Monday, January 31, 2011

Terusterang

Dinoda abang


SAYA gadis berusia 22 tahun. Dilema yang saya hadapi ialah status kesucian saya. Untuk pengetahuan Dang Setia, ketika berusia enam atau tujuh tahun, saya dirogol beberapa kali oleh abang kandung saya. Namun, pada masa itu, saya tidak tahu apa dilakukannya adalah rogol.

Setelah dewasa, baru saya mengerti bahawa itu yang dinamakan rogol tetapi saya merahsiakannya kerana bimbang dan malu.
Pada tahun lalu barulah saya memberitahu ibu saya mengenai perkara ini, namun tiada ada dapat dilakukan kerana perkara itu sudah lama terjadi.

Saya juga tidak menyalahkan abang saya 100 peratus kerana pada waktu itu dia di alam remaja dan mungkin tidak berfikiran matang.



Ibu saya juga terperanjat namun merasakan tidak dapat berbuat apa-apa, dan bagi saya, yang lepas itu biarlah berlalu walaupun kesucian saya dirampas oleh abang kandung.


Dalam pada itu, saya masih menjaga perilaku sebagai gadis, di mana saya tidaklah terlalu sosial. Boleh dikatakan saya mementingkan ‘dara’ walaupun ia tiada lagi. Saya bagaikan ada dara kerana pegangan saya hanya melakukan seks selepas nikah.

Yang merunsingkan saya adalah teman lelaki atau calon suami pernah beberapa kali bertanya mengenai selaput dara, lalu saya mengatakan tidak pernah melakukan hubungan seks dan hanya akan melakukannya selepas kahwin.

Dia juga pernah meminta saya berterus terang jika mempunyai kisah silam (seperti tiada dara) dan menyatakan akan tetap menerima saya kerana ia kisah silam.

Jika saya tidak berterus terang dan dia mengetahui perkara sebenar, dia pasti tidak memaafkan saya. Dan, jika saya memberitahunya perkara sebenar, saya gusar dia tidak dapat menerimanya.

Seperkara lagi, kesihatan saya tidak sempurna seperti orang lain, dan saya bimbang jika dia tahu hal sebenar nanti, dia akan meninggalkan saya kerana dua sebab ini. Mengenai sakit saya, dia dapat terima dan saya bimbang jika diberitahu hal ini pula dia tidak sanggup menerima saya.

Yang pasti, kalau boleh saya tidak mahu memberitahunya. Saya juga bimbang dia akan memusuhi abang saya jika kami berkahwin kelak. Apa harusnya saya lakukan kerana saya rasa bahawa tidak memberitahu hal sebenar adalah jalan terbaik.

Saya juga bimbang pada malam pertama kami nanti, dia akan persoalkan mengenai dara saya yang sudah tiada, apa harus saya katakan?

Tolong beri buah fikiran kerana saya tidak tahu nak mengadu pada siapa lagi. Sesungguhnya, apa yang terjadi pada saya adalah di luar kehendak saya dan saya tidak bersalah dalam hal ini.

RUNSING
Skudai, Johor


Teringat Dang Setia pada perumpamaan Melayu iaitu ‘membungkus api’ yang bermaksud menyimpan rahsia yang lambat-laun akan diketahui juga oleh orang.

Dalam konteks saudari, jelas teman lelaki atau calon suami mahu saudari berterus terang dengannya mengenai sebarang kisah ‘hitam’ sebelum mendirikan rumah tangga.

Buat masa ini, saudari enggan menceritakan pengalaman malang itu kerana khuatir ditinggalkannya. Bagaimanapun, bayangkan apa akan berlaku apabila rahsia itu terbongkar selepas kalian berkahwin kelak.

Dang Setia percaya bala lebih hebat boleh menimpa saudari jika tidak berterus terang dari awal. Pedih ditipu insan tersayang rasanya lebih pilu berbanding pedih menerima kenyataan pahit.

Kalau dia benar-benar menyayangi saudari, insya-Allah dia dapat menerima saudari seadanya, apatah lagi saudari menjadi mangsa keadaan ketika kecil. Cuma, mungkin saudari boleh menyembunyikan identiti perogol itu bagi mengelak persengketaan keluarga.

Pada peringkat awal, mungkin dia sukar menerima kenyataan itu tapi lama-kelamaan dia akan kembali semula ke pangkuan saudari jika cintanya benar-benar kukuh.

Yang penting, saudari terus mengekalkan prinsip mempertahankan ‘dara’ itu walaupun selaputnya dirobek angkara abang kandung ketika kanak-kanak. Itulah lambang kesucian seorang wanita.

Ingatlah, setiap insan yang hidup di muka bumi Allah ini ada dugaan masing-masing. Anggaplah insiden malang dan tahap kesihatan tidak sempurna itu ujian buat saudari di alam fana ini.

Jadilah individu hebat yang sentiasa berusaha untuk mengatasi masalah dan dugaan hidup, bukan insan lemah yang hanya tahu meratapi dugaan tapi tidak bersyukur apabila beroleh kesenangan.

Sebagai manusia, kita hanya dipinjamkan ke dunia ini dalam tempoh tertentu. Justeru, manfaatkan sepenuhnya tempoh itu untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat.

Nasihat Dang Setia, lupakan kisah hitam itu dan mulakan hidup baru. Kata orang tua-tua, wanita baik untuk lelaki baik, insya-Allah.

Mungkin saudari boleh mengambil kata-kata itu sebagai azimat untuk membina kehidupan bahagia pada masa depan.

Kongsi artikel ini menerusi media sosial

Sunday, January 30, 2011

Fotografi


Fotografi: Kuasai dengan mudah

Oleh ABD. HALIM HADI
halim.hadi@utusan.com.my

Minggu depan WOW! akan berkongsi panduan menggunakan fungsi asas pada kamera untuk gambar lebih baik. Sebarang pertanyaan, cadangan atau maklum balas boleh diemelkan kepada rekreasi@utusan.com.my.

DUNIA fotografi sering digambarkan sebagai kemahiran yang rumit ekoran kepelbagaian alat yang digunakan dan juga kaedah pembelajaran melalui kursus-kursus yang mahal.

Persepsi itu mungkin benar bagi yang mahu berkecimpung secara serius . Namun bagi mereka yang sekadar ingin merakam gambar yang lebih menarik untuk ditatap, ia bukanlah sesuatu yang terlalu sukar untuk dilakukan.

Bagaimanapun seperti apa juga bidang, fotografi menuntut pemahaman teknik dan kaedah tertentu. Dengan kecanggihan dunia digital sekarang, seni itu tidak memerlukan pengorbanan masa dan wang ringgit.

Dengan memahami fungsi-fungsi asas pada kamera dan mengingati beberapa kaedah mudah, gambar kenangan ketika majlis perkahwinan, hari jadi dan melancong kini boleh diabadikan dengan cara lebih menarik.

Kedudukan subjek

Kedudukan subjek di dalam bingkai atau disebut 'komposisi' merupakan satu daripada perkara paling penting yang perlu difahami. Ia menentukan penyampaian mesej dan jalan cerita pada setiap gambar.

Cara paling mudah untuk memahami konsep komposisi adalah dengan mengaktifkan fungsi garisan menegak dan melintang atau grid yang ada di dalam menu kamera kompak dan DSLR.

Garisan sembilan kotak yang dinamakan rule of thirds ini berfungsi sebagai panduan kedudukan subjek di dalam gambar. Dengan menempatkan subjek di antara titik-titik persimpangan, gambar akan menyampaikan cerita dengan cara yang lebih mudah difahami.

Perhatikan kedudukan lelaki di dalam gambar di bawah yang 'berat' ke sebelah kanan. Jika subjek diletak di tengah-tengah bingkai, ia akan kelihatan membosankan dan menyebabkan subjek terlalu kecil (jauh) di dalam gambar.

Peraturan ini walaupun bukan sesuatu yang wajib dipatuhi tetapi boleh dijadikan rujukan untuk mendapatkan kedudukan subjek yang seimbang dengan latar belakangnya.

Fahami pencahayaan

Secara teori ataupun teknikal, faktor pencahayaan memainkan peranan penting di dalam penghasilan setiap gambar. Oleh itu, memahami keadaan, arah dan jumlah cahaya di sekeliling memberi kesan yang ketara pada gambar.

Salah satu teknik untuk mendapatkan pencahayaan yang baik adalah dengan memanfaatkan kesan terang dan gelap (bayang). Misalnya, dengan meletakkan seseorang di tepi lubang tingkap yang ditembusi cahaya, kita boleh merakam gambar potret yang lebih dramatik.

Selain membantu, pencahayaan juga boleh memberikan cabaran. Misalnya, merakam gambar rakan bertentangan dengan sumber cahaya boleh menyebabkan subjek kelihatan gelap.

Bagi mengatasi masalah itu, rakaman seharusnya dilakukan dari arah di mana kamera membelakangi pancaran cahaya. Jika tiada pilihan, rakaman bertentangan dengan cahaya boleh diatasi dengan penggunaan flash.

Bagaimanapun, elakkan penggunaan flash ketika mengambil gambar objek berkilat seperti kaca dan besi kerana pantulan cahaya menghasilkan tompok putih yang mencacatkan gambar.

Untuk mendapatkan cahaya terbaik, jurugambar biasanya memilih dua waktu untuk merakam gambar iaitu pada awal pagi atau lewat petang. Contoh terbaik ketika matahari terbit dan terbenam.

Penentuan arah

Selain konsep komposisi yang amat berkait rapat dengan keseimbangan gambar, memasukkan arah pergerakan dan haluan subjek adalah satu lagi cara untuk menyempurnakan komposisi dan menghidupkan gambar.

Dengan cara itu, gambar memaparkan pergerakan subjek dari titik A ke titik B sekali gus memberi gambaran tentang apa yang sedang berlaku.

Pergerakan kenderaan di lebuh raya dan aliran air di sungai misalnya tidak akan lengkap tanpa memasukkan arah dan laluan ke mana ia bergerak.

Kesederhanaan

Sebelum ‘menggubah’ gambar yang diinginkan, fikirkan sejenak apa yang ingin dirakamkan.

Memasukkan terlalu banyak perkara di dalam satu gambar tidak dapat menceritakan segalanya, sebaliknya menjadikan gambar tiada fokus.

Contohnya, merakam gambar ahli keluarga dengan latar belakang bangunan universiti cukup untuk menyampaikan keceriaan di sebuah majlis konvokesyen berbanding rakaman di tengah-tengah khalayak ramai.

Namun kesederhanaan tidak bermaksud kita kekal sepanjang masa dengan cara ringkas yang mungkin membosankan.

Mempelbagaikan perspektif rakaman dari arah unik serta berbeza seperti dari bawah dan atas dapat menjadikan subjek lebih menonjol.

Masalah Monyet

GANGGUAN MONYET LIAR

JABATAN Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) ingin merujuk aduan penduduk Taman Kekwa, Seremban, Negeri Sembilan melalui ruangan Forum Utusan Malaysia bertarikh 14 Januari 2011.

Perhilitan Negeri Sembilan menerima aduan daripada pengadu pada 6 Januari 2011 dan telah cuba menghubungi pengadu pada hari yang sama bagi mendapatkan lokasi sebenar gangguan. Ini memandangkan terdapat juga taman perumahan yang mempunyai nama yang sama di Seremban dan Port Dickson, namun beliau telah gagal dihubungi.

Pada waktu yang sama, kakitangan Perhilitan Negeri Sembilan turut melakukan operasi kawalan hidupan liar di lokasi lain terlebih dulu kerana terdapat beberapa aduan lain pada hari yang sama dan keesokan harinya.

Pada 13 Januari 2011, seorang pengadu lain telah menghubungi Perhilitan Negeri Sembilan mengenai gangguan seekor kera di Taman Kekwa, Seremban. Pihak Jabatan telah mengambil tindakan pada hari yang sama lebih kurang pukul 11.00 pagi.

Berikutan aduan yang dipaparkan di Utusan Malaysia pada 14 Januari 2011, pihak Perhilitan Negeri Sembilan telah menghubungi pengadu pertama di rumah beliau pada pukul 6.30 petang untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai aduan beliau.

Pengadu telah berpuas hati kerana tiada lagi kera yang mengganggu berikutan tindakan pantas jabatan dalam usaha menangani haiwan tersebut.

Untuk sebarang aduan berhubung hidupan liar, orang ramai diminta menghubungi 03-90866 800 atau e-mel kepada pakp@wildlife.gov.my

Perhilitan

Kementerian Sumber Asli

dan Alam Sekitar

Saturday, January 29, 2011

Media Fire

Pandai

Sudahlah pandai, dapat pula lagi kemudahan

Untung Sabut Timbul
Sedih, kata seorang remaja berusia 13 tahun.
Mengapa?, saya tanya.
“Budak-budak pandai dapat komputer baru. Kita cuma dibagi komputer lama,” kata pelajar tingkatan satu itu.

Menurutnya, di sekolah tempat ia belajar telah disusun semula kelas. Mula-mula dia diletakkan di kelas tingkatan 1B, mengikut keputusan UPSR-nya di mana dia memperoleh dua A.

Tetapi baru-baru ini, menurutnya kelas-kelas disusun semula apabila diwujudkan Kelas Rancangan Khas (KRK).

Maka pelajar-pelajar yang memperoleh 5A dan 4A yang sepatutnya dapat sekolah berasrama penuh, tetapi tidak dapat atau tidak mahu ditempatkan di kelas tingkatan 1 KRK.

Menurut dia, sekitar 20 orang pelajar tingkatan 1A ditempatkanlah di kelas KRK. Maka oleh itu dia dan sebahagian pelajar 1B dinaikkanlah ke tingkatan 1A. Bilangan pelajar di tingkatan 1A ialah 40 orang.

Banyak pelajar di kelas barunya itu juga yang memperoleh 5A dan 4A. Tetapi mereka tidaklah dapat ke kelas KRK. Ini kerana kelas KRK adalah untuk budak Melayu.

“Sudahlah pandai, dapat kelas tidak ramai pula.Kita ini sudahlah tidak berapa pandai, duduk pula kelas yang ramai,” komen remaja itu.

“Tidak adil. Macam kasta,” rungutnya lagi

“Kasta?,” saya tanya.

“Inilah kasta alaf baru,” katanya.

Walaupun kemudian saya memujuknya supaya tidak berasa marah atau berdendam pada sekolah tetapi apa yang dikatakannya itu adalah realiti. Sejak dari dulu, sentiasa wujud perbezaan kedudukan manusia.

Kedudukan

Masyarakat manusia berfungsi dengan adanya perbezaan kedudukan. Pada waktu yang sama manusia akan berjuang untuk merapatkan jurang kedudukan ini. Tetapi perjuangan ini sentiasa berpanjangan, seolah-olah kecenderongan menuntut keadilan oleh manusia sentiasa diimbangi oleh sifat manusia yang mahu mengatasi manusia yang lain. Maka timbullah perbezaan itu.

Menurut ahli sejarah, perbezaan kedudukan ini ketara dalam masyarakat manusia apabila muncul cara hidup pertanian. Ketika itulah sistem bernegara muncul dengan adanya raja, bangsawan, hulubalang , petani dan hamba.

Maka timbullah tamadun yang mempunyai kasta: Ada golongan raja, agamawan, tentera dan berbagai lagi lapisan menurut keadaan masyarakat setempat dan zamannya.

Masyarakat di Nusantara, umpamanya kerajaan-kerajaan Sri WIjaya dan Majapahit sudah tentu mengamalkan sistem yang sama kerana mengambil tamadun serupa.

Apabila jurang perbezaan kedudukan sudah keterlaluan, maka muncullah tokoh-tokoh pembaharu yang berjuang untuk memperbaiki masyarakat. Agama lama digantikan dengan agama baru,

Fahaman politik lama digantikan dengtan fahaman politik baru. Tetapi apabila zaman berlalu, sistem yang diperkenalkan oleh tokoh-tokoh pembaharu menjadi bobrok, dan akan muncul usaha untuk membetulkan keadaan.

Ada masa usaha pembetulan ini berjaya. Tetapi tidak semestinya berjaya, malah ada kalanya menjadi bertambah buruk.

Keadaan jurang perbezaan kedudukan yang begitu luas bukan saja berlaku di sesuatu tamadun, tetapi juga di tempat-tempat lain. Dari China ke Mesopotamia, dari Yunani ke tamadun-tamadun Aztec dan Inca di Amerika Selatan.

Setelah beratus-ratus tahun berlangsung, maka berlakulah perubahan. Banyak tokoh-

tokoh agama muncul di mana-mana pun di dunia untuk memperbaiki keadaan. Ada masanya berjaya, dan ada masanya tidak.

Gagasan

Gagasan demokrasi yang diasaskan di Yunani adalah untuk tujuan memberi keadilan kepada manusia. Tetapi gagasan awal demokrasi di Yunani bukanlah benar-benar adil pada kaca mata manusia hari ini. Hamba dan wanita tidak boleh mengundi.

Begitu juga gagasan republik di Rom. Tujuannya untuk merepatkan jurang perbezaan kedudukan di kalangan rakyat. Tetapi akhirnya mewujudkan suatu empayar yang melakukan penindasan juga.

Empayar Rom yang menindas sepatutnya menjadi murni apabila maharajanya memeluk agama Nasrani. Tetapi akhirnya empayar Bizantin juga menindas.

Perjuangan Islam juga menghapuskan jurang perbezaan kedudukan dalam masyarakat jahiliah Mekah. Islam mengajar keserataan umatnya.

Tetapi akhirnya wujud juga perbezaan kedudukan dalam Khilafah Umatyah, Abasiah dan Uthmaniah.

Pemberontakan Syiah pada awalnya adalah untuk menolak kezaliman yang dilakukan oleh Khilafah Umayah. Tetapi akhirnya apabila Syiah yang berkuasa melalui Saafawiah dan Qajar, berlaku juga perbezaan kedudukan dalam masyarakat.

Dalam zaman moden, negara-negara Barat memperjuangkan kebebasan dan demokrasi, tetapi mereka juga menindas dan melanggar hak asasi manusia semasa menjadi penjajah.

Revolusi Amerika dan Perancis seharusnya menghasilkan masyarakat demokratik tetapi akhirnya Amerika Syarikat dan Perancis menjadi negara yang wujud di atas darah peperangan.

Revolusi Rusia yang memperjuangkan kesamarataan pula dengan jelas telah membawa kesengsaraan amat dahsyat pada manusia di seluruh dunia. .

Begitu besarnya penderitaan manusia.

Television


Nilai sebuah televisyen

Oleh HAFIZAHRIL HAMID

TELEVISYEN ketika di awal kemunculannya juga bertindak sebagai ejen budaya selain menjadi kayu penghubung dalam hubungan keluarga. - Gambar hiasan

BAGAIMANA rasanya kehidupan jika tiada televisyen di rumah? Jika soalan ini ditanya pada 10 tahun lepas mungkin jawapannya berbeza.

Tapi jika kita tanya pada orang muda sekarang, televisyen bukan lagi satu keperluan dalam kita memproses maklumat ataupun mencari hiburan.

Sejak televisyen menjadi fenomena apabila ia dipasarkan secara besar-besaran pada hujung tahun 1920-an, peranannya memang tidak boleh dipertikaikan.

Ia bukan sekadar informatif tetapi juga dalam banyak hal memainkan peranan membentuk pemikiran dan menyebarkan luaskan budaya baru.

Malah adakalanya ia menimbulkan ketagihan yang agak melampau atau pun mungkin ramai juga yang pernah menangis ketika berada di hadapan televisyen.

Ada yang bersifat sentimental memandangkan ramai juga yang terpengaruh dengan rancangan-rancangan yang disiarkan yang mana ia turut membentuk sebahagian dari identiti diri.

Dengan televisyen pemikiran orang muda di AS misalnya mula cenderung kepada penyebaran budaya-budaya yang sebelum ini dianggap tabu oleh masyarakatnya.

Begitu juga dengan masyarakat di negara ini. Kebanyakan generasi yang ada sekarang boleh kita sifatkan sebagai “dibesarkan” dalam hidangan rancangan televisyen yang pelbagai sifat dan genrenya.

Soal kualiti itu satu perkara lain, yang menjadi asasnya sejak televisyen wujud di negara ini, ia telah banyak berperanan dalam membantu, membentuk, mendidik mahupun merosakkan pemikiran rakyat dan masyarakat.

Selain itu juga, televisyen juga sudah melalui satu ledakan revolusi yang sarat sama ada dari segi rupa bentuk, saiz, kualiti serta warna.

Dari hitam putih kepada bentuk digital, dari saiz yang berat kepada bentuk skrin besar berinci-inci tetapi ringan, semua ini merupakan antara perkara yang berubah mengikut peredaran zaman.

Namun hakikatnya industri ini telah memberi keuntungan lumayan sejak berdekad lamanya. Ini kerana masyarakat sudah dibentuk bahawa televisyen adalah satu keperluan di rumah.

Tanpanya seolah-olah mungkin boleh menimbulkan ketidakselesaan atau kemurungan. Tapi pada masa yang sama kita juga tidak boleh menidakkan jasa dan sumbangan televisyen dalam menjadikan siapa kita hari ini.

Bukan semua yang disiarkan tidak elok. Ia terpulang kepada manusia itu sendiri untuk membuat penilaian apa yang boleh dan tidak ditonton.

Waktu puncak

Bagaimanapun akibat nafsu manusia yang senantiasa tidak pernah puas, televisyen juga dilihat semakin menghampiri “waktu puncaknya”.

Akibat ledakan teknologi maklumat yang dilihat lebih bebas, terbuka dan tanpa sempadan, semua peranan yang sebelum ini banyak dimainkan oleh televisyen sudah semakin bertukar arah.

Dengan kepesatan industri teknologi maklumat, semua peranan televisyen sudah beralih tangan, malah ia juga dilihat dimainkan lebih baik kerana sifatnya yang pelbagai pilihan, tanpa kawalan dan interaktif.

Melihatkan keadaan semasa penjualan televisyen di peringkat global juga semakin meniti kejatuhan. Berdasarkan realiti, zaman emas yang pernah dilalui oleh syarikat-syarikat pengeluar televisyen sudah semakin ke penghujung.

Ia disandarkan kepada dua faktor utama iaitu persaingan sengit teknologi ICT dan juga ketandusan idea dalam teknologi terkini pembikinan televisyen.

Malah bagi kebanyakan penduduk di Barat dan AS dan mungkin juga di negara ini, memiliki televisyen skrin rata adalah satu cerita lama. Walhal ia adalah antara teknologi terkini yang masih terdapat di pasaran.

Oleh itu adalah bukan satu keperluan bagi pengguna untuk menukar kepada televisyen yang dilengkapi teknologi yang lebih baru. Melihat kepada penjualan televisyen di AS, sekitar tahun 2007 hingga 2009 penjualan televisyen skrin rata mencatat peningkatan rekod sehingga 20 peratus. Bagaimanapun ia merudum kepada hanya 2.9 peratus tahun lepas.

Begitu juga penjualan televisyen di negara-negara Eropah yang merosot 8.6 peratus dengan penjualan sebanyak 16.4 juta sahaja. Penjualan televisyen di Eropah meningkat mendadak pada suku pertama dan kedua tahun lepas berikutan kejohanan Piala Dunia, namun ia merudum teruk kemudiannya.

Antara negara yang paling teruk merosot penjualannya adalah Sepanyol, Perancis, United Kingdom dan. Penjualan televisyen di Sepanyol saja merosot sehingga 40 peratus. Untuk meningkat penjualan, syarikat pengeluar telah menawarkan set televisyen yang lebih canggih dengan dilengkapi teknologi 3D dan penyambungan Internet. Namun ia gagal menarik minat berikutan harganya yang mahal.

Hakikatnya, pengeluaran televisyen skrin rata merupakan antara kejayaan paling besar dalam teknologi televisyen tetapi akibatnya orang ramai masih belum dalam “mood” kepada yang lebih baru.

Satu lagi masalah yang timbul adalah kerana penurunan harga yang terlalu mendadak. Jika tiga tahun lepas televisyen sebegini dijual pada harga yang mahal dan dilihat sebagai “eksklusif” namun ia semakin murah dari tahun ke tahun.

Keadaan yang sama juga berlaku di AS bilamana harga televisyen menurun agak mendadak sehingga 36.3 peratus dalam tempoh 2007 hingga 2010 bagi televisyen skrin rata dan 51.6 peratus bagi televisyen Plasma.

Oleh itu melihatkan senario ini keadaan dilihat akan berubah. Penjualan televisyen dalam tempoh mendatang dilihat tidak lagi sama seperti sebelum ini, namun ada yang masih mengharap peranan televisyen masih lagi signifikan.

Berdasarkan usia yang semakin menuju ke satu abad, adalah dilihat pasaran untuk jualan televisyen sudah sampai ke tahap matang dan stabil. Orang ramai juga tidak lagi seghairah dulu untuk memiliki set televisyen baru kerana persaingan sengit gajet-gajet terkini seperti iPad, iPhone dan sebagainya yang kelihatannya lebih menarik dan terkini.

Belum lagi persaingan akibat dari kewujudan pelbagai laman web sosial yang lebih “menyelerakan” dan membenarkan perhubungan merentasi sempadan.

Mungkin dalam tempoh terdekat perkara ini belum begitu dirasai, namun apakah peranan televisyen ini masih lagi releven dalam tempoh 30 hingga 50 tahun akan datang.

Apatah lagi dengan generasi yang membesar dengan televisyen juga sudah semakin mahir dalam Facebook dan twitter, maka jelaslah apabila sampai masanya kita tidak mampu menolak perubahan.

Memandangkan semua peranan televisyen ini sudah diambil alih oleh gajet-gajet yang terkini, adalah tidak mustahil masa depannya akan menjadi seperti mesin taip yang kita lihat sekarang.

Walaupun satu ketika ia dilihat sebagai satu fenomena namun dengan hadirnya teknologi yang lebih canggih, kini ia seolah-olah tiada lagi nilai dan harga, yang tinggal hanya memori yang semakin luput ingatannya.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Wednesday, January 26, 2011

Jurufoto


Merakam alam dalam fotografi

Oleh WAN YUSLINA WAN MUDA
utusanpahang@utusan.com.my

Jurugambar-jurugambar yang terlibat dalam Pameran Foto Alam di Kuantan, baru-baru ini.

KUANTAN 26 Jan. - Pada zaman ini, semua orang mampu dan tahu mengambil gambar tetapi bukan semua foto yang dirakamkan itu cantik atau mampu memuaskan hati.

Bagi menghasilkan foto yang cantik, tidak semestinya memerlukan kamera yang canggih dan berharga ribuan ringgit.

Dengan kemahiran yang tinggi, seseorang yang menggunakan kamera biasa atau melalui kamera telefon bimbit turut dapat menyerlahkan kecantikan sesuatu foto.

Tidak dapat dinafikan bidang seni foto kini semakin berkembang pesat.

Ada yang mendapat kemahiran secara formal daripada institusi-institusi berkaitan dan sebahagiannya memiliki skil tersebut menerusi minat yang terlalu mendalam.

Mereka yang berminat dalam bidang fotografi dilihat semakin meningkat dan bukan sahaja di kalangan jurugambar profesional malah ia berleluasa kepada generasi muda yang baru menamatkan alam persekolahan.

Kegilaan terhadap bidang fotografi dilihat semakin ketara sejak kemunculan kamera kompak digital dan terbaru iaitu kamera lensa refleks tunggal digital (DSLR) di pasaran secara meluas.

Ternyata kamera DSLR memberi impak positif sekali gus mendorong orang ramai melibatkan diri dalam dunia fotografi tanpa batasan.

Kecanggihan yang terdapat pada kamera DSLR tersebut hanyalah sebagai media untuk merakam gambar yang lebih cantik.

Namun, tidak ramai yang mengetahui peraturan dan teknik-teknik untuk menghasilkan foto sebagaimana yang diinginkan.

Pendek kata, jika seseorang itu mempunyai kamera DSLR tetapi tidak mempunyai bakat dan pengetahuan berkenaan bidang fotografi, rakaman foto yang diambil hanyalah sekeping gambar kosong yang mati.

Salah seorang yang meminati bidang fotografi ialah pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Jamalludin Ab. Rahman.

Jamalludin meminati bidang fotografi dan bergerak secara serius pada 2004.

Menurut beliau, untuk menjadi seorang jurugambar tidak memerlukan ribuan ringgit kerana fotografi adalah berkaitan dengan sudut sesuatu gambar itu diambil.

Beliau merupakan salah seorang peserta yang mempamerkan hasil seninya di Pameran Foto Alam yang diadakan di Rajawali Art Gallery di sini, baru-baru ini.

"Pameran foto yang kali pertama diadakan di sini memberi peluang kepada jurugambar untuk menghantar, berkongsi dan mempamerkan hasil rakaman gambar mereka.

"Pameran ini terbuka kepada semua yang berminat dalam fotografi tanpa mengira bangsa, agama dan negara," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini, hari ini.

Menurut Jamalludin, pameran itu bukan sahaja dihadiri oleh jurugambar dari Kuantan malah sebahagiannya dari Kuala Lumpur dan Singapura.

''Gambar yang dihantar akan dinilai terlebih dahulu sama ada mengikuti tema alam yang diberikan sebelum dipamerkan.

''Pameran berlangsung selama sebulan dan gambar-gambar tersebut akan dijual kepada sesiapa yang berminat," jelasnya.

Jamalludin memberitahu, harga sesuatu gambar itu terletak kepada jurugambar berkenaan untuk meletakkan nilai untuk hasil seni mereka.

''Saya meletakkan harga kepada gambar saya berdasarkan kesukaran untuk merakamkan gambar tersebut,'' katanya.

Jelasnya, kepuasan merakamkan sesuatu gambar yang cantik tidak dapat dihuraikan dengan kata-kata dan ia amat seronok untuk dikongsi dengan jurugambar lain.

Seorang lagi peserta, Ali Shamsul Bahar, 41, juga merupakan seorang jurugambar yang mula meminati bidang fotografi sejak di bangku sekolah lagi.

''Saya memiliki kamera pertama ketika berada di tingkatan satu pada 1982.

''Saya sering memasuki pertandingan seni fotografi sejak di bangku sekolah dan mempelajari ilmu berkaitan fotografi secara sendiri," jelasnya.

Menurut Ali Shamsul, bidang fotografi mampu memberi pendapatan sampingan kepadanya dan sehingga kini, banyak gambarnya dibeli oleh syarikat-syarikat dan orang perseorangan.

''Terbaru gambar saya dibeli oleh seorang pelancong asing dari United Kingdom setelah dia melihat gambar tersebut yang dimuat turun ke dalam laman sesawang.

''Bidang fotografi mampu menjana pendapatan sekiranya seseorang itu benar-benar serius untuk berjaya dalam bidang ini," katanya.

Ali Shamsul berkata, mereka yang berminat dalam bidang fotografi boleh menyertai Kumpulan Luar Biasa yang ditubuhkannya sejak dua tahun lalu.

''Kumpulan ini bukanlah untuk mencari keuntungan tetapi ia merupakan sebuah kumpulan informal yang ahli-ahlinya hanya berminat dalam seni fotografi semata-mata.

''Ahli-ahli kumpulan ini terdiri daripada jurugambar Malaysia, Indonesia dan Singapura," ujarnya.

Ali Shamsul berkata, kumpulan itu turut mengajar mereka yang baru terlibat dalam dunia fotografi dengan menggunakan peraturan dan teknik yang betul ketika merakam gambar selain aktif mengadakan aktiviti luar seperti memasuki hutan sambil mengambil gambar.

''Orang yang meminati bidang ini adalah mereka yang sanggup berhabis wang ringgit untuk mendapatkan kepuasan dan bangun sebelum subuh semata-mata untuk merakamkan gambar.

''Saya lebih cenderung mengambil gambar alam dan merakamkan kebesaran alam ciptaan tuhan menerusi fotografi," jelasnya.

Dalam pada itu, beliau menasihati mereka yang baru berjinak-jinak dalam bidang fotografi supaya terlebih dahulu mengenali kamera dan jenisnya.

''Apa jenis kamera yang digunakan sebenarnya tidak penting tetapi kebolehan meneroka dan menggunakan media tersebut yang paling utama selain tidak malu menyerlahkan bakat," katanya.

Seorang lagi jurugambar perkahwinan, Raudzah Arippin, 32, berkata, pada mulanya fotografi hanya sekadar minat dan dia tidak menyangka membuka perniagaan menerusi bidang tersebut.

''Saya cenderung mengambil gambar perkahwinan walaupun sebenarnya lebih berminat merakam gambar alam semula jadi.

''Untuk merakam gambar alam semula jadi, jurugambar perlu pergi ke banyak lokasi yang cantik dan mencabar tetapi kerana telah berkahwin dan mempunyai anak, pergerakan saya agak terbatas," ujarnya.

Menurut Raudzah, merakam gambar perkahwinan dan alam semula jadi adalah dua perkara yang berbeza dari segi teknik dan kepuasan.

''Cabaran utama merakam gambar alam semula jadi ialah jurugambar mesti berada di tempat, waktu dan cuaca yang sesuai bagi menghasilkan sekeping gambar yang cantik dan memukau.

"Untuk mengambil gambar perkahwinan pula, seseorang itu perlu berdepan dengan ragam pengantin yang kebanyakannya tidak memahami tugas jurugambar seperti kami selain memenuhi permintaan pelanggan yang pelbagai kerenah," katanya.

Sunday, January 23, 2011

Format Disk












Cara memformat pc dan menginstall OS windows xp
Author: DeKaN
31
OCT
[Untuk memudahkan anda, muat turun terus panduan Langkah Demi Langkah Format Windows XP (238kB) dalam format PDF ini.]
Langkah 1 :

Buat backup semua data yang penting sebelum operasi format dilakukan. Selepas format, semua data yang ada dalam drive tersebut akan hilang. Oleh itu, backup adalah penting. Sama ada ke partition lain dalam hard disk atau pendrive anda.

Langkah 2:

Sekarang ready untuk formatkan PC anda. Langkah seterusnya akan memformat pc anda sepenuhnya. Sebelum itu, pastikan anda mempunyai CD Windows XP yang original yang terdapat di pasaran.

Langkah 3:

Sekarang offkan pc anda. Sekarang ready untuk format : ‘On’kan semula pc anda. Sebaik sahaja pc anda start, masukkan CD Windows XP ke dalam CD/ DVD drive anda. Tunggu sehingga keluar arahan “Press any key to boot from CD..“.

(Jika arahan tidak keluar kemungkinan komputer anda tidak di seting CD ROM sebagai first drive. Untuk mengatasinya, restart semula komputer dan masuk BIOS mode dengan menekan kekunci yang sepatutnya. Kemudian cari setting Boot Order untuk BIOS komputer anda dan pilih CDROM sebagai Boot yang pertama. Sekarang save dan exit BIOS. Mulakan langkah 3 semula.)



Langkah 4:

Nanti akan kuar skrin biru.. Biarkan windows anda begitu. Itu tandanya ia sedang loading file. Sehingga kuar mesej beberapa option, pilih “Press ENTER to set up Windows XP.”



Langkah 5:

Akan keluar “Licence agreement”. Tekan F8 untuk teruskan intallation.

Langkah 6:

Jika anda ada install windows xp sebelum ini, akan kuar mesej untuk Repair dengan menekan “R“. Tapi saya cadangkan jangan tekan kerna ia cuma overwrite windows yang ada dan bukan format seperti biasa. jadi tekan “Esc“.

Langkah 7 :

(Abaikan langkah 7 jika hard disk anda adalah hard disk baru.) Di sini anda dapat lihat partition yang ada dalam komputer anda. Pilih partition yng mengandungi OS, selalunya C:, dan tekan “L” untuk delete partition. Skrin seterusnya membawa anda untuk pengesahan delete partition tersebut. Tekan kekunci yang mana berkenaan untuk YES. (Saya x ingat.. huhu..)

Langkah 8 :

Sekarang partition C anda adalah Unpartitional space. Tekan Enter untuk install. Seterusnya, pilih “Format the partition using the NTFS file system“.



Langkah 9 :

Hard disk anda akan diformat. Kemudian komputer anda akan di restart. Perhatian: Apabila komputer anda restart, jangan tekan apa-apa kekunci semasa keluar : Press any key to boot from CD..“. Installation sebenarnya belum tamat lagi. Kemudian windows akan teruskan installation seperti biasa.

Langkah 10 :

Pada suatu ketika, installation akan kuar “Regional and Language Options“. Klik customize dan pilih location : Malaysia. Kemudian, klik “Next“.



Langkah 11 :

Letak nama anda dan organisasi. Apa-pa pun boleh.



Langkah 12 :

Masukkan Windows XP serial number. Ia terdapat pada kotak CD anda. (Atau atas kertas casing cd jika bukan yang ori..)



Langkah 13:

Namakan komputer anda. Letakkan password pada administrator jika perlu. Saya cadangkan tidak perlu jika komputer tersebut adalah komputer public di rumah.



Langkah 14:

Pilih masa dan tarikh. Pastikan Time Zone anda tepat juga iaitu Malaysia/Kuala Lumpur : GMT+0800.



Langkah 15:

Untuk setting Network cuma pilih Typical Setting dan klik Next untuk windows seterusnya.



Langkah 16:

Installation akan diteruskan. Kemudian komputer akan restart semula. Wizard untuk activate windows akan keluar. Pada masa ini, cuma pilih “Skip” sahaja. Kemudian pilih NO untuk register pada website microsoft.



Langkah 17 :

Tahniah! Anda baru sahaja berjaya menginstall windows XP.

Jangan lupa selepas anda berjaya masuk ke komputer terdpat beberapa perkara lagi yang anda kena lakukan seperti :

activate windows anda (jika original Windows XP).
install motherboard driver dan graphic card driver (jika pakai) serta lain2 driver yang perlu
install antivirus
install ms office (penting untuk anda menaip)
install software2 lain yang berkaitan seperti WinAmp, WinZip, WinRar, Audio ngan viseo codec dan lain2 lagi.
Semoga berjaya.
[Untuk memudahkan anda, muat turun terus panduan Langkah Demi Langkah Format Windows XP (238kB) dalam format PDF ini.]

Post Yang Berkaitan

Sudahkah anda mencuba Windows 7? (4)
Nama fail/folder yang tidak boleh dicipta dalam Windows (6)
Guna CPU-Z untuk mengetahui hardware komputer anda (4)
Gunakan Driver Genius untuk backup driver (1)
Muat turun BuletinPC percuma untuk pembaca Malaysia (6)
Filed under: Perisian, Sistem Pengoperasian, Tutorial, Windows XP

RSS feed for comments on this post
TrackBack URI
19 Responses for "Cara memformat pc dan menginstall OS windows xp"
amalina
April 17th, 2008 at 10:18 pm 1
saya baru nak belajar cara nak format computer dan saya da bacaape yg ptt saya buat tp saya masih lg tidak phm apa itu BIOS. dimana kita blh dpt BIOS..harap dapat membantu..tq

DeKaN
April 18th, 2008 at 12:01 am 2
#amalina
Saya suka dengan usaha anda untuk belajar. Mungkin soalan anda merujuk kepada Langkah 3 di atas.

Cara untuk masuk BIOS adalah dengan menekan kekunci Ctrl+F8 semasa komputer sedang boot-up. Kebanyakannya begitu. Nanti anda akan dibawa ke skrin BIOS. Kemudian carilah Boot sequence atau order dan apstikan Drive CD ROM adalah yang paling atas sekali.

ary
April 24th, 2008 at 2:55 pm 3
bagaimana cara menginstal windows xp 2

hadi
April 28th, 2008 at 9:50 am 4
salam. t/kasih. maklumatnya berguna.
tapi..saya nak tanya.. di mana boleh saya dapat software untuk taip font arabic?? saudi arabia kut.. di mana ea.. kalau ada saya sanggup beli.. tapi jangan mahal sangat ea:-). help me plsss!!!!…..

DeKaN
May 6th, 2008 at 7:49 pm 5
#amalina
BIOS adalah interface untuk hardware motherboard kita.

#ary
Caranya seperti di atas ary

#hadi
Cuba cari font tersebut di
http://www.wazu.jp/gallery/Fonts_Arabic.html . Ada banyak font arab. Boleh download dan letakkan di folder font.

latif jalil
January 30th, 2009 at 1:01 am 6
salam
terima kasih kerana memuat naik cara untuk membformat pc.
secara tidak langsung anda telah membantu saya menyiapkan kerja yang telah diberikan juruteknik saya.sekian …

DeKaN
February 25th, 2009 at 9:48 am 7
#latif jalil
Salam.. sama2. Ilmu yang ada harus dikongsi..

Malaysian Computer Technical Blog: Gunakan Driver Genius untuk backup driver
February 27th, 2009 at 12:08 am 8
[...] perkara yang menjadi masalah kepada kebanyakan orang selepas format ialah sesuatu yang dipanggil ‘driver’. Dekan juga menghadapi masalah yang sama pada [...]

jonojojo
March 8th, 2009 at 11:08 pm 9
DeKaN,nak tanya sikit psl ubuntu ni…aku sgt2 tertarik dgn ubuntu,nak test juga,tp persekitaran ku semua guna windows OS,x pena jumpa org guna ubuntu lg… 1 soalan nak tanya,ubuntu pun guna driver ke? aku rasa kena pakai juga tu…hehe.. tp d mana nak cari driver2 utk ubuntu ni?

jamarul
June 30th, 2009 at 12:29 pm 10
saya harap ape yg awk beri dpt membantu saya,saya baru je masuk kerje gomen jadi juruteknik komputer,and saya pekak pasal komputer

Samad
August 15th, 2009 at 3:32 am 11
saya ada 2 hard disk. hard disk yang primary saya o.k tetapi 2nd hard disk saya mengalami masaalah secara tiba2. apa bila saya cuba meng clik pada 2nd hard disk. saya dapati hard disk saya corupt. macam mana saya nak selamat kan semua data yang ada pada hard disk tersebut. sebelum saya format. terima kasih.

NiNi
September 27th, 2009 at 8:25 pm 12
macam mana nak buat backup file kalau komputer tak dapat nak on…nak on guna safe mode pun tak dapat…macam mana nak selamatkan dokumen2 saya…tolong!!!

DeKaN
September 28th, 2009 at 10:25 am 13
@NiNi
Buka harddisk komputer dan jadikan secondary kepada komputer lain. Mungkin anda bertuah boleh jumpa dokumen tersebut. Kalo NiNi maksudkan komputer boleh diOn, tetapi tidak boleh masuk window, gunakan Ubuntu live CD. caranya ada saya sebutkan sebelum ini: http://www.mywindowsxp.info/2008/05/2-cara-akses-windows-xp-beradmin-password.html

sufi
December 8th, 2009 at 6:27 pm 14
Dekan,

Saya telah cuba format sendiri laptop jenis ASPIRE 4935. Tapi x berjaya. sy masih xboleh masuk ke BIOS walaupun dah ikut cdgn Dekan. Macamne sy nak buka BIOS guna key lain atau dekan ada cdgn lain?

Saya guna format ni utk cuba install win 7.

boyz
December 30th, 2009 at 1:34 pm 15
apabila sye suk cd xp.. slpas kluar setup (lngkah 4)..
kemudian ianya tak keluar langkah 5, sbaliknya keluar paparan biru..
tertulis..

a problem has detect and windows has been shut down to prevent to your computer..
….
…..
..

technical information:
***stop: 0×0000007B(………………………)

Richard
June 14th, 2010 at 6:22 pm 16
i think you should check if the harddrive sata or not. If it is sata drive, then you have to use the oem disk.

samiran tabri
July 28th, 2010 at 10:17 pm 17
saya dah install window xp sp3… tapi masih tak boleh buka… cuma keluar setup is being restarted…. berulang alik begitu saja

ajeeh
August 1st, 2010 at 11:34 pm 18
salam..aku ad prob sal dvd sata bru bli ni…samsung sh-s223c…aku nk frmat pc aku..tp dvd ni xleh nk jdkn 1st boot…tp lam my com ade je..lam bios pn detect..just nk jdikn 1st boot je xleh..

nicegirlz
August 31st, 2010 at 4:21 pm 19
dlu sy nk format lptop..so sy antar ke kdai yg sy bli laptop 2..sy sruh dia format kn..apa yg sy nmpk..dia xmsuk kn apa2 cd…dia just tkan butang F apa tah..then lptop sy format sndri…n skang ni sy nk format lptop sndri gna cara yg sama mcm kdai 2 wat..tpi sy xtau mcm mna…sesapa tlong jap..

Thursday, January 20, 2011

Pilih Kamera

Digital Camera

Hi. Kalau pasal brand, banyak yang terdapat dalam pasaran sekarang ni. Nak tanya sikit, nak beli yang besar pixel untuk apa ya? Sebab kalau besar pixel pun biasanya orang akan pakai 2 atau 3 Mega Pixel sudah cukup untuk mengambil gambar seharian. Ini adalah kerana untuk saiz gambar biasa (3R atau 4R) cukup dipakai saja 2 atau 3 Megapixel. Kalau yang lebih pixel itu biasanya untuk mengambil gambar saiz besar (8R, 10R dsb).
Menurut pengelaman saya, kalau nak pilih digital camera, perlu ada beberapa perkara yang harus diambil kira untuk kselesaan dan kemudahan anda. Antaranya adalah:
1. Aplikasi dalam digital camera - Ini merujuk kepada jumpah pixel yang anda pakai untuk aplikasi penggunaan anda. Seperti yang saya katakan tadi, penggunaan biasa adalah 2 atau 3 Megapixel saja. Tetapi jika anda mahu menggunakan pixel yang lebih besar, tidak menjadi masalah. Cuma makin besar pixel yang digunakan, makin besar ruangan memory yang diperlukan untuk simpan gambar tersebut. Memang tidak dinafikan pixel yang besar gambarnya lebih jelas dari yang pixel yang kecil.
2. Memory yang dapat digunakan - Ini kerana digital camera menggunakan memory card untuk menyimpan gambar yang ditangkap berbanding dengan kamera biasa yang menggunakan film. Perlu diingatkan ada sesetengah digital camera hanya dapat menggunakan memory dia sendiri sahaja, contohnya Sony hanya dapat gunakan Memory Stick Sony. Harganya agak mahal juga untuk yang berkapasiti 1GB ke atas. Kalau hendak yang lebih senang, carilah yang menggunakan memory card jenis SD di mana ianya lebih murah dari Sony Memory Stick.
3. Digital camera untuk gambar saja - Terdapat beberapa jenis digital camera. Ada yang untuk mengambil gambar saja. Ada juga yang ada fungsi untuk merakam video. Kalau yang merakam video tu ada lak yang mempunyai function playback bersuara dan tidak bersuara. So pilih mana yang sesuai.
4. Ketahanan - Cari yang mempunyai anti-shock dan anti-vibrate. Sekarang ada juga yang weatherproof dan waterproof. So kalau jenis yang lasak tu, cuba consider pakai yang weatherproof dan waterproof.
5. Mempunyai anti-shock - Cuba cari yang mempunyai anti-shock dimana jika anda mengambil gambar semasa bergerak atau tangan anda bergegar. Anti-shock tu berfungsi agar gambar yang diambil akan clear dan tidak kabur meskipun tangan bergegar semasa ambil gambar.
6. Bateri - Kena pilih bateri yang mana akan digunakan untuk digital camera tersebut. Sesetengah camera menggunakan bateri khas untuk camera tersebut. Ada lak boleh pakai bateri biasa jenis AA. Kalau saya, akan pilih jenis AA kerana kalaulah tetiba kehabisan bateri semasa berjalan, maka masukkan saja bateri AA baru. Kalau nak pakai bateri khas untuk kamera tersebut boleh juga tetapi kena beli modal dan spec yang samalah. Bateri lain tak boleh pakai.
7. Digital atau optical zoom - Saya lebih suka kepada Optical Zoom kerana gamabr tidak akan 'pecah' jika diambil semasa zoom. SO cuba cari yang tinggi Optical Zoom. Biasanya ada tertulis pada badan digital camera itu.
Tidak dapat saya sertakan semua di sini. Mungkin kalau ada yang tertinggal, kekawan lain dapat tambahkan. Semua yang saya nyatakan sini adalah berdasarkan pengalaman saya menggunakan digital camera.

Download Dari Utube

CARA-CARA NAK DOWNLOAD VIDEO DARI YOUTUBE...

1. Buka http://www.videocodezone.com/conversion.php
2. Then copy link dari youtube contoh :
http://www.youtube.com/watch?v=ASXzq1O9rrc
3. Paste (masukkan) link tersebut dalam link 1. kat dalam kotak "
From URL " tu...
4. Tukar format yang anda nak (Output format) ...mp3 ke...mp4
ke...mpeg ke....
5. Tekan button "Convert/Download"
6. Tunggu proses habis...lambat sikit jika video tu panjang...
7. Lepas tu akan keluar page lain....& klik tulisan biru kat bawah
"Video Conversion is Done Successfully !!!"
8. Savekan video tu kat folder pc anda.

Nama Baru RycycleBin

How to rename your Recycle Bin
* 1. Click Start / Run
* 2. Type regedit and press enter.
* 3. Open the HKEY_CLASSES_ROOT folder
* 4. Open the CLSID folder
* 5. Open the {645FF040-5081-101B-9F08-00AA002F954E} folder
* 6. Open the ShellFolder folder
* 7. Change the "Attributes" data value from "40 01 00 20" to "50 01 00 20". Once completed change the "CallForAttributes" dword value to "0x00000000" (double-click and change value data to 0). You must change both of these values to get the rename to appear.

Convert Fail

Convert Excel to PDF
How to create PDF from Microsoft Excel without 3rd party software

1. Open Microsoft Excel

2. Open a .XLS document

3. Select from main menu "File"->"Print"

4. Select Printer "Virtual PDF Printer"

5. If you need to adjust PDF generation options, click the "Property" button on the right

6. Click "OK"

7. A dialog will pop up, assign the folder and file name of the PDF document to be generated

8. Congratulations! You have converted Microsoft Excel XLS to PDF document now.

Movie Dalam MSPaints

Tengok movie dalam MsPaint
1. Bukak ape2 movie kegemaran anda.
2. Tekan "Print Screen" kat keyboard. (Biarkan movie tu playing)
3. Bukak MsPaint
4. Select edit>paste ataupun tekan ctrl+v
5. Sekarang anda sedang melihat movie di dalam MsPaint

Laju

melajukan taskbar
nak melajukan taskbar apabila anda menekan start menu...
pergi kat start
tekan run
masukkan regedit
pergi kat desktop
pergi kat start menu
cari menushowdelay
kalau x de create new tajuk MenuShowDelay
then masukkan nilai 0
simpan
then keluar semula
restart

*anda akan dapat lihat perbezaannya. .. ..

Laju

melajukan taskbar
nak melajukan taskbar apabila anda menekan start menu...
pergi kat start
tekan run
masukkan regedit
pergi kat desktop
pergi kat start menu
cari menushowdelay
kalau x de create new tajuk MenuShowDelay
then masukkan nilai 0
simpan
then keluar semula
restart

*anda akan dapat lihat perbezaannya. .. ..

Prestasi

10 perkara yang menjejaskan prestasi komputer
Kemungkinan selepas setahun kita menggunakan komputer, kita akan dapati terdapat beberapa perubahan yang ketara terhadap prestasi komputer kita misalnya selalu 'hang' ataupun operasi yang semakin lambat. Jika kita pengguna yang hardcore pula, masalah ini pasti berlaku lebih awal lagi. Berikut disenaraikan sepuluh perkara yang dirasakan menjadi punca kepada terjejasnya prestasi komputer kita. dan sepuluh perkara ini juga menjadi asas panduan atau pegangan yang sangat baik bagi aku dalam kerja kerja maintenance.

1. Mikropemproses mengalami kepanasan melampau.
Kepanasan melampau ini terjadi apabila motor kipas yang menjadi penyejuk kepada mikropemproses tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini disebabkan habuk yang terdapat di sekeliling kipas yang menyekat putaran kipas tersebut. Selain daripada itu, mungkin bearing kipas menjadi longgar yang menyebabkan gegaran berlaku pada mikropemproses. Kesannya ialah mikropemproses tidak dapat bekerja dengan baik.

2. Masalah RAM
Terdapat juga RAM yang dari jenis murah yang tidak memenuhi spesifikasi serta mempunyai masalah komposisi cip-cip yang siap terbina. Akibat dari masalah ini, ialah RAM mudah mengalami kepanasan melampau yang menjejaskan keupayaan komputer. Selain daripada itu, masalah ëBlue Screení juga akan lebih kerap berlaku.

3. Cakera keras
Bagi cakera keras pula, masalah-masalah yang menyebabkan terjejasnya prestasi komputer ialah seperti bertambahnya sektor-sektor rosak (bad sector) ketika melakukan proses chkdsk dan scandisk, kerosakan dalaman (intermittent) yang mengakibatkan kegagalan proses boot dan capaian putaran per masa yang rendah yang mungkin tidak sesuai dengan spesifikasi komputer yang digunakan.

4. Konfigurasi BIOS
Pengguna komputer seharusnya tidak terlalu bergantung kepada konfigurasi BIOS 'kilang' sebaliknya perlu mengetahui konfigurasi sistem yang optimum. Ini adalah kerana konfigurasi BIOS yang tidak tepat turut mempengaruhi keupayaan komputer.

5. Pengawal Cakera
Kabel pengawal yang digunakan perlu menepati spesifikasi pengawal cakera yang dipasang. Begitu juga dengan papan ibu (motherboard) yang harus mampu menyokong pengawal cakera. Sebagai contoh pengawal cakera UDMA-66 memerlukan kad khusus untuk dipasang pada papan ibu yang hanya menyokong pengawal cakera UDMA-33. Jika tidak dipasang, ia pasti akan mengundang masalah kepada prestasi komputer.

6. Sistem Operasi
Sistem operasi seperti Windows XP dan Windows 2000 biasanya mempunyai banyak servis yang dijalankan. Servis-servis yang dijalankan jika terlampau banyak akan merencatkan prestasi komputer. Servis yang jarang diguna sepatutnya diberhentikan kerana ia banyak menggunakan sumber tenaga komputer.

7. Proses dan Aplikasi
Proses dan Aplikasi (.exe) yang terlampau banyak digunakan akan menyebabkan komputer menjadi perlahan. Untuk melihat proses dan aplikasi yang sedang dilarikan, pengguna bolehlah klik pada bahagian Windows Task Manager.

8. Fragmentasi Cakera
Fragmentasi cakera berlaku apabila terlalu kerap fail-fail disimpan, dipadam dan ditukar. Ini menyebabkan kandungan fail bertaburan didalam sektor. Fragmentasi juga berlaku apabila kandungan cakera penuh. Seharusnya ruang kosong sebanyak 20% sehingga 25% perlu disediakan bagi mengurangkan masalah fragmentasi ini.

9. Aplikasi latar belakang
Ramai pengguna yang suka melarikan aplikasi latar belakang secara automatik selepas proses boot ataupun permulaan sistem operasi. Aplikasi yang terlalu banyak dilarikan pada satu-satu masa akan menyebabkan komputer menjadi perlahan dan adakalanya menyebabkan 'hang'. Aplikasi-aplikasi yang digunakan ini boleh dilihat pada folder Startup.

10.Sistem fail
Dalam sistem operasi Windows terutamanya NT dan 2000, pemilihan sistem fail iaitu NTFS dan FAT adalah sangat penting. Ini adalah kerana sistem fail ini merujuk kepada saiz dan bilangan kelompok dalam sesuatu cakera. Saiz kelompok yang besar akan meningkatkan prestasi komputer. Kebiasaanya, sistem fail NTFS mempunyai saiz kelompok yang lebih besar berbanding FAT

Asas Baiki Komputer

Panduan Asas Membaiki Komputer Peribadi
1. Kenalpasti masalah pada sistem.
Periksa sama ada masalah berlaku berkaitan dengan perkakasan atau sistem pengoperasian ( virus, spyware ) atau perisian dalam komputer.

2.Bersihkan habuk yang terdapat pada perkakasan komputer pengguna (kipas, kad grafik, motherboard, hardisk, CD drives, dsb).

3. Cuba betulkan fail sistem pada sistem pengoperasian (regedit). Jika tidak boleh dibetulkan atau repair, maka format bagi sistem dilakukan.

4. Salinan pendua (backup) bagi data pengguna dilakukan terlebih dahulu sebelum aktiviti format dijalankan.
Data pengguna boleh dipindahkan dan disimpan di dalam DVD-ROM atau External Hardisk.

5. Format PC dilakukan, bina partition sekiranya perlu dan kemudiannya install sistem pengoperasian yang baru.

6. Install driver motherboard, kad grafik, modem, mouse, monitor dan sebagainya.

7. Install perisian Aplikasi, Utility dan Antivirus. Scan keseluruhan komputer dilakukan.

8. Melakukan SCANDISK(menyemak bad sector), MSCONFIG (melarikan program yang perlu sahaja)
dan DEFRAGMENTATION(untuk menyusun kandungan fail).

9. Install perisian yang biasa pengguna guna.

Perisian Biasa

-Microsoft Office 2003@2007 / Open Office
-Adobe Acrobat Reader 7 / Foxit Reader
-Winrar / Winzip / 7zip
-Klite Mega Codec 134 / KLite Codec Pack
-ACD See 3.0 / Picasa
-PrimoPDF (convert fail kepada pdf)
-Antivirus (Kerpesky / PAV 1.6 Beta)
-Yahoo Messenger / Skype / Pidgin
-Nero 7
-FLV Players
-save2pc (Perisian percuma untuk memuat turun video dari Youtube atau Google dan menyimpannya dalam format .avi / .mpeg / .flv ke dalam komputer anda)
-CCleaner 2.00

Perisian Advance

-Adobe Photoshop 7.0 / CS
-3D Max
-Sketchup
-Autocad
-Macromedia
-Lime Wire / Bitcomet
-Google Earth
-HijackThis 2.0.2

Perisian yang portable (boleh dimuatkan dalam thumbdrive) boleh dapatkan di :
http://portableapps.com/apps

Berikut adalah antara simptom komputer yang dijangkiti virus :

1. Komputer Menjadi Perlahan.
Pada kebiasannya, komputer yang dijangkiti virus akan menjadi perlahan kerana virus sedang
berjalan seiring dengan sistem pengoperasian dan ia berada di dalam ingatan komputer.
Disamping itu, komputer anda juga menjadi perlahan kerana virus sedang melakukan tugas kotornya
seperti mengganggu komputer anda dari berfungsi seperti sepatutnya.

2. Registry Editor Tidak Boleh Dibuka.
Registry editor digunakan untuk mengubah penetapan di dalam komputer anda.
Dengan menggunakan registry, anda boleh menghalang sesiapa untuk memasuki rangkaian komputer anda,
mengubah polisi dan sebagainya. Task Manager Tidak Boleh Dibuka. Task manager biasanya digunakan untuk
melihat perisian atau tugasan yang sedang dijalankan oleh komputer. Virus akan mematikan fungsi task manager
supaya anda tidak boleh melihat proses yang sedang virus lakukan.

3. Folder Option Hilang.
Folder option digunakan untuk melihat atau menetapkan sifat sesuatu fail.
Virus boleh menghilangkan diri mereka dan tidak membenarkan anda untuk
melihat mereka dengan cara menghilangkan fungsi folder option.

4. Proses Start Up Menjadi Perlahan.
Proses start up adalah proses yang dijalankan setiap kali komputer anda dihidupkan.
Semakin banyak proses yang perlu dijalankan, semakin perlahan komputer anda.
Kebiasaanya komputer mengambil kesempatan dengan menjalankan kod virus pada setiap kami proses start up.

5. Sesetengah Perisian Komputer Tidak Boleh Dipasang.
Terdapat sesetengah virus yang akan menghalang anda daripada memasang perisian baru.
Contohnya virus yang menghalang anda dari memasang perisian antivirus.

6.Tidak Boleh Mencetak Dokumen.
Terdapat virus yang mengawal fungsi pencetak dengan mematikan fungsi cetak.
Ini menyebabkan anda gagal untuk mencetak sebarang dokumen.

7. Internet Explorer Dipenuhi Laman Web Lucah.
Pelayar internet explorer anda tidak dapat dikawal seperti pop up yang banyak dan laman web yang tidak dikehendaki.

8. Kawan Anda Mengadu Anda Sering Menghantar Virus.
Program email anda telah dijangkiti dan virus menggunakan address book anda untuk menghantar salinan
fail yang mengandungi virus kepada semua rakan-rakan anda.
Dari http://kelakarsiot.blogspot.com