Tuesday, January 27, 2015

teman 20

Celcom Blue : Teman 20 & Kegunaannya

 
3
 
0
 
Like? | Suka?

Jika anda seorang pengguna Celcom Blue seperti saya, anda sudah pasti sedia maklum akan servis Teman 20. Teman 20 merupakan satu servis di mana anda boleh menyenaraikan sehingga 20 nombor Celcom dan juga talian tetap Telekom Malaysia (TM) untuk dihubungi dan menghantar SMS/MMS dengan kadar yang lebih rendah daripada kadar panggilan dan SMS biasa. Teman 20 secara asasnya mempunyai persamaan dengan servis 8pax/15pax daripada Celcom Xpax yang lama, Activ10 daripada Maxis Hotlink dan Friends & Family oleh DiGi Prepaid.
Kelebihan Teman 20 adalah jumlah slot yang lebih tinggi, di mana pesaing terdekatnya setakat ini hanya mampu memberi 15 slot pada satu-satu akaun. Kadar Teman 20 ini bergantung kepada jumlah tambah nilai (reload) anda pada satu-satu bulan tersebut, lebih tinggi tambah nilai yang dilakukan (dikira secara terkumpul), lebih rendah kadar yang dikenakan. Lihat jadual yang dilampirkan. Ambil perhatian bahawa kadar yang dikenakan hanya aktif untuk tempoh sebulan sahaja dari saat anda tambah nilai. Selepas sebulan kadarnya kembali seperti biasa sehingga anda tambah nilai RM30 dan ke atas (klik di siniuntuk melihat kadar).
Kelebihan lain adalah pada hari jadi anda, anda akan dapat membuat panggilan dan SMS percuma ke Teman 20 anda selama seminggu? Ya, sama seperti Celcom Xpax yang lama, dan ini dinamakan Bonus Hari Jadi.

Pengaktifan, Menambah dan Membuang Nombor Dalam Senarai

Salah satu soalan yang sering ditanya adalah bagaimanakah cara untuk menambah dan membuang nombor di dalam senarai Teman 20. Pihak Celcom sendiri tidak memberi penerangan yang begitu jelas di dalam laman webnya. Anda boleh menguruskan Teman 20 anda melalui tiga cara utama iaitu melalui SMS, penggunaan USSD dan juga melalui Khidmat Pelanggan Online Celcom. Saya akan terangkan kepada anda cara melalui USSD dan Khidmat Pelanggan Online memandangkan penggunaan SMS memerlukan anda mengingati banyak arahan (command) yang mungkin memeningkan.
Ambil perhatian bahawa secara asalnya (default), Teman 20 adalah tidak aktif dan perlu diaktifkan, dan saya akan tunjukkan caranya kepada anda.

Cara 01: Penggunaan SMS

Siapa yang mahu guna SMS?
Sebelum penggunaan USSD menjadi popular, hampir semua pengurusan servis prabayar Celcom menggunakan arahan yang dihantar melalui SMS. Jika anda pengguna Celcom veteran seperti saya, anda sudah sedia maklum bukan? Teman 20 juga tidak terkecuali dari menggunakan SMS sebagai salah satu cara pengurusannya.
PERTAMA: Jika ini merupakan pertama kali anda mahu ‘set up’ Teman 20, taip TEMAN ON dan hantar ke 28882.
KEDUA: Selepas servis Teman 20 anda berjaya diaktifkan, untuk menambah nombor, taip TEMAN ADD <nombor telefon> dan untuk membuang nombor, taip TEMAN DEL <nombor telefon> dan hantar ke 28882.
KETIGA: Untuk melihat senarai nombor Teman 20 yang telah anda daftarkan, taip TEMAN LIST dan hantar ke 28882.
Opps, nanti dulu, ambil perhatian bahawa pengurusan Teman 2o melalui SMS bukanlah percuma, tetapi anda akan dicaj 15 sen bagi setiap SMS yang anda hantar (saya dengar caj ini telah dimansuhkan sekarang). Maka penggunaan SMS ini tidak begitu molek jika anda seorang yang kedekut kredit. Sabar, ada cara yang percuma. Guna USSD atau Online.

Cara 02: Penggunaan USSD

Payah nak menghafal segala macam arahan SMS dan nombor? OK, kita ke cara yang moden sedikit, iaitu USSD,
Turutan proses pengurusan Teman 20 menggunakan USSD
PERTAMA: Dail *119# dan tunggu sehingga menu interaktif dipaparkan, dan pilih pilihan ‘Prabayar Saya’.
KEDUA: Selepas itu, tunggu sebentar sehingga menu Prabayar Saya dipaparkan. Seterusnya, pilih ‘Servis Celcom Blue’.
KETIGA: Tunggu sehingga menu Servis Celcom Blue dipaparkan, dan kemudian pilih ‘Teman 20′.
KEEMPAT: Apabila anda telah berjaya masuk ke menu Teman 20, pilih item yang berkenaan, sama ada anda mahu menambah nombor atau membuang nombor. Jika ini merupakan pertama kali anda mahu ‘set up’ Teman 20 anda, pilih ‘Daftar’ terlebih dahulu untuk mengaktifkan servis Teman 20.
OK, mungkin anda tidak sedar, satu item tidak diletakkan di dalam senarai item menu Teman 20. Bagaimana anda mahu melihat senarai nombor-nombor yang telah anda tambah? Anda boleh gunakan SMS. Taip TEMAN LIST dan hantar ke 28882. Pihak Celcom kemudian akan membalas SMS anda dengan senarai nombor Teman 20 yang telah anda daftarkan.

Cara 03: Penggunaan Khidmat Pelanggan Online Celcom (Celcom OCS)

Ha’ah, semestinya inilah cara yang paling moden sekali berbanding cara-cara di atas, cuma kekurangannya anda memerlukan PC/laptop dengan sambungan Internet dan mungkin sesetengah telefon pintar juga boleh digunakan. Bagaimanakah caranya?
PERTAMA: Buka PC anda, buka Internet dan buka Browser anda, jangan buka baju anda yer! Jika anda menggunakan smartphone, bukalah apa yang patut. Kemudian sila ke laman web Khidmat Pelanggan Online Celcom (klik di sini).
KEDUA: Selepas anda berjaya membuka laman web tersebut, langkah pertama adalah mendaftar jika anda belum lagi mendaftar. Klik pada butang ‘Sign Up’ dan ikut arahan yang diberikan. Jika anda telah pun mendaftar, masukkan user name dan password anda, dan login seperti biasa.
Jika anda belum mendaftar, klik 'Sign Up'. Jika sudah mendaftar, log masuk seperti biasa.
KETIGA: Apabila anda berjaya login, klik pada butang ‘Account Details’ dan pilih ‘Value-Added Services’. Laman seperti di bawah akan terpapar. Klik pada Teman 20 (jika anda belum mengaktifkan Teman 20, klik pada ‘subscribe’ terlebih dahulu).
Skrin ini akan terpapar selepas anda pilih 'Account Details' > 'Value-Added Services'
KEEMPAT: Tahniah, anda telah pun sampai ke laman Teman 20. Anda sudah boleh menambah dan membuang nombor, dan melihat senarai nombor yang telah didaftarkan. Mudah bukan daripada menggunakan SMS dan USSD?
Tambah, Buang atau Lihat. Buatlah sesuka hatimu.
Begitulah caranya anda menguruskan Teman 2o anda. Jika ada kesempatan waktu, saya akan cuba menulis berkenaan perbezaan Xpax dan Celcom Blue. :-)

No comments:

Post a Comment