Thursday, February 26, 2015

melayu di tipu

7 Ritual bangang geng2 MLM memperdayakan mangsa

Ini adalah suatu bentuk kebodohan dan ketahian. Geng2 MLM sudah ada satu ritual baru untuk memperdayakan mangsa2 mereka, iaitu dengan mengumpulkan mangsa2 mereka yang majoritinya orang MELAYU depan sebuah kereta mewah (contohnya BMW M5 berwarna kuning yang hanya ada 8 unit sahaja di Malaysia) dan menjerit terpekik2 terlalak2 dengan begitu bersemangat untuk meyakin dan memberi harapan palsu kepada para downline dan prospek yang mereka juga boleh membeli kereta mewah seperti mereka setelah join program MLM mereka.



1. Perniagaan yang betul adalah dengan mempromosikan barangan dan produk yang dijual, bukan mempromosikan harta dan kekayaan.

2. Kereta itu liabiliti dan bukan aset kekal yang mana nilainya akan jatuh dan pemiliknya adalah penanggung kos.

3. Cara paling mudah mengaburi mata orang untuk menunjukkan yang kita kaya dan berjaya adalah dengan menunjukkan kereta, kerana kereta mudah dibawa ke mana2. Rumah pula tidak boleh dibawa ke hulur ke hilir untuk menipu orang.

4. Namun kereta yang dijaja tu boleh jadi ntah sapa2 punya, mungkin sendiri punya, mungkin sewa, mungkin pinjam, mungkin curi.

5. Dalam senarai orang terkaya di Malaysia mahupun di dunia, tiada seorang pun orang MLM tersenarai.

6. Dan aku tak pernah nampak ahli perniagaan yang benar2 berjaya dan kaya raya seperti Syed Mokhtar Al-Bukhary, atau Robert Kuok, atau Ananda Krishnan, atau Bill Gates sekali pun, terpekik terlolong macam orang gila dan tayang kereta mewah mereka semata2 nak tarik orang lain join dan beli produk mereka.

7. Percaya kepada skim MLM hanya kerana upline anda menayang kereta bererti anda seorang yang dungu, lebih tepat lagi, melayu dungu, jika anda melayu.

8. MLM - Melayu Lipat Melayu.

9. Adakah mengutuk MLM bererti menjatuhkan perniagaan melayu? Kalau modus operandi suatu MLM itu sangat bodoh, aku rela digelar penjatuh perniagaan melayu daripada tengok orang melayu diperbodoh2kan.

Kredit video: Blog Serius.




tags: ritual bangang leader mlm upline downline terjerit jerit terlolong terpekik kereta bmw m5 5 series besi buruk kuning tarik join multi level marketing scam skim piramid menipu perdaya mangsa video

No comments:

Post a Comment