Rahsia penting di sebalik sujud dalam solat
بسم الله الرحمن الرحيم
Seorang doktor di Amerika telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban
yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan
tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.
Dia
adalah seorang doktor neurologi. Setelah memeluk Islam, dia amat yakin
akan pengubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik
yang bertemakan "Pengubatan Melalui Al-Quran".
Kajian
pengubatan melalui Al-Quran membuatkan ubat-ubatannya bersesuaian apa
yang terdapat di dalam Al-quran. Diantara cara-cara yang digunakan
adalah berpuasa, mengunakan madu, biji hitam (blackseed) dan
sebagainya.
Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan
kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam urat manusia
yang tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia
memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.
Setelah membuat kajian yang memakan waktu cukup lama, akhirnya beliau mendapati bahawa darah
tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada
masa seseorang itu sedang sujud ketika mengerjakan Solat. Urat
tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa saat saja. Yakni, darah
hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar Solat waktu yang
diwajibkan oleh Islam.
Columbia University State pernah melakukan
penelitian tentang otak. Ternyata, di otak terdapat sebuah bahagian yang
tidak dialiri darah. Tapi, bahagian tersebut dapat dialiri darah bila
kita melakukan gerakan khusus seperti sujud yang dilakukan pada waktu-waktu tertentu.
Walaupun
tidak menyebutkan secara jelas tentang waktu-waktu tersebut, tapi
waktu-waktu tersebut berada sekitar Solat Lima Waktu yang kita (Umat
Islam) lakukan setiap hari. Kesan dari dialiri-nya bahagian dari otak
tersebut adalah dapat menjadikan otak bekerja secara maksima. Sehingga, kemampuan otak dalam bekerja (seperti, menghitung, menghafal, belajar dan lain-lain) boleh lebih baik dan tentunya menambah kecerdasan otak kita.
Begitulah keagungan ciptaan Allah. Jadi barang siapa yang tidak menunaikan Solat,
maka otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk
berfungsi secara normal. Dengan demikian, kejadian manusia ini
sebenarnya adalah untuk menganut agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat
fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya
yang indah ini.
Kesimpulannya:
Makhluk Allah yang bergelar manusia yang tidak Solat, apalagi yang
tidak beragama Islam, walaupun akal mereka berfungsi dengan secara
normal tetapi sebenarnya dalam sesuatu keadaan mereka akan kehilangan
keseimbangan dalam membuat keputusan yang normal. Terbukti kembali jika
kitalah sebenarnya yang memiliki dasar darah yang baik, berbanding
pemeluk agama lain. (Baca: Thibbun Nabawi)
Justeru itu, tidak hairanlah jika manusia ini kadang kala tidak segan-segan untuk melakukan
perkara-perkara yang bertentangan dengan fitrah kejadiannya, walaupun
akal mereka mengetahui bahawa perbuatan yang akan dilakukan itu adalah
salah dengan kehendak mereka.
Inilah
adalah menggambarkan ketidakmampuan otak mereka untuk mempertimbangkan
akan perbuatan mereka itu secara lebih normal. Maka dari itu tidak
hairan timbulnya bermacam-macam gejala-gejala sosial masyarakat masa
kini. Oleh kerana itu, marilah kita bersama-sama mengambil hikmah dari
kisah di atas.
No comments:
Post a Comment