Monday, March 26, 2012

keluar universiti usaha sendiri

Masuk universiti bukan tiket dapat kerja

Oleh Siti Salmiah A Hamid
rencana@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
SETIA... tugas pertahankan negara harus dipandang mulia.
SETIA... tugas pertahankan negara harus dipandang mulia.
ADA suara sumbang kedengaran tatkala segelintir masyarakat memperkatakan isu mengenai kadar pengangguran graduan yang masih tiada kesudahan.
Antara puncanya ialah graduan tidak berhati-hati �memilih program pengajian yang mampu menawarkan peluang kerjaya cerah usai pengajian.
   
  • Foto USAHA... semua bidang kerja memerlukan pengetahuan yang tinggi.
  • Foto CABARAN... tugas sebagai terapi kanak-kanak kurang upaya memerlukan kesabaran.
  • Foto SENI... kepakaran diperlukan dalam apa juga bidang termasuk muzik.
  • Foto MINAT... memiliki segulung ijazah tidak menghalang seseorang untuk bekerja sendiri.
Kebanyakan mereka hanya mahu status sebagai mahasiswa menara gading dan tidak kisah program ditawarkan.

Dan, ada beranggapan, program tidak popular itu seharusnya dihentikan kerana tidak mampu membantu graduan merangka kerjaya cemerlang berbanding program kritikal.
Click Here


Persoalannya, benarkah program kurang popular tidak boleh menyumbang terhadap pembangunan negara? Apa pula nasib dan masa depan program terbabit?

Dekan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Zaid Ahmad, berkata penilaian positif serta adil harus diberikan kepada program tidak popular ini dan mengetepikan tanggapan skeptikal serta prejudis.

Beliau berkata, biarpun dikatakan banyak menyumbang kepada peningkatan jumlah pengangguran graduan, ia lebih bersifat berat sebelah.

“Program tidak popular tiada kaitan dengan isu pengangguran di kalangan graduan. Itu tohmahan semata mata yang bukan saja boleh menggugat masa depan malah menyekat kelangsungan perjalanan ilmu.

“Mengaitkan program ini juga sebagai tiada pasaran kerja berbanding program kritikal turut tidak benar. Setiap program ditawarkan ada peranan tersendiri.

“Semuanya disatukan bagi menjana pembangunan masa depan yang saling memerlukan antara satu sama lain, jadi jangan anak tirikan program ini dengan pelbagai persepsi buruk,” katanya.

Menurutnya, setiap program yang diwujudkan mempunyai asasnya sendiri dan berpaksi kepada permintaan serta kejayaan yang hanya boleh dinilai dalam jangka panjang.

Apatah lagi katanya, program ini menjadi antara asas utama mewujudkan pemantapan ekonomi dan pembangunan sosio budaya.

“Setiap program ada sumbangannya tersendiri. Biarpun keadaan masa kini lebih berpihak kepada program kritikal dan berdaya saing, program sedia ada masih relevan.

“Ia masih menyokong dan memperkukuhkan kepentingan pelbagai sektor dalam industri. Justeru, jangan sesekali menafikan kepentingan program ini,” katanya.

Dikaitkan juga sebagai program tidak laku, ia se�olah-olah dipandang sinis segelintir masyarakat yang beranggapan program ini tidak mempunyai masa depan
di peringkat global.

Apatah lagi bilangan graduan yang memasuki pekerjaan tidak selari program diikuti di menara gading ibarat memperkukuhkan tanggapan ia patut ditamatkan.

Beliau berkata, fenomena industri global yang lebih memberi fokus terhadap graduan aliran berprestij tidak boleh dijadikan alasan untuk mengetepikan graduan program sedia ada.

Malah katanya, pemilihan kerjaya yang berlainan program aliran tidak boleh dijadikan kayu ukuran sebaliknya membawa banyak kelebihan.

“Apa salahnya jika graduan berkenaan ‘lari’ dari pengkhususan diambil di universiti?

Ia bukan satu pembaziran tapi cabaran.

“Perlu difahami, universiti bukanlah tempat yang memberi jaminan seseorang itu mampu memperoleh pekerjaan sebaliknya ia pusat penimbaan dan perkembangan ilmu.

“Masuk universiti, perlu kena belajar dan sebaik saja tamat, gunakan ilmu itu menjadi manusia berguna. Tiada jaminan graduan akan memperoleh pekerjaan seperti mana diingini,” katanya menambah walaupun tidak popular masih ramai yang memohon program itu.

“Ini membuktikan program ini masih mendapat kepercayaan ramai dan mampu menawarkan peluang pekerjaan.

“Kita perlu akur,bukan semua pelajar pandai dan mampu mengikuti pengajian program prestij.

“Malah lebih baik memilih program yang boleh memberi kelebihan seperti kemampuan memperoleh keputusan cemerlang daripada cukup makan atau gagal,” katanya.

Pada masa sama, program berkenaan juga diselarikan dengan pelbagai aktiviti dan kemahiran bagi memenuhi kehendak majikan.

Menurutnya, setiap institusi sudah menyediakan modul tertentu bagi membantu melonjakkan lagi kemampuan graduan tanpa mengira sama ada ia program berkepentingan atau tidak.

“Universiti juga proaktif dan peka, sebab itu banyak aktiviti dan pemantapan kemahiran disediakan. Ia terbuka pada semua tanpa mengira jurusan program.

“Semua berpeluang mengikutinya demi meningkatkan lagi piawaian diri ke tahap yang boleh diterima industri.

“Saya percaya, industri juga masih lagi menyediakan peluang besar kepada setiap graduan pelbagai program. Justeru tidak perlu ‘bertikam lidah’ dengan isu program yang dikatakan tidak popular ini,” katanya.

Beliau percaya graduan yang gagal memperoleh pekerjaan kerana mereka tidak optimis, sentiasa memilih kerja juga tidak berkemahairan.

“Program hanya asas yang berperanan menentukan pilihan kerjaya namun majikan masa kini juga mahukan calon berkemahiran tinggi.

“Andai kata calon itu menepati kriteria dan keinginan majikan, dia pasti diterima.

“Untuk itu, lengkapkan diri dengan kemahiran sejajar kehendak industri dan jangan jadikan alasan program tidak popular sebagai penyebab musnahnya masa depan,” katanya.

Bagi penolong pengurus sumber manusia dan pentadbiran di sebuah agensi swasta, Mohd Redza A Hamid, percaya kecekapan seseorang itu tidak boleh dinilai melalui program diikutinya.

“Berdasarkan pengalaman, saya percaya faktor utama dicari majikan ialah keyakinan diri, bakat dan sikap.

“Justeru bersikap terbuka dan jangan bergantung pada segulung ijazah semata - tama. Kita juga perlu bergerak seiring dunia semasa.

“Dan program bukan penentu kejayaan. Yang penting manfaat diperoleh darinya mampu membawa kebaikan dan keberkatan dalam hidup,” katanya.

Friday, March 23, 2012

muzik di utube jana wang

Jana pendapatan muzik di YouTube


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
MEDIA POPULAR...Smith (kiri) dan Pengurus Google Malaysia, Sajith Sivanandan pada taklimat media di Kuala Lumpur, semalam.
MEDIA POPULAR...Smith (kiri) dan Pengurus Google Malaysia, Sajith Sivanandan pada taklimat media di Kuala Lumpur, semalam.
YOUTUBE memeterai perjanjian pelesenan dengan Perlindungan Hak Cipta Karya Muzik Malaysia (MACP) yang akan membolehkan pemuzik dan komposer Malaysia meraih pendapatan di YouTube.
Pengarah pengurusan produk YouTube Asia-Pasifik, Adam Smith berkata, pendapatan akan dikumpulkan apabila iklan dipaparkan di video rakan YouTube.

“Untuk kali pertama di bawah perjanjian ini, pencipta Malaysia akan menerima bayaran daripada persatuan mereka apabila pemegang hak mengagihkannya,” kata beliau dalam taklimat media di Kuala Lumpur, kelmarin.
Sempena pelancaran ini, YouTube telah menjalinkan kerjasama perjanjian dengan syarikat media terkemuka Malaysia termasuk Astro Malaysia dan KRU Studios.

pakej kahwin rm 9.90

Kahwin RM9.90
NURULFATIHA MUAH
23 Mac 2012
Pelamin
SHAH ALAM - Dengan harga serendah RM9.90 untuk seorang, ‘semua orang boleh kahwin’.

Itu slogan yang menjadi trademark pakej baru ditawarkan perunding perkahwinan, Kamalinda Catering, Event and Wedding Planner (Kamalinda).

Pemiliknya, Ashraf Mohammed berkata, melalui pakej dengan minimum 1,000 tetamu itu, pelanggan memperoleh set makanan pilihan, lima kanopi termasuk khemah pengantin dan pelamin 10 kaki lebar.

“Kita sedia maklum orang yang hendak kahwin ini memerlukan kos tinggi, jadi kami cuba ambil pendekatan dengan kurangkan perbelanjaan mereka.

“Buat masa ini, sambutan pakej ini sangat menggalakkan. Sejak dilancarkan Februari lalu, kita sudah dapat 30 tempahan,” katanya pada Majlis Perasmian Galeri Perkahwinan Kamalinda, di sini, semalam .

Ashraf berkata, pihaknya turut menawarkan pakej ulang tahun perkahwinan dengan harga serendah RM59.90.

Kamalinda katanya, turut mendapat kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk menggunakan Stadium Shah Alam, di sini menggantikan penggunaan dewan sebagai lokasi perkahwinan dalam usaha untuk mempromosikan kawasan itu.

“Ini pertama kali kita adakan program di stadium ini, kami tunjukkan situasi sebenar majlis berlangsung di mana pelbagai pakej perkahwinan yang kami tawarkan dengan tema Perancis, taman, Arab, ‘Funky’ dan elegan kontemporari, pelanggan boleh pilih tema dan konsep mengikut bajet mereka,” katanya.

Setelah 13 tahun beroperasi, lebih 250 pelanggan hadir dalam majlis itu untuk menyaksikan sendiri pakej yang ditawarkan Kamalinda.

Seorang pelanggan, Zulianee A Rahim, 25, berkata, dia yang merancang berkahwin hujung tahun ini memilih pakej RM9.90 kerana harganya yang disifatkan sangat berpatutan.

“Promosi yang mereka jalankan bagus kerana saya bersama keluarga dapat lihat sendiri keadaan sebenar ketika majlis perkahwinan nanti, bukan setakat tengok gambar saja,” katanya.

Sebarang pertanyaan lanjut berhubung pakej perkahwinan boleh menghubungi Alynn di talian 019-311 3291.

khatam al quran

Risau belum khatam 30 juzuk al-Quran

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

SAYA sudah berumur 21 tahun. Saya mula mengaji ketika berusia 7 tahun dengan bapa saudara. Namun pada usia 16 tahun saya masih tidak dapat menghabiskan 30 juzuk al-Quran kerana tinggal di asrama.

Jadi saya hanya sempat mengaji al-Quran hingga juzuk ke 16 saja. Apa hukumnya jika terjadi perkara sebegitu?

Setahu saya, untuk khatam al-Quran mesti ada guru yang menyemak keseluruhan bacaan kita.

MIE,

Kedah



KEDUDUKAN al-Quran dalam Islam begitu penting. Ia adalah wahyu Allah yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w sebagai panduan kepada umat Islam dalam menjalani kehidupan seharian.

Membaca al-Quran (tilawat al-Quran) dikira sebagai perbuatan sunat yang sangat digalakkan dalam Islam.

Menurut Rasulullah, secepat bacaan dalam menghabiskan bacaan al-Quran adalah dalam masa tiga hari selain seminggu atau sebulan.

Menurut Imam al-Ghazali, menghabiskan bacaan al-Quran dalam masa sebulan sudah dikira kurang baik. Bagi Imam al-Ghazali, khatam al-Quran yang terbaik adalah dalam masa seminggu.

Secara umumnya itulah sikap masyarakat Islam awal yang begitu mengambil berat mengenai al-Quran ini.

Justeru saya menyeru supaya saudara menamatkan atau mengkhatam bacaan al-Quran itu dengan berguru.

Ini kerana guru dapat membetulkan bacaan dan tajwid. Sekarang ini terdapat kelas-kelas membaca al-Quran.

Seterusnya saudara boleh mengamalkan membaca al-Quran sama ada seperti di atas atau sekadar yang mampu.

Ini kerana banyaknya ganjaran sunat apabila mengamalkan bacaan al-Quran secara berterusan.

kelab falak

Kelab Falak SAMTTAR pikat generasi muda


AHLI Kelab Falak SAMTTAR mencuba mengunakan kompas dan tiang istiwa' untuk mencari arah kiblat .


KEGEMILANGAN kerajaan Islam telah meninggalkan banyak khazanah yang bernilai khususnya dalam bidang keilmuan sehingga membuka lembaran baharu terhadap perkembangan ilmu pengetahuan.
Malah khazanah yang ditinggalkan itu tidak sedikit pun dimamah zaman memandangkan teori-teori yang dibangunkan para ilmuan Islam dahulu masih digunapakai hingga kini.
Namun biarpun permulaan kajian terhadap lapangan ilmu dimulakan di era kemasyhuran tamadun Islam, ada antara bidang ilmu itu kini lebih terarah kepada dunia Barat. Ilmu falak misalnya, sering dibariskan dengan nama-nama besar ahli falak Barat sedangkan bidang ini telahlebih dahulu dipelopori cendekiawan Islam.
Nama-nama seperti Ibnu Battuta, Al-Khawarizmi, Al-Battani, Al-Majriti dan Omar Kayyam adalah antara tokoh tersohor ilmuan Islam bidang falak.
Lantas sedar akan perlunya bidang itu disemarakkan semula di kalangan umat Islam terutamanya kalangan generasi mudanya, Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah (SAMTTAR), Sungai Manggis, Banting, Kuala Langat, Selangor, telah mengambil inisiatif menubuhkan kelab falak bagi menarik minat pelajar untuk menceburi bidang tersebut.
Mengambil peluang yang dihulurkan oleh Jabatan Mufti Selangor melalui bahagian falaknya, SAMTTAR merealisasikan penubuhan kelab tersebut bersama dengan sembilan sekolah lain di seluruh Selangor.
Menurut Guru Penasihat kelab itu, Kartinah Masron, pihak sekolah tidak mahu ketinggalan dalam membuka minat para pelajarnya untuk mendekati bidang falak apabila jabatan mufti negeri menghulurkan jalan ke arah itu.
Katanya, bidang falak adalah antara lapangan ilmu yang penting kepada manusia kerana ia berkait rapat dengan kehidupan.
"Melalui ilmu falak kita dapat belajar kaedah atau cara menentukan arah kiblat dan waktu solat dan itu sudah tentu dapat memudahkan urusan solat kita.
"Selain itu, bidang ini juga dapat mendekatkan dan mengingatkan kita terhadap keagungan Allah SWT," katanya ketika ditemui Mega, Utusan Malaysia, baru-baru ini.
Menyambung bicara, Kartinah memberitahu, objektif utama penubuhan kelab tersebut untuk mengembang dan memberikan pendedahan kepada pelajar berkenaan ilmu falak kerana ia merangkumi setiap kejadian di langit dan di bumi.
"Setiap ciptaan itu ada sebabnya, jadi dengan pendedahan dan kajian ilmu falak akan dapat merungkai rahsia yang tersimpan di sebalik setiap ciptaan.
"Kita juga dapat memberikan peluang kepada pelajar untuk mempelajari kaedah cerapan anak bulan dan kewujudan planet-planet di angkasa.
"Biarpun pelajar apabila tamat alam persekolahan nanti tidak memilih untuk meneruskan pengajian dalam bidang falak, kita harap apa yang mereka pelajari itu dapat dijadikan ilmu sampingan.
"Bagaimanapun besar harapan kami sekiranya suatu hari nanti dapat melahirkan seorang tokoh falak moden di masa hadapan," ujarnya.
Bercerita lanjut, Kartinah memberitahu, dengan tertubuhnya kelab itu, pihak sekolah dapat menunjukkan kepada pelajar akan kegemilangan Tamadun Islam lampau melalui penemuan para ilmuan dalam mengembangkan ilmu falak.
"Bidang falak ini dipelopori oleh para cendekiawan Islam sehingga teori dan kajian mereka masih lagi digunakan sekarang Jadi melalui kelab ini kita cuba untuk menonjolkan kehebatan ilmuan Islam kepada para pelajar.
"Contohnya seperti Ibnu Battuta yang mengembara dunia hanya berbekal rubu' mujayyab yang diciptanya selain peralatan yang dicipta oleh ilmuan lain," jelasnya.
Sementara itu, pengerusi kelab, Muhammad Al-Fateh Ahmad Sapian merasa teruja apabila berkesempatan untuk mendalami ilmu falak kerana ia sedikit sebanyak mendekatkan dirinya dengan Allah.
"Saya merasa gembira dan semakin teruja apabila dapat melihat keunikan dan keindahan bintang-bintang, planet dan astroid yang bertaburan di dada langit.
"Malah semakin banyak saya melihat dan belajar berkenaan ilmu falak, ia membuatkan saya semakin dekat dengan Allah," jelas pelajar tingkatan enam bawah itu.
Berkongsi rasa yang sama, Muhammad Naem Misbah pula tidak segan untuk meluahkan hasratnya yang ingin memiliki sebuah teleskop suatu hari nanti.
Baginya, dengan melihat keindahan binatang-bintang yang menyuluh kegelapan malam membuatkan dirinya tenang dan gembira.
"Sebenarnya banyak lagi ciptaan Allah yang masih belum diketahui dan dengan aktiviti kelab falak yang direncanakan, sedikit sebanyak membuka mata saya akan kebesaran Allah.
"Ilmu falak ini luas dan banyak rahsia yang dapat diungkap apabila kita mendalaminya. Biarpun sibuk dengan aktiviti lain, saya akan pastikan penglibatan dalam kelab falak tidak terganggu," jelasnya.
Sependapat dengan dua rakannya, Muhammad Syafiq Suhiman pula memberitahu, dia cukup teruja untuk menggunakan peralatan seperti tiang istiwa', rubu' mujayyab, dan teleskop setiap kali mengikuti aktiviti kelab tersebut biarpun baru pertama kali menyertainya.
Ujar pelajar yang bakal menduduki Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) itu, dengan mendalami ilmu falak membuatkan dirinya merasai kebesaran Allah, selain dapat mempelajari benda baharu.
"Dulu saya tidak berapa tahu mengenai kejadian objek-objek di angkasa serta kaedah untuk menentukan arah kiblat tetapi selepas mengikuti aktiviti dan mendengar kuliah yang dianjurkan kelab, sedikit sebanyak menambahkan pengetahuan saya.
"Lagipun bagi saya ilmu falak ini penting kerana dengan mempelajarinya, ia dapat membantu dalam menentukan arah kiblat yang sudah tentu penting untuk ibadat kita," katanya yang juga merupakan setiausaha kelab tersebut.

kuasai ilmu falak

Umat Islam wajib kuasai ilmu falak


SEBANYAK enam alat teleskop dibawa oleh Unit Falak, JMNS.


MANUSIA pernah berpandukan cakerawala sebagai rujukan terpenting dalam menjalani kehidupan.
Malap yang gelap-gelita tanpa kerlipan bintang di angkasa pasti akan menyebabkan manusia merasa kerana ia menjejaskan aktiviti kehidupan.
Apa tidaknya, pelayar di lautan akan keliru dan hilang arah haluan apabila bintang terlindung dek awan tebal atau cuaca buruk.
Ini kerana, tiada sebarang alat pandu arah yang tepat boleh digunakan oleh nakhoda untuk menuju ke sesuatu destinasi pada masa itu.
Bukan itu sahaja, kepentingan alam semesta itu juga boleh mempengaruhi amal ibadat seorang Muslim. Ibadat tidak dapat dilakukan dengan sempurna sekiranya tidak merujuk kepada cakerawala.
Ketiadaan bintang amat dikhuatiri oleh para musafir Muslim kerana perintah solat dan berpuasa amat memerlukan panduan kepada perubahan edaran bulan dan bintang. Ia perlu bagi menentukan masuknya waktu solat lima waktu, arah kiblat dan juga hari penting umat Islam seperti awal Ramadan.
Selain kelihatan cantik menghiasi langit, bintang dan seluruh ciptaan alam semesta mempunyai makna yang penuh rahsia dan fungsi tersendiri.
Ini bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud: Dialah yang menjadikan matahari bersinar-sinar dan bulan bercahaya, dan Dialah yang menentukan tempat-tempat peredarannya (masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan hak. Allah menjelaskan tanda-tanda kebesaran-Nya bagi kaum yang mahu mengetahui. (Yunus: 5)
Oleh itu, menjadi keperluan kepada umat Islam di setiap tempat untuk mempelajari dan mengkaji ilmu alam semesta atau dipanggil ilmu falak walaupun perubahan arus kemodenan menyediakan peralatan yang lebih mudah berbanding dahulu.
Mufti Selangor, Datuk Setia Mohd. Tamyes Abd. Wahid berkata, walaupun zaman sudah berubah kepada era teknologi, namun ilmu falak wajib dipelajari oleh umat Islam.
"Hukum mempelajari ilmu falak adalah fardu kifayah. Sekiranya tiada siapa yang mengetahui ilmu falak di sesuatu kawasan itu, maka semuanya akan berdosa. Jika ada walau hanya seorang, terlepaslah semuanya.
"Perubahan dunia kepada zaman teknologi yang serba canggih adakalanya membuatkan orang ramai kurang minat untuk mempelajari ilmu kaji bintang itu kerana mempunyai peralatan moden yang menggantikan rujukan bintang.
"Jika dulu, pelayar berpandukan bintang untuk menunjukkan arah destinasi yang ingin dituju, kini dengan didatangkan pelbagai alat teknologi canggih telah menggantikan kaedah dulu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di Jabatan Mufti Negeri Selangor (JMNS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), di Shah Alam, baru-baru ini.
Perubahan itu katanya, membuatkan orang ramai terutamanya generasi baru akan melupakan ilmu falak, secara tidak langsung mempengaruhi keyakinan mereka terhadap pencipta.
"Rupa dan bentuk alam semesta yang indah dan sentiasa berubah-rubah mengikut kiraan pastinya dapat menarik minat orang ramai untuk menyaksikannya.
"Selain mengetahui mengenai rahsia alam semesta, kelebihan mempelajari ilmu falak juga dapat menimbulkan rasa penghayatan seseorang Muslim terhadap kebesaran pencipta-Nya," katanya.
Ramai yang tidak menyedari bahawa umat Islam merupakan pengasas kepada penemuan serta kajian terhadap ilmu kaji bintang dan alam semesta sehingga ia diguna pakai di seluruh dunia.
Pun begitu, kelicikan Barat mempelajari ilmu falak dan mengembangkan ilmu tersebut kepada salah satu cabang lalu menamakannya sebagai ilmu astronomi seperti yang kita ketahui sekarang.
Sehingga diceritakan, terdapat antara pelayar terawal dunia dalam kalangan ulama terkemuka Islam telah diubah namanya oleh Barat dengan menggantikan nama baru yang tidak menggambarkan nama Islam.
Pikat orang ramai
Sehubungan itu, JMNS menganjurkan program Jom Teropong Angkasa bagi menarik minat orang ramai untuk menyaksikan keindahan alam semesta di samping mendedahkan mengenai ilmu falak.
Program yang telah memasuki tahun kedua penganjurannya itu mula diperkenalkan pada Julai 2010 oleh Jabatan Falak, JMNS.
Program diadakan pada hari Sabtu setiap bulan sehingga September ini bermula pukul 8 sehingga 11 malam di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.
Sebanyak enam teleskop akan dibawa oleh Unit Falak pada hari program berlangsung bagi kegunaan orang ramai yang hadir menyaksikan keindahan alam semesta dengan lebih jelas secara percuma.
Tamyes berkata, pihaknya memilih tarikh program berkenaan berdasarkan peristiwa astronomi paling menarik yang berlaku di negara ini setiap bulan.
"Setiap bulan, negara kita akan mengalami pelbagai peristiwa astronomi yang menarik.
"Melalui program ini, kita memilih tarikh program pada masa dan waktu yang khusus mengikut perubahan bentuk semesta bagi membolehkan orang ramai melihat keunikan alam semesta dengan lebih jelas.
"Kita juga ingin berkongsi maklumat mengenai tarikh hari yang menarik itu kepada orang ramai terutamanya penggemar astronomi. Bagi mereka yang mempunyai peralatan sendiri, boleh juga datang dan melihat angkasa bersama-sama di sini.
"Selain itu, ceramah dan taklimat ilmu astronomi juga akan disampaikan oleh pakar astronomi sebagai pendedahan kepada pengunjung yang hadir," tambahnya.
Sementara itu, Pengarah Program, Jazlan Ali berkata, berdasarkan sambutan program sebelum ini yang sangat menggalakkan daripada orang ramai, pihaknya meneruskan program tersebut.
"Unit Falak, JMNS meneruskan program ini kerana melihat kepada sambutan baik daripada orang ramai yang berminat terhadap alam semesta.
"Program Jom Teropong Angkasa mensasarkan golongan belia dan remaja kerana kumpulan ini yang akan menjadi pelapis negara pada akan datang. Ia juga secara tidak langsung dapat mengelakkan generasi muda ini terjebak dengan aktiviti tidak sihat ," katanya.

Monday, March 19, 2012

pakai kondom

Pakai kondom haid tiga bulan lewat

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

SAYA berusia 26 tahun dengan ketinggian 161 sentimeter dan berat badan 72 kilogram. Saya masih menyusukan bayi dengan susu badan. Saya baru melahirkan anak lelaki empat bulan lalu.

Selepas sebulan, saya didatangi haid selama tujuh hari. Saya juga mengambil
pil perancang. Namun saya tidak meneruskannya kerana urusan perpindahan sekolah anak dan pulang ke kediaman dari kampung kerana berpantang dua bulan.


Sebelum saya bekerja semula, saya ke klinik kerajaan dengan tujuan hendak mengambil pil perancang. Tetapi jururawat menasihatkan saya supaya tidak mengambil pil perancang kerana saya sudah dua minggu tidak meneruskan memakan pil perancang kerana dikhuatiri saya hamil dan akan menjejaskan kandungan sekiranya saya memakan pil.

Saya diberikan kondom saja. Namun sehingga kini (tiga bulan) saya masih tidak didatangi haid. Saya juga tidak merasa tanda kehamilan.

Adakah saya perlu membuat pemeriksaan kebarangkalian saya hamil atau biarkan saja memandangkan saya masih menyusukan bayi dengan susu badan? Susu itu dicampur dengan susu formula di waktu siang. Harap doktor dapat berikan nasihat mengenai persoalan saya itu.

NORIZAN,
Ulu Tiram, Johor.


ANDA tidak lagi boleh menggunakan penyusuan badan sebagai kaedah mencegah kehamilan kerana:

Anda sudah didatangi haid selepas bersalin.

Anda tidak menyusukan bayi sepenuhnya.

Bayi juga sudah berusia lebih empat bulan.

Untuk anda, penyusuan badan tidak lagi menjamin pencegahan kehamilan. Namun, ketiadaan haid masih boleh disebabkan oleh penyusuan badan itu sendiri akibat peningkatan hormon prolaktin.

Sekiranya anda sudah pun mengamalkan kaedah kondom selama tiga bulan pada setiap kali bersama serta sebelum penetrasi zakar, kemungkinan kehamilan berpunca sewaktu anda tidak memakan pil sebulan selepas bersalin sememangnya kini hampir tiada jika ujian air kencing pada usia bayi dua bulan atau tiga bulan masih negatif.

Kaedah kondom juga sangat berkesan hanya jika diamalkan mengikut aturannya.
Anda boleh berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan kehamilan, ujian ultrabunyi ke atas lapisan endometrium (lapisan yang membentuk haid) serta jika terdapat kantung kandungan di dalam ruang rahim.

Jika tiada masalah, doktor mungkin boleh memberikan anda ubat hormon untuk mendatangkan haid sebelum memulakan pil perancang terbabit.

Anda harus maklum bahawa pilihan jenis pil perancang bagi ibu yang masih ingin menyusukan badan terhad kepada pil perancang berhormon progestin saja.

akedemik atau kemahiran

Bersedia hadapi cabaran mendatang

Oleh Ruhaiza Rusmin
ruhaizarusmin@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
BELAJAR SEMULA...belajar dan mengambil peperiksaan ulangan juga satu alternatif sedia ada.

BELAJAR SEMULA...belajar dan mengambil peperiksaan ulangan juga satu alternatif sedia ada.
MINGGU ini debaran calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu pasti terungkai, sekali gus bakal menentukan perjalanan masa depan sama ada memperoleh keputusan cemerlang atau sebaliknya.
Pelajar yang mencapai keputusan cemerlang sudah tentu bercita-cita melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi sementara bagi keputusan sederhana pula mencari institusi setara kelayakan.

   
  • Foto KEMAHIRAN...pasaran luas industri berasaskan kemahiran membuka peluang pelajar membina kerjaya dengan mudah selain menikmati pulangan lumayan.
  • Foto BOLEH CEBURI...bekerja sendiri dengan menjadi usahawan juga boleh dilakukan.
  • Foto
    PELBAGAI...akses pendidikan mudah dan pelbagai memberi peluang sama rata kepada pelajar untuk membuat pilihan diingini.
  • Foto SENGIT...peluang pekerjaan yang semakin sengit menjadikan pelajar perlu bijak memilih kursus ingin diikuti.
Bagi yang gagal juga masih boleh merangka perancangan sama ada mahu memasuki institusi berbentuk latihan mahu pun melangkah ke alam pekerjaan.

Biar apapun keputusannya, pastikan ia tepat dan bersesuaian dengan kehendak diri supaya tidak menyesal hingga memusnahkan masa depan yang baru bermula.


Pilihan apakah yang boleh dilakukan bagi memastikan setiap keputusan tidak sia-sia, sebaliknya menjamin kehidupan lebih sempurna?

Ketua Pusat Kerjaya dan Kaunseling, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Kamaliah Abu berkata, banyak pilihan yang boleh dibuat berdasarkan keputusan diperoleh.

Menurutnya, cemerlang atau tidak, pelajar seharusnya terus memandang ke depan dan bersedia merangka pelbagai perancangan.

“Sebaik saja memperoleh keputusan, bersikap optimis dan segera merancang langkah seterusnya bagi memulakan penghijrahan kehidupan baru.

“Berjaya atau tidak bukan persoalan kerana setiap pelajar mempunyai peluang dan pilihan sama tara untuk membina masa depan. Mungkin caranya saja berbeza.

“Paling penting, pemilihan peluang perlu tepat supaya dapat membantu pelajar membina masa depan lebih baik,” katanya.

Setiap pilihan perlu diberi pertimbangan wajar dengan menekankan segala aspek kemungkinan walaupun pelajar membuat keputusan sama ada ingin melanjutkan pengajian, menceburi bidang kerjaya atau menduduki semula peperiksaan.

Keputusan yang diambil juga mestilah selari dengan hasrat pelajar dan bukan disebabkan paksaan bagi mengelakkan masalah pada masa depan.

“Pelajar perlu tahu kehendak sebenar diri sendiri. Pilih pilihan yang benar-benar diingini supaya tidak menyesal atau menimbulkan masalah.

“Pertimbangan perlu dibuat secara rela dan bukan paksaan demi kebaikan bersama. Jangan buat keputusan terburu-buru atau mengikut kehendak orang lain.

“Buatlah keputusan bijak biar pun keputusan itu ada kalanya tidak menggembirakan orang lain,” katanya.

SPM diiktiraf sebagai penanda aras pencapaian akademik bagi menentukan hala tuju masa depan pelajar.

Mengakui SPM boleh membawa pelbagai definisi, beliau mengharapkan pelajar melihat konsep pendidikan dengan lebih terbuka di samping peluang yang sentiasa terbentang luas.

Menurutnya, bagi yang berjaya, boleh meneruskan hasrat melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi pilihan dalam pelbagai peringkat seperti matrikulasi, diploma atau ijazah.

Sementara yang gagal atau kurang berjaya pula masih boleh memilih institusi berasaskan kemahiran yang juga banyak menawarkan program berprestasi tinggi di pasaran.

“Hari ini, negara mempunyai banyak institusi yang mampu membuka peluang melanjutkan pengajian dengan rangkaian menyeluruh sama ada awam atau swasta juga tempatan dan antarabangsa.

“Ada pelbagai pilihan boleh dilakukan termasuk berdasarkan minat dan cita-cita yang boleh memenuhi keinginan pelajar. Pilih saja dan tentukan hala tuju masa depan yang diingini.

“Justeru, tidak timbul isu tidak berpeluang melanjutkan pelajaran disebabkan faktor seperti tidak layak atau tidak pandai,” katanya.

Biar apa pun pilihan itu, penting pelajar komited melaksanakannya dan menanam kukuh keinginan untuk lebih berjaya selain positif setiap pilihan adalah yang terbaik.

“Sememangnya pilihan itu disediakan bagi membantu mengikut keperluan semasa dan individu. Pilihan yang betul boleh memberi banyak kelebihan.

“Jangan terpengaruh atau susah hati dengan tanggapan negatif sedia ada. Setiap individu ada cara masing-masing untuk memacu dan membina kejayaan,” katanya.

Antara pilihan adalah melanjutkan pengajian ke peringkat matrikulasi, diploma, persediaan ke luar negara, politeknik, institusi pendidikan guru, tingkatan enam, kemahiran khusus dengan syarikat perkapalan atau penerbangan, akademi, keusahawanan atau melangkah ke alam pekerjaan.

Pelajar yang ingin melanjutkan pengajian peringkat matrikulasi, umpamanya perlu mempunyai persediaan mental dan fizikal kuat bagi melalui tempoh pengajian singkat sementara diploma pula bagi tujuan pasaran kerjaya atau melanjutkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda.

“Setiap pilihan ada pro dan kontra. Jika memilih matrikulasi, pelajar perlu sentiasa cemerlang sementara diploma pula mempersiapkan mereka untuk meneroka pasaran kerjaya atau menyambung pengajian.

“Semuanya ada cabaran tersendiri yang memerlukan usaha gigih untuk menikmati kejayaan,” katanya menolak tanggapan pandangan pelajar gagal atau kurang cemerlang tiada masa depan.

“Tidak berjaya dalam akademik bukan bermakna kegagalan sepenuhnya dalam hidup. Bidang kemahiran masih ada dan semakin mendapat perhatian luar biasa industri.

“Banyak institusi menawarkan program latihan berbentuk kemahiran dengan kemudahan sokongan kewangan. Pelajar boleh menggunakan platfom ini untuk mempertingkatkan kemahiran diri.

“Mungkin tidak gah seperti belajar di universiti namun penghasilannya juga lumayan. Tidak perlu berputus asa atau kecewa kerana tidak dapat memasuki universiti, sebaliknya realistik menghadapi situasi,” katanya.

Pelajar yang memilih institusi kemahiran disaran mengikuti program teknologi maklumat, pendawaian, automotif, perkhidmatan dan keusahawanan kerana prospek masa depan cerah.

“Pasaran kerjaya bidang ini cukup luas kerana tidak ramai mempunyai kemahiran aspek teknikal. Ini juga satu jaminan kerjaya biarpun tanpa kelulusan tinggi dan tidak rugi mengikutinya,” katanya.

Pelajar yang mahu melanjutkan pengajian juga perlu bijak memilih kursus bagi mengelakkan digelar penganggur terhormat kelak.

“Jangan pilih kursus yang tidak diminati atau kurang permintaan majikan. Sebaiknya ikuti perkembangan semasa industri supaya selalu mendapat maklumat terkini.

“Bagaimanapun, antara faktor pelajar menganggur kerana sikap memilih pekerjaan selain paksaan belajar kursus tidak disukai.

“Justeru, cuba dapatkan maklumat menyeluruh mengenai program dan bandingkan sama ada ia memenuhi kriteria minat atau sebaliknya,” katanya.

Pelajar juga boleh menduduki semula peperiksaan bagi memperbaiki keputusan atau bekerja bagi mencari pengalaman.

“Dunia semakin maju, bidang kerjaya juga sudah meluas dan mencabar. Sama ada akademik atau kemahiran, setiap satu mempunyai kelebihan masing-masing.

“Sentiasa optimis mengharungi kehidupan, itulah sebenarnya resipi kejayaan hidup,” katanya.

Saturday, March 17, 2012

terjemah bahasa

Dari tiga ke 64 bahasa



SELAIN bahasa ibunda, sudah menjadi keperluan bagi masyarakat pada hari ini untuk menguasai bahasa kedua atau ketiga. Kemahiran komunikasi itu mampu menambah nilai dalam diri mereka.
Bagaimanapun, menguasai bahasa selain daripada bahasa ibunda sendiri menuntut kesabaran dan jati diri yang tinggi.
Seseorang itu perlu mengambil masa untuk mendalami dan memahami bahasa asing yang ingin mereka gunakan dalam pertuturan.
Lebih memburukkan keadaan, terdapat segelintir pelajar yang ingin menguasai bahasa kedua atau ketiga terpaksa menyerah kalah di pertengahan jalan kerana tidak dapat membiasakan diri dengan ejaan, maksud, struktur ayat dan juga hukum tatabahasa.
Menyedari kepentingan kepelbagaian bahasa kepada masyarakat dunia, Google Inc. memperkenalkan penterjemah alam maya melalui perkhidmatan Google Translate pada tahun 2006.
Saintis Penyelidikan Google Inc., Ashish Venugopal, memberitahu, terjemahan Google merupakan medium yang ditawarkan secara percuma kepada pengguna.
“Dengan menggunakan Google Translate, pengguna boleh mengakses maklumat berguna dengan mudah dan pantas.
“Google Translate membolehkan anda menterjemah ayat, dokumen, e-mel malah keseluruhan laman web dengan serta merta,” katanya melalui sebuah sidang video yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

WALAUPUN Google Translate tidak memberikan terjemahan yang tepat, ia banyak membantu pelayar Internet.


Beliau menambah, rekod penggunaan pelbagai bahasa menunjukkan peningkatan yang tinggi dalam alam maya.
Justeru katanya, fungsi Google Translate amat penting bagi memastikan pengguna dapat memperoleh pelbagai maklumat berguna dengan mudah di hujung jari mereka.
“Penggunaan Google Translate juga dapat membantu seseorang menjalankan urus niaga perniagaan dengan lebih teratur dan mudah.
“Sebagai contoh, kita boleh menterjemah borang tempahan berbahasa Cina kepada bahasa Inggeris hanya dengan menekan butang papan kekunci,” ujarnya lagi.
Ashish memberitahu, sekiranya pengguna ingin membaca laman blog berbahasa Perancis pula, mereka boleh menggunakan Google Translate untuk memahami isi kandungan tersebut.
Katanya, ia secara tidak langsung dapat memberi akses kepada pengguna untuk mengetahui lebih banyak kandungan maklumat yang terdapat di Internet.
“Dalam pada itu, pengguna yang menerima e-mel selain bahasa ibunda mereka boleh diterjemah menggunakan perkhidmatan ini.
“Ia sedikit sebanyak dapat membantu pengguna memahami isi kandungan e-mel yang dikirim kepada mereka,” jelasnya lagi.
Teknologi
Ashish memberitahu, semua terjemahan yang dilakukan Google Translate diperoleh melalui komputer.
Katanya, komputer akan menggunakan proses yang dipanggil terjemahan mesin statistik.

TERIMA kasih pada Google Translate kerana e-mel yang diterima dalam bahasa asing kini boleh dibaca dengan lebih mudah.


“Terjemahan mesin statistik merupakan kaedah istimewa apabila komputer kami menjana terjemahan berdasarkan corak dalam teks yang sangat besar.
“Proses tersebut dilakukan dengan menganalisis berjuta-juta dokumen yang telah diterjemahkan oleh penterjemah manusia,” ujarnya.
Ashish menjelaskan, teks yang telah diterjemahkan tersebut diperoleh daripada buku, organisasi seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan laman web dari seluruh dunia.
Tambahnya, ia akan mengimbas teks tersebut dengan mencari ragam statistik penting iaitu corak di antara terjemahan dan teks asal.
“Sebaik sahaja komputer menjumpai suatu corak ia boleh menggunakannya untuk menterjemah teks yang serupa pada masa hadapan.
“Bagaimanapun, untuk beberapa bahasa, kami tidak mempunyai banyak dokumen terjemahan sedia ada untuk memastikan kesempurnaan terjemahan keseluruhannya,” katanya.
Hal itu terjadi kerana jumlah corak dikesan oleh perisian tersebut adalah kurang berbanding bahasa yang mempunyai banyak bahan.
Ia sekali gus menyebabkan mutu terjemahan berbeza-beza mengikut bahasa dan pasangan bahasa.
“Kita juga sentiasa memperbaiki mutu terjemahan untuk memberi yang terbaik kepada pengguna.
“Pada masa yang sama, pengguna juga boleh memainkan peranan dalam memperbaiki mutu penterjemahan dengan memastikan lebih banyak dokumen dan artikel dalam bahasa ibunda berada dalam Internet,” katanya.
Pelbagai bahasa
Buat masa ini, Ashish memberitahu, Google Translate menawarkan sokongan 64 laras bahasa kepada pengguna.

SEBANYAK 64 bahasa ditawarkan dalam aplikasi Google Translate seperti bahasa Inggeris, Rusia, Perancis, Melayu, Tamil dan Urdu.


Antara bahasa-bahasa yang disokong termasuk bahasa Inggeris, Rusia, Perancis, Jerman, Melayu, Jepun, Korea, Tamil dan Urdu.
“Secara tidak langsung, pengguna dapat mempelajari pelbagai bahasa asing dalam kehidupan mereka dengan mudah.
“Bagaimanapun, perkhidmatan Google Translate bukan bermakna orang ramai tidak memerlukan penterjemah manusia lagi,” terangnya.
Ashish menjelaskan, kewujudan aplikasi itu bukan pengganti kepada penterjemah manusia tetapi ekadar medium untuk membantu pengguna lebih memahami bahasa-bahasa lain.
Katanya, Google Translate juga dapat memastikan tiada halangan bahasa dalam kalangan pengguna global.
Aplikasi mudah alih
Sementara itu, Pengurus Komunikasi dan Perhubungan Awam Google Malaysia Sdn. Bhd., Zeffri Yusof berkata, pengguna mungkin pernah menonton laman web Youtube yang dimainkan dalam bahasa asing.
“Agak sukar memahami isi kandungan paparan Youtube berkenaan apatah lagi apabila tidak mengetahui makna yang diperkatakan dalam tayangan itu.
“Bagaimanapun, apabila menggunakan enjin pencarian Google, mereka boleh menyelaras sari kata di hujung kaki paparan skrin Youtube,” ujarnya.
Zeffri menambah, ia tentu sekali satu kemudahan yang baik dalam memberi maklumat kepada pengguna.
Selain daripada itu, beliau memberitahu, perkhidmatan tersebut juga boleh diguna pakai sebagai aplikasi dalam telefon mudah alih dan tablet pengguna.
“Dengan menggunakan aplikasi ini, ia dapat membantu pengguna memahami bahasa asing terutamanya apabila berada di luar negara.
“Ia juga dapat menterjemah bahasa asing dengan menggunakan kaedah suara daripada telefon mudah alih pengguna,” katanya.
Sebagai contoh Zeffri memberitahu, pengguna boleh menterjemah perkataan bahasa Mandarin kepada bahasa Inggeris dengan menggunakan kaedah suara tersebut.
Pengguna hanya perlu bercakap ataupun menaip perkataan yang ingin disampaikan pada peranti mereka dan ia akan menterjemah perkataan itu.
“Kemudahan ini akan dapat membantu pengguna berkomunikasi dengan lebih mudah dan lancar apabila berada di luar negara,” ujarnya.

kapak dalam semutar

Sorok kapak dalam semutar

Ia dikatakan senjata kegemaran golongan samseng, kaki gaduh atau 'gedebe' di Kelantan suatu masa dahulu.


"DULU-DULU lazimnya orang berpesan, kalau pergi ke Kelantan, jaga kelakuan, takut kena kapak siam."
Sebaris kata-kata yang meluncur keluar daripada seorang rakan berusia lebih separuh abad itu saat ditanya tentang kapak siam membuat penulis terpegun. Rakan dari Johor itu yang tentunya lebih banyak makan garam menggambarkan populariti kapak siam yang digeruni terutamanya pada tahun 1960-an.
Cerita kapak siam pernah menjadi berita hangat pada tahun 1967 berikutan pembunuhan kejam seorang ahli politik di Kota Bharu yang dipercayai ditetak dengan senjata tersebut.
Ia merupakan senjata kegemaran golongan samseng, kaki gaduh atau 'gedebe' kerana saiznya yang kecil memudahkannya diselit pada lilitan kain di pinggang atau semutar iaitu kain lilitan kepala lelaki.
Namun, ada yang mengaitkannya sebagai cara untuk mengajar orang yang berkelakuan biadap apabila masuk ke kampung, misalnya mengganggu anak gadis atau mencuri.
Sasterawan Negara, Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah (Kemala) pernah menyebut tentang senjata ini semasa mentakrifkan negeri kelahiran sasterawan tersohor dari Negeri Cik Siti Wan Kembang, S. Othman Kelantan. Kamal menyifatkan rakyat Kelantan kuat mempertahankan nilai tradisi manakala harga diri dipandang tinggi.
Sejengkal

SENJATA yang mudah digenggam ini terkenal dalam kalangan samseng Kelantan pada tahun 1960-an.


"Tanpa mempertahankannya apabila tercabar, individu itu tak bererti, nah tunggulah bicara pembunuhan yang menyerang apabila tiba malam gelap dengan senjata yang bernama kapak siam, kapak kecil yang amat tajam dan membunuh," katanya seperti yang disampaikan pada Pesta Penyair Nusantara di Universiti Kadiri, Surabaya, Indonesia pada tahun 2008.
Apa sebenarnya kapak siam dan mengapa ia disandarkan dengan Siam (Thailand)? Menurut individu yang ditemu bual, ia cuma nama jolokan yang diberikan oleh orang luar Kelantan sedangkan ia tidak dinamakan sedemikian oleh masyarakat di negeri yang bersempadan dengan Negara Gajah Putih itu.
Secara umumnya, kapak siam adalah kapak kecil yang bersaiz kira-kira sejengkal yang dicipta khusus untuk genggaman tangan. Ini dapat dilihat pada hulunya yang melengkung sedikit berbanding kapak biasa.
Bagi seorang pengumpul senjata lama, Mohd. Nasir Hassan, 44, atau mesra disapa Cikgu Nasir, cerita kapak siam banyak memaparkan latar belakang sosiobudaya masyarakat Kelantan zaman dahulu yang ingin mendidik individu yang kurang beradab.
Menjelaskan tentang kapak siam, Nasir berkata, ia dikenali di negeri ini sebagai kapak kecil Kelantan. Ia juga digelar kapak bungkus atau kapak terbang kerana ia merujuk kepada cara kapak itu digunakan semasa menyerang.
Kapak kecil yang matanya kelihatan berseni dengan lebih lebar pada bahagian bawah pula dikenali sebagai kapak binjai manis.
"Bagi mereka yang berniat membunuh, mereka menetak di kepala atau dahi hingga kapak itu terlekat di situ.
"Namun, dalam kebanyakan kes untuk mendidik orang yang kurang ajar, mereka biasanya hanya mencederakan iaitu dengan membungkus mata kapak tersebut dengan kain.
"Mata kapak dibungkus dengan hanya mendedahkan beberapa inci hujung mata untuk mengelak kecederaan parah. Di situlah diukur kadar kebiadapan orang itu.
"Jika lebih banyak hujung mata yang tidak dibungkus, bermakna lebih besarlah salahnya.
Serangan

MUHAMMAD dipercayai satu-satunya pembuat kapak siam Kelantan yang masih hidup.


"Kalau orang nampak parut 'peringatan' kena takik kapak di kepala atau dahi itu, orang biasanya akan berkata, tu kacau anak dara orang ke tu?" katanya ketika ditemui di rumahnya di Bachok, Kelantan.
Nasir berkata, serangan juga dilakukan dengan mengikat hulu kapak dengan kain atau tali dan ia dinamakan kapak terbang.
"Punca kain pula diikat pada pergelangan siku. Kapak akan dibaling dan disentak semula ke dalam genggaman tangan. Serangan ini biasanya dilakukan oleh orang yang memiliki kemahiran tinggi," kata guru sebuah sekolah menengah di Kota Bharu itu.
Selain saiznya yang kecil, tambah Nasir, kapak siam sering menjadi pilihan kerana ia bersifat dwifungsi iaitu ia boleh digunakan untuk melakukan kerja-kerja ringan seperti menakik dan dijadikan senjata untuk menyerang. Ia berbeza berbanding keris yang pasti mendatangkan curiga orang jika dibawa.
Seorang guru silat dari Tumpat, Wan Yusmar Wan Yusof, 39, yang memaparkan video silat kapak siam di YouTube pula memberitahu, kapak itu pada asalnya digunakan oleh wanita di Pattani, Thailand untuk membelah buah pinang.
"Tetapi orang lelaki menjadikannya senjata pergaduhan," katanya yang mendakwa semasa kecil beliau pernah mendengar cerita seorang anggota polis mati dikapak dengan kapak siam di Tumpat.
Menurutnya, serangan kapak siam juga boleh menyebabkan seseorang menjadi gila sama ada akibat hentakan di kepala atau ditusuk hulu kapak yang diperbuat daripada pokok nibung.
"Getah nibung yang bercampur darah akan lebih berbisa. Ia boleh menyebabkan keracunan atau sawan," dakwanya sambil memberitahu bisa itu boleh dikurangkan dengan minum air kelapa atau menyapu luka dengan air perahan limau nipis.

KAPAK kecil pada masa ini popular dijadikan cenderahati dan barang perhiasan.


Di sebalik cerita kapak siam yang semakin ditimbus masa, kudrat si tua pembuat kapak, Muhammad Yusof, 68, terus ditagih.
Dia dipercayai satu-satunya pembuat kapak siam generasi lama yang masih hidup. Atas bahu warga emas yang sudah empat dekad membuat kapak itu kini tertancap sisa legasi kapak kecil itu.
Meskipun ada yang mendakwa nama kapak siam jenis binjai manis diambil sempena Kampung Binjai Manis di Pattani, Thailand, hakikatnya Muhammad atau 'Abe Mat Tukang Kapak' tinggal di Kampung Binjai Manis, Bunut Susu, Pasir Mas. Kampung tersebut hanya mempunyai belasan buah rumah.
Muhammad mengakui kapak siam selalu disalahgunakan suatu ketika dahulu. Katanya, pernah pada zaman remajanya beliau mendengar cerita seorang lelaki menjadi gila selepas ditetak seorang lelaki lain kerana berebut seorang janda.
"Golongan gedebe yang tiada kerja dan mahu mencari gaduh sahaja biasanya menyelit mata kapak kecil yang diikat pada hujung kain semutar untuk digunakan sebagai kapak terbang," cerita beliau sambil memberitahu kapak siam kini popular sebagai barang perhiasan.

berdosa jadi pak sangup

Berdosa besar kahwin wanita hamil anak tak sah

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Haram dan berdosa besar bagi lelaki yang mengetahui seorang wanita mengandungkan anak luar nikah jikalau menikahi wanita hamil itu.

Pernikahan cuma boleh dilangsungkan selepas wanita terbabit melahirkan anak, malah anak yang lahir tidak boleh dibin atau dibintikan lelaki yang menjadi pak sanggup kerana zuriat berkenaan bukan daripada benihnya.


Dalam Islam, anak yang lahir perlu dibinkan wanita itu sendiri manakala dalam hukum lebih longgar, ia dibolehkan berbin atau binti Abdullah (hamba Allah).

Pendakwah bebas yang juga Pengarah Urusan Telaga Biru, Dr Zahazan Mohamed, berkata anak berkenaan juga tidak boleh berkahwin dengan lelaki terbabit (pak sanggup) kerana lelaki itu menikahi ibunya.


“Gadis anak zina adalah mahram dengan bapa tiri tetapi bukan mahram dengan lelaki yang berzina dengan ibunya,” katanya.


Menurutnya, dalam budaya masyarakat Malaysia, jika seorang wanita hamil anak luar nikah, dia dan teman lelaki yang membuntingkannya dinasihatkan lekas kahwin bagi menutup aib serta menjaga maruah keluarga.

“Mengikut Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), anak berusia enam bulan ke bawah ketika dalam kandungan, boleh dibinkan lelaki berkenaan. Ini hukum di sisi manusia bagi menyelamatkan maruah,” katanya.


Zahazan berkata, hukum di sisi Allah, seorang wanita penzina tidak layak berkahwin melainkan lelaki penzina (ayat 3 surah an-Nur) dan jika wanita itu ingin bertaubat, anak berkenaan dibolehkan berbin atau berbintikan nama wanita terbabit.

Sunday, March 11, 2012

hutang wajib dibayar

Wajib bayar hutang

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

SAYA pernah berhutang dengan rakan bukan Islam dan hingga kini belum menjelaskannya. Saya cuba mencarinya namun gagal kerana dia sudah berpindah dan tiada siapa tahu alamat serta nombor telefon untuk dihubungi.

Bagaimana caranya untuk menyelesaikan hutang itu, adakah boleh saya bersedekah dengan berniat untuk membayarnya?

AZIZ
Kuala Kangsar, Perak


Hutang ialah tanggungjawab yang wajib dilangsaikan, tidak kira sama ada pemberi hutangnya beragama Islam atau bukan Islam. Jika pemberi hutang tidak dapat dikesan selepas pelbagai ikhtiar dijalankan, harus bersedekah wang itu bagi pihak pemberi hutang beragama Islam.


Bagi pemberi hutang bukan beragama Islam, ia boleh digunakan untuk membuat apa-apa kebajikan bersesuaian kerana mereka tidak bersedekah kerana Allah.

Apapun, jika warisnya datang menuntut, wang itu wajib dikembalikan. Cukuplah ada niat baik untuk melangsaikan hutang itu dan ia akan dihisab oleh Allah SWT.

benci lelaki

Gadis dikecewa benci semua lelaki

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

SAYA mahasiswa di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan sedang mengikuti kursus yang diminati. Saya dijangka menghabiskan pengajian tidak lama lagi.

Masalahnya bukan berkaitan pelajaran tapi lebih kepada emosi yang sangat membenci lelaki. Semuanya bermula dari kisah saya putus cinta dengan bekas teman lelaki.

Dia saya anggap sebagai lelaki pertama dan terakhir. Kami menjalani kehidupan sebagai kekasih dengan penuh keindahan dan kebahagiaan. Apatah lagi bekas teman lelaki sangat tampan dan saya bangga di sampingnya.

Malangnya, selepas dua tahun bercinta, teman lelaki beralih kasih pada wanita lebih tua daripadanya. Alasan teman lelaki, wanita itu lebih berkemampuan, matang dan mempunyai kewa�ngan kukuh berbanding saya yang masih belajar serta hidup terkontang kanting.


Apabila dikecewakan, saya rasa hidup tidak bermakna. Saya terlampau marah hingga satu tahap merasakan mereka adalah makhluk yang tidak perlu ada di dunia. Kebencian terhadap lelaki sangat mendalam hingga saya menanam tekad tidak mahu berkahwin.


Bagaimanapun, ada ketikanya saya akur hidup pasti ada pasangannya dan saya juga tidak mahu terus hidup bersendirian. Saya tidak mahu menghabiskan masa tua di keseorangan atau di rumah orang tua.

Bantulah saya. Bagaimana saya mahu mengubah perasaan ini?

GADIS KECEWA,
Kuala Lumpur



LELAKI seperti perempuan mempunyai keistimewaan, kelemahan dan kekuatan tersendiri. Sifat baik dan sebaliknya bukan saja ada pada lelaki, tapi juga pada perempuan. Cinta itu seperti madu dan racun. Ada duka dan sukanya.

Dikecewakan dan menge�cewakan adalah lumrah dalam percintaan. Apabila dikecewakan, tentu sekali merasa terluka dan sakitnya akan berlanjutan. Seperti adik, apabila dikecewakan, terasa seperti semua lelaki mengkhianati adik.

Hakikatnya, yang mengecewakan adik adalah seorang lelaki, bukan semua lelaki.
Akibat kekecewaan, adik merasakan semua lelaki adalah makhluk yang perlu pupus.
Berfikiran dan berperasaan begini hanya menambah kelukaan hati dan perasaan adik.

Lepaskan perasaan kecewa ini. Biarkan ia mengalir seperti air sungai. Biarkan ia berlalu seperti berlalunya angin. Lelaki dan perempuan saling perlu memerlukan antara satu sama lain.

Dr memahami kekecewaan adik apabila dikecewakan. Bukan mudah mengubat kelukaan hati. Biarlah masa menentukan perasaan kekecewaan adik itu. Masa adalah seperti ubat. Apabila ubat diambil dengan betul, ia boleh menyembuhkan penyakit.
Apabila masa dimanfaat sepenuh�nya, kelukaan akan terubat.

Pemikiran adik yang tidak rasional iaitu lelaki perlu dihapuskan perlu ditukar.
Daripada memikirkan lelaki adalah jahat dan perlu dihapuskan, tukar pemikiran bahawa tidak semua lelaki adalah jahat. Beritahu diri memang adik patut merasa terluka apabila dikecewakan.

Tapi ini tidak bermakna adik perlu menutup hati kepada lelaki. Adik boleh berasa kecewa tetapi tidak perlu benci kepada golongan lelaki sehingga meminta mereka dihapuskan.

Mengenai kerisauan adik hidup bersendirian, memang ada asasnya. Ini kerana perkahwinan mempunyai hikmah tersendiri. Ia adalah cara yang halal untuk menyalurkan nafsu seks manakala perzinaan liwat dan pelacuran dapat dielakkan.
Ia juga bertujuan memperoleh ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman dan memelihara kesucian diri.

Dengan berkahwin, individu dapat melaksanakan tuntutan syariat dan menjaga keturunan. Perkahwinan yang murni dapat mewujudkan kerjasama dan tanggungjawab serta dapat mengeratkan silaturahim.

Hidup tidak berkahwin tidak semestinya bermakna tidak akan ada orang yang menjaga bila sudah tua. Soal penjagaan apabila sudah tua bergantung kepada banyak faktor. Soal perkahwinan adalah soal jodoh.

Namun dalam pencarian jodoh, berusahalah. Berdoalah dengan konsisten dan ikhlas untuk mendapat jodoh yang terbaik. Walau bagaimana cara sekalipun, percaya dan yakinlah, pasti ketetapan Allah adalah yang terbaik. Dr doakan yang terbaik untuk adik.

anak terbuang

Sayang anak terbuang

Oleh Michelle Gun
michellegun@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
LINDUNG...Ketua Komuniti Ibu Bapa Orphan Care, Kim Rozali menunjukkan peti Baby Hatch di Orphan Care.
LINDUNG...Ketua Komuniti Ibu Bapa Orphan Care, Kim Rozali menunjukkan peti Baby Hatch di Orphan Care.
KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,600 permohonan diterima dan berada dalam senarai menunggu Pertubuhan Kebajikan dan Pengurusan Anak Yatim (Orphan Care) daripada pasangan suami isteri yang ingin mendapatkan anak angkat.
Jumlah itu diperoleh sejak Orphan Care ditubuhkan pada 2008 dan sepanjang tempoh sama 400 pasangan sudah ditemuduga untuk menentukan sama ada mereka layak menerima anak angkat atau sebaliknya.
Penyelaras Perhubungan Kerajaan Orphan Care, Datin Elya Lim Adnan berkata, sejak kewujudannya hingga kini, pertubuhan bukan kerajaan itu (NGO) menerima 50 bayi termasuk tiga yang ditinggalkan di peti Baby Hatch.

“Baby Hatch atau peti perlindungan bayi tidak diingini ini diwujudkan dua tahun lalu dan setakat ini tiga bayi ditinggal di situ tanpa maklumat kelahiran biarpun kami menyediakan borang untuk diisi,” katanya.


Menurutnya, seorang daripada bayi yang sudah diserahkan kepada ibu bapa angkat itu ialah bayi cacat atau orang kelainan upaya (OKU).

“Bayi OKU itu kudung di tangan kanan dan sumbing. Dia kini menjadi anak angkat kepada pasangan yang sudah mempunyai anak dan tidak kisah terhadap kecacatan fizikalnya,” katanya.

Beliau berkata, kebimbangan terhadap keselamatan anak mungkin menyebabkan ramai individu tidak mahu meletak bayi mereka dalam Baby Hatch, sebaliknya memilih untuk menyerahkan kepada pegawai pusat berkenaan.

“Kami percaya individu yang meletak bayi dalam peti Baby Hatch tidak mahu mendedahkan maklumat yang mengaitkan diri dengannya,” katanya.

Katanya, Baby Hatch dilengkapi penghawa dingin, tilam dan bantal, lampu, kamera litar tertutup termasuk ‘sensor’ berat badan yang akan mengaktifkan penggera supaya penjaga pusat berkenaan mengetahui ada bayi diletak dalam peti itu.

“Pintu peti berkenaan tidak boleh dibuka semula selepas bayi diletak di dalamnya dan ini dilakukan sebagai langkah keselamatan untuk mengelak kanak-kanak itu diambil orang lain,” katanya.

Elya Lim berkata, Orphan Care juga membantu wanita hamil anak luar nikah untuk persiapan kelahiran bayi dan proses pendaftaran anak angkat termasuk kaunseling.

Menurutnya, berlaku kejadian seorang pelajar wanita sebuah institut pengajian tinggi enggan menyerahkan anaknya kepada keluarga angkat selepas melahirkannya.

“Pelajar berusia 20-an tahun itu mendakwa dia dipaksa melakukan hubungan seks oleh seorang kenalan lelaki yang sudah berumah tangga sehingga hamil.

“Pelajar itu memberitahu dia sering didera lelaki terbabit dan mengadu masalahnya kepada seorang rakan yang menghubungi kami untuk memberi bantuan sewajarnya,” katanya.

Katanya, bagaimanapun, selepas selesai proses pengambilan anak angkat, emosi pelajar itu terganggu sehingga sering menyatakan hasrat untuk bertemu semula dengan anaknya yang sudah pun diserahkan kepada keluarga angkat.

“Selepas menjalani beberapa sesi kaunseling, dia mula yakin bayi berkenaan dijaga dengan baik oleh keluarga angkat dan menerima hakikat itu,” katanya.

Sementara itu, Elya Lim berkata, ramai orang beranggapan Orphan Care seolah-olah menggalakkan pasangan belum kahwin menghasilkan anak luar nikah dengan penubuhan Baby Hatch.

“Tujuan Baby Hatch ini supaya wanita melahirkan anak luar nikah tidak membuang atau membunuh bayi yang tidak berdosa.

“Matlamat Orphan Care adalah untuk mengurangkan masalah pembuangan bayi. Sama ada Baby Hatch ada atau tidak, gejala ini tetap berlaku dalam masyarakat kita,” katanya.

Antara 2005 dan 2011, sebanyak 517 kejadian pembuangan bayi direkodkan di seluruh negara dengan 287 daripadanya ditemui mati.