardenia (Syed Mokhtar Al-Bukhary)
2. Minyak Masak -Tiara (FGV-FELDA)
- SAJI (FGV-FELDA)
- ALIF (Sime Darby)
- ADELA (FGV-FELDA)
3. Susu Pekat Manis - SAJI (FGV-FELDA)
- ALIF (Sime Darby)
4. Susu Cair - Saji (FGV-FELDA)
5. Mee Segera - SajiMee Saji (FGV-FELDA)
- ADABI
6. Beras - FAEZA
- Langsat Biru (JUARA SELERA –SG ACEH)
- Langsat Hijau (JUARA SELERA)
- Juara Selera
7. Garam – HALAGEL (garam bukit)
8. Kicap Masin/Manis - Kipas Udang
- Tamin
- ALIF (Sime Darby)
- Rohaya
- JALEN (Johor)
9. Sos Cili/Tomato/Tiram - ZUZA (Kedah)
- Rohaya
- ADABI
- Pelangi (FELDA)
10. Cuka Buatan - Mudim
- Rohaya
11. Tepung Gandum - FAEZA
12. Tepung Perasa/ Goreng - ADABI (tepun ayam)
- ADABI (tepung Cucur Ikan Bilis, jagung, udang)
13. Rempah Masak – ADABI, Brahim’s, FAEZA, AGROMAS, Imans
14. Kunyit – AGROMAS
15. Jagung Tin manis – ADABI
16. Pasta spaghetti – ADABI
17. Santan Paket – ALIF (Sime darby)
18. Taucu – JALEN, Tamin
19. Jus Pekat Buah2an – Tamin
20. Perasa Ros Sirap – Rohaya, Tamin
21. Mayonis -Mayo Saji (FELDA)
22. Marjerin - Pelangi Delima Oil(FELDA)
23. Sos Tomato Pelangi (FELDA)
24. Jem - Peanut SunBear (FELDA) - Jem Strawberry – AGROMAS
25. Kopi 3-in-1 - ADABI - Tongkat Ali Cordyceps (5-in-1) dan Kopi HANG TUAH ( 2-in-1)
26. Biskut Coklat - GOODKISS (Noraini's Cookies)
27. Frozen Daging Burger/ Nugget - RAMLY, NAFAS, AYAMAS
28. Sardin Agromas
29. Sardin Pertima
30. Bihun Sufi
31. Mi Kuning Sufi
32. Kuey Teow Sufi
33. Garam Sufi
34. Sos Lada Hitam Sufi
35. Sos Cili/Tomato Sufi
36. Kicap Masin/Manis Sufi
37. Tepung Goreng Sufi
38. Minyak Masak Sufi
39. Telur Cap Sufi
40. Ubat gigi Najwa
41. Ubat gigi Halagel
42. Tepung gandum Cap Bidara
43. Jus minuman Safina
44. Syampoo D'herbs
45. Bihun Kampung
46. Rempah- Imans
47. Rempah-Brahim's
48. Bihun- FAEZA
49. Jeruk Buah-buahan - jenama PAK ALI
50. Kedai Kasut Sukan - ALIKHSAN
51. Kuah Rojak/Garam Belacan - ZUZA, PAK ALI, FAMA
52. SYKT P3 SWEETENER- MINUMAN KOPI DAN COCOA DAN PEMANIS.
52. Minyak Burung Unta Bigbirds Lamborian
53. Zaitun toiletries
54. Ubat gigi - Mukmin
* Mencari yang Halal itu FARDHU
~ Juga pastikan ianya bukan buatan & keluaran dari negara Israel laknatullah ~
# Sebarkan dan kongsikan entri ini...
http://www.zukidin.com/
Sunday, August 3, 2014
barang hilang
Jika
barang dicuri atau hilang, boleh baca Surah Al-Hasyr bermula ayat 18
sehingga habis dan baca selawat Tafrijiyyah baca 4 kali/44 kali/100 kali
Kita hanya berikhtiar dan semoga Allah menggerakkan hati orang yang mengambil barang kita tu akan pulangkan semula ya..

Kita hanya berikhtiar dan semoga Allah menggerakkan hati orang yang mengambil barang kita tu akan pulangkan semula ya..

Subscribe to:
Posts (Atom)


