Monday, February 4, 2013

tanam jagung manis

ARKIB : 19/12/2011

Menanam jagung manis


Air amat kritikal pada peringkat awal tumbesaran awal dan masa pembungaan dan pembentukan biji jagung.


Tanah untuk penanaman jagung mesti dikerjakan dengan menyeluruh untuk mengembur, menghapus rumpai, memperbaiki pengudaraan dan penyerapan air yang baik untuk pertumbuhan akar dan pokok.
nMembajak piring dua minggu sebelum menanam sedalam di antara 20 dan 25 sentimeter (sm) untuk memasukkan sisa tanaman dan rumpai ke dalam tanah.
nMembajak putar selepas membajak piring untuk memecahkan tanah menjadi ketulan kecil.
nMengapur untuk menaikan pH tanah kepada yang optimum iaitu 5.5 dan disyorkan GML (ground magnesium limestone) dengan kadar dua tan/ha untuk tanah biasa dan empat tan/ha untuk tanah gambut.
nBahan tanaman adalah biji benih dengan kadar lapan hingga 10 kg/ha.
nJarak tanaman bergantung pada jenis tanah dan jenis jagung, biasanya 75sm x 50sm atau 75sm x 30sm dengan kepadatan sebanyak lebih kurang 53,333 pokok/ha.
nMenanam boleh mengunakan jentera atau tugal bagi kawasan yang kecil sama ada dalam alur (furrow), atas batas atau di atas tanah yang rata
nBiji benih dirawat dengan racun kulat dan serangga sebelum ditanam sedalam dua hingga empat sm ke dalam tanah sebanyak dua biji selubang dan akan bercambah selepas di antara empat dan tujuh hari selepas ditanam.
nPenjarangan perlu dilakukan tiga minggu selepas ditanam dengan meninggalkan satu pokok selubang.
nAir amat kritikal pada peringkat awal tumbesaran awal dan masa pembungaan dan pembentukan biji jagung. Siraman perlu dibuat dua kali sehari dengan sistem pengairan renjis (kos RM5,00 - RM 8,000/ha)
Keperluan asas tanaman
nSuhu 30 darjah Celsius hingga 35 darjah Celsius.
nTaburan hujan di antara 500 dan 700 mm/tahun.
nJenis tanah yang subur iaitu tanah alubium hitam dengan resapan air yang baik, tanah lom berpasir dan juga tanah gambut dengan pengapuran.
npH tanah 5.0 - 6.5
Penyelenggaraan
n Pembajaan bergantung kepada jenis tanah, amnya kadar NPK sebanyak 120:60:40 kg/ha adalah sesuai untuk semua jenis tanah. Baja seperti NPK Blue Special (12:12:17:2) boleh digunakan dan dibubuh sebanyak dua kali dalam semusim
n Kawalan rumpai boleh dijalankan dengan menyembur racun pracambah seperti Atrazine dengan kadar 120g/16 liter air dan diikuti merumpai secara manual atau jentera selepas tiga hingga empat minggu ditanam dan diikuti satu atau dua lagi pusing merumpai.
nMengambus atau menambak adalah kerja-kerja memupuk tanah atau batas-batas tanah ke perdu pokok jagung apabila tanaman mencapai ketinggian 60 sm bagi mengawal kelembapan tanah, mengawal rumpai. Menahan dari pokok rebah dan mencegah akar pokok keluar dari permukaan tanah yang dilakukan selepas menabur baja supaya dapat mengeluarkan hasil yang baik kerana dapat mengawal kehilangan baja.
nPenyakit kulat seperti hawar daun dan karat jagung boleh dikawal dengan racun kulat seperti Thiram dan Zineb selain dari amalan agronomi yang baik dengan menggunakan biji benih yang bebas penyakit dan musnahkan tanaman yang terdahulu
n Penyakit tongkol (smut) menyebabkan tongkol jagung membengkak/bisul dapat dikawal dengan memusnahkan pokok yang diserang.
nPenyakit reput batang bakteria menyebabkan batang pokok jagung reput dan patah boleh dicegah dengan amalan kultura yang baik dan memusnahkan pokok yang diserang.
nSerangga perosak yang selalu menyerang tanaman jagung adalah seperti ulat pengorek batang jagung, ulat tongkol jagung, ulat ratus dan kepinding boleh dikawal dengan racun serangga seperti Malathion, Sevin, Diptrex dan sebagainya
nPerosak mamalia seperti tikus boleh dikawal dengan amalan kultura yang baik atau guna perangkap atau umpan beracun
Penuaian
nJagung manis boleh dituai selepas 68 hingga 72 hari selepas menanam untuk dimakan (rebus) dan 90 hingga 100 hari untuk dijadikan biji benih.
nJagung dipetik mengggunakan tangan pada awal pagi atau petang sahaja dan boleh disimpan segar pada suhu biasa selama 24 hingga 36 jam dan pada suhu 3 - 50 darjah C boleh disimpan selama tiga minggu.
nHasil secara purata 30,000 tongkol sehektar.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1219&pub=Utusan_Malaysia&sec=Agrobiz&pg=ag_01.htm#ixzz2JwMJubjY
© Utusan Melayu (M) Bhd

Thursday, January 31, 2013

klimak dgn menangis

Menghayati dengan tangisan

Saya berumur 25 tahun dan baru saja berkahwin. Semasa remaja saya kerap melakukan onani tanpa memasukkan sesuatu ke dalam faraj. Persoalannya, kenapa setiap kali bersama suami saya akan mengeluarkan air mata.
Kadangkala seperti menangis teresak-esak sehingga membuatkan suami ragu-ragu adakah saya menangis kerana sakit ketika bersama walhal hanya dengan cara itu saya berasa sungguh puas.

Jika tidak, hubungan seks dan ‘kerjasama’ itu bagaikan tidak lengkap. Buat pengetahuan doktor, suami saya tidak mempunyai sebarang masalah. Cuma saya ingin tahu apakah punca saya mengeluarkan air mata dan adakah cara untuk mengelakkannya?

Lina
Kelantan


Sememangnya ketika klimaks akan berlaku pelbagai perasaan dan emosi turut tercetus. Kadangkala apa yang berlaku itu menakutkan diri sendiri atau pasangan kelamin.

Menangis tersedu-sedu ketika dalam klimaks atau mencapai klimaks yang jarang kali berlaku kepada sesetengah wanita ketika menghayati klimaks yang amat memberangsangkan ialah antara fenomena yang dinyatakan tadi, iaitu ekspresi keseronokan dengan pergolakan emosi dan perasaan.

Mungkin perubahan ini sudah anda kenali sejak berjinak dengan rangsangan seksual secara kendiri (onani). Ini fenomena biasa untuk anda dan bukan olok- olok dan anda boleh nyatakan perkara itu kepada pasangan. Mana-mana suami yang sayangkan isteri, sudah tentu dia tidak mahu isterinya sakit ketika bersetubuh malah si suami akan rasa lebih puas atau seronok jika pasangannya turut klimaks.

Jadi anda boleh beritahu kepada pasangan anda bahawa anda jenis yang meraung ketika klimaks. Anda tidak perlu berlakon, menahan perasaan semula jadi itu untuk tidak meraung dan menangis kerana tidak akan mencapai kepuasan syahwat. Meraung atau menangis ketika mencapai klimaks itu kadangkala dikenali sebagai Crygasm atau ‘Cry Orgasm’.

Selain Crygasm, sesetengah wanita mencarut atau memaki atau menjerit sekuat hati ketika klimaks dan ini sudah tentu merosakkan suasana intim yang bermula pada awal persetubuhan.

Untuk suami, mungkin menggunakan penutup telinga dapat mengawal keadaan seperti itu.

Sunday, January 27, 2013

beli yg asli bukan ap

ARKIB : 26/01/2013

Beli telefon AP, wang dikembali

SETIAP peniaga perlu jujur dalam menjalankan urusan jual beli dengan memberi maklumat yang betul kepada pembeli. - GAMBAR HIASAN
MENGAPA perlu memiliki komputer riba sekiranya semua aplikasi yang diingini pengguna komputer riba boleh dinikmati melalui telefon pintar yang lebih kecil dan ringan?
Apatah lagi kewujudan variasi telefon pintar menyaksikan peralatan tersebut menjadi kegilaan masyarakat masa kini, tidak kira usia dari peringkat kanak-kanak hinggalah kepada orang dewasa.
Jadi, tidak hairanlah dalam keadaan pasaran yang sungguh besar, syarikat penjual telefon bimbit begitu ghairah menjual telefon pintar sehingga sanggup mengambil kesempatan terhadap permintaan tinggi pengguna.
Antara tarikan hebat yang digunakan peniaga adalah menjual telefon pintar pada harga yang jauh lebih rendah berbanding di kedai-kedai lain.
Telefon yang dijual boleh diklasifikasikan kepada dua jenis iaitu yang asli dan Authorized Product (AP).
Tidak salah untuk pengguna membeli tetapi yang menjadi kesalahan adalah peniaga tidak jujur dengan menjual telefon yang tidak tulen tetapi didakwa sebagai asli.
Ini yang terjadi kepada seorang pengguna, Aiman Nasir, 21, ketika membeli sebuah telefon pintar jenama Sony Ericsson jenis Xperia di sebuah kedai telekomunikasi di Jalan Bukit Bintang di ibu negara.
Sebelum pembelian dibuat, penjual telefon itu beberapa kali memberikan jaminan bahawa telefon itu adalah asli dan bukannya jenis AP.
Aiman bersetuju membelinya secara tunai pada harga RM850.
Bagaimanapun, selepas menggunakannya selama beberapa hari, dia membuat semakan di sebuah syarikat menjual telefon bimbit lain dan mendapati telefon yang baharu dibelinya itu adalah set AP.
Dia yang berasa tertipu, pergi semula ke kedai tersebut dan meminta jurujual terbabit menukarkan semula set telefon bimbit itu kepada set asli daripada jenis sama, namun syarikat itu enggan memenuhi permintaannya.
Tidak berpuas hati, pelajar itu memfailkan aduan ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) Kuala Lumpur untuk menuntut ganti rugi daripada syarikat yang menjual telefon tersebut.
Presiden TTPM, Maznah Haron yang mendengar kes itu memerintahkan syarikat Excel Star Telecommunication Enterprise membayar semula RM850 kepada Aiman dalam tempoh 14 hari dari tarikh perintah itu dikeluarkan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Megabait/20130126/me_02/Beli-telefon-AP-wang-dikembali#ixzz2JEssUTys
© Utusan Melayu (M) Bhd

Friday, January 25, 2013

lagi senarai telefon

Senarai Telefon Pintar
1 Apple iPhone 5
2 Samsung Galaxy S3
3 Samsung Galaxy Mini 2
4 Samsung Galaxy S3 Mini
5 Samsung Galaxy Y
6 Samsung Galaxy Note 2
7 Samsung Galaxy Ace Plus
8 Samsung Galaxy Note
9 Samsung Galaxy Nexus
10 LG Optimus LE E400
11 HTC Desire C
12 HTC One X
13 HTC Wildfire S
14 HTC Desire X
15 HTC One S
16 Nokia Asha 311
17 Sony Xperia Tipo Single
18 Sony Xperia SL
19 Sony Xperia Ion
20 Sony Xperia S
21 Huawei Ascend P1
22 HTC Windows Phone 8X
23 Ninetology BlackPearl 2 i9400
24 Ninetology Stealth 2 i9500
25 Palette i5300
26 ZTE Acqua
27 Yes Buzz 4G Cloud Phone
28 Insight i9430

senarai telefon pintar utk rebate

Senarai telefon pintar (mengikut abjad) yang akan ditawarkan adalah seperti
berikut:

1) Alcatel 993D
2) Alcatel OneTouch Glory 2
3) Alcatel OneTouch Inspire 2
4) The Buzz Phone
5) HTC Wildfire
6) Huawei Ideos X3
7) LG Optimus L3
8) Ninetology Black Pearl II
9) Ninetology Palette
10) Nokia 2730
11) Nokia 7230
12) Nokia Asha 305
13) Nokia Asha 308
14) Nokia Asha 311
15) Nokia C2-03
16) Nokia Lumia 610
17) Samsung Galaxy Chat
18) Samsung Galaxy Mini
19) Samsung Galaxy Pocket
20) Samsung Galaxy Y
21) Sony Xperia Tipo
22) ZTE Acqua
23) ZTE V790

Saturday, December 22, 2012

okid spesis baru

Spesies baru orkid, katak ditemui
Wartawan Sinar Harian
23 Disember 2012
Spesies baru orkid, katak ditemui
Orkid dari spesis Phalaennopsis Zebrina itu adalah rekod baru di Semenanjung Malaysia.
LEDANG - Perbadanan Taman Negara Johor berjaya menemui dua spesies baru bunga orkid dan katak menerusi Ekspedisi Saintifik Endau Rompin Trans Selai-Peta, pada Julai lalu.
Pegawai Penyelidiknya, Lili Tokimin berkata, spesies itu merupakan Scaphochlam Ys Sp yang ditemui di Sungai Marong, jenis tumbuhan kali pertama ditemui dalam bidang sains dan spesies endemik dinamakan Thottea Praetermissa yang dijumpai di kawasan Upeh Guling berhampiran Taman Negara Endau Rompin.
“Turut ditemui satu spesies orkid hutan yang sebelum ini hanya pernah ditemui di Sumatera dan pertama kali ditemui di Semenanjung Malaysia.
“Orkid dari spesies Phalaennopsis Zebrina itu adalah rekod baru di Semenanjung Malaysia,” katanya ketika pembentangan Seminar Ekspedisi Saitifik Endau Rompin Trans Selai-Peta di Taman Negara Gunung Ledang yang melibatkan 100 peserta, kelmarin.
Lili berkata, penemuan itu akan dipaparkan dalam jurnal saintifik dan diketengahkan ke peringkat dunia supaya kajian lanjut dapat dilakukan untuk mengenal pasti kepelbagaian flora dan fauna yang terdapat di hutan negara ini.

“Ekspedisi anjuran bersama Universiti Tun Hussien Onn Malaysia dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia ini turut disertai pelbagai pihak termasuk universiti tempatan.

“Hasil daripada ekspedisi itu, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) juga menemui dua spesies baru daripada keluarga halia serta tumbuhan renek yang pertama kali ditemui di dunia,” katanya.

Pada pertemuan sama, beliau berkata, ekspedisi berkenaan turut menemui satu spesies katak baru di Taman Negara berkenaan dari keluarga Rana Picturata berwarna hitam dan berbintik kuning.
Katanya, semua flora dan fauna terbabit ditemui di kawasan Taka Kunyit dekat Taman Negara Endau-Rompin.

Difahamkan, sebanyak 20 kertas kerja dibentangkan pada seminar berkenaan oleh penyelidik daripada pelbagai universiti tempatan dan usaha akan diteruskan untuk mengenal pasti spesies baru dan langkah untuk terus memeliharanya.