cara mengira harga minyak di Malaysia
Semenjak harga minyak naik 1 Mac hari itu, ramai yang kongsikan graf ini di mana kenaikan 25 sen bagi semua jenis minyak boleh dikatakan tidak logik. Ini kerana harga minyak setelah subsidi dimansuhkan berkuatkuasa pada 1 Disember, harga minyak ditentukan melalui kaedah pengapungan terkawal di mana purata perubahan kos produk akan menentukan penetapan harga bagi bulan berikutnya. Namun persoalannya, bagaimanakah sebenarnya cara dan pengiraan untuk menetapkan harga minyak di Malaysia ini?
Jika mengikut graf harga minyak dunia ini, harga RON95 purata bulanan sebelum VS harga RON95 1 haribulan berikutnya lebih kurang seperti jadual berikut:
Jika difikir secara kasar dan logik, bagaimana harga minyak pada 1 Mac 2015 boleh lebih tinggi daripada harga minyak pada 1 Januari 2015 sedangkan harga purata bulan Februari 2015 jauh lebih rendah daripada harga purata bulan Disember 2014?
Maka ramailah netizen menjadi pakar ekonomi pada hari ini berkongsikan graf tersebut di media2 sosial. Dan disebabkan itu juga maka terpaksalah para penyokong, macai dan juga cybertrooper kerajaan menjadi pakar ekonomi juga untuk mempertahankan kenaikan harga minyak tersebut, salah satunya seperti berikut:
So hujah yang dikemukakan untuk mempertahankan kenapa harga minyak bulan Mac 2015 lebih tinggi daripada bulan Jan 2015 adalah dengan mengaitkan harga minyak dunia dengan kadar pertukaran matawang USD dengan RM yang semakin meningkat. Walaupun negara kita salah sebuah negara pengeluar minyak, namun menurut PM, kita merupakan negara pengimport bersih petroleum, maka sebab itu harganya masih bergantung juga kepada kadar tukaran matawang asing selain daripada harga pasaran minyak dunia, so bagi aku hujah ini juga logik dan relevan.
So siapa yang salah, siapa yang betul? Mungkin tiada siapa yang betul, tiada siapa yang salah, kerana semua hipotesis adalah berdasarkan andaian dan anggaran semata2 berdasarkan data2 yang diperolehi di Internet.
Kalau nak kata siapa yang salah, bagi aku kerajaan yang salah. Salah kerana tidak memberitahu cara pengiraan bagaimana harga minyak terkini boleh diperolehi lantas menyebabkan rakyat bertelagah sehingga masing2 mahu menjadi pakar ekonomi dan mencipta teori sendiri. Sekadar mengumumkan harga minyak baru dalam kenyataan akhbar tidak mencukupi.
Rakyat berhak mengetahui kaedah pengiraan harga minyak mengikut kaedah pengapungan terkawal (managed float) yang diperkatakan itu bagi mengelakkan rakyat semakin terapung2 sehingga tidak lagi terkawal dalam mencipta pelbagai teori yang syok sendiri.

Bulan | Harga Purata RON95 Bulanan | Harga RON95 pada 1hb Bulan Berikutnya |
Nov 2014 | USD76.96 / Liter | RM2.26 / Liter |
Dec 2014 | USD60.55 / Liter | RM1.90 / Liter |
Jan 2015 | USD47.45 / Liter | RM1.70 / Liter |
Feb 2015 | USD49.41 / Liter | RM1.95 / Liter |
Jika difikir secara kasar dan logik, bagaimana harga minyak pada 1 Mac 2015 boleh lebih tinggi daripada harga minyak pada 1 Januari 2015 sedangkan harga purata bulan Februari 2015 jauh lebih rendah daripada harga purata bulan Disember 2014?
Maka ramailah netizen menjadi pakar ekonomi pada hari ini berkongsikan graf tersebut di media2 sosial. Dan disebabkan itu juga maka terpaksalah para penyokong, macai dan juga cybertrooper kerajaan menjadi pakar ekonomi juga untuk mempertahankan kenaikan harga minyak tersebut, salah satunya seperti berikut:
1- Faktor 1 : Pengiraan harga minyak adalah berdasarkan purata pembelian kepada penggunaan (total Beli ÷ total guna). Jika lihat itu balik, most of the time pembelian ( No 1 tulisan pink) adalah pada paras harga (line kuning) yg dibulatkan ( No 2 tulisan pink).
2- Faktor 2 : Ingat formula di atas? Total beli ÷ total guna. Kita membeli minyak dari luar. Pembelian adalah menggunakan matawang USD, bukan RM. Nilai RM kita pada Feb adalah lebih rendah berbanding Dec 2014. Jika beli dengan kuantiti yang sama, nilai belian pada Dec 2014 lebih murah dari Feb 2015. Itu logik nya.. (^__^)
3- Faktor 3 : Saban hari, penggunaan minyak meningkat. Apabila permintaan ini meningkat maka pembelian minyak juga meningkat. Dengan kata lain, harga minyak turut terpengaruh. Namun faktor ini tidaklah significant. Tetapi boleh di fikirkan.
Kredit: Aznil Hisham.
So hujah yang dikemukakan untuk mempertahankan kenapa harga minyak bulan Mac 2015 lebih tinggi daripada bulan Jan 2015 adalah dengan mengaitkan harga minyak dunia dengan kadar pertukaran matawang USD dengan RM yang semakin meningkat. Walaupun negara kita salah sebuah negara pengeluar minyak, namun menurut PM, kita merupakan negara pengimport bersih petroleum, maka sebab itu harganya masih bergantung juga kepada kadar tukaran matawang asing selain daripada harga pasaran minyak dunia, so bagi aku hujah ini juga logik dan relevan.
Bulan | Harga Purata RON95 Bulanan | Harga RON95 pada 1hb Bulan Berikutnya | Anggaran Purata Kadar Tukaran Matawang USD ke MYR |
Nov 2014 | USD76.96 / Liter | RM2.26 / Liter | 1USD = RM3.30 |
Dec 2014 | USD60.55 / Liter | RM1.90 / Liter | 1USD = RM3.45 |
Jan 2015 | USD47.45 / Liter | RM1.70 / Liter | 1USD = RM3.56 |
Feb 2015 | USD49.41 / Liter | RM1.95 / Liter | 1USD = RM3.62 |
Graf Kadar Tukarang Matawang USD/MYR VS Harga Minyak Dunia |
So siapa yang salah, siapa yang betul? Mungkin tiada siapa yang betul, tiada siapa yang salah, kerana semua hipotesis adalah berdasarkan andaian dan anggaran semata2 berdasarkan data2 yang diperolehi di Internet.
Kalau nak kata siapa yang salah, bagi aku kerajaan yang salah. Salah kerana tidak memberitahu cara pengiraan bagaimana harga minyak terkini boleh diperolehi lantas menyebabkan rakyat bertelagah sehingga masing2 mahu menjadi pakar ekonomi dan mencipta teori sendiri. Sekadar mengumumkan harga minyak baru dalam kenyataan akhbar tidak mencukupi.
Rakyat berhak mengetahui kaedah pengiraan harga minyak mengikut kaedah pengapungan terkawal (managed float) yang diperkatakan itu bagi mengelakkan rakyat semakin terapung2 sehingga tidak lagi terkawal dalam mencipta pelbagai teori yang syok sendiri.
No comments:
Post a Comment