Tuesday, February 28, 2012

tanam tebu

Tips tanam tebu


Industri penanaman tebu penting sebagai sumber gula dan minuman.


Keperluan tanaman tebu
Tebu sesuai dalam iklim panas seperti cuaca tropika. Taburan hujan melebihi 600 milimeter (mm)/tahun.Tebu sesuai hidup pada tanah subur dan gembur hingga ke tanah jenis liat tetapi perlukan sistem saliran yang baik untuk mengelakkan dari air bertakung.
Penanaman
Penyediaan tanah
* Tanah perlu dibajak dengan bajak piring untuk membalik-balikan tanah untuk menghapuskan rumpai dan menambah bahan organik. Ia diikuti dengan bajak putar untuk menghancurkan tanah untuk mendapatkan tekstur yang gembur.
* Jika tanah terlalu berasid, pengapuran perlu untuk menaikan pH.
* Untuk tanaman tebu gula, kebiasaannya alur penanaman dibuat untuk memudahkan penanaman.
Bahan tanaman dan jarak tanaman
* Tebu biasa ditanam menggunakan keratan batang tebu yang diambil dari bahagian tengah tebu yang dipotong sepanjang 30 sentimeter (sm) yang mengandungi tiga hingga lima mata tunas.
* Batang tebu perlulah sihat, bebas penyakit dan perosak seperti ulat pengorek batang.
* Seludang yang terdapat padat keratan tebu tersebut perlu dibuang dan dirawat dengan racun kulat untuk mendapatkan kadar pertumbuhan yang tinggi.
* Keratan yang telah dirawat diatur dalam alur sedalam di antara 20 dan 25 sm dengan jarak alur di antara 120 dan 130 sm.
* Mata tunas tebu mestilah menghala kiri dan kanan dan tanah dikambus longgar untuk memudahkan mata tunas tumbuh.
* Penanaman biasa dihalakan pada penghujung musim hujan dan sekiranya cuaca panas dan kering semasa penanaman, sistem pengairan adalah perlu.
* Mata tunas akan tumbuh dalam masa 10 hingga -14 hari jika cukup kelembapan.
Pembajaan
* Bagi tanah yang berasid, pengapuran perlu untuk menaikan pH.
* Kadar pembajaan yang biasa adalah 120N:100P2O5:450K2O kg/ha bergantung kepada kesuburan tanah, jarak tanaman dan keadaan tanah.
* Setengah dari baja yang membekalkan unsur N dan K serta kesemua baja yang membekal unsur P diberi semasa penanaman dan baki baja diberi selepas tiga bulan penanaman.
* Selepas baja ditabur, tanah akan ditimbun ke pangkal pokok tebu untuk mengelakkan baja meruap serta dihakis supaya dapat digunakan secukupnya oleh pokok di samping dapat mengelak dari pokok tebu mudah tumbang.
Kawalan perosak dan penyakit
* Musuh utama tanaman tebu ialah ulat pengorek batang. Beberapa spesies yang dikenali ialah seperti Eucosma isograma, Phragmatacia spp dan Proceras sacchariphagus.
l Kawalan ulat pengorek batang ini adalah dengan amalan kultura yang baik dimana pokok-pokok yang diserang hendaklah dimusnahkan di samping kawalan secara biologi dan kawalan kimia.
* Koya Saccharicoccus sacchari adalah juga musuh utama tanaman tebu. Pengawalannya adalah dengan memusnahkan seludang tebu yang diserang.
* Tebu jarang diserang penyakit yang merbahaya dan jarang merabak seperti penyakit yang disebabkan oleh kulat, bakteria dan virus.
* Pengawalan penyakit adalah dengan menggunakan keratan tebu yang bebas dari penyakit dan sihat. Semburan racun kimia adalah mengikut keperluan dan amat penting amalan kultura yang baik seperti membuang pokok-pokok yang diserang dan mengelak menanam tanaman seperti jagung, sekoi dan lain-lain dari famili Poacea untuk mencegah penularan penyakit virus.
Pengawalan rumpai
* Merumpai dijalankan terutama pada peringkat awal pertumbuhan pokok dengan cara manual atau menggunakan racun rumpai.
* Selepas kerja membaja, merumpai boleh dijalankan serentak selepas itu.
* Selepas pokok membesar, merumpai adalah mengikut keperluan kerana pengawalan awal rumpai akan menyekat pertumbuhannya selepas pokok tebu tinggi.
Pemungutan hasil
* Kandungan gula sukros dalam tebu akan menentukan kualiti tebu tersebut dimana kandungnya akan mula meningkat bermula dari sembilan bulan hingga 14 bulan bergantung kepada penjagaan, jenis tebu dan keadaan cuaca.
* Anggaran hasil adalah di antara 90 dan 120 tan/ha bergantung kepada penjagaan dan jenis ubi tebu.

Sunday, February 26, 2012

nafsu lelaki

Nafsu tak kenal usia

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: “Jangan mudah percaya lelaki, walaupun yang bergelar datuk atau moyang, kerana nafsu tidak mengenal usia,” kata pakar sakit tuan, Dr Ismail Thamby.

Menurutnya, anggapan kononnya nafsu lelaki semakin berkurangan seiring usianya adalah satu kesilapan kerana nafsu lelaki tidak bergantung kepada faktor usia.


Sebaliknya, kata beliau, nafsu lelaki hanya susut jika menghadapi masalah alat kelamin atau penyakit yang menyebabkannya tidak berfungsi.

“Nafsu lelaki tiada batasan, selagi bernyawa selagi itulah mereka bernafsu. Cuma yang membezakannya ialah kebanyakan lelaki apabila memasuki usia emas jarang memikirkan soal seks.


“Namun jika syahwat dirangsang atau terangsang, bila-bila masa saja mereka boleh melakukan hubungan seks dengan wanita,” katanya.


Bagaimanapun, katanya, kes seperti yang terjadi kepada Mas sedikit berbeza kerana ‘moyang’ berkenaan sebenarnya tergolong dalam kategori phedophilia (lelaki berusia yang berahi terhadap kanak-kanak).

Katanya, lelaki phedophilia lebih terangsang dengan gadis bawah umur atau kanak-kanak perempuan berbanding wanita lebih mayang.


“Kumpulan lelaki ini biasanya menggunakan pelbagai cara atau helah untuk memerangkap gadis bawah umur atau kanak-kanak.

“Berdasarkan terma psikologi, golongan ini gemarkan gadis bawah umur bagi membuktikan kehebatan mereka serta kerana faktor bentuk tubuh mangsa yang dikatakan lebih mantap dan pejal, selain lebih mudah dijerat,” katanya.


Berikutan itu, Ismail menasihatkan semua gadis supaya berhati-hati jika didekati lelaki tidak dikenali, walaupun yang lanjut usia, kerana mereka mungkin mempunyai niat tidak baik.


“Sebenarnya ada perbezaan daripada aspek nafsu dan kebolehan syahwat. Selagi seseorang itu bernyawa, selagi itulah dia bernafsu, terutama jika terangsang.


“Namun, jika syahwat mereka tidak berfungsi, usia muda sekalipun tetap tidak boleh melakukan hubungan seksual,” katanya.


Menurut Ismail, keadaan sama juga berlaku kepada wanita kerana walaupun sudah menopaus, syahwat mereka tetap boleh dirangsang.


“Menopaus ialah keadaan di mana wanita tidak lagi boleh mengeluarkan benih, tapi nafsu syahwat mereka masih tetap boleh dirangsang.


“Sebab itu kita melihat ada wanita berusia tetap mencari lelaki muda kerana mungkin tertarik dengan personalitinya atau bagi berasakan diri mereka lebih muda daripada usia sebenar,” katanya.

mati pucuk malam pertama

Mati pucuk malam pertama




HUBUNGAN seksual adalah ibadah yang memainkan peranan penting dalam mengeratkan hubungan suami isteri.
Untuk menunaikan apa-apa ibadah, persediaan dan persiapan itu penting. Ini boleh dilakukan dengan mudah dan dalam keadaan selesa untuk kedua-dua pasangan.
Dalam melakukan persediaan, setiap pasangan disarankan merujuk kepada buku ilmiah yang sahih untuk mendapat panduan.
Mereka juga dinasihatkan tidak mudah terpengaruh dengan cerita yang bukan-bukan mengenai hubungan intim.
Perkara yang seronok itu sudah semestinya sempurna lebih-lebih lagi dalam keadaan bersedia.
Yang pasti, malam pertama memberi banyak cabaran kepada suami dan isteri, lebih-lebih lagi jika kedua-dua mereka jahil tentang bermain cinta.
Seandainya suatu ketika dahulu mereka hanya boleh melihat wajah walaupun dengan batasan tertentu, kini mereka boleh melihat keseluruhan tubuh badan waima aurat juga tiada batasan.
Dahulu jika berdua mereka mesti ditemani dengan mahram wanita itu, tetapi kini mereka boleh berdua-duaan dan bersentuhan seluruh badan sehingga ke peringkat persetubuhan.
Begitupun, tahukah anda, malam pertama bukan sahaja memberi penuh makna serta debaran kepada isteri, malah situasi tersebut sebenarnya turut berlaku kepada suami.
Menurut Profesor Emeritus Dr. Mohd. Ismail Tambi dalam penulisannya yang bertajuk Adab Malam Pertama, beliau menyenaraikan tiga dilema yang sering dihadapi suami ketika menghadapi malam pertamanya.
*Tekanan
Masalah boleh berlaku jika suami terasa tertekan atau cemas kerana memikirkan tanggungjawab yang hendak dilakukannya iaitu melakukan hubungan seksual.
Sekiranya suami gemuruh, dia akan kehilangan rangsangan dan ketegangan atau ereksi. Rangsangan dan ketegangan itu akan kendur dan hilang kekerasan.
Seterusnya suami akan gagal untuk melakukan penembusan faraj yang biasa dikaitkan dengan malam pertama kepada isteri.
Keadaan ini dikenali sebagai 'mati pucuk malam pertama.' Tetapi dalam keadaan penuh yakin dan bersemangat kejantanan, ereksi akan kembali segar dan hubungan seksual suami isteri akan dapat dilakukan.
l Masalah ejakulasi
Suami berasa amat teruja sehingga belum pun sempat menyalurkan ereksinya, klimaks telah pun berlaku.
Kadangkala perasaan teruja itu amat ketara sehingga ejakulasi boleh berlaku secara spontan apabila isteri memegang alat kelamin suami.
Bila suami dapat mengatasi kelemahan daya kawalan ereksi dan dapat mengawal ejakulasi maka masalah itu akan menjadi terkawal.
l Kurang keyakinan
Suami amat yakin dengan kemampuan ereksi dan kawalan ejakulasi tapi masih juga terpancut awal dan hilang daya ereksi apabila dia gagal untuk menembusi faraj isteri.
Suami terasa seperti ada sesuatu yang menghalang di depan pintu faraj dan mula berasa tidak yakin tentang kemampuannya untuk melakukan penembusan dan mengawal ejakulasi.
Perasaan kurang yakin itu akan membuatkan suami hilang kemampuan mencapai ereksi dan kesudahannya dia akan mengalami mati pucuk.
Dalam hal ini, seorang isteri yang tahu memainkan peranan dalam persetubuhan dapat berinteraksi bersama suaminya dengan selesa. Jika tiada apa-apa halangan, dia boleh mencapai klimaks atau mendapat kepuasan dalam hubungan intim itu.
Ini secara tidak langsung, isteri dapat membantu suami mengatasi masalah malam pertamanya.

zakar pendek

Saiz bukan ukuran

SOALAN
Saya ingin mengemukakan persoalan berkaitan dengan masalah yang saya hadapi. Saya seorang lelaki yang berusia 24 tahun. Apa yang menjadi kerisauan saya selama ini adalah saiz dan panjang zakar saya.

Panjangnya kira-kira satu inci sahaja dan berukuran kira-kira empat inci ketika mengalami ketegangan. Saiznya juga tidak begitu besar. Adakah keadaan tersebut normal jika dibandingkan dengan usia saya sekarang? Saya risau sekiranya terdapat permasalahan pada zakar saya. Adakah terdapat cara untuk memanjangkannya? Untuk pengetahuan Prof., sebelum ini saya gemar melakukan onani. Apakah perbuatan tersebut menyebabkan keadaan ini? Saya benar-benar buntu dan berharap Prof. mempunyai jawapannya.

n DD, Johor.

JAWAPAN

Terima kasih kepada saudara yang bertanya. Seingat saya, perkara ini pernah disoal. Mungkin elok saya mulakan dengan mengatakan bahawa saiz zakar saudara masih dikategorikan sebagai normal. Ini mengandaikan saudara membuat pengukuran yang tepat. Pengukuran saiz bukan sahaja melibatkan panjang bahkan lebar zakar itu juga. Pengukuran saiz zakar perlu dilakukan beberapa kali dalam waktu yang berlainan kerana saiznya boleh berubah bergantung kepada masa, cuaca, tahap keghairahan, kekerapan hubungan seks dan beberapa faktor lain lagi.

Kajian berkenaan dengan saiz zakar ini berbeza-beza. Bagaimanapun, secara puratanya adalah antara 12.9-15 sentimeter (5.1-5.9 inci) semasa tegang. Ukuran saiz zakar flaccid atau sewaktu lembik adalah tidak tepat. Pada umur saudara, memang saiz zakar tidak akan meningkat dengan ketara kerana biasanya tumbesaran zakar berlaku antara umur setahun ke lima tahun dan seterusnya lima tahun selepas seseorang itu akil baligh.

Keadaan yang dipanggil micropenis atau saiz zakar yang kecil adalah apabila ia kurang daripada tujuh sentimeter atau tiga inci semasa tegang. Ia boleh disebabkan oleh faktor seperti masalah hormon atau genetik.

Kekerapan beronani sebenarnya tidak ada kaitan dengan saiz zakar walaupun saya banyak berjumpa pesakit yang mengatakan saiz zakar mereka mengecut disebabkan perbuatan tersebut. Ada juga menjadi panik dan merasakan zakar mereka menjadi semakin kecil dari semasa ke semasa tetapi apabila dibuat pemeriksaan ternyata ia tidak benar.

Terapi hormon

Walaupun pelbagai cara termasuk pembedahan boleh dilakukan bagi membesarkan zakar, saya amat jarang menasihatkan pesakit saya mengambil langkah itu. Cuma, jika terbukti ia disebabkan oleh masalah hormon, mungkin terapi hormon adalah sesuai.

Ramai lelaki ingin membesarkan zakar dengan cara-cara yang bahaya. Saya pernah merujuk pesakit yang mengalami zakar yang 'rosak' apabila menyuntik bahan kimia dengan harapan membesarkannya.

Kajian juga menunjukkan memang lelaki akan merasa bangga mempunyai zakar yang panjang dan lebar . Hakikat sebenarnya kenikmatan hubungan seks tidak memerlukan zakar yang panjang dan lebar kerana tempat-tempat yang paling sensitif bagi wanita, contohnya kelentit berada di bahagian luar faraj sahaja.

Bagaimanapun, bagi mereka yang bermotivasi tinggi boleh mencuba buku exercising the penis karya Aaron Kemmer yang boleh didapati di amazon.com. Ia mungkin berkesan kepada saudara.

Jika saudara masih tidak berpuas hati, buatlah pemeriksaan lanjut dengan doktor di tempat saudara.

wanita mati putik

Mati putik dilema seks wanita

SOALAN
SAYA seorang gadis yang berusia 18 tahun. Saya mempunyai satu masalah yang amat mengganggu hidup saya iaitu langsung tidak terangsang. Saya pernah terbaca mengenai mati putik, adakah ia ada kaitan dengan mati putik?

Untuk pengetahuan, saya pernah cuba melakukan onani dan menonton video lucah tetapi saya langsung tidak terangsang. Saya bimbang ia akan mempengaruhi kehidupan saya selepas berumah tangga kelak. Saya juga sering mengalami senggugut teruk. Ibu saudara saya mencadangkan mengambil pil perancang. Adakah ia memberikan kesan sampingan?

* Yang tak mampu,

Terengganu

JAWAPAN

Tidak pelik jika saudari tidak mengetahui apakah sebenarnya 'mati putik'. Saya amat yakin hanya segelintir sahaja yang mengetahuinya. Mungkin juga perkataan ini baharu pertama kali didengari oleh segolongan masyarakat kita. 'Mati putik' ini adalah sama dengan 'mati pucuk' yang dialami oleh lelaki. 'Mati putik' atau disfungsi seksual wanita bakal menjadi mimpi ngeri buat segolongan wanita kita. Apatah lagi apabila mereka mula menunjukkan tanda-tanda kelewatan mengalami klimaks serta gagal untuk menghayati rangsangan seks ketika bersama suami. Bermakna seseorang wanita tidak mempunyai perasaan ghairah. 'Mati putik' disebabkan gangguan urat saraf dalam pengaliran darah ke faraj terutama kelentit menyebabkan ia tidak menegang. Walaupun dirangsang, ia tetap kendur dan tiada rasa ghairah menyebabkan wanita itu sukar mengalami klimaks dan kurang berminat pada hubungan seks.

Jangan malu

Saudari tidak perlu gusar kerana tidak memerlukan apa-apa rawatan bagi masalah ini selagi belum berumah tangga. Tak usah malu jika saudari tidak terangsang. Belum sampai masanya untuk anda mudah terangsang atau didiagnosis dengan masalah ini. Perkara utama yang saudari perlu ambil berat adalah memberi sepenuh tumpuan kepada pelajaran. Ini yang akan menjamin masa depan saudari. Elakkan diri daripada melihat video lucah atau melakukan onani yang boleh memburukkan lagi keadaan ini. Salah satu punca wanita mengalami 'mati putik' adalah terlalu kerap melakukan onani semasa muda. Wanita yang gemar beronani akan mudah merasa letih dan tidak bertenaga serta tertekan dengan persekitaran apabila tidak mendapat kepuasan yang dihajati. Rawatan bagi masalah 'mati putik' yang saudari alami akan doktor berikan setelah saudari berkahwin nanti.

Senggugut

Berbalik kepada masalah senggugut yang saudari alami. Masalah ini tidak ada kaitan langsung dengan 'mati putik'. Setiap bulan wanita akan mengalami satu kitaran haid yang normal selama 28 hari hingga 35 hari. Haid tersebut biasanya berlangsung selama seminggu. Kesakitan yang dialami semasa haid dipanggil senggugut atau 'dysmenorrhea'. Senggugut sering menyerang wanita pada hari pertama dan kedua haid. Ia turut menjadi petanda penting supaya wanita yang mengalaminya menjalani pemeriksaan awal bagi mengesan kewujudan endometriosis atau penyakit inflamasi pada bahagian pelvik.

Bagi mengurangkan senggugut, saudari boleh mengambil ubat penahan sakit yang boleh dibeli di farmasi. Pil perancang juga diguna untuk mengurangkan senggugut dan meregulasikan kitaran haid untuk mereka yang haidnya tidak teratur atau mengalami pendarahan yang banyak. Jika masalah senggugut masih tidak keruan dengan ubat penahan sakit maka, saudari perlu diperiksa dengan teliti untuk mendapat diagnosis yang tepat. Dengan itu rawatan yang sewajarnya dapat diberikan secepat mungkin.

Saturday, February 25, 2012

domain free leh jana duit

Daftar Domain Percuma, Buat Duit Dengan Adsense For Domain

Ramai yang masih belum tahu yang Google di bawah bahagian pengiklanan Adsense mereka telah menawarkan kepada pengguna untuk mendapatkan upah atas domain yang mereka ada. Ya, korang boleh buat duit dengan domain free ni. Daftarkan sebarang nama yang korang nak dan berakhir dengan .co.cc ini. Oh ya, sebelum tu pastikan korang dah ada akaun Google Adsense nih, kalau tak ada tak guna jugak…hehehe. Kalau korang tak ada, jgn susah hati, aku boleh tolong dengan sedikit bayaran agar korang dapat akauan dengan Google Adsense nih. (RM15 jek).
Kat mana nak daftar domain ni? KORANG KLIK SINI. Lepas daftar username semua, korang bley klik pada Menu Getting A New Domain. Masukkan nama pilihan korang dan pastikan bila nak daftar tu, tiada bayaran dikenakan. (ada nama2 yang korang kena bayar at least USD3 utk nama domain yang spesel.)
Ok, cara nak setup domain ni supaya berfungsi dengan Adsense For Domain ni seperti di bawah :
Adsense for Domain Co.cc

Adsense for Domain Co.cc

Adsense for Domain Co.cc

Adsense for Domain Co.cc

Adsense for Domain Co.cc

Adsense for Domain Co.cc

Adsense for Domain Co.cc
tu saja. domain baru ni akan ambil masa sikit utk propagate, mungkin dalam masa 24-48 jam. so lepas setup tu jgn plak korang sakit kepala bila tengok domain tu tak berfungsi lagi.
Anda mungkin juga meminati:

cara kurangkan cukai dr mazrizalhardy

10 Cara Kurangkan Cukai Pendapatan di Malaysia


Assalamualaikum…
Macam mana? dah buat keputusan nak memborong di mana? harap-harap dapat buat keputusan cepat, kerana teknik yang dikongsi itu amat terhad jualannya. Jangan pula ada yang terlepas.
Ok, bila kita dah berniaga, atau bekerja, akan tiba satu tahap di mana pendapatan kita boleh dikenakan cukai. Rasanya tak perlu nak terangkan kot siapa yang kena cukai, anda sendiri tahu samada anda dikenakan cukai atau tidak. Yang saya ingin kongsikan di sini adalah bagaimana kita boleh mengurangkan cukai pendapatan yang dikenakan keatas kita dengan cara kita membelanjakan duit kita ke arah kebaikan.
Antara perbelanjaan anda yang boleh mendapat pelepasan cukai ialah:

1.       Zakat – Ini adalah kelebihan yang ada pada orang muslim. Anda boleh dapat pelepasan cukai sebanyak jumlah zakat yang ada bayar.
2.       Pendidikan Anak – Pelepasan cukai maksimum sehingga RM3,000 sekiranya anda menyimpan melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional ( SSPN) iaitu skim simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi.
3.       Bantuan kebajikan – Sumbangan kepada organisasi yang mendapat kelulusan LHDN seperti MERCY dan MAKNA
4.       Pembelian buku, journal, majalah – Pelepasan cukai maksimum sehingga RM1,000.
5.       Melanjutkan pelajaran postgraduate – Pelepasan cukai maksimum RM5000 setahun. Sila semak syarat-syaratnya di laman web LHDN .
6.       Pembelian barangan sukan – Pelepasan cukai maksimum RM300
7.       Insuran hayat/takaful keluarga – Pelepasan cukai adalah RM6000 (dikongsi dgn caruman EPF).
8.       Bayaran perubatan untuk ibu bapa – Pelepasan cukai maksimum RM5000.
9.       Pembelian komputer - Pelepasan cukai RM3000 ( sekali sahaja dalam 3 tahun)
10.   Full Medical Check Up. Maksimum RM500 seorang untuk full medical checkup dan RM 5000 untuk penyakit kritikal dan peralatan bantuan asas (basic supporting equipment)
Yang penting sekali, pastikan segala resit bagi perkara-perkara di atas disimpan dengan cermat sebagai bukti atas transaksi yang kita lakukan.
sebenarnya ada banyak lagi cara boleh digunakan untuk mengurangkan kadar cukai kita, anda boleh baca lebih lanjut di sini. (ianya sah dan tidak menyalahi peratuan LHDN)
Harap dapat share / like artikel ini kepada rakan-rakan anda… :)

laman web jana wang dari mazrizalhardy.com

Payment daripada backlinks.com dan 1 rahsia besar!


Bulan baru.
Bila masuk bulan baru, ada la masuk payment sket lagi. Boleh la, buat bayar domain baru lagi, dan bayar fee ebay skit2. Lama-lama jadi bukit. Bayaran diterima adalah secara bulanan ya, jadi kalau bulan ni dapat USD20 (contoh), dan bulan depan ada lagi link ads masuk, USD20 ++ la jawabnya. Blog bahasa apa pun boleh daftar, tade hal punyer… nak daftar boleh klik sini >> www.backlinks.com.
Rahsia besar tu rahsia apa pulak? haaa, tengok bawah ni :


satu web = RM591
kalau 10 web sebulan ? RM5910 la kot…huhuhu… rahsia ni terlalu rahsia, nak tahu lebih, baca kat sini >> RAHSIA BESAR!!!

top up 1tahun dari blog mazrizalhardy.com

Panjangkan Tempoh Masa Kredit Prepaid Anda – DiGi, Celcom, Maxis


Assalamualaikum…
apa khabar korang hari ni? kali ni aku nak kongsikan cara bagaimana korang boleh jadikan nilai kredit dalam sim kad korang tu bertahan untuk tempoh setahun. Merata gak aku cari info untuk benda ni, last-last aku telefon careline untuk lebih mudah…hehe. Kepada yang malas nak tekan 2 untuk Bahasa, tekan 3 untuk top up dan seterusnya, ni aku dah compile camne nak buat  supaya nilai kredit korang boleh digunakan untuk tempoh setahun.

Untuk Celcom
Ok, sebelum korang gunakan code dibawah, pastikan korang topup dulu samada RM30 atau RM50. Sebabnya nilai ini akan ditolak sebagai pendaftaran korang untuk aktifkan sim kad selama setahun tanpa reload.
EXP1 send to 28882 – RM30 will be deducted for 1year validity.
EXP2 send to 28882 – RM50 will be deducted for 2years validity.
**syarat tambahan : pastikan reload sekurang-kurangnya RM30 dalam tepoh 6 bulan selepas pengaktifan.

Untuk Maxis (Hotlink)
Minimum kredit diperlukan adalah RM33.
Untuk aktifkan, taip *108*6#  dan tekan butang ‘call’ pada phone.
Call rates
Normal With RM30 top up or more
(valid for 30days) SMS Rates
Activ10 15sen/min 15sen/min 1sen/SMS
Hotlink to same network 39sen/min 36sen/min 7sen/SMS
Hotlink to different network 49sen/min 36sen/min 15sen/SMS
Untuk DiGi
DiGi agak mudah, pastikan nilai kredit anda melebihi RM35
Digi Super Long Life: 365days with RM30
 Step To Activate as below:
Dial *128*4*3#  dan tekan butang Call

hutang kenderaan terbesar

Pinjaman sewa beli kereta kategori terbesar hutang isi rumah

S. M. MOHAMED IDRIS
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

BANK Negara tidak sepatutnya melonggarkan garis panduan pinjaman kereta baharu seperti mana yang dicadangkan oleh Persatuan Pengedar Proton Edar Malaysia (Peda).

Menurut laporan berita, Peda mendakwa pendapatan ahlinya terjejas disebabkan oleh garis panduan baharu itu, hanya 30% daripada pembeli kereta yang berpotensi berjaya untuk memperoleh pinjaman sewa beli.

Bagaimanapun terdapat alasan yang baik kenapa garis panduan ini diperlukan dan mesti diteruskan untuk dilaksanakan.

Pertama, nisbah pembayaran hutang isi rumah Malaysia telah mencapai 47.8% pada 2010. Ini bermakna bahawa pada puratanya hampir separuh daripada pendapatan isi rumah digunakan untuk membayar balik hutang. Dengan itu selepas membayar balik hutang tinggal hanya sedikit baki untuk dibelanjakan ke atas makanan, pengangkutan, pendidikan, dan untuk kecemasan. Sekiranya pencari nafkah utama jatuh sakit atau kehilangan kerja, keluarganya mendapati amat sukar untuk memenuhi keperluan dan kemungkinan kegagalan untuk membayar pinjaman.

Kedua, selepas pinjaman perumahan, pinjaman kereta merupakan kategori terbesar hutang isi rumah.

Akhir sekali, Jabatan Insolvensi mengumumkan pada tahun lepas bahawa pada purata 41 orang diisytiharkan bankrap setiap hari dan penyebab bankrap terbesar (26%) adalah pinjaman sewa beli.

Oleh sebab itu, garis panduan itu mestilah dikekalkan supaya rakyat Malaysia tidak dibebankan dengan pinjaman yang mengambil sejumlah besar pendapatan mereka. Terdapat juga kesan sosial terhadap keluarga yang mempunyai hutang isi rumah yang tinggi. Ia boleh membawa kepada tekanan, kemurungan, masalah mental, bunuh diri dan mungkin menyebabkan perpecahan keluarga.

Wednesday, February 22, 2012

urus wang

Urus wang, urus hutang


sebahagian daripada 100 peserta yang mengikuti Bengkel 'Urus Wang, Urus Hutang' di Dewan Besar IKIM, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


ACAPKALI apabila berbicara mengenai kekayaan duniawi, peristiwa yang menimpa Qarun dan harta kekayaannya wajar dijadikan iktibar bagi setiap umat Islam.
Justeru, adalah lebih baik seandainya kita mempraktikkan pesanan Ibnu Umar: "Bekerjalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup untuk selama-lamanya, dan bekerjalah untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati pada esok hari."
Malahan orang tua-tua tidak pernah jemu-jemu berpesan supaya menabung sebahagian jumlah duit belanja sekolah atau duit pinjaman pengajian dengan harapan ia boleh digunakan apabila ditimpa kesesakan atau untuk tujuan yang bermanfaat.
Bahkan ingatan itu berterusan sehinggalah kita menempuh alam pekerjaan dan berkeluarga. Pesanan serupa jugalah dititipkan kepada anak-anak dan generasi hadapan.
Jadi, apabila kita renung-renungkan kehidupan kita dari lahir hinggalah dikebumikan, semuanya berkehendak kepada wang atau duit. Teringat juga penulis kepada lagu yang dinyanyikan oleh M. Nasir berjudul Duit yang harus kita renung-renungkan bait-bait lagunya:
Ada yang panggil ringgit
Ada yang panggil dollar
Ada yang panggil baht
Ada yang panggil rupiah
Semua ini duit
Bikin orang belit
Duit! Duit!
Di mana kau duit
Duit! Duit!
Hutangku membukit
Ada yang benci duit
Ada yang cinta duit
(bikin perut buncit)
Skandal sana sini
Punca juga duit
Cari duit halal
Agar jangan kesal
Duit!
Duit beli duit
Duit!
Buat beli cinta
Ramai orang yang berkata
Duit punca banyak dosa
Jangan sampai makan rasuah
Nanti bangsa jadi musnah
Zaman ini zaman duit
Tak ada duit diri tersepit
Tapi jangan jadi hamba duit
Nanti musnah diri sendiri
Oleh itu, amat penting untuk kita memiliki perancangan kewangan yang baik, berbelanja dengan bijak dan berhemah agar ia menjamin kestabilan dalam mengharungi kehidupan seharian yang tidak pernah lekang dengan pelbagai pancaroba, khasnya yang berkaitan dengan kedudukan ekonomi.
Hakikatnya, Islam memberikan garis panduan yang jelas mengenai bagaimana seharusnya menguruskan wang. Ia sebagaimana dijelaskan dalam firman Allah SWT yang bermaksud: ... Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang bermegah-megah. (al-Qasas: 76)
Pada surah yang sama ayat 79 hingga 80 bermaksud: Kemudian Qarun keluar kepada kaumnya dengan memakai perhiasannya. (Pada saat itu) berkatalah orang-orang yang semata-mata ingin kesenangan kehidupan dunia: "Alangkah baiknya kalau kita ada kekayaan seperti didapati oleh Qarun! Sesungguhnya dia adalah seorang yang bernasib baik". Dan berkata pula orang-orang yang diberi ilmu (di antara mereka): Janganlah kamu berkata demikian, pahala dari Allah lebih baik bagi orang yang beriman dan beramal soleh...
Demikian diterangkan oleh Pengarah Pusat Perundingan dan Latihan (PPLI), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Siti Fatimah Abdul Rahman pada Bengkel Urus Wang, Urus Hutang di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Beliau menyampaikan kertas kerjanya yang bertajuk Urus Wang, Hidup Tenang.
Kata Siti Fatimah, kemahiran pengurusan kewangan adalah satu kemahiran hidup yang amat penting.
Dengan ilmu berkenaan, ia membolehkan seseorang itu mengoptimumkan pendapatan bagi tujuan tabungan serta memenuhi keperluan hidup.
Tanpa kemahiran itu, ramai yang merasakan pendapatan bulanan mereka tidak mencukupi, lebih menyedihkan ada yang tertunggu-tunggu hari gaji dan meminjam sana sini sementara menunggu cukup bulan.
"Sayangnya, kemahiran ini tidak dididik secara formal dan terpulang kepada individu untuk mencari kemahiran ini secara sendiri-sendiri. Hakikatnya, lebih awal kemahiran ini dikuasai, lebih selesalah kehidupan kita.
"Pada masa yang sama, tidak ada istilah terlewat untuk kita mendapatkan kemahiran ini kerana dengannya, ia dapat mengeluarkan individu itu daripada masalah hutang, walau seteruk mana ia membelenggu diri," ujar Siti Fatimah pada slot pertama bengkel separuh hari itu yang dihadiri lebih 100 peserta.

Tuesday, February 21, 2012

urusniaga dalam talian

Urus niaga secara dalam talian


Wang yang diterima dan tersimpan di dalam akaun PayPal boleh digunakan untuk apa-apa transaksi lain pula ataupun dipindahkan keluar ke akaun bank atau ke kad Visa.


SEMAKIN hari semakin ramai rakyat Malaysia yang membiasakan diri dengan aplikasi perbankan Internet seperti Maybank2u, CIMBClicks dan yang lain-lain. Membuat dan menerima bayaran, serta pemindahan wang boleh dikatakan tidak lagi menjadi kerisauan kepada pengguna apabila melakukan transaksi melalui dalam talian.
Bagaimanapun ini mungkin masih terbatas kepada urusniaga yang berlaku di dalam negara. Bagi urusniaga runcit yang melibatkan transaksi antarabangsa, ramai yang masih tidak yakin atau tidak pasti bagaimanakah cara yang senang dan selamat.
Salah satu kaedah yang paling lazim digunakan untuk membuat bayaran bagi pembelian sesuatu produk dari penjual di luar negara menerusi Internet ialah kad kredit dan kad debit.
Kebanyakan kad kredit yang dikeluarkan oleh bank-bank di negara ini memang boleh terus digunakan untuk membuat pembelian secara dalam talian, manakala selebihnya ada yang memerlukan anda mengaktifkannya terlebih dahulu.
Ada juga bank yang akan menelefon anda sesudah anda membuat apa-apa transaksi kad di Internet, bagi memastikan bahawa memang anda yang benar-benar melakukannya dan bukan orang lain.
Bank juga biasanya bersedia untuk membantu anda menyelesaikan apa-apa isu sekiranya anda dapati terdapat transaksi yang tidak sepatutnya berlaku.
Apa yang penting anda menjaga maklumat kad kredit atau debit anda dengan baik dan tidak menggunakannya di laman web yang tidak diyakini serta meragukan, ini termasuklah laman web perjudian, pornografi, skim pelaburan haram dan lain-lain yang sejenisnya.
Bagi peniaga pula yang ingin menjual barangan dan mahu memberi pilihan kepada pelanggan mereka untuk membuat bayaran menggunakan kad kredit atau debit, perlulah ada akaun pedagang (merchant account) sama ada terus dengan pihak bank atau pembekal perkhidmatan yang dilantik. Mereka juga perlukan sistem laluan pembayaran (payment gateway).
Penyelesaian yang lebih mudah ialah dengan menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak-pihak yang diiktiraf. Contohnya di Malaysia, ramai usahawan menggunakan khidmat iPay88. Anda juga boleh menggunakan khidmat antarabangsa seperti 2Checkout, WorldPay dan banyak lagi.
Kebanyakannya mengenakan caj bulanan atau tahunan tertentu, serta juga caj bagi setiap transaksi sekitar dua hingga lima peratus.
Satu lagi kaedah yang popular bagi transaksi dalam talian ialah dengan menggunakan PayPal. Ia merupakan satu aplikasi dompet elektronik yang boleh anda gunakan untuk berurusniaga di Internet.
Sesiapapun boleh mendapatkan akaun PayPal secara percuma dan mudah. Berbanding dengan kad kredit yang hanya boleh digunakan untuk membuat pembelian, akaun PayPal boleh digunakan untuk kedua-dua tujuan, sama ada pembayaran atau penerimaan wang.
Menggunakan PayPal, anda boleh melakukan transaksi dengan lebih selamat kerana anda tidak perlu lagi mendedahkan maklumat kad kredit atau akaun bank. Sebaliknya anda hanya perlu hubungkan kad kredit, kad debit atau akaun bank anda terus ke akaun PayPal untuk tujuan pembiayaan sewaktu transaksi.
Apabila anda membuat pembelian melalui Internet menggunakan PayPal, pertama sekali PayPal akan lihat baki wang di dalam dompet elektronik (akaun) anda. Sekiranya baki yang ada adalah mencukupi maka bayaran tersebut akan ditolak daripada baki yang ada, manakala jika baki itu tidak memadai, maka PayPal akan mengecaj kad kredit anda bagi jumlah selebihnya yang diperlukan.
Satu kelebihan PayPal ialah anda boleh gunakannya untuk transaksi dengan seluruh dunia dan tidak terhad kepada pasaran tempatan sahaja. PayPal sudah pun menjadi jenama yang dipercayai dan dengan memberi pilihan kepada para pelanggan untuk membuat bayaran menggunakannya, akan memberi imej positif serta peluang perniagaan yang lebih meluas.
Menggunakan akaun yang sama, anda boleh menerima bayaran daripada orang lain, contohnya jika anda menjual sesuatu melalui laman eBay, anda boleh gunakan PayPal untuk menerima bayaran tersebut.
PayPal juga sering digunakan untuk menjual sebarang produk atau perkhidmatan menerusi laman web, blog, laman iklan, forum dan lain-lain medium. Ia juga menjimatkan masa kerana anda tidak perlu mengisi maklumat transaksi dan alamat penghantaran berulang-ulang kali.
Selain transaksi perniagaan, PayPal juga boleh digunakan untuk mengirimkan wang kepada kepada orang lain, contohnya kepada ahli keluarga yang berada di luar negara. Untuk mengirim wang atau membuat bayaran wang kepada pengguna lain, anda hanya perlu tahu emel ataupun nombor telefon pengguna tersebut.
Anda juga boleh gunakan PayPal untuk menuntut bayaran dan mengirimkan invois untuk produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan.
Sekiranya anda mempunyai kedai dalam talian, PayPal menyediakan kemudahan untuk menghubungkan terus shopping cart anda untuk mewujudkan integrasi yang lebih lancar dan memberi pengalaman membeli-belah yang selesa dan meyakinkan kepada pengguna.
Banyak juga sistem kedai online dan aplikasi shopping cart yang sedia menyokong sistem penerimaan bayaran PayPal tanpa memerlukan konfigurasi yang rumit, hanya perlu masukkan emel anda sahaja.
Wang yang anda terima dan tersimpan di dalam akaun PayPal boleh digunakan untuk apa-apa transaksi lain pula ataupun dipindahkan keluar ke akaun bank atau ke kad Visa (sama ada kad kredit, debit atau pra bayar). Pindahan wang ke kad Visa akan mengambil masa sekitar lima hingga tujuh hari dan dikenakan yuran sebanyak RM20.
Manakala pindahan wang ke mana-mana bank dalam rangkaian MEPS di Malaysia akan mengambil masa tiga hingga empat hari, tiada yuran dikenakan jika jumlah pindahan adalah melebihi RM400, dan jika kurang dari jumlah itu, hanya caj RM3 dikenakan.
PayPal tidak mengenakan sebarang caj untuk anda membuka akaun, memindahkan wang dari akaun bank dan juga membuat sebarang belian, sebaliknya PayPal hanya mengenakan caj apabila anda menerima bayaran dari jualan produk atau perkhidmatan, menerima bayaran atau pindahan wang dari kawan atau ahli keluarga yang menggunakan kad kredit atau debit, atau menerima bayaran daripada pengguna lain di luar negara.
Layari blog hasanihassan.com untuk menyatakan pendapat atau berbincang sebarang kemusykilan berkenaan transaksi secara dalam talian. Ikuti juga video tentang amalan selamat untuk berurusniaga di dalam talian menerusi laman video Utusan Online (http://xtive.utusan.com.my/video.php) mulai hari Khamis, 22 Februari 2012.

Friday, February 17, 2012

10 tahun cahaya

Teleskop rakam imej debu 10 tahun cahaya dari Bumi


GAMBAR yang disiarkan pada Isnin lalu menunjukkan satu pintalan debu kosmos yang dirakamkan sebuah teleskop di Chile.


FLORIDA, Amerika Syarikat (AS) - Gambar yang dirakamkan teleskop di Chile menunjukkan satu pintalan debu kosmos yang terletak sejauh lebih 10 tahun cahaya dari Bumi.
Debu tebal gas itu hampir berkecai untuk membentuk lebih banyak bintang. Gambar itu disiarkan Balai Cerap Selatan Eropah pada Isnin lalu. - AFP

bahasa inggeris

Permudah pembelajaran Bahasa Inggeris



BERDEPAN situasi tidak mempunyai keyakinan diri bercakap dalam bahasa Inggeris tentu sekali akan menyebabkan seseorang itu mengelak daripada berkomunikasi dengan orang ramai atau dalam majlis yang menggunakan bahasa universal tersebut.
Bayangkan kerumitan yang terjadi apabila seseorang itu terpaksa berdepan dengan masyarakat di luar negara tetapi berasa kaku dan takut untuk mengeluarkan kata-kata. Lebih teruk daripada itu, dia tidak memahami butir bicara orang yang berlawan cakap dengannya.
Senario tersebut bukan sahaja berlaku semasa menuntut di sekolah ataupun universiti sahaja, malah ketika dalam alam pekerjaan, ia sedikit sebanyak akan merugikan pihak yang gagal berinteraksi.
Justeru, penguasaan bahasa Inggeris amat penting dipupuk tatkala masih kecil demi melahirkan modal insan yang mampu diketengahkan sehingga peringkat antarabangsa.
Menyedari kepentingan tersebut, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. telah menjalin kerjasama dengan syarikat antarabangsa, MM Publications dalam memperkenalkan buku-buku tambahan bahasa Inggeris yang dilengkapi sistem Binary Pengajaran Bahasa Inggeris (BELT).
Pengurus Jualan Serantau MM Publications, Ryan W. Stacy, berkata, sistem BELT merupakan penyelesaian ideal dalam memberi nilai tambah kepada pengajaran bahasa Inggeris masa kini.
“Ia merupakan program yang mengajar bahasa Inggeris melalui medium multimedia dalam memupuk minat terhadap bahasa itu.
“Sistem BELT dibangunkan khusus untuk pelajar-pelajar yang mempelajari bahasa Inggeris ataupun menjadikannya sebagai bahasa kedua,” katanya ketika ditemui Kosmo!
Beliau menjelaskan program berkenaan amat sesuai digunakan di sekolah-sekolah, institusi pendidikan dan pusat latihan bahasa.
Tambahnya, program yang dibangunkan pada tahun 1982 itu didatangkan bersama buku-buku bahasa Inggeris dari peringkat sekolah rendah sehingga pra-universiti yang dikeluarkan MM Publications.
“Binary Logic yang merupakan sebahagian daripada MM Publications bertanggungjawab membangunkan program berkenaan malah ia telah diguna pakai di 20 buah negara seluruh dunia.
“Menariknya tentang sistem BELT adalah ia bukan dibangunkan jurutera perisian tetapi oleh pendidik yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang pendidikan,” ujarnya lagi.
Oleh itu, ia menjadikan sistem berkenaan lengkap dan terperinci kerana mereka lebih memahami keperluan pelajar-pelajar serta guru-guru di institusi pendidikan.
Teknologi
Dalam pada itu, Ryan memberitahu, terdapat dua versi dalam penggunaan program BELT yang mengikuti Common European Framework (CEF) iaitu dengan menggunakan kaedah luar talian ataupun dalam talian.
“Apabila menggunakan kaedah luar talian, pengguna akan menerima kad pintar bersama-sama pembelian buku untuk membenarkan mereka mengakses program BELT.
“Penggunaan dalam talian pula, pengguna akan mendapati terdapat kata laluan dan nama pengguna di dalam buku yang telah dibeli mereka,” katanya.
Ryan menjelaskan, pengenalan teknologi berkenaan adalah untuk memastikan kandungan BELT hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh pembeli buku-buku yang dilengkapi sistem tersebut.
Katanya lagi, buku-buku dan isi kandungan BELT juga terbahagi kepada dua versi iaitu untuk kegunaan pelajar-pelajar serta guru-guru.
“Perbezaan yang dapat dilihat melalui kedua-dua versi ini adalah versi guru mempunyai jawapan bagi membolehkan mereka membuat ulang kaji dengan lebih sempurna.
“Buku-buku yang dilengkapi sistem BELT mencakupi empat kemahiran utama iaitu mendengar, berkomunikasi, menulis dan membaca untuk memastikan pengguna mudah mempelajari bahasa Inggeris,” katanya.
Faedah

RYAN memberi penerangan mengenai cara penggunaan sistem BELT yang dapat membantu meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris.


Terdapat banyak faedah yang boleh diperoleh oleh para pelajar dan guru-guru melalui penggunaan sistem BELT.
Menurut Ryan, sistem BELT mudah dikendalikan oleh sesiapa sahaja dan secara tidak langsung menjadikannya wadah pembelajaran yang menyeronokkan terutamanya kepada pelajar-pelajar.
“Antara faedah yang boleh diperoleh pelajar termasuklah dapat meningkatkan keyakinan diri mereka dan berdikari dengan mendengar serta menonton video yang ditawarkan dalam sistem BELT.
“Selain daripada itu, modul pembelajaran dapat dipelajari mengikut rentak dan kesesuaian para pelajar. Selain daripada itu, pembelajaran dapat dijalankan secara interaktif dan kemajuan dapat dicapai dengan pantas,” katanya lagi.
Ryan menambah, tenaga pengajar pula dapat mengenal pasti kelemahan pelajar-pelajar apabila boleh memantau perkembangan melalui sistem BELT.
Ujarnya lagi, guru-guru juga akan dibekalkan dengan jawapan dan transkrip pembelajaran untuk memastikan kelancaran proses pembelajaran pelajar.
Kerjasama
Sementara itu, Pengurus Besar Operasi dan Kewangan Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. (UP&D), Rozita Yusoff, berkata, kerjasama dengan penerbit luar negara terutama dalam pembelajaran Bahasa Inggeris dapat menjalinkan sinergi yang baik.
“Ia dilakukan demi menyahut seruan kerajaan yang mahu menekankan penggunaan dan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan para pelajar.
“Kita memilih MM Publications kerana cara penyampaian penerbitan mereka mudah difahami dan pengguna boleh berinteraksi dengan menggunakan medium multimedia,” katanya.
Di samping itu, beliau menambah, isi kandungan buku-buku yang diterbitkan mereka turut memberi garis panduan kepada guru-guru dalam mengatur pembelajaran bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar.
Katanya, ia sekali gus dapat memudahkan lagi tugasan guru-guru yang mempunyai masa terhad dalam mengatur jadual pembelajaran kepada pelajar.
Buat masa ini, produk yang cukup inovatif tersebut hanya dijual pada pasaran sekolah. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk tersebut boleh menghubungi UP&D di talian 03-9285 6577.

lensa 50mm

Variasi sudut lensa 50mm


MEMPELBAGAIKAN sudut rakaman memberikan satu hasil yang menarik dengan hanya menggunakan lensa 50mm.


RAMAI tidak sedar sebenarnya lensa tetap atau utama 50mm sering digunakan pada zaman kamera menggunakan filem lagi. Dengan lensa itu, apa yang kita nampak, itulah yang dirakamkan. Ia bermakna rakaman menggunakan lensa 50mm adalah rakaman asal mengikut pandangan mata.
Jurufoto veteran tidak ramai yang menggunakan lensa sudut lebar atau lensa jarak jauh (tele) kerana agak mahal pada waktu itu. Jadi 50mm satu-satunya lensa yang dimiliki.
Kini dalam era fotografi digital yang menjadikan sensor kamera format DX dipangkas (crop) berbanding format asal 35mm, lensa 50mm mula diminati semula.
Ini kerana penggunaan lensa 50mm pada kamera format DX akan membuatkan ia menjadi lensa tele ekoran pembesaran sebanyak 1.5 kali. Jadi setiap rakaman yang dilakukan akan memberi sedikit pembesaran dan tidak lagi apa yang kita nampak, itulah yang akan dirakamkan. Kini 50mm banyak digunakan untuk merakamkan potret namun ia sebenarnya boleh digunakan untuk pelbagai rakaman subjek. Apa yang perlu, jurufoto mempelbagaikan sudut rakaman.
Lensa tetap tidak sama dengan lensa zoom yang boleh bergerak dari sudut lebar ke tele dengan hanya memusing lensa. Penggunaan lensa 50mm memerlukan jurufoto bergerak ke hadapan atau belakang bagi mendapatkan rakaman menarik. Jika jurufoto rapat dengan subjek misalnya seorang model, ia akan menghasilkan 'Bokeh' - perkataan Jepun bermaksud keadaan kualiti estetik kabur. Jadi, lebih tinggi bukaan (aperture) akan lebih jelas keadaan bokehnya.
Kini, lensa 50mm didatangkan dengan bukaan paling tinggi f/1.4 yang membolehkan rakaman dilakukan di dalam cahaya suram.
Jadi, pelbagaikan sudut penggunaan lensa 50mm dan bukan hanya untuk potret sahaja.

Thursday, February 16, 2012

pesaka datuk kepada anak yg meninggal dulu

Bagaimana waris terhalang terima pusaka

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

ADAKAH benar seorang cucu yang kematian bapanya tidak berhak mendapat harta pusaka datuknya atas alasan bapanya meninggal dunia terlebih dahulu sebelum datuknya meninggal.


Untuk makluman Dr, arwah bapa mempunyai 10 orang adik-beradik.


FARHAN,
Johor


HARTA pusaka datuk tidak dapat diwarisi oleh cucu disebabkan kematian bapa sebelum datuknya meninggal dunia kerana masih ada waris-waris yang lebih berhak menerima iaitu anak-anak datuk yang masih hidup.

Maka dengan itu, cucu datuk itu dikenali sebagai waris terhalang. Mereka tidak dapat mempusakai harta kerana sebab-sebab tertentu seperti di atas.

Bagaimanapun, terdapat peruntukan yang membenarkan seorang cucu menerima pusaka datuk walaupun ayahnya sudah meninggal sebelum datuknya.

Ia disebut sebagai wasiat wajibah dan hanya diberi kepada cucu-cucu saja. Kadar wasiat ialah tidak melebihi 1/3 mengikut kadar wasiat. Apabila ia berkurangan, seorang cucu boleh mendapat bahagian yang diperuntukkan untuk anak lelaki.

Dengan adanya peruntukan itu seorang cucu boleh mendapat bahagiannya. (Lihat artikel, “Wasiat Wajibah - Membantu waris terhalang,” http://www.utusan.com.my/utusan/ info.asp?y=2004&dt=1001& pub=Utusan-Malaysia
& sec=BicaraAgama&pg =ba_01.htm)

kg baru

Kg. Baru ala Pulau Roosevelt


Pemandangan Kampung Baru, Kuala Lumpur dari udara yang jelas kelihatan reka bentuk rumahnya masih banyak tidak berubah seperti dahulu.


SAYA ingin mengucapkan terima kasih dan syabas kepada saudara Y Hussin melalui surat beliau dalam Forum bertarikh 13 Februari 2012 yang menyatakan pendapatnya bahawa orang Melayu (khususnya di Kuala Lumpur) perlu mempunyai satu kawasan khas untuk memperagakan budaya bangsa Melayu dan pada masa yang sama menjadi satu pusat atau hab untuk perniagaan mereka di Kuala Lumpur, sebagaimana kaum Cina yang mempunyai Petaling Street (atau Chinatown) dan kaum India yang mempunyai Little India, Brickfield.
Seperti saudara Y Hussin, pernah terdetik persoalan dalam minda saya pada satu ketika dulu, kenapa orang Melayu, selaku penduduk asal negara ini, tidak mempunyai satu pusat sedemikian di Kuala Lumpur?
Hasil tinjauan rambang saya, saya dapat membuat beberapa kesimpulan yang agak ‘kurang menyenangkan’ bagi saya sendiri.
* Mungkin kerana orang Melayu masih berasa ‘selesa’ dengan mentaliti bahawa seluruh negara ini adalah ‘Tanah Melayu’ jadi tidak perlu mempunyai kawasan warisan Melayu yang bersaiz kecil walaupun di Kuala Lumpur.
* Mentaliti jual tanah (terutamanya tanah bandar) kepada kaum lain untuk mendapat ‘kekayaan segera’ masih lagi bertakuk dalam pemikiran orang Melayu.
Buat permulaan, tidak perlu membina kompleks perniagaan yang besar untuk peniaga Melayu di situ tetapi MENAMBAH BAIK dan MENAIK TARAF apa yang ada. Kemudian seperti yang disarankan oleh saudara Y Hussin, kumpulkan kesemua kebudayaan dan identiti Kaum Melayu di Kampung Baru. Pelihara Kampung Baru sebagai sebuah ‘Kampung’ untuk tujuan pelancongan dan perniagaan.
Antara cadangan penambahbaikan saya adalah:
* Rumah penduduk Kampung Baru harus ditambah baik atau dinaik taraf untuk dijadikan sebagai homestay/hotel/kafe ala Kampung atau pusat pameran /galeri kraf atau budaya Melayu ataupun muzium persendirian milik tuan rumah tersebut. Sebarang renovasi harus mempunyai ciri-ciri kemelayuan. Reka bentuk boleh diambil dari rumah-rumah Melayu dari setiap negeri. Elakkan atap zink kerana ia mencacatkan pemandangan.
* Menambah baik sistem saliran/longkang dan pembetungan untuk mengelakkan banjir dan bau yang tidak diingini. Pemilik rumah juga digalakkan menanam bunga atau pokok yang redup agar kawasan Rumah Orang Melayu Kampung Baru kekal seperti yang kita dapat lihat di kampung-kampung Melayu yang mempunyai pangkin dan pokok bunga di halamannya.
* Menyediakan tempat untuk penjaja kecil Melayu di beberapa batang jalan di Kampung Baru. Mungkin di pusat komersial sedia ada iaitu di sepanjang Jalan Raja Muda Musa atau di tempat yang baharu seperti di Jalan Hamzah atau mungkin di semua jalan di Kampung Baru.
Dengan adanya penjaja-penjaja ini, maka dapat mewujudkan satu lagi kawasan Downtown Hawker untuk orang Melayu. Saya percaya dengan pengurusan yang cekap dan ditambah dengan sifat peramah dan layanan mesra dari penjaja Melayu, Downtown Hawker Kampung Baru akan terkenal dengan sendirinya, baik di dalam dan luar negeri.
Mungkin akan lebih terkenal dari Petaling Street yang kita sedia maklum, terkenal dengan sikap kurang ajar penjajanya. Jika pihak Tourism Malaysia masih berkeras mahu mempertahankan Petaling Street sebagai khazanah negara dengan mempromosikannya seantaro dunia, biarkan.
Saya yakin dengan idea kreatif dan semangat orang muda Melayu dari Kampung Baru dan juga dari luar, kita dapat mempromosikan Kampong Baru Street Mall ini dengan cara tersendiri.
* Membina bumbung tinggi di beberapa batang jalan di Kampung Baru untuk keselesaan pelawat dan pelancong , khususnya untuk ‘Kampong Baru Street Mall’. Jika kerajaan dapat memperuntukkan berjuta ringgit untuk Green Dragon Petaling Street (bumbung tinggi hijau Petaling Street), mengapa tidak dapat memperuntukkan wang untuk membina ‘ATAP’ yang bereka bentuk dan bercirikan seni bina Melayu di Kampung Baru?
* Mengawal keluar masuk kenderaan atau menghentikan terus kenderaan pelawat ke dalam Kampung Baru. Ini untuk mengelakkan kesesakan lalu-lintas dan untuk keselesaan pelancong dan pelawat itu sendiri.
Satu bangunan letak kereta bertingkat untuk kenderaan luar harus dibina di pintu masuk Kampung Baru (sama ada di Jalan Raja Muda Abdul Aziz atau di Jalan Raja Abdullah).Sediakan beberapa perkhidmatan untuk para pelawat seperti basikal sewa, beca atau buggy car berkuasa elektrik sebagai bas atau teksi untuk memasuki Kampung Baru.
Sediakan wakaf atau pangkin di tepi jalan untuk pelawat yang berjalan kaki merehatkan badan. Konsep ini telah sebenarnya telah dipraktikkan di beberapa negara barat, contohnya di Pulau Roosevelt, New York, Amerika Syarikat di mana semua kenderaan milik pelawat dan kebanyakan penduduk pulau tersebut diletakkan di sebuah letak kereta bertingkat dikenali sebagai Motorgate yang dibina sebagai pintu masuk pulau tersebut dari Roosevelt Island Bridge yang menghubungkan pulau tersebut dengan kawasan Queens.
Ini adalah untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan juga untuk keselesaan penduduk pulau tersebut. Untuk makluman, seperti Kampung Baru yang kini mempunyai Perbadanan Pembangunan Kampung Baru, Pulau Roosevelt juga mempunyai entiti yang hampir sama iaitu Roosevelt Island Operating Corporation.
* Sediakan tempat untuk kesusasteraan dan kesenian Melayu di Kampung Baru. Buat permulaan, tidak perlu satu bangunan besar atau ‘kompleks budaya’. Cukup dengan sebatang jalan atau dataran yang dipenuhi dengan aktiviti kesenian seperti muzik tradisional dimainkan secara langsung, panggung bangsawan dan sebagainya. Biarkan ia terbuka supaya para pelancong dapat menyaksikannya secara bebas dan santai.
* Untuk keselamatan dan ketenangan para penduduk dan pelawat, saya menyarankan agar Kampung Baru dibersihkan dari pendatang asing.
* Sifat semulajadi orang Melayu yang peramah, penyayang dan bertolak ansur harus ditonjolkan di Kampung Baru sebagai produk pelancongan.
Buatkan para pelancong yang datang berasa tenang dan selamat apabila berada di Kampung Baru walaupun tanpa kehadiran anggota polis. Jadikan Kampung Baru sebagai satu oasis di tengah hiruk pikuk kota Kuala Lumpur untuk mereka.
* Jika cadangan ini diterima, para pengendali agensi pelancongan Bumiputera/Melayu harus bekerjasama untuk mempergiatkan promosi pelancongan untuk Kampung Baru. Daripada membawa pelanggan luar negara anda ke Petaling Street dan ‘dibuli’ adalah lebih baik jika pelanggan anda dapat menikmati suasana dan layanan mesra orang Melayu sendiri.
* ‘Para Pembesar’ dan ‘Orang Kaya’ Melayu harus melihat cadangan ini sebagai satu survival orang Melayu pada masa hadapan. Mereka juga harus mengenepikan fahaman politik mereka dan bersatu demi bangsa.
Mereka juga harus ‘kuat’ untuk menolak godaan dari pemaju (terutamanya bukan Melayu) yang sentiasa mencari peluang untuk mendapatkan tanah milik orang Melayu; dan yang paling penting, mereka harus menghentikan sikap mementingkan diri sendiri agar orang Melayu tidak lagi dihalau dari tanah sendiri. Untuk ingatan semua kaum Melayu, beberapa tahun dahulu peniaga-peniaga/penjaja kecil Melayu pernah dihalau dari berniaga di satu lokasi yang amat popular iaitu di Uptown Damansara.
Jika ada pihak yang berminat untuk merealisasikan cadangan ini, sila hubungi saya di ravers_x79 @yahoo.com. Saya amat berminat untuk turut serta sebagai sukarelawan dalam projek ini, tanpa bayaran. Sekurang-kurang ini adalah jihad saya untuk membangunkan bangsa saya sendiri.
KM, Dutamas
Kuala Lumpur.

kelantan air keruh la...

Air bekal keruh, berbau
ALAUDIN MA
16 Februari 2012
Seorang-penduduk-tunjuk-air-longkang-kotor-berhampir-pelantar-penyedur-air-AKSB
GUA MUSANG - Beratus penduduk di Kampung Limau Kasturi, dekat sini, khuatir air yang dibekalkan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) kurang bersih apabila disedut dari sungai berhampiran dengan longkang kotor.

Ini berikutan longkang yang mempunyai pengaliran air dari penempatan penduduk, mempunyai pelbagai kotoran sebelum mengalir ke kawasan pelantar tempat penyedut air AKSB itu.

Kebanyakan daripada mereka loya apabila melihat tempat menyedut air sebelum dimasukkan ke dalam loji air dan kadang kala air yang dibekalkan kepada penduduk juga berbau serta keruh.

Seorang penduduk, Azahari Mat Jusoh, 56, berkata, AKSB bukan sahaja menyedut air berhampiran longkang rumah penduduk, tetapi air yang disedut mengandungi pasir.

Katanya, ini kerana kawasan pelantar tempat penyedut mempunyai pengaliran air cetek dan berpasir berikutan musim kemarau panjang menyebabkan air sungai juga turut surut.

Azahari berkata, AKSB sepatutnya mengalihkan pembinaan tempat penyedut air sungai bagi keperluan orang ramai di tengah-tengah sungai tersebut mengelakkan terdedah kepada air berpasir dan kotor.

“Kita bimbang, jika AKSB terus dengan menyedut air di situ akan mudah terdedah kepada pelbagai penyakit dan risikonya ditanggung penduduk sendiri yang mengguna air berkenaan setiap hari,” katanya.

Menurut Idris Deraman, 50, sebelum ini juga penduduk membuat pelbagai teguran mengenai perkara itu, namun belum ada sebarang tindakan diambil sampai sekarang.

Dia mendakwa, walaupun air yang disedut dari sungai disimpan dahulu dalam loji, namun ia belum terjamin kebersihan apabila dilepaskan semula kepada penduduk tanpa dirawat sepenuhnya.

“Kita harap, pihak berkenaan memberi perhatian serius dengan masalah ini supaya penduduk yang menggunakan air setiap hari, terjamin kebersihan tanpa berdepan dengan risiko serangan penyakit,” katanya.

kastam kutip 30 billion

Kastam kutip cukai RM30.4 bilion 2011
Wartawan Sinar Harian
16 Februari 2012
Datuk Zainul Abidin Taib
GEORGETOWN - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya memungut hasil cukai dan duti RM30.379 bilion, sepanjang tahun lalu.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Bahagian Penguat kuasa, Datuk Zainul Abidin Taib berkata, jumlah itu adalah kutipan tertinggi dalam sejarah JKDM, berbanding RM28.32 bilion pada 2010.

“Ini menunjukkan kutipan hasil pada 2011 meningkat RM2.053 bilion atau 7.2 peratus. Ia adalah hasil cukai daripada lima penyumbang utama pungutan hasil iaitu duti eksais tempatan; cukai perkhidmatan; cukai jualan (tempatan), cukai jualan (import) dan duti eksais (bara­ngan import).

“Peningkatan pungutan hasil yang ketara tahun lalu adalah cukai perkhidmatan iaitu meningkat RM1.056 bilion atau 26.9 peratus. Kenaikan ini disebabkan perubahan kadarnya dari lima kepada enam peratus berkuat kuasa 1 Januari 2011 serta pengenaan cukai perkhidmatan atas saluran televisyen berbayar. Cukai perkhidmatan menyumbang RM4.98 bilion atau 16.4 peratus daripada kutipan hasil keseluruhan,” katanya semalam.

Menurutnya, penyumbang utama pungutan hasil tahun lalu ialah kenderaan bermotor; rokok; petroleum mentah, minuman keras serta telekomunikasi.

“Kenderaan bermotor menyumbang RM10.650 bilion atau 35.06 peratus, namun merosot berbanding kutipan hasil bagi 2010 sebanyak RM11.127 bilion berikutan penurunan pungutan hasil cukai eksais dan cukai jualan atas kenderaan pemasangan tempatan.

“Syarikat permotoran tempatan terjejas teruk kerana dua bencana alam melanda dunia iaitu tsunami di Jepun dan banjir besar di Thailand yang mengakibatkan komponen pemasangan kenderaan tempatan terjejas,” katanya.

Selain itu, Levi Keuntu­ngan Luar Biasa meningkat melebihi 100 peratus dari RM288.93 juta pada 2010 kepada RM760.718 juta kerana peningkatan harga kelapa sawit melepasi threshold yang ditetapkan, iaitu RM2,500 setiap tan metrik di Semenanjung dan RM3,000 setiap tan metrik bagi Sabah dan Sarawak.

Zainul berkata, setelah mengambil kira jangkaan ekonomi yang tidak menentu pada tahun ini, JKDM menetapkan unjuran kenaikan pungutan hasil yang sederhana iaitu sebanyak RM31.057 bilion dengan perubahan RM678 juta atau 2.23 peratus dari pungutan hasil pada 2011.

Menurutnya, komoditi yang dirampas di Pulau Pinang adalah 314 kes dan jumlah itu menurun berbanding tahun 2010 dengan 385 kes.

Monday, February 13, 2012

tanah pajakan sementara

Mahu pampasan lebih besar

Oleh WAN SYAMSUL AMLY WAN SEADEY
kota@utusan.com.my


Flat kos rendah PKNS di Jalan Jelatek yang akan dirobohkan tidak lama lagi bagi memberi laluan kepada pembinaan projek mewah Datum Jelatek.

KUALA LUMPUR 16 Feb. - Mengangkat sebuah kawasan perumahan kos rendah yang penuh dengan imej negatif menjadi sebuah bandar kosmopolitan pasti menjadi impian setiap penduduk sedia ada.

Tambahan pula apabila mengetahui kawasan kediaman mereka itu akan didirikan dengan empat bangunan moden setinggi 45 tingkat yang menempatkan kediaman, bangunan pejabat, pusat beli-belah dan hotel.

Hebat dan mengagumkan. Projek mega yang diilhamkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan dinamakan Datum Jelatek akan lahir di atas tapak flat kos rendah di Jalan Jelatek.

Projek dengan kos RM1.2 bilion itu bakal menjadi kenyataan dalam masa dua tahun selepas semua proses awal termasuk soal pampasan kepada penduduk terlibat diselesaikan.

Persoalannya ialah penduduk sedia ada yang mendiami kawasan itu menyifatkan tawaran pampasan sebagai tidak setara dengan harga tanah yang dimiliki sekarang dan bentuk projek yang bakal dibangunkan.

Terdapat dua blok kediaman di situ yang masih dihuni 650 keluarga manakala dua lagi yang sebelum ini dijadikan kuarters anggota tentera sudah dikosongkan.

Menurut penduduk, setiap pemilik kediaman di situ bakal menerima sejumlah RM250,000 manakala tuan punya kedai di tingkat bawah flat itu ditawarkan pampasan sebanyak RM450,000.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, rata-rata penduduk tidak berpuas hati dengan tawaran yang diberikan di atas beberapa faktor.

Antaranya ialah kawasan itu merupakan kawasan pembangunan di ibu kota, berjiran dengan pusat bandar raya dan berhampiran dengan kemudahan awam yang utama.

Kata penduduk, walaupun perbincangan sedang berjalan, PKNS dilihat mula memberikan tekanan untuk 'menghalau' penduduk dengan menutup beberapa jalan keluar masuk di kawasan itu.

Seorang pemilik kedai makan di tingkat bawah flat berkenaan, Salim Alwi, 58, berkata, pegawai PKNS sudah dua kali datang ke kedainya untuk 'memujuk' dia supaya menerima jumlah pampasan yang ditawarkan.

Namun, katanya, harga itu dirasakan terlalu rendah berbanding bentuk pembinaan yang bakal didirikan, selain lokasinya yang terletak bersebelahan dengan bandar raya Kuala Lumpur.

"Kita sebenarnya tidak kisah jika ada pembangunan di sini, namun pertimbangkan pampasan yang hendak diberi dengan sewajarnya. Jika terlalu rendah, ia pasti membebankan kita kelak.

"Ini adalah perniagaan keluarga yang sudah dimulakan sejak 1976. Tawaran yang diberi terlalu rendah dan kita sudah mendapatkan bantuan guaman untuk hal ini," ujarnya.

Katanya lagi, surat notis juga sudah tiga kali dikeluarkan oleh PKNS supaya berpindah selain satu pertemuan pernah dibuat bersama penduduk di sebuah hotel berhampiran mengenai isu yang sama.

Bagaimanapun, katanya, rata-rata pemilik masih tidak berpuas hati dengan tawaran yang diberikan walaupun tidak menolak pembangunan di kawasan Jelatek.

"Kita mahu pembangunan di sini namun pertimbangkan sama nasib pemilik di sini. Jangan pinggirkan kami sebagai pemilik sah di sini," tegasnya.

Beliau menambah, pemilik premis perniagaan di situ boleh bersetuju dengan pampasan sebanyak RM450,000 itu jika mereka turut diberikan satu unit ruang niaga baru apabila projek itu siap kelak.

Sementara itu, seorang penyewa rumah di flat itu, Najib Mohd., 31, memberitahu, dia ditawarkan untuk berpindah ke pangsapuri Permai Jaya yang terletak di kawasan Ampang.

Katanya, rumah 'ganti' itu turut ditawarkan untuk dijual dengan harga RM35,000 dengan syarat dia perlu berpindah sebelum bulan Mei depan.

"Saya diminta untuk memberi deposit sebanyak RM500 untuk berpindah sebelum Mei ini.

"Pegawai PKNS memberi notis secara serahan tangan namun kami belum membuat sebarang keputusan untuk berpindah kerana rumah baru itu jauh daripada tempat kerja," katanya.

Sementara itu, seorang penduduk yang hanya mahu dikenali dengan nama Salleh berkata, dasar PKNS yang sepatutnya membantu orang Melayu tidak dipraktikkan dalam kes pembangunan di Jelatek.

Katanya, pembinaan kondominium mewah yang mungkin menjadi kebanggaan agensi kerajaan negeri Selangor itu tidak akan bererti jika kebajikan penduduk sedia ada tidak terbela.

Jelasnya lagi, PKNS seharusnya mempertimbangkan pampasan yang lebih tinggi.

"Kita ditawarkan RM250,000 untuk pampasan rumah di tempat paling strategik di ibu kota. Bayangkan harga ini untuk membeli rumah lain di Kuala Lumpur.

"Rasanya tidak dapat dengan harga ini kecuali mencari kediaman jauh di luar Kuala Lumpur," ujarnya.

Katanya, walaupun PKNS mahu membangunkan projek mewah di kawasan itu tetapi agensi itu tidak seharusnya meminggirkan penduduk sedia ada kerana ia hanya akan dilihat sebagai usaha 'melenyapkan' sebuah kawasan Melayu di ibu kota.

Apa pun, katanya, lambat-laun penduduk akan terpaksa juga keluar dari rumah mereka itu walaupun berat untuk melakukannya.

"Jika pampasan yang diberikan masih rendah seperti sekarang, kami tentu tidak mampu untuk terus tinggal di sini, malah untuk memiliki kediaman di ibu kota hanya tinggal impian sahaja," jelasnya.

Sunday, February 12, 2012

hari kekasih berdosa disambut

Hari Kekasih yang mengundang dosa

Oleh MOHD. RADZI MOHD. ZIN
pengarang@utusan.com.my

ENTAH di mana silapnya, masih ada remaja Islam yang menunggu-nunggu kedatangan 14 Februari setiap tahun untuk meraikan Hari Kekasih atau Valentine's Day.

Walhal sudah terang lagi bersuluh bahawa perayaan sedemikian haram disambut oleh umat Islam.

Majoriti tokoh agama menyatakan bahawa menyambut atau meraikan Hari Kekasih adalah bertentangan dengan syarak. Menurut Panel Kajian Akidah dan Panel Kajian Syariah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) amalan ini adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan amalan merayakan Hari Kekasih tidak pernah dianjurkan oleh Islam.

Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Malangnya, tahap iman yang nipis di kalangan remaja Islam menyebabkan mereka terpedaya dan termakan hasutan syaitan sehinggakan amat gembira menyambut Hari Kekasih.

Dalam bab meniru perbuatan kaum terutama yang bukan Islam, ingatlah sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah dari kalangan mereka". (riwayat Abu Daud)

Ringkas cerita, golongan begini masih tidak yakin akan janji Allah tentang seksaan api neraka bagi golongan yang membantah dan mengingkari perintah Allah.

Islam memang menggalakkan umatnya berkasih sayang. Namun, Islam menyediakan garis panduan dalam berbuat demikian.

Yang jelas, sambutan Hari Kekasih tidak termasuk dalam senarai tersebut. Dengan yang demikian, orang mukmin akan berusaha agar tidak terperangkap atau terpedaya dengan sebarang tipu muslihat ke arah itu.

Kasih sayang yang diajar oleh Islam itu sifatnya suci. Ia membawa umatnya kepada lebih mendekatkan diri kepada Allah. Bukannya mendorong kepada perbuatan maksiat atas nama cinta.

Kalau diperincikan, sambutan Hari Kekasih mendorong kepada hal yang berikut iaitu memandang wanita yang tidak halal baginya. Apabila memandang timbul keinginan syahwat untuk menyentuh wanita yang bukan mahram, berkhalwat dan berpacaran (couple).

Adegan-adegan ini kemudiannya 'dihangatkan' lagi oleh syaitan sehingga berakhir dengan perbuatan zina. Kononnya sebagai membuktikan rasa kasih sayang antara pasangan tersebut.

Nabi SAW bersabda yang maksudnya: Janganlah seorang lelaki berkhalwat dengan seorang wanita kecuali dia disertai mahramnya, kerana yang ketiga di antara keduanya adalah syaitan. (riwayat Muslim)

Menzahirkan kasih sayang kepada kekasih perlu ada batasan selaras dengan fitrah manusia. Kasih sayang di antara lelaki dan perempuan tidak boleh hanya dengan janji manis di bibir.

Sebaliknya, ia perlu diikat dengan ikatan akad yang mampu menyimpul ikatan kukuh bagi menjamin zuriat, akhlak dan peribadi. Ikatan itu dinamakan sebagai perkahwinan.

Lelaki yang bergelar suami apabila kasihkan isteri dan anak-anaknya sanggup melakukan pelbagai cara untuk menyelamatkan mereka daripada kesulitan dan kepayahan hidup.

Inilah perintah Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Selamatkan diri kamu dan anggota keluarga kamu daripada api neraka. (at-Tahrim: 6)

Malangnya, tidak ramai suami dan juga bapa yang mampu melakukan hal yang serupa untuk menyelamatkan ahli keluarganya daripada azab api neraka yang pasti menimpa golongan yang mengingkari perintah Allah.

Mereka gagal melihat kaitan antara perbuatan di dunia dengan balasan di akhirat. Ini antara lain akibat tidak yakin dengan azab neraka Allah.

Ibu bapa yang reda membenarkan anak-anak tidak kira lelaki atau perempuan berdua-duaan menyambut Hari Kekasih secara tidak langsung tidak sayang kepada anak-anak.

Bagi anak-anak yang barangkali 'rimas' dengan leteran ibu bapa kerana menghalang mereka menyambut Hari Kekasih, ingatlah hidup di dunia ini hanya sementara sedangkan kehidupan di akhirat itu adalah abadi.

Apa yang kita lakukan sama hayat ini adalah pelaburan yang akan kita nikmati dividennya di akhirat. Justeru, jangan disia-siakan umur yang Allah kurniakan kepada kita.

Jangan kerana keseronokan selama satu dua jam bersama pasangan kekasih menyebabkan kita diseksa dan diazab selama beratus-ratus tahun lamanya dalam neraka Allah kelak.

Lebih teruk lagi, jika membawa kepada zina, bayangkan nasib malang yang bakal menimpa diri dan anak tersebut.

Sudahlah 'ibu bapa' anak zina itu tidak sah nasabnya - bermakna status anak itu dengan 'ibu bapa' tadi adalah seperti orang biasa. Mereka bukan mahram, 'bapanya' tidak boleh mewalikan anak perempuannya, tidak boleh mewarisi harta dan akan menghadapi tekanan emosi yang amat hebat untuk berdepan dengan masyarakat kelak.

Untuk itu, marilah kita bersama-sama berusaha membanteras budaya yang bertentangan dengan ajaran Islam. Ia supaya umat Islam dan generasi muda kita khususnya tidak membesar dengan amalan-amalan yang sengaja diada-adakan oleh musuh-musuh Islam.

Sebagai ibu bapa, inilah antara masa dan peluang bagi kita menyelamatkan anak-anak daripada terus dihanyutkan oleh kehidupan yang melalaikan.

Ingatlah, hanya anak-anak yang soleh akan mendoakan kita selepas kematian kita kelak.

jika keluarga peminjam diburu ah long dari blog bersama mazidul

Sebilangan manusia menganggap berada di dalam tahanan polis lebih selamat. Di jel atau penjara, pemberi pinjam hutang tanpa lesen, 'Ah Long', tidak mampu untuk mendesak mahupun mengugut peminjam.

Namun Ah Long kekadang bertindak secara bijak, mereka kemudian menganggu keluarga peminjam.

Kes ini berlaku seperti diceritakan oleh blogger, Kak Jee di entri terkini beliau, klik di sini.

Semua harus tahu, Seksyen 506 Kanun Keseksaan, bersabit ugutan jenayah. Maksudnya, jika sesiapa melontarkan ugutan berbaur ancaman terhadap tubuh badan atau harta benda, tindakan boleh dilaksanakan menggunakan Seksyen terbabit.

"Aku pecah muka engkau kalau tidak membayar hutang"

Kenyataan itu satu contoh ancaman terhadap tubuh badan.

"Aku bakar rumah engkau kalau tidak membayar hutang"

Itu contoh ancaman terhadap harta benda.

Jika Ah Long mengeluarkan kenyataan seperti di atas atau apa jua ayat berbentuk ancaman terhadap tubuh badan atau harta benda, mangsa boleh membuat laporan polis.

Sebelum ini, majoriti kita pernah membaca di akhbar atau menonton kes ahli keluarga terdekat seperti ibu dan isteri peminjam wang Ah Long bertemu Datuk Michael Chong.

Mengapa?

Mengapa mereka mengadu kepada beliau? Kerana mangsa sekaligus berpeluang memberikan penjelasan menggunakan media. Mangsa cuma ingin menyatakan, mereka bukan peminjam sebenar lalu mengapa harus menjadi buruan Ah Long?

Sebaik tersiar di media, kes terbabit akan menjadi tumpuan sekaligus menarik perhatian pihak polis. Saya percaya, Ah Long menjadi kecut perut untuk meneruskan pemburuan mereka selepas itu. Untuk rekod, MCA dan UMNO mempunyai Biro Aduan, berfungsi membantu kes bersabit Ah Long.

Ah Long memberi pinjam wang dengan bunga berlipat kali ganda kerana bunga itu kaedah mereka meraih keuntungan. Tidak hairan jika mereka sedaya-upaya cuba mengutip wang pinjaman. Apapun kaedah mereka gunakan itu bercanggah dengan undang-undang perbankan di Malaysia. Oleh itu, kita tidak pernah mendengar Ah Long menyaman peminjam di mahkamah kerana gagal menjelaskan pinjaman. Saya juga berasa amat yakin, Ah Long tidak sanggup membunuh keluarga terdekat peminjam hanya kerana sejumlah wang dipinjamkan. Wang boleh dicari tetapi jika mereka diberkas kerana membunuh, Ah Long akan berhadapan hukuman gantung sampai mati.

Percayalah, Ah Long juga takut mati.

Cuma mereka bijak menciptakan tekanan sekaligus memalukan peminjam serta ahli keluarga. Jika Ah Long di Malaysia benar-benar hebat dan berani, mengapakah sebelum ini mereka sekadar berani menyimbah cat ke kereta atau rumah peminjam sahaja? Firasat saya, jika mereka berani mati demi untuk mengutip semua wang dipinjamkan, mengapa tidak dibaling rumah mangsa dengan bom tangan atau tembak sahaja peminjam?

Jawabannya mudah. Jika peminjam mati, 100% mereka tidak berpeluang mendapatkan kembali wang dipinjamkan.

Sekaligus, saya yakin Ah Long terbabit tidak tergamak untuk mencederakan terutama ibu mengandung anak kembar.

Jadi, berikut saranan saya.

1. Suami mangsa lambat laun harus cuba menjelaskan wang dipinjam.

2. Isterinya harus membuat laporan polis berhubung kes dihadapi jika membabitkan Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Pergilah bertemu pegawai polis untuk meminta nasihat dan pandangan. Saya yakin, dalam hal ini, polis akan membantu secara telus.

3. Dapatkan bantuan Datuk Micahel Chong, MCA atau lebih molek Biro Bantuan UMNO untuk menarik perhatian media. Sebelum ini mereka telah menolong ramai mangsa seperti wanita diperkatakan.

4. Selepas melahirkan anak kelak, carilah pekerjaan seperti biasa dan pastikan sentiasa berhubung dengan balai polis terdekat. Ah Long sebenarnya terikat dengan undang-undang dan mereka juga gentar dengan tindakan pihak polis. Di Malaysia, tiada siapa kebal dari tindakan undang-undang.

5. Panjatkan doa kepada Allah agar diri diselamatkan di dunia dan di akhirat. Percayalah, Allah itu memakbulkan doa insan teraniaya.

6. Anak kembar di dalam kandungan itu tidak bersalah dan terbabit dalam kes ini. Lahirnya mereka ke dunia ini mengundang rezeki Allah.

'JENAYAH MEMBAWA PADAH'

Tuesday, February 7, 2012

kembar 4

Dapat kembar empat selepas tiga tahun menanti


NORBAZILAH Amin (kiri) dan Mohd. Sazalee Mohd. Hilal gembira memangku empat anak kembar mereka di Taman Sri Mas, Muar, Johor, kelmarin.


MUAR 7 Feb. - Penantian sepasang suami isteri, Norbazilah Amin, 27, dan Mohd. Sazalee Mohd. Hilal, 35, untuk memiliki cahaya mata sejak tiga tahun lalu berbaloi apabila dikurniakan kembar empat pada 14 Oktober lalu.
Kembar empat tidak seiras itu, terdiri daripada tiga perempuan iaitu Sherlea, Seliesha, Shazrica dan seorang lelaki Shazrick dilahirkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Menceritakan pengalaman mengandung dan melahirkan keempat-empat mereka, Norbazilah, yang bekerja sebagai jururawat di PPUM terpaksa mengambil cuti setahun sepanjang tempoh itu.
"Ini kerana kesihatan yang tidak menentu dan dalam tempoh itu saya sering berulang-alik ke PPUM untuk mendapat pengawasan rapi daripada doktor.
"Saya tidak boleh makan dan hanya minum untuk mengalas perut yang lapar. Akhirnya saya bersalin menerusi pembedahan pada usia kandungan mencecah tujuh bulan empat hari," katanya ketika ditemui pada majlis cukur jambul bayi kembar empat itu di rumah ibu bapanya di Taman Sri Mas, di sini semalam.
Menurutnya, kesukaran bermula pada minggu ke-10 kehamilan sehingga saat untuk bersalin dan selepas itu melalui pula pengalaman baru menguruskan semua anaknya.
"Meskipun pada mulanya agak kelam-kabut kerana anak-anak saya akan terjaga selang 10 minit setiap seorang untuk minum susu, tetapi sekarang sudah biasa ditambah pula suami banyak membantu," katanya.
Mereka memperoleh empat bayi sekali gus selepas menjalani rawatan permanian beradas (IUI) di PPUM selepas tiga tahun tidak dikurniakan cahaya mata.
Bagaimanapun, doktor memberitahu bahawa potensi untuk hamil dengan cara itu hanya 10 peratus tetapi dia amat terkejut selepas usia kandungan mencecah lapan minggu apabila dimaklumkan mengandung bayi kembar empat.
Pasangan berkenaan bersyukur dikurniakan empat cahaya mata yang mempunyai karakter berbeza dan kini menjadi penyeri rumah tangga mereka.
Norbazilah dan suami yang menetap di Pangsapuri Mentari Court, Petaling Jaya, Selangor terpaksa membawa empat bayi tersebut ke kediaman bapanya, Amin Zainal Abidin, 62, dan ibu, Rohana Sintal, 55, untuk dijaga oleh mereka.
"Saya tidak punya pembantu rumah dan terpaksa membawa semua bayi saya ke kampung supaya ibu bapa saya dapat membantu menjaganya," katanya.

Monday, February 6, 2012

sebat kerana berzina dari blog flying kick

INI KESAN SEBATAN KERANA BERZINA!!!


Seorang pembantu rumah warga Filipina dan kekasihnya yang merupakan seorang warga Bangladesh telah menerima hukuman sebat 100 rotan kerana kesalahan melakukan hubungan seks luar nikah. Pembantu rumah warga Filipina itu juga dihalau dari Emeriyyah Arab Bersatu (UAE).

Bagaimanapun sebelum dihalau keluar, wanita warga Filipina itu telah dijatuhi hukuman sebat sebanyak 100 kali. Manakala kekasihnya, warga Bangladesh disebat 100 rotan dan dipenjara setahun kerana bersalah menceroboh rumah majikan kekasihnya.

Kesemua pekerja asing di UAE dan beberapa negara Teluk yang lain mewajibkan para pekerja asing mempunyai penaja dari kalangan penduduk tempatan bagi membolehkan mereka bekerja di negara-negara tersebut. Dalam beberapa kes, majikan memegang pasport pekerja asing mereka dan boleh menolak sekiranya pekerja asing itu ingin berpindah atau menukar tempat kerja.

Dalam kes ini, majikan pembantu rumah warga Filipina itu telah terserempak dengan kekasih pekerjanya yang sedang tergesa-gesa meninggalkan rumahnya. Majikan tersebut segera membuat laporan polis.

Siasatan kemudian membawa kepada pengakuan pasangan kekasih warga asing itu yang mereka telah beberapa kali melakukan zina di dalam rumah majikan tersebut.

UAE sekalipun merupakan negara Arab yang kelihatan sekular, namun hukuman syariah yang ketat digunakan. Dalam hal perzinaan, pesalah Muslim akan dirotan, manakala pesalah bukan Muslim pula akan dipenjara serta dihalau keluar sekiranya warga asing.

Yang anehnya, di negara sendiri hukuman bukan main ketat, tapi bila tengok gelagat warga UAE di Malaysia, kalah orang Barat yang tidak ada agama, terutama sekali di Bukit Bintang!!!

Sunday, February 5, 2012

buat telur masin

Cara Membuat Telur Itik Masin
30 Mei

Setiap kali ke gerai ataupun restoran makanan, saya selalu melihat telur masin yang dibelah dua, dan adakala saya mengambilnya untuk dimakan bersama dengan nasi, dan adakalnya saya hanya memandangnya sambil menangguhkan hasrat di hati. hehehe.. Secara tidak langsung, hari ini saya menemui maklumat mengenai cara membuat telur itik masin. Bukankah mudah kalau ia dibuat sendiri, dan boleh juga dibuat untuk menambah sumber pendapatan? Em, rezeki Allah terbentang luas di mana-mana. Selamat membaca semua…

Pendahuluan

Telur masin adalah telur yang diawet yang disediakan dari telur itik. Telur masin merupakan makanan yang berkhasiat. Proses pengawetan telur masin adalah satu proses yang mudah, ringkas dan menguntungkan. Proses yang dilakukan tidak melibatkan peralatan yang mahal. Memandangkan kandungan zat pemakanannya yang tinggi, telur masin amatlah sesuai dijadikan sumber makanan protin.

Bahan Mentah

Bahan yang diperlukan untuk mengeluarkan 2500, 500 atau 100 biji telur masin:-
BAHAN 2500 biji 500 biji 100 biji
Telur Itik (biji) 2500 500 100
Garam Halus (kg) 18.0 3.6 0.72
Tanah Liat kering (tanah warna kuning) (kg) 22.5 4.5 0.70
Air (liter) 15 5.0 0.60
Sekam Padi yang dibakar hitam (kg) 6.25 1.25 0.25

Cara memproses

Telur itik dipilih dari jenis bermutu tinggi. Telur yang mempunyai kuning telur yang kemerah-merahan adalah lebih sesuai kerana ia akan menghasilkan telur yang bermutu tinggi.

Telur dibasuh untuk membersihkan segala kotoran yang melekat pada kulitnya.
Tanah liat dikeringkan, ditumbuk halus dan diayak untuk memudahkan penyediaan perekat (paste).
Perekat disediakan dengan membancuh tanah liat, garam halus dan air di dalam bekas sehingga sebati.
Telur dicelup ke dalam perekat agar satu lapisan perekat menyaluti telur tersebut.
Telur tersebut kemudiannya digolekkan di atas sekam padi bakar (hitam) sehingga keseluruhan telur tadi disaluti sekam padi dan lapisan asal (perekat) tidak tanggal.
Telur dimasukkan ke dalam kotak kayu dan disimpan selama 25 – 30 hari sebelum dijual.

Sumber:http://www.jphpk.gov.my

Friday, February 3, 2012

blackberry tiruan

Suri rumah beli Blackberry tiruan

WALAUPUN pada masa kini, terdapat pelbagai sumber untuk mengetahui maklumat mengenai sesuatu barangan, namun segelintir individu di negara ini masih mengabaikan tentang perkara tersebut.

Keghairahan membeli sesuatu barangan sehingga tidak memeriksa ketulenan barang tersebut akan menyebabkan para pengguna sering tertipu dengan kata-kata manis penjual.

Sebagai pengguna, kita sepatutnya peka untuk memeriksa maklumat sesuatu barangan terlebih dahulu sebelum bersetuju dalam sebarang urusan jual beli.

Itulah kisah yang berlaku ke atas seorang suri rumah bernama Teo Choong Kiang, 40, yang membeli seunit telefon pintar jenis Blackberry di sebuah kedai telekomunikasi, baru-baru ini.

Tindakan wanita itu membeli Blackberry berharga RM941 tanpa mengetahui bahawa ia merupakan telefon bimbit tiruan menyebabkan pengguna terbabit mengalami kerugian apabila alat telekomunikasi itu rosak selepas sehari Choong Kiang menggunakannya.

Dia kemudiannya menghantar telefon bimbit tersebut ke kedai terbabit untuk dibaiki tetapi pekerja di kedai berkenaan memberitahu Choong Kiang bahawa telefon pintar terbabit akan diganti dengan telefon bimbit yang baru.

Tidak lama kemudian, telefon pintar gantian itu turut rosak semula dan wanita itu sekali lagi menghantarnya untuk dibaiki. Tatkala itu, Choong Kiang baru mengetahui bahawa Blackberry terbabit merupakan barangan tiruan selepas diberitahu oleh pekerja kedai berkenaan.

Selepas mengetahui perkara berkenaan, Choong Kiang dengan segera mengemukakan aduan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di ibu negara bagi menuntut ganti rugi dari kedai telekomunikasi itu.

Presiden tribunal, Maznah Haron yang mendengar kes itu baru-baru ini, mengarahkan kedai telekomunikasi tersebut yang dinamakan sebagai penentang memulangkan semula wang RM941 kepada Choong Kiang dalam tempoh 14 hari.

Maznah mengeluarkan award berkenaan selepas penentang gagal hadir untuk mengemukakan pembelaan ketika kes itu didengar di hadapannya.

Sekiranya kedai itu gagal berbuat demikian, suri rumah tersebut boleh melaporkan kepada Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk tindakan lanjut.

Maznah turut sempat menasihatkan Choong Kiang agar memeriksa maklumat sesuatu barangan dengan bertanyakan kepada rakan-rakan atau melayari laman web terlebih dahulu sebelum membeli sesuatu barang.