Saturday, February 28, 2015

pasangan wanita di syurga


Kes 1: Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.

Wanita dalam golongan ini akan dikahwinkan dengan seorang lelaki di kalangan Ahli Syurga. 

Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiada si bujang di dalam syurga” (H.R. Muslim). Ini kerana ada juga kaum lelaki yang belum berkahwin sebelum meninggal dunia.

  Kes 2: Wanita yang meninggal dunia setelah bercerai dan tidak berkahwin dengan lelaki lain selepas itu. 

Wanita dalam golongan ini juga akan dikahwinkan oleh Allah s.w.t dengan lelaki daripada Ahli Syurga. 


  Kes 3: Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak memasuki syurga.

Seperti kes 2, wanita dalam golongan ini juga akan mengahwini lelaki daripada Ahli Syurga. 


  Kes 4: Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.  

Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya memasuki syurga.

  Kes 5: Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin selepas itu.  

Seperti kes 4, Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya yang meninggal tersebut memasuki syurga.

  Kes 6: Wanita yang kematian suami tetapi berkahwin dengan lelaki lain.  


Apabila seorang wanita ketika di dunia memiliki dua atau lebih suami, maka kelak di syurga dia dipersilakan untuk memilih siapa di antara suami-suaminya yang dia inginkan untuk menjadi pendampingnya di syurga. 

Asalkan suaminya itu tergolong dari Ahli Syurga. Satu lagi pendapat mengatakan bahawa dia akan bersama suaminya yang terakhir. 

Ini disebut oleh hadith Rasulullah: “Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir” (H.R. Al-Albani).

Friday, February 27, 2015

cara halang org invite main game

ISU INVITE MAIN GAME??
Tu pun nak kecoh ke?
Dok kata org bodo asyik invite men game..
Yg sbenarnya sapa bodo?
Yg bodo adalah ko..
Mana boleh ko nak control org main game..
Ko x ske org invite..
Ko block je lah aplikasi tu..
Aku x ske game poker..
Sampai mampos keras ko invite camner pun,
Invitation tu xkan sampai kat aku..
Sedap2 kata org bodo..
Dier yg bangang yg amat!
Lagi satu aku akan terus invite dan invite..
Kalo x ske xpayah friend ngan aku..
Aku x pernah add sesiapa..
Ang yg terhegeh2 add aku..
Aku kesian.. Aku approve jr lahh..
Lalalalalala.. Jenis ngader2..
Pasal game pun nak meroyan!!

Thursday, February 26, 2015

melayu di tipu

7 Ritual bangang geng2 MLM memperdayakan mangsa

Ini adalah suatu bentuk kebodohan dan ketahian. Geng2 MLM sudah ada satu ritual baru untuk memperdayakan mangsa2 mereka, iaitu dengan mengumpulkan mangsa2 mereka yang majoritinya orang MELAYU depan sebuah kereta mewah (contohnya BMW M5 berwarna kuning yang hanya ada 8 unit sahaja di Malaysia) dan menjerit terpekik2 terlalak2 dengan begitu bersemangat untuk meyakin dan memberi harapan palsu kepada para downline dan prospek yang mereka juga boleh membeli kereta mewah seperti mereka setelah join program MLM mereka.



1. Perniagaan yang betul adalah dengan mempromosikan barangan dan produk yang dijual, bukan mempromosikan harta dan kekayaan.

2. Kereta itu liabiliti dan bukan aset kekal yang mana nilainya akan jatuh dan pemiliknya adalah penanggung kos.

3. Cara paling mudah mengaburi mata orang untuk menunjukkan yang kita kaya dan berjaya adalah dengan menunjukkan kereta, kerana kereta mudah dibawa ke mana2. Rumah pula tidak boleh dibawa ke hulur ke hilir untuk menipu orang.

4. Namun kereta yang dijaja tu boleh jadi ntah sapa2 punya, mungkin sendiri punya, mungkin sewa, mungkin pinjam, mungkin curi.

5. Dalam senarai orang terkaya di Malaysia mahupun di dunia, tiada seorang pun orang MLM tersenarai.

6. Dan aku tak pernah nampak ahli perniagaan yang benar2 berjaya dan kaya raya seperti Syed Mokhtar Al-Bukhary, atau Robert Kuok, atau Ananda Krishnan, atau Bill Gates sekali pun, terpekik terlolong macam orang gila dan tayang kereta mewah mereka semata2 nak tarik orang lain join dan beli produk mereka.

7. Percaya kepada skim MLM hanya kerana upline anda menayang kereta bererti anda seorang yang dungu, lebih tepat lagi, melayu dungu, jika anda melayu.

8. MLM - Melayu Lipat Melayu.

9. Adakah mengutuk MLM bererti menjatuhkan perniagaan melayu? Kalau modus operandi suatu MLM itu sangat bodoh, aku rela digelar penjatuh perniagaan melayu daripada tengok orang melayu diperbodoh2kan.

Kredit video: Blog Serius.




tags: ritual bangang leader mlm upline downline terjerit jerit terlolong terpekik kereta bmw m5 5 series besi buruk kuning tarik join multi level marketing scam skim piramid menipu perdaya mangsa video

Tuesday, February 24, 2015

ciri ciri ajaran sesat

CIRI-CIRI AJARAN SESAT
Maksud dan ciri-ciri ajaran sesat
Maksud ajaran Sesat
Ajaran atau amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan hakikatnya bercanggah dengan Al-Quran dan Al-Sunnah
Ciri-ciri ajaran sesat
o Mencemarkan kesucian Al-Quran dan Hadis seperti memansuhkan, mengubah, mempertikaikan atau membuat tafsiran menyeleweng terhadap Al-Quran dan Hadis.
o Mengubah prinsip-prinsip asas dalam akidah Islam contoh mendakwa semua agama adalah sama -
o Mendewa-dewakan pemimpin sehingga menganggapnya bersifat maksum, Al-Mahdi, nabi dan sebagai tuhan – ajaran Qadiani
o Menolak perkara yang Qat’ie dalam Islam seperti menghapuskan jihad.
o Mengubah bentuk-bentuk ibadat seperti mengurangkan ibadat puasa kepada 19 hari dan bersolat hanya dengan berniat-
o Mengubah konsep dosa dan pahala seperti memberi kuasa penebusan kepada seseorang – ajaran Tarikat Al-Mufarridiah
o Mendakwa boleh melakukan perkara-perkara pelik yang bersangkutan dengan perkara-perkara ghaib seperti memanggil roh orang mati
o Mendewa-dewakan sesuatu selain Allah SWT seperti menyeru nama-nama orang yang telah meninggal dunia didalam doa atau jampi – bomoh
o Menolak hadis Mutawatir atau hadis secara umum seperti golongan anti hadis.

Friday, February 20, 2015

cek jin dalam badan sendiri


Saturday, February 7, 2015

Tuesday, February 3, 2015

ssp utk pinjam


Skim Pembiayaan Peribadi-i: Sandaran SSP

Bagi pemilik Sijil Simpanan Premium yang berkelayakan, menerusi skim ini yang berlandaskan prinsip Syariah, Bai' Al 'Inah anda bukan sahaja masih layak menyertai cabutan SSP yang menawarkan hadiah-hadiah menarik malah anda juga boleh menikmati lebihan tunai di tangan.

Cara Bayaran
  • Arahan Tetap mana-mana akaun KLNB; atau
  • Bayaran tunai/cek di kaunter KLNB


    Kadar Keuntungan (asas tetap) dan Tempoh Bayaran
  • 4.00% bagi tempoh 3 - 10 tahun


    Syarat Kelayakan
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur antara 18 - 62 tahun (tidak melebihi 65 tahun semasa pembiayaan tamat)
  • Pemilik Sijil Simpanan Premium (SSP)


    Had Pembiayaan
  • Sehingga 95% dari nilai sijil
  • Minimum pembiayaan RM 5,000;
  • RM 5,000 sehingga RM 20,000 bagi tempoh pembiayaan 3 - 5 tahun; atau
  • RM 20,500 dan ke atas bagi tempoh pembiayaan 3 - 10 tahun.


    Penjamin
  • Tanpa penjamin.
  • Jaminan - cagaran Sijil Simpanan Premium.


    Dokumen Diperlukan
  • Salinan Kad Pengenalan;
  • Sijil asal SSP beserta salinan; dan
  • Salinan mana-mana akaun KLNB (jika berkenaan)


    NOTA: Tertakluk kepada syarat dan terma semasa.

    Faktor Ansuran Bulanan Pembiayaan Peribadi-i: Sandaran SSP

    Tempoh Pembiayaan
    (tahun)
    Kadar Keuntungan
    4.00%
    331.1111
    424.1667
    520.0000
    617.2222
    715.2381
    813.7500
    912.5926
    1011.6667


    Contoh Pengiraan Ansuran Bulanan: Pembiayaan RM 20,000

    Tempoh
    (tahun)
    KadarFaktor
    *(jadual)
    Ansuran Bulanan
    (RM)
    54%20.000020 X 20.0000400
    104%11.666720 X 11.6667234