Duit syiling nilai RM100,000
2 November 2012
Saifudin adalah seorang pengumpul wang lama sejak tahun 90 an lagi dan kini memiliki 200 keping syiling pelbagai negara termasuk Sepanyol, England, China dan koleksi wang syiling Tanah Melayu (Malaysia).
Saifudin berkata, minat mengumpul duit syiling tersebut bermula apabila arwah ayahnya, Abdul Rahman Ismail ada menyimpan koleksi duit syiling lama.
“Saya mewarisi duit syiling tersebut, kerana minat yang mendalam untuk mengumpul sebanyak mungkin duit syiling lama, saya sanggup mencari dan mengumpulnya.
“Akhirnya saya memiliki duit syiling sebanyak 200 keping yang bernilai hampir RM100,000,” katanya kepada Sinar Harian.
Saifudin berkata, antara duit syiling yang paling lama dimilikinya ialah duit syiling Sepanyol keluaran tahun 1790.
“Saya juga ada menyimpan duit syiling zaman Dinasti Tang (627-649) serta Zaman Dinasti Ching (1662-1722),” katanya.
Menurutnya, bagi melengkapkan koleksi duit syiling lamanya, dia juga ada menyimpan syiling zaman pemerintahan Sultan Muhammad ke II (1838-1886) keluaran tahun 1840 dan pemerintahan Sultan Mansor (1891-1900) keluaran tahun 1986.
“Sudah lama saya menyimpan duit syiling ini namun sekiranya ada sesiapa yang berminat untuk membelinya serta menawarkan harga yang berpatutan, saya berminat untuk menjualnya.
“Mana-mana pengumpul duit syiling lama yang berminat untuk membelinya bolehlah menghubungi saya di talian 019-9096310,” katanya.
No comments:
Post a Comment