Wednesday, November 7, 2012

doa sebelum salam dri pbasmkps.bc

28 Januari, 2012


Doa-Doa Rasulullah saw Sebelum Salam




Apakah doa yang anda baca sebelum memberi salam dalam solat? 

Atau anda tidak pernah berdoa ketika itu?

Sekiranya anda tidak pernah mengamalkannya maka anda tersangat rugi kerana waktu itu merupakan waktu doa yang mustajab dan merupakan amalan Nabi saw sepanjang hidupnya. Sangat banyak doa-doa yang dibaca oleh baginda saw selepas tasyahhud dan sebelum salam. Berikut adalah doa-doa tersebut  :
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ ،
 وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّال
1.Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada azab neraka jahanam, daripada azab kubur, daripada fitnah kehidupan dan kematian, dan daripada kejahatan fitnah dajjal.[Imam Muslim]
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَفِتْنَةِ الْمَمَاتِ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ
2.Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada azab kubur, aku berlindung denganMu daripada fitnah Dajjal, aku berlindung denganMu daripada fitnah kehidupan dan kematian. Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada dosa dan hutang.[Imam al-Bukhari]
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْبُخْلِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ أَنْ أُرَدَّ إِلَى أَرْذَلِ الْعُمْرِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ فِتْنَةِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الْقَبْرِ.
3. “Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari bakhil, aku berlindung kepadaMu dari penakut, aku berlindung kepadaMu dari dikembalikan ke usia yang terhina, dan aku berlin-dung kepadaMu dari fitnah dunia dan siksa kubur.[Imam al-Bukhari]
 اَللَّهُمَّ أَعِنِّيْ عَلَى ذِكْرِكَ، وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ.
4.“Ya Allah! Berilah pertolongan kepadaku untuk mengingatiMu, bersyukur kepadaMu dan ibadah yang baik untukMu.[ Abu Dawud dan al-Nasa’ie]
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا عَمِلْتُ ، وَمِنْ شَرِّ مَا لَمْ أَعْمَلْ
5.Ya Allah! Aku berlindung daripada kejahatan yang telah aku lakukan, dan daripada kejahatan lakukan.[al-Nasa’i]
اللهم حَاسِبْنِي حِسَابًا يَسِيرَا
6.Ya Allah! Hitunglah aku dengan perhitungan yang mudah.
اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا وَلَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ ، فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ ، وَارْحَمْنِي إِنَّك أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
7.Ya Allah! Sesungguhnya aku telah banyak menzalimi diriku sendiri. Tiada yang dapat mengampunkan dosa-dosa kecuali Engkau, maka ampunilah diriku dengan keampunan yang Engkau miliki. Rahmatilah aku. Sesungguhnya Maha Pengampun dan Penyayang.[Imam al-Bukhari]
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ يَا اللَّهُ الْأَحَدُ الصَّمَدُ الَّذِي لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ ، أَنْ تَغْفِرَ لِي ذُنُوبِي إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
8.Ya Allah! Aku memohon kepada Mu. Ya Allah Yang Maha Esa Yang… Yang Tidak Melahirkan dan Tidak Dilahirkan, dan tidak ada yang setara dengannya, Engkau ampunilah dosa-dosaku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Penyayang.[Imam Abu Dawud]
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ ، وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ ، وَمَا أَسْرَفْتُ ، وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي ، أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ
9. Ya Allah! Ampunilah aku untuk apa yang telah aku (lakukan) di masa lalu dan apa yang akan aku (lakukan) di masa hadapan, apa yang aku (lakukan) secara tersembunyi dan apa yang aku (lakukan) terang-terangan, apa yang telah aku berlebih-lebihan, dan apa-apa yang lebih Engkau ketahui berbanding diriku sendiri. Engkaulah Yang Mendahului dan Engkaulah Yang Mengakhiri. Tiada yang berhak disembah melainkan Engkau.[Imam Abu Dawud]

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ النَّارِ

10.“Ya Allah! Sesungguhnya aku mo-hon kepadaMu, agar dimasukkan ke Surga dan aku berlindung kepadaMu dari Neraka.[ Abu Dawud]

Semoga kita dapat mengamalkan doa-doa nabi saw ini dalam setiap kali solat…Insya Allah Ta’ala.

disunting dari sumber : al-fikrat.net

doa lps solat dari al-ehsaniah.bc

22 Disember 2010

Wirid Selepas Solat & Terjemahan


Assalamualaikum w.b.t

Membaca wirid lazim selepas solat adalah kebiasaan masyarakat Islam di Nusantara amnya dan di Malaysia ini khususnya. Persoalannya adakah bacaan wirid yang kita baca itu hanya sekadar ikut-ikut? Tahukah kita siapa yang menyusun wirid-wirid tersebut dan daripada manakah sumbernya?

Untuk pengetahuan semua, sebenarnya wirid-wirid tersebut telah disusun oleh ulama'-ulama'  alam melayu kita dan sumbernya tidak lain dan tidak bukan adalah daripada Al-Quran dan Al-Hadis. Ini adalah berdasarkan kajian dan tulisan Al-Ustaz Sulaiman bin Ibrahim, pensyarah Jabatan Pengajian Da’wah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia di dalam buku bertajuk Wirid Selepas Solat, oleh Sheikh Abd al-Rauf Singkel yang telah diterbitkan oleh Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan pada tahun 2003.
“Adalah dipercayai dalam konteks Tanah Melayu, wirid-wirid yang diamalkan selepas sembahyang lima waktu telah dibawa oleh golongan ahli tasawwuf secara umumnya, namun susunan yang ada kemungkinan berbeza antara satu sama lain. Banyak kitab-kitab agama yang ditulis oleh ‘ulama’-ulama’ Melayu dalam tulisan Jawi mengandungi wirid-wirid selepas sembahyang lima waktu, termasuklah kitab عمدة المحتاجين إلى سلوك مسلك المفردين karangan al-Shaykh ‘Abd al-Rauf Singkel dan kitab المفردين تنبيه المشي المنسوب إلى طريق القشاشي juga karangan al- Shaykh ‘Abd al-Rauf Singkel. Dalam kedua-dua kitab ini al-Shaykh ‘Abd al-Rauf Singkel telah menuliskan wirid-wirid selepas sembahyang yang diambil daripada gurunya al-Shaykh Ahmad al-Qushashi yang kemudian dikenali sebagai al-Awrad al-Madaniyyah atau al-Awrad al-Qushashiyyah.”
Di samping memahami dan menghayati bacaan dalam solat, kita juga perlu memahami maksud wirid yang diucapkan selepas solat. Adalah menjadi kerugian andai amalan lazim yang kita laksanakan itu tiada penghayatan yang sebenarnya penuh dengan lafaz-lafaz doa dan  pengharapan, syukur dan rasa takut kita kepada Allah SWT. Mudah-mudahan juga dengan bacaan wirid itu dapat perkenan daripada Allah SWT dalam menampung kekurangan kesempurnaan solat yang kita laksanakan insyaAllah.

Justeru itu, di bawah ini saya sertakan bacaan dan terjemahan wirid selepas solat untuk sama-sama kita ingat semoga dapat dihayati dalam beramal dengannya nanti insyaAllah.


Aku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, tiada Tuhan melainkan Dia yang Hidup dan Berdiri Dengan SendiriNya, dan aku bertaubat kepada-Nya

Tiada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya kerajaan, bagi-Nya segala puja. Dialah yang menghidupkan (orang yang sudah mati atau memberi roh janin yang akan dilahirkan) dan yang mematikan. Dialah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu


Ya Allah Tuhan kami, jauhkanlah kami dari api neraka

Ya Allah, Engkau sejahtera, dan daripada Engkau kesejahteraan, dan kepada Engkau kembalinya kesejahteraan itu, maka hidupkan kami dengan kesejahteraan, dan masukkanlah kami kedalam syurga, negeri yang aman sejahtera
Bertambah-tambah berkat-Mu, Tuhan kami, dan Maha Kuasa, wahai Tuhan yang Maha Besar dan Maha Mulia

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (1) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (2)Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (3) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).(4) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.(5) Tunjukilah kami jalan yang lurus. (6) Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.(7)


Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (Al-Baqarah ayat 163)
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah ayat 255)



Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana (Ali-Imran ayat 18)
Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. (Ali-Imran ayat 19)
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (26) Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya". (27)
(Ali-Imran ayat 26-27)


Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; (1) "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; (2) "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; (3) "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya  (Al-Ikhlas ayat 1-4)



Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, (1)"Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; (2)"Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; (3) "Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); (4) "Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya". (5) (Al-Falaq ayat 1-5)


Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. (1) "Yang Menguasai sekalian manusia, (2) "Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, (3) "Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, - (4) "Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, - (5) "(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia". (6) (An-nas ayat 1-6)



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (1) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (2)Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (3) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).(4) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.(5) Tunjukilah kami jalan yang lurus. (6) Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.(7)


Tuhanku/kami, Penjagaku/kami

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya yang kekal selama-lamanya



Segala puji bagi Allah

Segala puji bagi Allah, Penjaga sekalian alam, ke atas tiap-tiap perkara dan kenikmatan


Allah Maha Besar

Allah Maha Besar, sungguh Maha Besar, dan segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya dan Maha Suci Allah pagi dan petang. Tiada Tuhan melainkan Allah dengan keEsaanNya, tiada sekutu baguNya, bagiNya segala pemerintahan dan bagiNya segala kepujian, Dialah yang menghidup dan mematikan, dan Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu, dan tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

* Anda juga boleh pergi ke pautan ini untuk melihat terjemahan wirid  selepas solat : http://www.facebook.com/note.php?note_id=206774195999803

"Ya Allah bantulah kami untuk mengingatiMu, bersyukur kepadaMu, dan memperelokkan ibadah kami terhadapMu"

Monday, November 5, 2012

batas waktu solat tahajjud

Monday, December 8, 2008

Solat Tahajud Hampir Waktu Subuh

Asalammualaikum....Ustaz...

1. Solat Malam:
a. Apakah boleh solat tahajjud jika terjaga pada pukul 5.40 pagi iaitu kira2 10 minit lagi hendak masuk subuh?...
b. Kalau kita hendak mengerjakan solat sunat tengahmalam manakah yang patut didahulukan diantara 4 solat yang hendak dikerjakan ini....Tahajjud, Hajat, Istikharah dan taubat....
c. apakah berkurangan pahala solat sunat itu jika kita tidak mengerjakan solat witir... kerana selama ini saya tidak pernah mengerjakan sembahyang witir melainkan bulan puasa....

2. Apakah boleh kita berniat puasa sunat diwaktu tengahhari terutama hari Ithnin atau Khamis kerana pada hari itu kita tak sempat hendak makan kerana sesuatu hal....

Sekian....JAZAKALLAH....


Jawab:


1. Tahajjud/Solat Malam

1.a) Boleh solat tahajjud di antara selepas solat Isya' hingga masuknya solat Subuh. Dalil: HR Ahmad," maka solatlah ia (tahajjud) di antara (waktu) isya' sampai solat Subuh."


1.b) Kelebihan solat tahajjud; HR Muslim dari Abu Hurairah ra," seutama-utama solat selepas yg fardhu ialah solat malam." Solat Hajat: solat Hajat ini tidak thabit melalui dalil yg qat'iyah, maknanya solat ini tidak kuat persyari'atannya (Syawkani, Fawaidul Majmu'ah, 38-41)

Solat Istikharah dan Solat Tawbah adalah solat bersebab, jika kita ada kebuntuan dalam menentukan pilihan kita solat Istikharah (bukan setiap malam kena istikharah), begitu Taubat bila kita melakukan sesuatu dosa yg besar. Maka solat malam atau tahajjud itu suatu yg mu'akkad, manakala solat istikharah dan Tawbah dilakukan bila ada keperluan. Jika bertembung antara solat2 sunat khusus dengan solat malam, tidak ada ketentuan yg mana perlu didahulukan. Terpulang kpd kita menentukan.

1.c.) Jika kita solat malam, maka sudah tentu disudahi dengan Witr, itulah sunnah Muhammad SAW. Jika kita bangun solat malam, tapi tidak disudahi dengan Witr, maka sudah tentulah kita menyalahi sunnah baginda. Allahu a'alam


2. Niat puasa sunat di siang hari, BOLEH dengan syarat belum makan-minum dan melakukan perbuatan yg membatalkan puasa spt jima'. Ini pendapat Hanafi, Syafi'iy dan Hanbali. Menurut Hanbaliah, pahala hanya dikira dari waktu ia berniat. Jika niat pada jam 12 tgh, maka mulai sa'at itulah dihitung pahalanya. (Mughny, 3/90; Majmu' 6/324; alMuhalla # 728) Allahu a'alam

1 comments:

Anonymous said...
AsSalamaualaikum Ust. Berkenaan soalan di atas, jika sudah masuk waktu Subuh masih bole dirikan solah tahajjud? contohnya kita sedar sudah Adzan, terus kita solah tahajjud, witr, sunat qabla subuh dan Solah Subuh? Bole ke begitu. JazkLlahukhair.

Post a Comment

Thursday, November 1, 2012

syiling lama

Duit syiling nilai RM100,000
Wartawan Sinar Harian
2 November 2012
Duit syiling nilai RM100,000
Saifudin menunjukkan koleksi duit syiling lamanya yang berusia ratusan tahun.
TUMPAT - “Mengumpul duit syiling lama satu kepuasan untuk saya, apatah lagi saya memiliki syiling di zaman Sultan Muhammad ke II,” kata Saifudin Abdul Rahman, 44.

Saifudin adalah seorang pengumpul wang lama sejak tahun 90 an lagi dan kini memiliki 200 keping syiling pelbagai negara termasuk Sepanyol, England, China dan koleksi wang syiling Tanah Melayu (Malaysia).

Saifudin berkata, minat mengumpul duit syiling tersebut bermula apabila arwah ayahnya, Abdul Rahman Ismail ada menyimpan koleksi duit syiling lama.

“Saya mewarisi duit syiling tersebut, kerana minat yang mendalam untuk mengumpul sebanyak mungkin duit syiling lama, saya sanggup mencari dan mengumpulnya.

“Akhirnya saya memiliki duit syiling sebanyak 200 keping yang bernilai hampir RM100,000,” katanya kepada Sinar Harian.

Saifudin berkata, antara duit syiling yang paling lama dimilikinya ialah duit syiling Sepanyol keluaran tahun 1790.

“Saya juga ada menyimpan duit syiling zaman Dinasti Tang (627-649) serta Zaman Dinasti Ching (1662-1722),” katanya.

Menurutnya, bagi melengkapkan koleksi duit syiling lamanya, dia juga ada menyimpan syiling zaman pemerintahan Sultan Muhammad ke II (1838-1886) keluaran tahun 1840 dan pemerintahan Sultan Mansor (1891-1900) keluaran tahun 1986.

“Sudah lama saya menyimpan duit syiling ini namun sekiranya ada sesiapa yang berminat untuk membelinya serta menawarkan harga yang berpatutan, saya berminat untuk menjualnya.

“Mana-mana pengumpul duit syiling lama yang berminat untuk membelinya bolehlah menghubungi saya di talian 019-9096310,” katanya.

pajak gadai islam

Ar-Rahnu bina ambil upah simpan barang kemas 60 sen sebulan

1 November 2012
Ar-Rahnu
Ar-Rahnu
KOTA BAHARU - Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) melalui anak syarikatnya, Farihan Corporation Sdn Berhad, yang mengendalikan pajak gadai Islam Ar-Rahnu di Kelantan, mengambil upah menyimpan barang-barang kemas sebanyak 60 sen sebulan bagi setiap RM100 nilai pajakan.

Pegawai Prinsipal Farihan Corporation Sdn Berhad Mahmood Jusoh berkata kadar itu meningkat kepada 70 sen sebulan bagi pajakan yang bernilai lebih RM500 tetapi tidak melebihi RM2,500.

"Jadi bagi pajakan yang bernilai sehingga RM500, upah simpan yang dikenakan ialah 60 sen sebulan setiap RM100 nilai pajakan manakala pajakan RM501 sehingga RM2,500 upah simpan yang dikenakan setiap RM100 ialah 70 sen sebulan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Wang Zakat Perniagaan Ar-Rahnu, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) di sini petang semalam.

Seramai 46 pelajar sekolah rendah dan menengah di Kelantan menerima sumbangan berjumlah RM11,500 dan merupakan julung-julung kali dikeluarkan oleh Ar-Rahnu BIMB sejak penubuhannya, kira-kira dua tahun lepas.

Mahmood berkata, bagi simpanan melebihi RM2,500, bayaran upah yang dikenakan bagi setiap RM100 ialah 80 sen sebulan iaitu meningkat sebanyak 10 sen juga dan nilai itu dikira paling rendah dalam usaha membantu golongan yang memerlukan wang.

Beliau berkata terdapat empat cawangan Ar-Rahnu BIMB di Kelantan sejak penubuhannya pada 2010 dan satu-satunya negeri yang mempunyai Ar-Rahnu BIMB, manakala negeri-negeri lain sedang dalam perancangan.

Cawangan-cawangan terbabit ialah cawangan Kota Baharu, cawangan Pasir Puteh, cawangan Pasir Mas dan cawangan Tanah Merah yang kesemuanya berada pada peringkat awal penubuhannya.

Beliau berkata keuntungan yang diperolehi Ar-Rahnu BIMB sebahagiannya diberi kepada Asnaf Lapan bagi membantu mengurangkan beban hidup golongan itu yang memerlukan bantuan dan sokongan orang ramai.

"Usaha murni kami menyalurkan bantuan seumpama itu diharap dapat meringankan beban golongan pelajar yang kurang bernasib baik di samping menyuntik semangat agar mereka sentiasa bermotivasi dalam menuntut ilmu," katanya.

Pada majlis yang dihadiri oleh guru-guru dan pelajar-pelajar itu, beliau turut menyampaikan sumbangan wang Infaq Sadaqah, wang Wakaf dan wang Amal Jariah orang ramai kepada Masjid Mukim Jerimbung di Jeli, Masjid Gong Datok di Pasir Puteh dan Pusat Perlindungan Kanak-kanak Kelantan berjumlah RM2,145.

"Wang itu adalah sumbangan orang ramai secara ikhlas yang memberi derma ketika berurusan di kaunter Ar-Rahnu dan Bank Islam Malaysia Berhad," katanya.

Beliau berharap lebih ramai penderma tampil menghulur sumbangan bagi membolehkah lebih ramai yang kurang bernasib baik mendapat faedah.- Bernama

Wednesday, October 31, 2012

malaria baru

Telefon bimbit bendung malaria


PARA petugas perubatan diajar mengenai cara menguruskan maklumat dan aduan yang dihantar penduduk kampung mengenai malaria.


PENYEBARAN penyakit malaria di Kemboja mengundang keresahan dalam kalangan rakyat mereka khususnya mereka yang tinggal di kawasan terpencil.
Sebagai usaha menangani masalah itu, kawasan Phnom Dambang yang terletak di sempadan Thailand, kini menggunakan khidmat sistem pesanan ringkas (SMS) bagi melaporkan kes malaria. Ia memudahkan pakar perubatan memantau dan bertindak ke atas pesakit yang memerlukan.
Ketua kampung sebuah daerah di kawasan itu, Long Vuthy, 41, menjadi individu yang bertanggungjawab ke atas sistem yang diperkenalkan kerajaan Kemboja itu.
"Malaria mampu membunuh orang dalam sekelip mata sekiranya kami tidak menerima rawatan khusus. Cara yang diperkenalkan ini diharapkan dapat membantu komuniti di sini," luah Vuthy yang diajar menggunakan servis itu dua bulan lalu oleh pihak Konsortium Malaria, sebuah badan bukan berasaskan keuntungan yang bekerja bersama kerajaan Kemboja dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Sebagai amaran, papan tanda berwarna kuning yang menunjukkan gambar nyamuk turut dinaikkan di kawasan-kawasan yang mencatatkan kadar kes malaria membimbangkan.
Vuthy diamanahkan melakukan diagnosis penyakit menerusi ujian darah ke atas mereka yang menunjukkan simptom malaria. Perkhidmatan rawatan oleh sukarelawan perubatan yang disediakan juga percuma memandangkan kesukaran akses perubatan di kawasan pedalaman.
Selain memastikan pesakitnya mengambil pil dengan betul, pemeriksaan susulan selepas tiga hari dijalankan bagi memeriksa kandungan darah bagi menentukan sama ada mereka telah bebas daripada parasit. Pesakit yang masih belum sembuh akan dirujuk kepada pakar perubatan bagi rawatan lanjut.
Hantar maklumat
Sistem SMS tersebut mudah. Jika ujian diagnosis Vuthy menunjukkan seorang pesakit menghidap malaria, dia perlu memberi rawatan awal kepada mereka. Kemudian, maklumat berkaitan usia, jantina, lokasi dan jenis malaria pesakit akan dihantar menerusi SMS.
SMS yang menggunakan nombor bebas tol itu dihantar kepada pusat kesihatan daerah, pegawai rasmi kesihatan kawasan dan diterima pangkalan data kebangsaan di ibu negara, Phnom Penh. Dahulu, proses penyampaian maklumat itu mengambil masa selama sebulan.
Informasi itu juga dihubungkan dengan Google Earth bagi memudahkan kerja pemetaan kes dan mengenal pasti kawasan-kawasan panas yang berpotensi diserang malaria.
Kesimpulannya, data tersebut membantu pegawai perubatan mengesan setiap kes dan memastikan rawatan sewajarnya disediakan atau ubat-ubatan yang betul dibekalkan segera apabila stok berkurangan.
Kemboja dilihat berjaya dalam menangani isu malaria. Berdasarkan statistik mereka pada tahun 2011, sebanyak 108,000 kes dilaporkan dengan 96 kes melibatkan kematian berbanding 102,473 kes dengan 154 kematian pada tahun 2010. Ia jauh berbeza dengan tahun 2000 yang mencatatkan lebih 600 kematian.
Keupayaan malaria melepasi sebarang bentuk rawatan biasa telah disahkan di Kemboja sejak lapan tahun lalu. Ini berikutan prosedur rawatan salah atau rawatan tidak lengkap yang dijalani pesakit terhadap ubat-ubat antimalaria.
Bagi mengelakkan masalah sama berulang, pengamal perubatan perlu mengenal pasti kes pada peringkat awal bagi membolehkan pesakit mengikuti pelan rawatan yang tepat.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), malaria telah membunuh kira-kira 655,000 orang di seluruh dunia pada tahun 2010 walaupun kadar kematian telah menurun sejak beberapa dekad lalu.
Para penyelidik beranggapan, penurunan tinggi itu disebabkan pertambahan penggunaan ubat jenis artemisinin, rawatan paling efektif setakat ini. Ia juga didorong pengagihan kelambu yang telah disembur racun serangga oleh kerajaan Kemboja.
Sementara itu, dalam kajian yang dijalankan para saintis antarabangsa di antara tahun 2007 sehingga 2010, 42 peratus kes malaria falciparum dikenal pasti kalis ubat. Perkara itu turut diterbitkan dalam jurnal kesihatan, The Lancet, pada tahun ini.
Sasaran tahun 2025
Timbalan Pengarah Pusat Kebangsaan bagi Parasitologi, Entomologi dan Kawalan Malaria, Meas Tha menyatakan, pendekatan teknologi dalam pengurusan malaria mampu mencapai sasaran pada tahun 2025. Di samping itu, usaha pendidikan tentang pencegahan dan rawatan giat dijalankan.
Ia adalah sebahagian daripada projek pembendungan malaria yang dibantu oleh Dana Global dan mendapat sokongan daripada Yayasan Bill and Melinda Gates. Sebanyak US$30 juta (RM91.8 juta) telah dilaburkan sejak tahun 2010.
Sistem tersebut yang menggunakan kad SIM yang disediakan secara percuma oleh syarikat telekomunikasi Kemboja, Mobitel, dilancarkan di tiga kawasan pada tahun lalu sebelum dikuatkuasakan di Pailin pada Julai lalu. - AFP