Rahsia dibalik kalimat azan di waktu Subuh
Mungkin ada dari pembaca yang tidak menyedari, apa sebab Allah swt memerintahkan kita bangun pagi dan
solat subuh? Dan mengapa dalam azan subuh terdengar kalimat yang
berbeza, kalimat yang tidak ada pada azan di lain waktu.
“ash shalaatu khairun minan naum“
Jika kita terjemahkan, akan bererti Solat itu lebih baik daripada tidur. Tetapi cuba
perhatikan baik baik. Mengapa kalimat itu hanya dikumandangkan semasa
azan subuh saja? Dalam kalimat itu Allah SWT ternyata
sedang memberikan isyarat kasih sayangnya pada kaum muslimin, satu
isyarat yang sering kita abaikan maknanya, yang jika kita tangkap
isyarat itu lebih kurang akan berbunyi seperti ini
"solat (pada masa) itu lebih baik dari pada tidur".
Subhanallah
Laa Khaula Wa Laa Quwwata Illa Billaah, Lalu mengapa isyarat itu
dikumandangkan hanya pada solat subuh, tatkala kita semua sedang tidur , dan bukan pada azan untuk solat lain?.
Pada kajian MILIS, kajian GISSI 2 dan kajian-kajian lain di luar negeri, yang
dipercayai sebagai suatu penyelidikan yang sahih mendapati satu
kesimpulan jika puncak terjadinya serangan jantung sebahagian besar dimulai pada jam 6 pagi sehingga jam 12 tengahari.
Mengapa demikian? Kerana pada masa itu sudah terjadi perubahan pada sistem tubuh dimana terjadi kenaikan tegangan saraf simpatis (istilah Cina:Yang) dan penurunan tegangan saraf parasimpatis (YIN).
Tegangan
simpatis yang meningkat akan menyebabkan kita sedia bergerak, tekanan
darah akan meningkat, denyutan jantung lebih kuat dan sebagainya.
Pada
tegangan saraf parasimpatis yang meningkat maka terjadi penurunan
tekanan darah, denyut jantung kurang kuat dan lambat. Terjadi
peningkatan aliran darah ke perut untuk melumatkan makanan dan
berkurangnya aliran darah ke otak sehingga kita merasa mengantuk, cenderung kepada keadaan istirehat.
Pada pergantian waktu pagi buta (mulai pukul 3 dinihari) sampai siang itulah secara diam-diam tekanan darah berangsur naik, terjadi peningkatan adrenalin
yang meningkatkan tekanan darah dan penyempitan pembuluh darah
(efek vasokontriksi) dan meningkatkan sifat agregasi trombosit (sifat
saling melekat satu sama lain pada sel trombosit agar darah membeku)
walaupun kita tertidur.
Aneh
bukan? Perkara ini terjadi pada semua manusia, setiap hari termasuk anda
dan saya mahu pun bayi anda. Perkara seperti ini disebut sebagai ritme Circardian/Ritme sehari-hari, yang secara semulajadi diberikan Allah swt kepada manusia.
Furgot dan Zawadsky
pada tahun 1980 dalam penyelidikannya mengeluarkan sekumpulan sel
dinding
arteri sebelah dalam pada pembuluh darah yang sedang diselidikinya .
Pembuluh darah yang normal yang tidak dibuang sel-sel yang
melapisi dinding bahagian dalamnya akan melebar bila dititisi suatu zat
kimia iaitu: Asetilkolin.
Pada
penyelidikan ini terjadi keanehan, dengan dikeluarkannya sel-sel dari
dinding sebelah dalam pembuluh darah itu, maka pembuluh tadi tidak
melebar bila dititisi asetilkolin.
Penemuan ini menimbulkan kegemparan dalam dunia perubatan.
“Jadi
itu apa yang menentukan melebar atau menyempitnya pembuluh darah,
sesuatu penemuan baru yang sudah sekian lama, sekian puluh tahun
diteliti tapi tidak bertemu”.
Penyelidikan
itu segera diikuti penyelidikan yang lain diseluruh dunia untuk
mengetahui zat apa yang ada didalam sel bahagian dalam pembuluh darah yang
mampu mengembangkan/melebarkan pembuluh itu. Dari sekian ribu
penyelidikan maka zat tadi ditemui oleh Ignarro serta Murad dan disebut NO/Nitrik Oksida.
Ketiga penyelidikan itu Furchgott dan Ignarro serta Murad mendapat hadiah NOBEL tahun 1998.
Zat
NO selalu dihasilkan, dalam keadaan rehat tidur pun selalu
dihasilkan, namun hasil ini dapat ditingkatkan oleh ubat golongan
Nifedipin dan nitrat dan lain-lain tetapi juga dapat ditingkatkan dengan
bergerak, dengan bersukan
Efek
Nitrik oksida yang lain adalah mencegah kecenderungan membekunya darah
dengan cara mengurangi sifat agregasi/sifat melekat satu sama lain dari
trombosit pada darah kita.
Jadi
kalau kita kita bangun tidur pada pagi buta dan bergerak, maka ini
akan memberikan pengaruh baik pada pencegahan gangguan kardiovaskular.
Naiknya
kadar NO dalam darah kerana aktiviti iaitu wudhu dan solat sunat dan
wajib, kemudian disertai berjalan ke masjid merupakan perlindungan bagi
pencegahan kejadian kardiovaskular......... tanpa manusia menyedarinya.
Selain itu patut dicatat bahawa pada posisi rukuk dan sujud
terjadi proses menekan, posisi ini meningkatkan tegangan otot
parasimpatis
(yang melawan kesan tegangan otot simpatis). Dengan exercise tubuh
menghasilkan NO
untuk melawan peningkatan kadar zat adrenalin di atas yang berkesan
menyempitkan pembuluh darah dan membuat sel trombosit darah kita jadi
bertambah liar dan saling memeluk.
Allah,
sudah sejak awal Islam datang menyerukan solat subuh. Hanya Allah
tidak secara jelas menyatakan manfaat akan perkara ini kerana tingkat ilmu
pengetahuan manusia belum sampai dan masih harus mencarinya sendiri
walaupun harus melalui tempoh waktu ribuan tahun.
Petunjuk
bagi kemaslahatan umat adalah tanda kasihNya pada hambaNya. Bukti
manfaat instruksi Allah baru datang 1400 tahun kemudian. Allahu Akbar.
No comments:
Post a Comment