Monday, October 31, 2011

lan

Tajuk: Pengenalan Kepada Sistem dan Rangkaian Komputer
(Bahagian Sistem Rangkaian Komputer yang meliputi jenis-jenis, senarai perkakasan dan alatnya, kebolehan dan keupayaannya, perisian program dan lain-lain maklumat yang berkaitan )
Tajuk-tajuk kecil
PENGENALAN Dalam masyarakat era informasi, faktor jarak dan masa tidak lagi menjadi penghalang untuk mencapai sesuatu maklumat. Oleh yang demikian rangkaian komputer menjadi sangat penting untuk membantu dalam memperolehi dan memberikan maklumat atau data dalam masa yang singkat. Rangkaian komputer membolehkan penggunanya mendapat maklumat dengan komputer peribadi melaui rangkaian setempat ( LAN ) sehingga ke rangkaian antarabangsa (Internet).
Definasi Rangkaian
Rangakaian komputer bermaksud sumbungan dua atau lebih perkakasan komputer yang terpisah secara fizikal tetapi disambungkan secara operasinya. Rangkaian juga merupakan satu sistem perkongsian alat (pencetak dan CD-Rom), perisian, pertukaran maklumat dan komunikasi. Maklumat dapat dipindahkan dalam rangkaian melalui kabel, gelombang radio, pancar infra merah atau satelit.
KEBAIKAN MENGGUNAKAN RANGKAIAN (NETWORKING)
 
    • Berkongsi Fail
    • Pengguna dapat berkongsi fail yang disimpan pada palayan (server) atau komputer pusat.
    • Menimdahkan Fail
    • Memudahkan pemindahan fail yang disimpan dari satu komputer ke komputer yang lain.
    • Berkongsi Perisian (Aplication) dan mengurangkan kos
    • Memudahkan pengguna untuk berkongsi program aplikasi seperti Word, Lotus, Access dll. Dengan ini ia dapat mengurangkan kos dan memudahkan instalasi perisian.
    • Berkongsi data dan menjimatkan masa untuk memasukkan data
    • Data-data dapat dimasukkan serentak oleh dua atau lebih pengguna kedalam satu aplikasi. Pada masa yang sama juga pengguna yang lain dapat menggunakan data -data tersebut.
    • Berkongsi Pencetak, Pengimbas, CD-Rom dll
    • Pencetak atau CD-Rom yang terdapat pada sesebuah komputer dapat digunakan oleh semua pengguna yang mengunakan komputer lain.
    • Menggunakan Mel Elektronik (E-Mail)
    • Pengguna dapat menghatar memo dari satu komputer ke komputer yang lain.
Sistem Rangkaian Komputer
      Terdapat tiga sistem rangkaian seperti berikut:
Bil Sistem Rangkaian Komputer
Saiz Kawasan
Contoh
1. Local Area Network (LAN) Kawasan Kecil (10km) Sekolah, makmal, dalam sebuah bangunan.
2. Metropolitan Area Network (MAN) Kawasan lebih besar  (10-50km) Bandar, negeri.
3 Wide Area Network (WAN) Kawasan sangat besar (lebih daripada 50km) Seluruh dunia, negara,  Internet
Rangkaian Setempat (Local Area Network)
Sistem rangkaian yang besar ( MAN dan WAN ) lebih berguna dari segi keluasan kawasan geografinya tetapi banyak organisasi perlukan rangkaian setempat untuk menghubungkan alat-alat yang digunakan di tempat yang terhad. Jadi aspek-aspek berikut perlu dipertimbangkan:
    • Jenis LAN - Pengguna dan pelayan (Client-server)
- Pengguna-pengguna sebaya (Peer to peer)
    • Komponen-komponen LAN
    • Topologi LAN
    • Kesan dari LAN
A . Jenis-jenis LAN Terdapat dua jenis Rangkaian Kawasan Setempat (LAN) iaitu:
    1. Pengguna dan pelayan (Client-server)
Jenis LAN ini terdiri daripada sebuah komputer pelayan (Server) untuk melayan komputer lain yang bertindak sebagai pengguna (Client). Komputer pelayan akan menjalankan pengurusan pusat(Centralized) untuk melayan pengguna-pengguna dari segi perkongsian perisian aplikasi, data, pencetak dll. Pelayan biasanya berkuasa tinggi. Jenis-jenis palayan:
    • Pelayan fail (Fail server)- Menyimpan perisian dan data.
    • Pelayan data (Database server)- Menyimpan data sahaja.
    • Pelayan cetak (Print server)- Mengawal satu atau lebih pencetak.
    • Pelayan fax (Fax server)- Menguruskan penghataran fax.
    • Pelayan mel (Mail server)- Menguruskan e-mail.
    Biasanya pelayan ini tidak memproses atau mengubah data yang dikirim. Pelayan tidak perlu tahu jenis fail, sebaliknya ia sibuk menjawab permintaan dari komputer pengguna atas fail yang disimpamnya. Contoh perisian Sistem Operasi Rangkaian /Network Operating Syatem(NOS) ialah Novell Netware, Windows NT, UNIX
Kelebihan
Kelemahan
  • Keselamatan sumber dan data dikawal oleh pelayan.
  • Semua komponen( client/ network/ server) kerja serentak.
  • Perkongsian data dan perisian aplikasi boleh di lakukan.
  • Perbelanjaan yang lebih mahal untuk sebuah komputer pelayan.
  • Perlukan melakukan penyelenggaraan (maintenance) untuk menjamin keberkesanan sistem.
  • Rangkaian tidak berfunggi jika berlaku kerosakan pada pelayan.
    2. Pengguna-pengguna sebaya (Peer to peer)
Sistem ini tidak melibatkan komputer palayan. Ia membenarkan perkongsian alat dan fail. Setiap komputer dapat mengirim, menerima dan memproses fail data kerana setiap komputer mempunyai potensi yang sama. Contoh NOS ialah AppleShare dan Windos for Workgroups, Windows 95 dan Windows 98.
Kelebihan
Kelemahan
  • Kosnya rendah, tidak perlu pelayan.
  • Guna Sistem Operasi yang sedia ada (Windows 95/98), hanya perlu configurasi untuk peer to peer.
  • Sesuai untuk organisasi yang kecil.
  • Tiada pengurusan pusat untuk fail dan perisian applikasi.
  • Keselamatan data tidak sebaik sistem client-server.
  • Lambat berbanding dengan sistem client-server.
B. Komponen-komponen untuk LAN
1. Komputer pelayan (Server)
Biasanya terdiri daripada sistem jenis Pentium Celeron 333A. 64MB SDRAM, 4GB cakera keras, 15' monitor digital berwarna, 40X CD-ROM drive, Kad Antaramuka Rangkaian (Ethernet Network Card), Kad SVGA 8MB dan kad bunyi 16 bit 3D 2. Stasen kerja (Workstation) Biasanya terdiri daripada sistem jenis 486 ke atas, 16MB RAM, 540MB cakera keras, 15' monitor digital berwarna, 40X CD-ROM drive, Kad Antaramuka Rangkaian (Ethernet Network Card), Kad SVGA 8MB dan kad bunyi 16 bit 3D. 3. Network Interface Card/ Kad Antaramuka Rangkaian (NIC) NIC perlu diinstal di setiap komputer dan disambung ke rangkaian dengan kabel atau sinar infra merah. Berikut adalah beberapa jenis NIC.
  • Ethernet Card -Contoh :3Com (RM 350), D-Link (RM 220),
  • 10Base (RM 120)
  • Token Ring Card
  • LocalTalk Connector
4. Kabel Terdapat 4 jenis kabel yang biasa digunakan. Berikut adalah perbandingan antara kabel-kabel dari segi keserasian dan kemampuannya.
Bil
Jenis Kabel
Keserasian
Ethernet
Token Ring
Arcnet
FDDI
I Coaxial Ya Tidak Ya Tidak
II Shieled Twisted Pair (STP) Ya Ya Ya Tidak
III Unshieled Twisted Pair (UTP) Tidak Ya Ya Tidak
IV Fiber Optic Tidak Ya Ya Ya
Jadual Keserasian Kabel dengan Protokol
Bil
Jenis Kabel
Kecekapan
Kelajuan
Ketahanan
Harga
I Coaxial Cepat  Lebih Baik Sedang
II Shieled Twisted Pair (STP) Lebih cepat  Baik Rendah
III Unshieled Twisted Pair (UTP) Dapat diterima  Terpengaruh oleh interferen elektromagnetik Terendah
IV Fiber Optic  Paling laju Kebal terharap interferen elektromagnetik  Tertinggi
Jadual Kecekapan Kabel
    Soket (Connector)
 
Jenis Kabel
Jenis Soket
I Coaxial BNC dan BNC T-Connector 
II Shieled Twisted Pair (STP) RJ-45 
III Unshieled Twisted Pair (UTP) RJ-45
IV Fiber Optic ST Connector, SC Connector

 
    Alat tambahan
    a) Pengacip khas (Crimping)- RM50 : Untuk klip wayar dan masukkan     wayar ke dalam soket.
       b) Penguji rangkaian (Network tester): Untuk menguji sambungan wayar. Rangkaian Tanpa Wayar(Wireless network)
Rangkaian Tanpa Wayar berfungsi dengan menggunakan frekuensi gelombang radio atau pancar infra merah untuk berhubung di atnatara satu sama lain. Tujuan rangkaian ini adalah untuk kemudahan pengguna komputer buku(notebook), komputer tangan (palmtop) dan PDA (personal digital assistant) yang bergerak dalam sebuah bangunan. Terdapat tiga cara untuk menggunakan rangkaian tanpa wayar iaitu Secara tetap (stationary), Peer to peer dan bergerak (roaming). Kelemahan rangkaian ini ialah kosnya tinggi(3 kali ganda lebih daripada rangkaian berwayar), mudah terganggu oleh gelombang radio dan golombang mikro, lambat dan terpaksa mencari titik capaian yang lain untuk meneruskan perkaitan dengan LAN jika isyarat menjadi lemah.
Perkakasan asasnya ialah penyesuai tanpa wayar (Wireless adapter) dan titik capaian (access point), perisian rangkaian( Novell Netware, LANtastic)
5. Sistem Operasi Rangkaian /Network Operating Syatem(NOS)
    Sistem Operasi Rangkaian bertanggungjawap ke atas:
    • Mengarahkan lalu-lintas data pada rangkaian.
    • Membenarkan dan menghalang pemindahan data antara workstation.
    • Mengelolakan aliran data di antara berbagai workstation yang berbeza(tidak selasi)
    • Mengelola permintaan layanan printer.
    • Mengelola permintaan dan pesanan di antara pengguna rangkaian.
    • Mengelolakan hubungan di antara jaringan dan lokasi-lokasi jarak jauh.
Contoh NOS ialah AppleShare dan Windos for Workgroups, Windows 95 dan Windows 98, Windows NT, Novell Netware dan UNIX 6. Hab(Hub)
        Hab digunakan untuk menjadi pusat kepada rangkaian bintang (Star). Ia digunakan untuk mengawal trafik aliran data dan maklumat dalam rangkaian. Contoh Ethernet Hub 8ports (RM200), Ethernet Hub16ports (RM400),10Base8 ports (RM550), 10Base16ports (RM1200)
7. Bridge dan gateways     Untuk menyambungkan dua atau lebih rangkaian satu bridge perlu disediakan untuk antaramuka (interface) yang serasi. Manakala satu gateway perlu digunakan untuk antaramuka yang berbeza dari segi pekakasan dan perisian. 8. Router
        Router digunakan untuk meterjemahkan maklumat di antara rangkaian yang berasingan. Router tahu alamat bridge dan komputer bagi kedua-dua rangkaian yang berhubung. Kebaikan router ialah
    • Menguruskan penghataran isyarat dengan berkesan.
    • Menghanter maklumat di antara dua protocols atau rangkaian.
    • Menghanter maklumat di antara topologi LAN yang berlainan.
    • Menghanter maklumat di melalui jenis kabel yang berbeza.
9. Perisian aplikasi     Perisian versi rangkaian perlu untuk penggunaan bersama dan memudahkan rangkian dikawal oleh perisian rangkaian. Contoh perisian aplikasi, Excel, Lotus 1-2-3, Word, WordPerfect dll. C. Topologi untuk rangkaian jenis LAN Jenis-jenis Topologi Fizikal
    • Bas (Linear Bus)
    • Bintang (Star)
    • Cincin (Star-wired Ring)
    • Tree
    i. Bas (Linear Bus)     Semua nod (file server, workstations and peripherals) terhubung ke kabel tulang belakang (Backbone) secara bersiri. Maklumat yang dihantar akan bergerak secara dua hala melalui semua nod pada kabel tersebut.
Kelebihan
Kelemahan
  • Senang untuk menambah atau mengurangkan komputer dan nod tanpa mengganggu operasi yang telah dijalankan.
  • Kurang kabel dan jarak LAN tidak terbatas.
  • Murah.
  • Sesuai untuk rangkaian yang kecil.
  • Jika kabel tulang belakang (Backbone) atau mana-mana nodnya bermasalah rangkaian tidak dapat berfungsi.
  • Memerlukan terminator untuk kedua- dua hujung kabel tulang belakang .
  • Sukar mengesan kerosakan.
  • Perlu pengulang (repeater) jika jarak LAN juah.
  • Perisian tambahan diperlukan untuk mengelakkan perlanggaran (collision) data
    Jenis NIC : Ethernet Card, LocalTalkKabel: Coaxial, Twisted- pair, Fiber Optic Terminator: Terminater 50 ohm Connector: BNC, BNC T-Connector, RJ-45, ST Connector, SC Connector Protocol: Ethernet , LocalTalk ii. Bintang (Star)     Semua nodnya disambung terus ke hab di pusat rangkaian. Maklumat akan melalui hab sebelum sampai ke destinasinya. Hab akan mengawal semua fungsi dalam rangkaian dan bertindak sebagai pengulang (repeator) juga. Jika sebuah komputer pelayan (file server) digunakan maka data akan dihantar ke kepada komputer pelayan selepas melalui hab.
Kelebihan
Kelemahan
  • Mudah dipasang dan dirangkaikan. Tidak mengganggu rangkaian semasa penyambungan atau mengalihkan peranti.
  • Tiada perlanggaran (collision) data.
  • Mudah untuk mengesan kerosakan .
  • Mudah dikembangkan.
  • Penggunaan banyak kabel.
  • Jika terdapat kerosakan pada hab atau sambungannya, nodnya tidak dapat berfungsi.
  • Lebih mahal berbanding dengan linear bus.
    Jenis NIC : Ethernet Card, LocalTalkKabel: Twisted- pair, Fiber Optic Connector: RJ-45, ST Connector, SC Connector Protocol: Ethernet , LocalTalk Hub: 10Base 8 ports , 10Base 16ports , Ethernet Hub 8 ports ,          Ethernet Hub 16 ports iii. Cincin (Star-wired Ring) Topologinya sama dengan topologi bintang. Sambungannya adalah secara bersiri dan kedua-dua hujungnya ditemukan untuk membentuk bulatan. Datanya dikawal oleh MAU (Multistation Access Unit). Data dihantar secara sehala jadi ia akan melalui setiap nod serta komputer sehingga sampai ke destinasinya.
Kelebihan
Kelemahan
  • Penghantaran data laju.
  • Dapat melayan lalu lintas data yang padat.
  • Masa untuk mengakses data optimal.
  • Komunikasi antara terminal mudah.Tiada perlanggaran (collision) data
  • Jika kabel utama bermasalah rangkaian tidak dapat berfungsi.
  • Penambahan atau pengurangan terminal sangat sukar. 
  • Sukar mengesan punca kerosakan.
    Jenis NIC : Token Ring CardKabel: Twisted- pair Connector: RJ-45, Protocol: Token Ring Alat lain: MAU (Multistation Access Unit) untuk menghantar maklumat                 melalui cincin (Ring)
    iv. Tree Topologi tree merupakan gabungan topologi bas dan topologi bintang. Di mana topologi bintang disambung kepada kabel tulang belakang bas
Kelebihan
Kelemahan
  • Penulisan titik ke titik (point-to-point writing) untuk bahagian idividu
  • Disokong oleh sebilangan pembekal perkakasan dan perisian.
  • Penjang keseluruhan terhad kepada jenis kabel yang digunakan.
  • Kerosakan pada kabel tulang belakang akan menggagalkan bahagian lain.
  • Sukar dalam configurasi dan pendawaian
    Jenis NIC : Ethernet Card,Kabel: Twisted- pair, Fiber Optic, Coaxial Connector: RJ-45, ST Connector, SC Connector Protocol: Ethernet Hub: 10Base 8 ports , 10Base 16ports
Penutup     Rangkai setempat makin popular dan luas digunakan berbanding dengan kerangka utama (mainframs). LAN banyak digunakan oleh organisasi besar sebab ia tidak perlu pakar dalam penyelengaraan berbanding dengan kerangka utama. Sebab lain ialah keupayaan rangkaian LAN dari segi keselamatan dan kapasiti penyimpanan yang sama dengan kerangka utama.
    Dari maklumat yang diperolehi dari pengusaha-pengusaha kedai komputer, didapati ramai yang mencadangkan penggunaan sistem rangkaian LAN jenis bintang untuk ciber cafe tanpa menggunakan pelayan. Jadi, untuk sistem rangkaian di sekolah sistem rangkaian LAN jenis bintang adalah pilihan yang terbaik buat masa kini.
 

solat sunat

Tunai solat sunat dapat keampunan


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
APAKAH kedudukan solat sunat sebelum Jumaat? Adakah itu solat sunat sebelum Jumaat?
SYAFIQ,
Perak





MENGENAI sunat sebelum Jumaat, terdapat hadis umum mengatakan bahawa sesiapa mandi dan pergi ke masjid dan kemudian menunaikan solat sunat serta berdiam diri sehingga imam selesai khutbah mendapat keampunan Allah antara dua Jumaat dan tiga hari selepasnya (Riwayat Muslim).

Pernah ketika Rasulullah menyampaikan khutbahnya pada hari Jumaat, datang seorang lelaki dan terus duduk. Baginda menyuruhnya menunaikan solat dua rakaat. (Dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Berkenaan solat sunat selepas azan pertama, ia dibenarkan berdasarkan pengajaran umum hadis di atas walaupun tidak secara khusus.

Ada yang berpendapat ia sama dengan solat sunat sebelum Zuhur dan selepas Zuhur.

Pada zaman Rasulullah azan hanya dilaungkan sekali.

Thursday, October 27, 2011

rangka 16 ribu tahun

Rangka manusia 16,000 tahun dihantar ke tapak asal


KAWASAN gua tempat penemuan rangka manusia berusia 16,000 tahun di Gua Bewah, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.


KUALA TERENGGANU – Rangka manusia berusia 16,000 tahun yang dipercayai rangka tertua pernah ditemui di negara ini akan dikembalikan ke tapak asalnya di Gua Bewah, Tasik Kenyir tidak lama lagi.
Pengarah Muzium Terengganu, Yusof Abdullah berkata, pihaknya sedang membuat persiapan terakhir berhubung urusan penghantaran rangka dikenali sebagai Bewah Man itu. Ia dijangka dilakukan pada akhir tahun ini.
Katanya, sekumpulan pakar tempatan dan ahli arkeologi kini sibuk membina satu bekas khas yang sesuai untuk menempatkan rangka manusia itu yang telah ditemui di Gua Bewah pada November tahun lalu.
“Penyelidikan ke atas rangka ini telah memasuki fasa terakhir dan selepas itu kita akan menghantarnya ke tempat ia ditemui.
“Kita juga akan pastikan rangka ini tidak diganggu dan sentiasa berada dalam keadaan baik,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.
Ditanya apakah jantina rangka itu, Yusof menjelaskan, sepasukan ahli arkeologi baru-baru ini telah menemui cebisan gigi ketika melakukan cari gali di Gua Bewah dan penemuan itu diharap akan dapat membantu untuk menentukan jantina rangka berkenaan.
“Ini adalah penemuan baru bagi Bewah Man namun kita akan melakukan lebih banyak ujian sebelum dapat menentukan jantina sebenar rangka yang dianggap tertua di negara kita,” jelasnya.
Yusof menjelaskan, setiap rangka yang ditemui di kawasan itu telah dihantar kepada pakar-pakar di Amerika Syarikat untuk penyelidikan lanjut.

kapal kublai khan

Bangkai kapal Kublai Khan ditemui


Gambar yang diambil oleh Profesor Yoshifumi Ikeda menunjukkan penemuan serpihan kapal dipercayai daripada armada tentera laut Kublai Khan yang mahu menakluk Jepun. – AFP


OKINAWA 27 Okt. - Ahli arkeologi marin percaya bangkai sebuah kapal purba yang ditemui di dasar kawasan perairan Nagasaki, Jepun adalah sebahagian daripada armada purba milik Raja Mongolia kurun ke-13, Kublai Khan yang hilang, lapor stesen CNN.
Bangkai tersebut ditemui kira-kira 25 meter dari pantai Nagasaki, menggunakan peralatan ultrabunyi.
Ahli arkeologi percaya kapal purba itu digunakan pada 1281 dan merupakan sebahagian daripada 4,400 armada Raja Mongolia yang ditugaskan sebagai pasukan penjajah ketika pemerintahan Dinasti Yuan.
‘‘Penemuan bangkai kapal dengan lunas sepanjang 12 meter dan masih dalam keadaan baik itu akan membantu pengkaji mengenal pasti ciri dan sifat kapal perang sepanjang 20 meter tersebut,’’ ujar CNN yang memetik ketua pasukan penyelidik yang menemui kapal itu, Yoshifumi Ikeda.
Ikeda berkata, pihaknya merancang memperluaskan usaha-usaha penerokaan kawasan itu dan mencari lebih banyak maklumat bagi membantu mengembalikan kapal purba itu ke bentuk asal.
CNN melaporkan berdasarkan legenda Jepun, dua taufan dikenali sebagai Kamikaze menyelamat Jepun sebanyak dua kali dalam tempoh tujuh tahun daripada dua penjajahan armada Mongolia dengan memusnahkan kapal-kapal berkenaan.
China bagaimanapun tidak terselamat apabila diperintah Dinasti Yuan Mongolia antara 1271 hingga 1368.
‘‘Menurut buku bertajuk Lost Fleet: In Search of a Legendary Armada oleh ahli arkeologi, James P. Delgado mengenai Kublai Khan, kemusnahan 4,000 kapal penjajahan Dinasti Yuan yang mewujudkan kuantiti besar serpihan bangkai, membolehkan seseorang berjalan dari satu lokasi di darat ke lokasi kemusnahan itu,’’ ujar CNN.
CNN melaporkan, kapal purba itu diperbuat dari papan kayu dan dipercayai dicat dengan warna kelabu cerah merupakan antara lebih 4,000 artifak termasuk serpihan seramik, bata, peluru meriam dan sauh diperbuat daripada batu, ditemui di lokasi berkenaan.
‘‘Penemuan artifak itu menimbulkan kaitannya kepada armada penjajahan Dinasti Yuan,’’ kata CNN. – Agensi
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Wednesday, October 26, 2011

sms

“PESANAN PENTING UNTUK SEMUA WANITA YANG PERGI KERJA, COLLEGE ATAU SEKOLAH BERSENDIRIAN.

Jika anda t’jumpa budak kecil sdg mnangis ats jalan, yg memberi anda alamatnya dn m’minta anda agar mhantarnya ke ke alamat t’sbt. Sila bawanya ke balai polis yg b’dkt’n.X kira apa yg anda mahu lakukn, JANGAN bawanya ke alamat yg diberikn. Ini adalh taktik baru utk pjenayah m’rogol wanita. Sila smskan mesej ini kpd semua rakan anda agr mrk blh mberitahu maklumat ini kepada rkn2 mrk dn ahli keluarga mrk.Terima kasih.

dari sucikudus/taik pxlxt

TAHI PALAT PADA ZAKAR

bukan kisah jantan. jangan salah sangka. ni segmen Tipsesuci.

Nuffnang Ads


Ada my reader tanya pasal taik palat. So, lets discus.

 DISCLAIMER: THIS ENTRY IS NOT INTENDED TO REPLACE PERSONAL CONSULTATION WITH PROFESSIONAL HEALTH CARE PROVIDERS.  IT IS WRITTEN JUST FOR GENERAL KNOWLEDGE.
-Nursuci Qhudus-


Apakah nama lain bagi taik palat?

Ok noks, dalam terma perubatan, taik palat ni dipanggil SMEGMA *sedap namanyer kan?*

Bagaimana taik palat terjadi?

Taik palat nih sebenarnya terhasil daripada rembesan kelenjar sebum dan jugek lebihan2 sel epithelia yang besenyer tekumpul kat bawah kulit ciknek uols yg tak sunat.  Alah, yang ala2 keju putih tu la sundels.. Untuk yang sunat, jarang n almost takde sebab dah sunat kan, so mane ade foreskin lagi yg leh trap taik palat ittew.. (kecuali uols sunat jenis -low and loose atau high n loose. tu ada kemungkinan taik palat melekat lagi).

LOW AND LOOSE CIRCUMCISION sebelum disunat. (kaler oren tu yg akan dipotong)

jenis LOW AND LOOSE lepas sunat(sebab tu taik palat leh ada lagi- nampak tak ada kedutan?)
jenis HIGH AND LOOSE (pun leh trap taik palat jugek) - sebab kedutan tu tak bukak abes.

jenis LOW AND TIGHT.. taik palat xde dah.. since kedutan tu dibukak abes. tight gituh.
Bahaya tak taik palat nih?

Taik palat bukannye penyakit... tapi ia leh sebabkan penyakit kalau tak dibersihkan.. kalo orang islam, taik palat nih kalo ada x sah semayang. sebab tu la kene sunat masa kecik2.. supaya suci katanyer..

Leh sebabkan penyakit apa?

Antara yang feymes ialah jangkitan/radang kat kulit yg tutup bahagian kepala ciknek ittew (foreskin infection). Dalam istilah perubatan, dipanggil balanitis.  Kebiasaannya menjangkiti orang yang tak sunat.

Jugak, jangan terkejut tau yang taik palat ni leh jadik antara punca penyebab kanser zakar.  tapi jangan lah bimbang noks, cuci jah ciknek uol selalu okeh,. buang taik2 palat tak perlu ittew.. unless uols pengotor n pemalas tahap ekstrim.. yg tu kene sunat.. baru senang hidup.. gtew..

Apa simptom balanitis?
contoh balanitis
Ada beberapa.. antaranya termasuklah bengkak, merah2, gatal, sakit sket kat kepala ciknek, & bau yang seantero benua sangat...(bau smegma la sundels)

Macamana balanitis ni berlaku?
balanitis jugek..

Biasanya jadik kat orang yang tak sunat. pastu pengotor & tak suka, jarang cuci ciknek.

So, bila tak rajin cuci ciknek, jadilah pengumpulan taik2 palat kat bawah kulit. Oleh itu, sukalah bakteria berpesta ria.. tapi kan, kekadang kemerah-merahan kat kulit tu bukan balanitis pon, just normal smegma.. cuci jah..

Macamana nak rawat balanitis?

It depends.. nengok pada dasar simptom.. tapi antara yang boleh dibuat dirumah termasuklah mandi / cuci ngan air suam, sabun ciknek (pakai jenis moisture), dan jugak kalo ada bakteria, pakai antibiotik. tapi kalo stakat fungal infection, sapu krim dah ok. Pegi je klinik/farmasi. Mesti dia tahu. 

Contoh?

Ha, contohnye, kalo uol kene balanitis (candidal balanitis) yg disebabkan oleh fungus, doktor/pharmacist akan kasik uol antifungal cream macam clotrimazole ataupun econazole nitrate. ada banyak brand... Tinggal sapu jah krim nih kat ciknek...

Tapikan uols, preventing is  always better than cure, tak gitu? So nak elakkan penyakit, bersihkan lah smegma kat ciknek uols.. Tapi, caner nak bersihkan ciknek yang dinch sunat nih?

Ha.. katakanlah uols jalan jauh.. so, ameklah masa stop kat r&r kejap.. cuci ciknek ittew sundels.. n also, kalau uols jenis kencing diri kat mangkuk luar tu (walhal nak skodeng jantan lain kencing kan? koserr) pastu tak cuci.. so, hentikanlah buat camtu sebab very pengotor okhay.. n bakteria sukerr sangat dengan tempat2 kotor like ciknek uol yang tak berbasuh ittew.. so basuh lah.. rata2 sket basuh ittew..

Macamana kalau taik palat ittew terlalu banyak daripada normal?

Jangan bimbang sangat, just bersihkan dengan lebih kerap asalkan uol tak nampak ada benda pelik2 kat ciknek ittew. But if problem persist and ada irritation yang lain2, silalah jumpa your doctor/pharmacist to get your medicines.

Oh ye, sebelum akak terlupa, jangan ingat jantan je ada taik palat, cikki pun ada jugek. 



CIK SUCI: tak penah lolo ciknek tak sunat *ape kelassss...*

Tuesday, October 25, 2011

anak tidak sah taraf

Dapat anak tidak sah taraf


ANTARA sijil dan dokumen sindiket nikah palsu yang dikesan oleh Jakim.


KUALA LUMPUR – Pasangan yang menggunakan khidmat sindiket nikah palsu di negara ini mungkin terdedah kepada bahaya dosa melahirkan anak tidak sah taraf.
Itu amaran Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Saimah Mukhtar mengenai senario pasangan bernikah di luar undang-undang di Malaysia.
“Masalah yang paling serius ialah melibatkan isu nasab dan sistem kekeluargaan Islam kerana pernikahan dengan menggunakan sindiket dikhuatiri tidak sah dari hukum syarak dan menyebabkan hubungan seks luar nikah dan melahirkan anak tidak sah taraf,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.
Menurut Saimah, selain itu, masalah yang bakal dihadapi pasangan ialah kesukaran untuk mendaftarkan pernikahan, kelahiran dan pendidikan anak-anak pada masa depan.
“Malah golongan wanita juga berisiko apabila hak-hak dan nasib anak-anak mereka terabai apabila suami mereka meninggal dunia atau berlaku perceraian.
“Selain itu, timbul masalah hak pewarisan harta pusaka, hak hadhanah, hak mut'ah serta lain-lain perkara melibatkan sijil pernikahan yang sah,” ujar beliau.
Saimah memberitahu, kes-kes sedemikian dikesan oleh Jakim apabila pasangan yang dinikahkan itu ingin mendaftarkan perkahwinan mereka dengan jabatan agama Islam di negeri-negeri.
“Apabila kita periksa dan semak kesahihan dokumen didapati kesemua dokumen itu palsu malah ada kes di mana satu pasangan cuba untuk mendaftarkan perkahwinan mereka sebanyak dua kali dan kedua-dua sijil yang diberikan didapati tetap palsu,” katanya.
Mengenai modus operandi sindiket yang sama, katanya, rata-rata mereka menjalankan operasi di tempat-tempat yang tidak disangka-sangka.
Katanya, ada pernikahan dilakukan di restoran makanan segera, dalam kereta dan rumah kedai sebagai taktik sindiket itu mengelak daripada dihidu pihak berkuasa.
Saimah berkata, selain lokasi pernikahan, sindiket yang sama turut menyediakan pelbagai kemudahan termasuk perkhidmatan pengangkutan bagi memastikan segala urusan pernikahan berjalan lancar.
Menurutnya, pada bayaran di antara RM3,000 hingga RM5,000 sahaja, setiap pasangan dimaklumkan pernikahan mereka kononnya mendapat kelulusan daripada jabatan agama dan sijil disediakan sedangkan ia sebenarnya dokumen palsu.
Menurut Saimah, ciri-ciri umum nikah sindiket pernikahan palsu ialah mereka tidak mendapat tauliah daripada pihak berkuasa agama dan tidak mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
“Biasanya, ia bertujuan untuk mengaut keuntungan dengan mengenakan bayaran tertentu kepada pasangan yang hendak berkahwin dengan cara yang mudah tanpa melalui syarat serta prosedur yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agama di negeri-negeri.
“Bagaimanapun, tidak dinafikan ada juga jurunikah palsu yang mengenakan hanya beberapa ratus ringgit sahaja iaitu sekadar melebihi kadar mas kahwin biasa,” ujarnya.
Saimah menjelaskan, kebanyakan daripada kes didapati berpunca daripada hasrat lelaki yang ingin berpoligami tanpa pengetahuan isteri, terlanjur sehingga mengandung anak tidak sah taraf, halangan keluarga dan jahil mengenai hukum berkaitan pernikahan.
Selain itu, katanya, kebanyakan masyarakat Islam pada masa kini juga masih lagi tidak memahami konsep pernikahan dan perbezaannya dengan nikah di selatan Thailand atau di luar negara.
“Mereka selalunya keliru dan mungkin telah dikelirukan oleh pihak-pihak tertentu yang mengatakan bahawa nikah itu mudah dan tidak perlu bersusah payah semata-mata hendak bernikah,” jelasnya.
Tegas beliau, isu tersebut dipandang serius oleh Jakim dan menganggap ia tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana ia melibatkan kesahihan sesebuah pernikahan, pelaksanaan serta pematuhan undang-undang Islam di sesebuah negara.

celaru identiti

Selamatkan belia celaru identiti

Pendedahan hasil dapatan tinjauan melalui media alternatif oleh Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) yang merumuskan lebih enam juta belia di negara ini menghadapi krisis kecelaruan identiti disebabkan terpengaruh dengan gaya hidup Barat cukup membimbangkan dan merisaukan khalayak.

Tambahan pula, mengikut Presiden Isma, Abdullah Zaik Abd. Rahman, masalah tersebut kini berada pada tahap yang membimbangkan kerana ia akan mendorong belia terbabit ke arah pemikiran secara liberal.

Memandangkan 40.28 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk di negara ini adalah golongan belia dan golongan ini yang dilabel sebagai bakal pewaris negara, kita perlu bertindak dengan segera untuk mengekang budaya tidak sihat ini dari terus menjadi duri dalam daging kepada masyarakat kita.

Hal ini penting kerana kecelaruan identiti di kalangan belia ini menunjukkan belia kita masih belum jelas dengan masa depan dan hala tuju mereka sendiri, apatah lagi mengambil berat tentang masa depan dan hala tuju negara kita secara menyeluruh.

Pengaruh Barat dilihat semakin menular dalam kalangan belia kita yang mudah hilang pertimbangan. Mereka hanya bertindak mengikut naluri masing-masing tanpa mempedulikan norma kehidupan yang kita warisi sekian lama.

Antara punca krisis ini ialah pengaruh media elektronik dan media alternatif yang dilihat menjadi tok guru golongan belia kita.

Mereka begitu mudah meniru dan mencontohi apa yang ditonton atau dibaca dalam media elektronik dan media alternatif.

Rancangan-rancangan televisyen yang berpaksikan Barat serta kesukaran pihak kerajaan untuk mengawal dan mengawasi maklumat dalam media alternatif menyebabkan anak-anak kita mudah terdedah kepada perkara-perkara yang negatif dan sensitif.

Akibatnya, mereka mengambil jalan mudah atas dasar ingin mencuba sesuatu yang baharu yang akhirnya merugikan diri, agama, bangsa dan negara.

Dalam hal ini di samping kita berharap agar pihak kerajaan akan menyusun strategi yang menyeluruh untuk menangani gejala ini dari terus membelenggu belia kita, ibu bapa, keluarga dan masyarakat juga perlu memainkan peranan yang aktif.

Tanggungjawab untuk membetulkan keadaan ini harus dipikul secara bersama oleh pihak kerajaan dan juga ibu bapa, keluarga dan masyarakat. Kerjasama erat pihak-pihak ini diyakini mampu memperbetulkan masalah ini dengan segera.

Pemantauan secara rapi oleh ibu bapa, keluarga serta penglibatan masyarakat setempat mampu membantu golongan belia kita kembali ke pangkal jalan seterusnya menyumbang ke arah pembangunan negara.

Kita perlu ingat bahawa kejayaan semua program dan inisiatif kerajaan seperti Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang merangkumi enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) sangat bergantung kepada sumbangan dan peranan aktif para belia kita.

Bidang tersebut seperti mengurangkan jenayah, membanteras rasuah, mempertingkatkan pencapaian pelajar dalam bidang pendidikan, mempertingkatkan taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendah, mempertingkatkan infrastruktur asas luar bandar dan mempertingkatkan pengangkutan awam di bandar di samping Program Transformasi Ekonomi (ETP) serta transformasi dalam bidang politik.

Oleh itu, kita perlulah terus membantu para belia kita dalam mencari dan membentuk identiti yang diperlukan mengikut acuan kita sendiri.

Kita tidak boleh sama sekali membiarkan golongan ini hanyut bersendirian dalam dunia mereka sendiri yang tidak mendatangkan manfaat kepada mana-mana pihak termasuk belia itu sendiri.

Semoga pendedahan laporan ini akan membuka mata semua pihak yang terlibat agar segera bertindak dan menyelesaikan masalah serius ini.

Adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk menyelamatkan belia kita.

NOOR MOHAMAD SHAKIL HAMEED

UPM Serdang, Selangor

Monday, October 24, 2011

kerja sambilan

Bekerja sambilan suntik nilai positif diri

Oleh Ruhaiza Rusmin
ruhaizarusmin@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
MASIH BOLEH BERJAYA...tidak salah bekerja sambilan namun perlu akur tanggungjawab hakiki iaitu belajar.
MASIH BOLEH BERJAYA...tidak salah bekerja sambilan namun perlu akur tanggungjawab hakiki iaitu belajar.
DIUKUR dari segi usia, mereka masih muda dan belum bnyak pengalaman di dada namun sikap berani mencuba serta meneroka dunia pekerjaan sambilan cukup membanggakan.
Biarpun menghadapi pelbagai cabaran, mereka tetap optimis, tidak mudah mengalah selain bersemangat membuktikan keupayaan kepada masyarakat biarpun tidak ramai bersetuju kerana berang�gapan ia boleh mengganggu rutin pembelajaran.
   
  • Foto LEBIH BERKEYAKINAN...bekerja sambilan bukan saja mampu memperluaskan jaringan persahabatan, malah membina keyakinan diri untuk bergaul.
  • Foto PERLUASKAN HUBUNGAN...bekerja sambilan dapat memperluaskan hubungan baru, sekali gus memudahkan peluang mencari pekerjaan tetap.
  • Foto CARI KERJA...bukan mudah mencari pekerjaan pada hari ini tetapi bagi mereka yang sudah ada pengalaman, sudah pasti banyak kelebihannya.
Apatah lagi pengajian peringkat universiti rumit kerana tertakluk pada syarat pencapaian akademik, juga segala aktiviti yang perlu direncana dengan baik bagi memastikan berjaya menamat�kan pengajian.

Benarkah mereka yang ingin belajar berdikari mencari poket sendiri tidak boleh berjaya?


Mungkin ia pengalaman paling berharga sebelum menempuh alam pekerjaan
sebenar selain tidak menyu�sahkan orang lain bagi memenuhi keperluan kewangan.

Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan Management and Science University (MSU), Lina Hazwani Ainol Kamal berkata, dia lebih senang berdikari mencari duit bagi menampung keperluan perbelanjaan sepanjang tempoh pengajiannya selain berpendapat, ia pengalaman berharga yang sukar diganti.

Menurutnya, keinginannya untuk bekerja sambilan juga didorong rasa tanggungjawab tidak mahu menyusahkan keluarga kerana sedar mereka masih mempunyai tanggungjawab lain yang perlu dilunaskan.

“Keputusan bekerja sambilan datang daripada kesedaran sendiri kerana saya beranggapan tidak salah mencuba sesuatu yang baru. Malah ia juga satu cabaran
kepada diri untuk melihat sejauh mana keupayaan menangani masalah kehidupan.

“Juga atas kesedaran untuk tidak terlalu membebankan ibu bapa membiayai pengajian biarpun selalu menegaskan itu tanggungjawab mereka. Apa salahnya saya berusaha sendiri mencari duit poket asalkan tidak mengganggu pengajian.

“Malah, saya puas menikmati duit diperoleh itu dan bebas membelanjakannya tanpa rasa bersalah kerana ia hasil titik peluh sendiri,” katanya.

Pembabitan mahasiswa dalam pekerjaan sambilan bukan baru terutama bagi menampung keperluan pengajian dan peribadi yang semakin meningkat.

Biarpun ada beranggapan ia bakal menjadikan mahasiswa letih, kurang tumpuan, mula culas ke kuliah serta melupakan tanggungjawab terhadap pelajaran, mereka kurang bersetuju biarpun tidak menafikan ada yang tersasar daripada fokus sebenar.

Dia yang bekerja sebagai model pakaian Muslimah secara sambilan beranggapan, segala keputusan atau perancangan terletak pada diri sendiri bagi mencorakkan perjalanan masa depan.

“Dalam konteks ini, diri sendiri yang menjadi penentu kepada kejayaan atau kegagalan manakala orang lain hanya boleh memberi nasihat sebagai panduan.

“Biarpun tarikan alam pekerjaan kuat kerana sudah berupaya menjana pendapatan sendiri, ia tidak seharusnya menjadi penyebab mahasiswa terlupa pada pelajaran, malah perlu sentiasa mengingatkan diri itu hanya kerjaya sementara.

“Dengan cara itu, sudah tentu diri sendiri sentiasa berwaspada dan tahu apakah keutamaan yang perlu dilaksanakan sebelum menceburi alam kerjaya sebenar yang lebih menjanjikan masa depan cerah,” katanya mengakui cabaran dihadapi bukan saja di tempat kerja, malah rakan sebaya.

“Ada suka, begitu juga sebaliknya malah lebih teruk melabelkan kami sebagai pelajar yang akan tercicir dalam pengajian hingga ada kalanya mengguris hati.
Bagaimanapun, saya tetap optimis dan mengambil pendekatan berdiam diri,”
katanya.

Ditanya mengapa bidang peragaan menjadi pilihan, dia berkata, semuanya berlaku secara tiba-tiba apabila seorang jurugambar mempelawanya menjalani uji bakat, sekali gus memulakan langkah pertama menjadi model.

Menurutnya, peringkat permulaan berasa kekok, namun selepas hampir setahun, dia semakin berani dan lebih berkeyakinan selain mampu memperbaiki kemahiran komunikasi.

“Sebelum ini saya pemalu, kurang bercakap dan tidak berkeyakinan, namun kini semuanya berubah. Ia peningkatan drastik hasil pendedahan dan pergaulan sepanjang bekerja.

“Sebagai pelajar, aspek ini sangat penting dalam usaha membentuk personaliti positif sebelum menceburi bidang pekerjaan sepenuh masa. Saya menganggapnya sebagai satu aset berguna dan bonus sukar diperoleh,” katanya.

Pada masa sama, menggunakan peluang di depan mata untuk meluaskan lagi pergaulan dengan masyarakat sebagai persediaan memasuki alam pekerjaan sebenar.

“Biarpun kerjaya sambilan, saya mampu meraih peluang yang sukar diperoleh pelajar lain terutama bertemu pelbagai lapisan dan ragam masyarakat. Ini secara tidak langsung menjadi satu proses pendidikan untuk mematangkan diri.

“Ia juga sebagai persiapan memperkukuhkan lagi kemahiran sedia ada. Bagi saya, dengan bekerja sambilan, banyak ilmu dan pengalaman diperoleh, bukan duit semata-mata,” katanya.

Bagi Tengku Ahmad Hazrin Tengku Hassan, keputusannya membuka perniagaan sendiri sebagai langkah permulaan menceburi bidang keusahawanan kelak selain ingin merasai nikmat ‘memegang’ duit sendiri.

“Senario pekerjaan masa kini yang sukar diduga memerlukan saya berfikir lebih kreatif untuk mewujudkan peluang pekerjaan sendiri biarpun secara kecil-kecilan.

“Ia juga langkah awal mempersiapkan diri dengan pengalaman dan ilmu sebelum menceburi perniagaan sepenuh masa sebaik tamat pengajian. Saya lakukannya atas dasar minat serta ke�inginan mempunyai duit poket sendiri,” katanya.

Mendapat sokongan penuh keluarga, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Grafik ini mengakui kesukaran memperoleh kepercayaan dan memuaskan hati pelanggan adalah cabaran utama memandangkan masih terlalu mentah dalam dunia perniagaan.

Katanya, pelanggan banyak mempertikaikan hasil ciptaannya selain suka mengambil kesempatan kerana beranggapan dia masih belum berpe�ngalaman dengan ‘permainan’ dunia perniagaan.

“Saya akui, kadangkala perit menghadapi kerenah pelanggan, namun sentiasa berfikiran positif ia adalah pengalaman berharga yang tidak boleh diperoleh melalui pembacaan.

“Sekurang-kurangnya saya sudah ada ‘ilmu’ sebelum menceburi bidang perniagaan sebenar selain mendidik diri menjadi lebih sabar, berhemah dan berdisiplin.

“Bekerja sambilan banyak menyuntik nilai positif dalam diri,” katanya.

Ditanya bagaimana membelanjakan pendapatan diterimanya, dia berkata, sebahagian besarnya disimpan sebagai persediaan modal dan selebihnya untuk membeli keperluan peribadi.

“ Saya tidak boros kerana sedar susah memperoleh wang dan menyimpannya demi masa depan. Bagaimanapun, sebagai penghargaan pada diri, turut membelanjakannya bagi membeli barangan dihajati.

“Bekerja sendiri biarpun secara sambilan memberi kepuasan. Lebih membanggakan, saya tidak menyu�sahkan orang lain serta mampu membeli barang diingini dengan titik peluh sendiri,” katanya.

Sunday, October 23, 2011

ppsmi

Laporan konsisten PPSMI tak sesuai

Oleh NURUL ANUAR KARI
anuar.kari@utusan.com.my

ISU Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pernah membawa kepada perpecahan di kalangan rakyat Malaysia.

Setelah mengkaji dasar itu dari berbagai segi, terutama kesannya yang negatif terhadap pembelajaran Sains dan Matematik, kerajaan akhirnya membuat pilihan mengubah PPSMI kepada pengajaran dua subjek itu balik ke dalam Bahasa Melayu beransur-ansur bermula tahun ini. Namun, di kala pihak yang menentang PPSMI mula merasa lega, isu sama kembali timbul menyebabkan 'luka lama berdarah kembali'.

Melalui kajian terbaru Profesor Emeritus Datuk Dr. Isahak Haron dan kumpulan penyelidik dari Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), PPSMI sekali lagi terbukti tidak membawa manfaat ketara terhadap pembelajaran Sains, Matematik mahupun subjek Bahasa Inggeris sendiri.

Kajian pertama dalam kohort 2007 dan 2008 diterbitkan dalam April 2008, kajian terbaru pula ialah meneruskan kajian yang sama bagi tiga kohort lagi iaitu Februari , Ogos 2009 dan Julai 2010, bagi kumpulan pelajar Tahun 5 dan Tingkatan 2. Dapatan dari kajian tiga kohort terbaru ini adalah konsisten atau hampir sama dengan dapatan dalam laporan 2008 itu. Ia menunjukkan PPSMI memberi kesan negatif kepada pembelajaran Matematik dan Sains pelajar sekolah rendah dan menengah.

Berdasarkan data yang dikumpul dalam kajian terbaru itu, Isahak menunjukkan sehingga 80 peratus murid Tahun 5 'tidak faham atau kadang-kadang faham' Sains dalam bahasa Inggeris. Dapatan untuk Matematik pula menunjukkan lebih 70 peratus sukar memahami guru mengajar Matematik dan kandungan buku teks Matematik dalam Bahasa Inggeris kerana mereka tidak memahami pernyataan masalah matematik yang menggunakan ayat dalam bahasa Inggeris.

Hampir 80 peratus pelajar terpaksa menggunakan buku rujukan tambahan dalam Bahasa Melayu bagi subjek Sains dan 70 peratus merujuk buku matematik dalam Bahasa Melayu untuk membantu mereka memahami kandungan Matematik dan Sains.

Tegasnya, hasil kajian tiga kohort pelajar Tahun 5 dan Tingkatan 2 menunjukkan data konsisten, iaitu 80 peratus pelajar sukar belajar Sains dan 70 peratus sukar mempelajari Matematik dalam Bahasa Inggeris.

"Kami menggunakan soalan peperiksaan bahasa Inggeris, Sains dan Matematik sebenar untuk murid Tahun 4 dan Tingkatan 1 untuk menguji kesan PPSMI terhadap murid darjah 5 dan pelajar tingkatan 2.

"Bukan sahaja data kajian kami konsisten untuk Sains dan Matematik, malahan konsisten juga bagi Bahasa Inggeris. Rata-rata peratus tinggi pelajar yang skor rendah dan gagal menguasai bahasa Inggeris di bawah PPSMI," tegasnya.

Tambahnya, keputusan ujian subjek Bahasa Inggeris untuk murid bandar dan luar bandar tidak jauh bezanya, dengan murid bandar melebihi sedikit sahaja.

Menurut Isahak, pelajar Tingkatan 2 juga didapati menunjukkan keadaan serupa apabila sekitar 80 peratus sukar atau tidak faham sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

"Matematik yang menggunakan nombor lebih mudah, tetapi sains yang lebih banyak menggunakan bahasa Inggeris lebih menyukarkan pelajar memahami konsep dan proses sains. Hasil kajian yang dikumpul dari tiga kohort menunjukkan trend yang konsisten dan menggambarkan PPSMI gagal untuk meningkatkan pembelajaran Matematik dan Sains, dan tidak juga membawa peningkatan ketara dalam Bahasa Inggeris," jelasnya.

Beliau menunjukkan juga peratus pelajar Melayu dan bumiputera yang dalam kategori cemerlang (A) cuma sekitar 20 peratus tetapi skor mereka tidaklah begitu tinggi.

"Berbeza dengan pelajar di Sekolah Kebangsaan, murid di sekolah Cina belajar Matematik dan Sains dalam bahasa Mandarin, dengan sedikit tambahan masa untuk mereka belajar istilah dalam bahasa Inggeris. Jadi pembelajaran Matematik dan Sains murid di sekolah rendah Cina tidak terjejas dan prestasi pelajarnya terus baik.

"Kita kena fahami fakta bahawa purata 80 peratus murid sendiri mengatakan sukar atau kurang senang belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dan mereka juga lemah dalam subjek Bahasa Inggeris," tegas Isahak.

Beliau turut menegaskan kaedah kajian dijalankan adalah secara saintifik sains sosial dengan data sebenar dalam jangka panjang, bukannya sebuah tinjauan pendapat golongan tertentu semata-mata.

"Kajian ini dijalankan di sekolah-sekolah kerajaan biasa, yang rata-rata menggambarkan juga kedudukan sebahagian besar 'sekolah harian biasa' di negara kita.

"Dakwaan kajian kami ini tidak berasas dan tidak saintifik tidak timbul kerana data kajian kami adalah konsisten bagi empat kohort meliputi tahun 2008 - Julai 2010. Data kami ini juga sebahagian besarnya selari dengan data pengkaji lain, misalnya oleh Profesor Juriah Long di Universiti Kebangsaan Malaysia (2006) dan oleh Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina) pada 2009," ujarnya.

Menurut beliau, hasil laporan Pembina juga mengesahkan data kajiannya pada 2008, malahan menggambarkan keadaan yang lebih teruk akibat dasar PPSMI.

"Data untuk kajian kami memang tidak termasuk sekolah-sekolah berasrama penuh dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) kerana sekolah-sekolah ini istimewa dari segi pemilihan pelajar untuk memasukinya, dan kemudahan pengajaran-pembelajaran yang kondusif.

"Keputusan peperiksaan di sekolah-sekolah ini biasanya baik, seperti sepatutnya. Kami juga tidak memasukkan sekolah elit di Kuala Lumpur untuk menyatakan bahawa PPSMI itu berjaya kerana ibu bapa murid di sekolah elit ini berkemampuan menghantar anak mereka ke pusat tuisyen yang baik dan memberi sokongan dan kemudahan pembelajaran yang selesa di rumah," jelasnya.

Tambahnya, sekolah-sekolah itu tidak mewakili sebahagian besar 'sekolah-sekolah biasa' di negara ini.

"Jika pelajar di sekolah-sekolah elit ini mendapat skor terbaik, ini sudah diduga kerana kemudahan di sekolahnya memang baik, cikgu terbaik, murid mendapat bantuan terbaik daripada keluarga dan sekolah mendapat pula peruntukan tambahan. Tidak munasabah kita mengguna sekolah elit ini untuk mewakili majoriti sekolah biasa di negara ini," tegasnya.

Menurutnya lagi, semua pihak harus pandai membezakan antara menguasai bidang ilmu (sains dan matematik) dengan menguasai bahasa.

"Sebahagian besar orang yang berjaya dalam negara kita (terutama orang Melayu) adalah hasil sistem kebangsaan yang ada sebelum PPSMI. Semua antara kita yang berjaya kini mencapai puncak dengan belajar dalam bahasa Melayu, dan ramai yang boleh belajar ke seluruh dunia dalam pelbagai bidang hasil pembelajaran yang kukuh dalam matematik dan sains yang diajar dalam bahasa Melayu," katanya.

Beliau menyokong kuat supaya ditingkatkan pengajaran-pembelajaran bahasa Inggeris, agar semua pelajar menguasainya dengan baik.

"Dasar Kementerian Pelajaran sekarang terhadap Bahasa Inggeris adalah sesuai sekali tetapi pendekatannya boleh diperbaiki supaya lebih berkesan," katanya.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Saturday, October 22, 2011

mantap bi

Mantapkan penguasaan BI

Oleh SAJIDA ASARULAH KHAN
utusanN9@utusan.com.my

JEMPOL 22 Okt. - Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bakal menawarkan program International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) kepada para pelajarnya bermula tahun hadapan.

Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Ibrahim Ahmad berkata, IGCSE merupakan modul pembelajaran berstatus antarabangsa yang akan diselaraskan di MRSM terpilih bermula awal tahun depan.

Menurutnya, matlamat utama pelaksanaan program tersebut adalah bertujuan memantapkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar terutama dari luar bandar.

“Ini kerana hampir 70 peratus pelajar MRSM datang dari kawasan luar bandar. Sebanyak 90 peratus penuntut di Institut Kemahiran Mara (IKM) dan GiatMara juga datang dari kawasan luar bandar.

“Pelajar yang mengikuti IGCSE akan bermula dari tingkatan satu hingga lima dan selepas keluar dari MRSM mereka berpeluang melanjutkan pengajian di Kolej Mara atau di luar,” katanya pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Mara di Dewan MRSM Serting dekat sini hari ini.

Jelas Ibrahim, buat masa ini MRSM Pekan di Pahang menjadi perintis terhadap pelaksanaan sistem pembelajaran itu.

“Secara rasminya nanti kita akan tawarkan ia di beberapa MRSM lain seperti di Baling, Kedah; Kota Putra Besut, Terengganu dan Batu Pahat di Johor,” ujarnya.

Jelasnya, Mara juga akan menambah tiga lagi cawangan MRSM di Parit, Perak, Johor Bahru dan Sandakan, Sabah tahun depan.

“Kita juga akan tawarkan program tersebut di tiga cawangan baru ini,” katanya.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Friday, October 21, 2011

laki lemah tenaga

Berzina walaupun ada suami


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
SAHABAT saya dipaksa berkahwin dengan lelaki pilihan keluarga tanpa kerelaannya. Lelaki berkenaan jugalah yang merogol dia satu ketika dulu tetapi enggan bertanggungjawab dan meninggalkan sahabat saya itu begitu saja untuk mencari perempuan lain.
Apabila lelaki berkenaan ditinggalkan kekasihnya, dia kembali kepada sahabat saya kononnya mengaku bertanggungjawab. Keluarga sahabat saya seperti terharu dengan tindakan lelaki terbabit yang mahu bertanggungjawab dan segera memaafkan perbuatan lamanya.

Malangnya, lelaki itu sangatlah lemah apabila di atas ranjang dan tidak pernah memberi nafkah sejak setahun perkahwinan dilangsungkan.

Sahabat saya mengalami tekanan perasaan yang amat sangat apabila bersama dengan lelaki itu.


Dalam keadaan itu, sahabat saya kembali kepada kekasihnya yang disayangi.
Mereka bersama sehingga sahabat saya mengandung lima bulan.

Rahsia itu kemudian terbongkar dan ibunya enggan mengaku itu adalah anaknya yang sebenar memandangkan ibu sendiri seorang ustazah.

Keluarganya melarang sahabat saya daripada keluar rumah dan segala tindak-tanduknya diperhatikan setiap hari. Gaji bulanan diambil dan dia diperlakukan seperti sampah setiap hari oleh ahli keluarganya hingga sahabat saya bimbang keselamatan bayi di dalam kandungannya.

Bolehkah sahabat saya mengambil tindakan menuntut cerai daripada suaminya yang nyata sekali dayus seperti itu? Bolehkah dia meneruskan kandungannya walaupun benih itu bukan daripada suaminya yang sah?

INSAN JAHIL,
Melaka




BANYAK kepincangan berlaku dalam masalah ini termasuk jenayah rogol, kahwin paksa, suami tidak bertanggungjawab dalam memberi nafkah zahir dan batin kepada isteri.

Hubungan terlarang hingga berlaku zina, kehamilan anak zina, tiada sokongan atau pengabaian keluarga sendiri terhadap nasib anak perempuan yang terumbang-ambing akibat sikap keluarga yang gagal menjalankan tanggungjawab sebenar.

Jenayah rogol umpamanya perlu dilaporkan kepada pihak polis. Mangsa perlu dibela sebaik mungkin. Kahwin paksa sepatutnya tidak berlaku kerana ia membawa mudarat kepada pasangan.

Sementara suami pula perlu menjalankan tanggungjawab seperti ditetapkan Islam termasuk memberi nafkah zahir dan batin.

Apabila suami gagal menunaikan tanggungjawabnya, isteri boleh melaporkan kepada mahkamah syariah bagi menyelesaikan masalah supaya suami kembali bertanggungjawab atau perceraian secara baik dapat diusahakan.

Islam melarang hubungan antara lelaki dan perempuan hingga berlaku zina dan kehamilan. Larangan itu adalah muktamad dan tiada pengecualian termasuk alasan ‘suami lemah.’

Setiap orang Islam mesti menjaga maruah diri supaya tidak terjerumus dengan dosa zina. Keluarga pula perlu menjalankan tanggungjawabnya sebaik mungkin termasuk penentuan jodoh anak dan membantu mereka apabila ditimpa musibah.

Sewajarnya keluarga sama ada lelaki atau perempuan bekerjasama membantu untuk menjadikan perkahwinan anak bahagia. Mereka sepatutnya tidak lepas tangan apabila anak sudah berkahwin.

Mengenai tindakan menuntut cerai daripada suami sahabat anda itu, ia dibenarkan Islam apabila ada alasan yang dibenarkan syarak. Dia mempunyai alasan yang wajar mengikut syarak dan boleh diteruskan.

Anak dalam kandungan perlu diteruskan hingga melahirkan. Tindakan menggugurkan kandungan adalah haram tanpa sebab yang sah mengikut syarak.

Sahabat anda itu boleh terus memelihara anak berkenaan atau menyerahkan kepada keluarga angkat jika tidak mampu menjaganya. Sebagai kawan baik, anda seharusnya berusaha menasihati dia sebaik mungkin.

Dekatkan dirinya dengan agama dan nasihat supaya tidak mengulangi kesalahan lalu dengan bertaubat sesungguhnya kepada Allah.

Thursday, October 20, 2011

naik haji dulu2

'Menyabung nyawa' untuk ke Tanah Suci


Kapal laut Malaysia Raya antara kapal yang membawa jemaah haji ke Mekah siap sedia untuk berlepas dari Pelabuhan Pulau Pinang.


MENGHARUNGI lautan, terpaksa meredah ombak dan badai merupakan antara cabaran para jemaah haji yang mahu ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan rukun Islam yang kelima itu satu ketika dahulu.

Seawal abad ke-15 sudah terdapat jemaah haji dari negara ini yang pergi menunaikan haji dengan menggunakan kapal layar yang memakan masa berbulan-bulan.

Ada antaranya kembali semua ke tanah air dengan selamat. Ada pula yang terus bermastautin di Mekah dan tidak kurang juga yang disemadikan di laut akibat meninggal dunia sama ada dalam perjalanan pergi mahupun perjalanan pulang.

Biarpun sukar dan menuntut pelbagai pengorbanan panggilan Baitullah itu tetap disahut.
Namun, apabila dunia semakin maju dengan teknologi pengangkutan semakin berkembang maka perjalanan untuk menunaikan fardu haji juga turut berevolusi.

Daripada perjalanan menggunakan kapal layar ketika zaman kesultanan Melaka, rakyat negara ini mula berubah menggunakan kapal stim dan kemudian berubah kepada yang menggunakan enjin diesel.

Perjalanan mengerjakan ibadat haji kini yang mengambil masa sekitar lapan hingga sembilan jam dengan menggunakan kapal terbang cukup mudah berbanding dahulu yang perlu menempuh lebih sebulan pelayaran pergi dan balik.
Mungkin ramai yang tidak mengetahui kapal laut bernama Mendam Berahi dan Subulus Salam dari Tanah Melayu pernah berlabuh di pelabuhan Yuddah (Jeddah) sebelum adanya kapal terbang.

Bagai telur di hujung tanduk. Demikian diibaratkan kesungguhan bakal haji ketika itu. Apa tidaknya, mereka bukan sahaja meninggalkan keluarga tetapi 'menyabung nyawa' dengan menumpang kapal dagang yang belayar mengelilingi Asia Tenggara dengan memakan masa berbulan-bulan untuk menuju ke Tanah Suci.

Jemaah haji tanpa mengira jantina, warga tua dan golongan kelainan upaya bersesak-sesak di samping terdedah dengan cuaca yang tidak menentu dalam kapal yang serba kekurangan terutama daripada segi jaminan kesihatan.

Bagaimanapun, segala kesusahan itu bukan halangan kepada umat Islam di negara ini yang bertekad menyahut seruan ilahi ke Baitullah. Biarpun berhadapan kesukaran, jumlah bakal haji tidak pernah berkurang. Malah meningkat saban tahun tanpa mengira musim kecuali pada waktu tertentu seperti berlaku peperangan.

Menjelang abad ke-19 Masihi, pelayaran jemaah haji dari Tanah Melayu ke Mekah mula berkembang apabila kerajaan mengambil inisiatif memperkenalkan Pejabat Hal Ehwal Haji.

Jabatan tersebut bertanggungjawab menguruskan segala hal jemaah haji dan perjalanan haji termasuk menyediakan kapal laut bagi membawa jemaah ke Mekah.

Antara lokasi tumpuan adalah Masjid Melayu, Lebuh Acheh di Pulau Pinang.
Apabila tiba musim haji, kawasan masjid itu dipenuhi dengan orang ramai bukan sahaja dari seluruh pelosok tanah air malahan juga dari Singapura, Indonesia dan Thailand. Mereka menjadikan kawasan masjid itu sebagai tempat tidur sementara menunggu kapal bertolak ke Mekah.

Dahulu, jika seseorang ingin menunaikan haji, sheikh haji atau ejen penjual tiket hanya menyediakan bilik yang mampu menampung sehingga lima orang di hotel-hotel murah di sekitar masjid itu.

Bagaimanapun, sanak saudara yang mengiringi seseorang bakal haji kadangkala mencecah dua bas.
Pada tahun 1936, Pejabat Hal Ehwal Haji bekerjasama dengan syarikat Blue Funnel Line untuk membawa jemaah haji ke Mekah dengan 21 kapal laut.

Bagaimanapun, pada tahun 1951 hingga 1952, urusan tersebut dipindahkan kepada syarikat kapal laut China Navigation Line yang bernama Anshun dan Anking.

Bayaran tambang pergi dan balik termasuk penginapan di Mekah pada tahun 1970-an berbeza mengikut kelas yang diambil oleh jemaah.

Bayaran bagi Kelas I RM1,150 (satu bilik berdua di tingkat satu); Kelas II RM1,063 (empat orang sebilik di tingkat satu); Kelas III RM941 dan pelancongan adalah RM764 di (konsep dorm di tingkat dua dan tiga).

Pada tahun 50-an dan 60-an pula, bagi Kelas I, tambang pergi dan balik dari Pelabuhan Swettenham ialah RM875, kelas II (RM800). Jika mahukan tambang murah jemaah boleh duduk di atas dek hanya dengan bayaran RM600.

Jemaah haji terutama yang kurang berkemampuan terpaksa menggadaikan harta, tanaman, tanah, haiwan ternakan dan sebagainya untuk membayar tambang kapal laut ke Mekah.

Bagaimanapun, selepas 27 tahun, perjalanan haji adalah lebih sistematik. Ia berikutan penubuhan sebuah organisasi iaitu Perbadanan Wang Simpanan Bakal-bakal Haji (PWSBH).

Fungsinya mengurus kewangan dan simpanan bakal-bakal haji supaya mereka tidak perlu lagi menggadai harta benda untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.

PWSBH menggunakan tiga kapal laut untuk membawa jemaah haji ke Mekah iaitu Malaysia Kita, Malaysia Baru/Ratu Timur, Malaysia Raya dan Kuala Lumpur yang mampu memuatkan kira-kira 2,000 jemaah dalam setiap kapal pada satu masa.

Bagi memantapkan lagi operasi pengurusan haji, kerjasama strategik antara PBSBH diwujudkan dengan Pejabat Hal Ehwal Haji. Ia membawa kepada terhasilnya Lembaga Urusan Tabung Haji (LUTH) pada 1969 sebelum menjadi Lembaga Tabung Haji (LTH) pada tahun 28 Ogos 1997 dengan menggunakan singkatan nama TH.

Kejayaan TH mengurus jemaah haji negara mendapat pujian malah diiktiraf sebagai antara agensi terbaik di dunia termasuk oleh kerajaan Arab Saudi.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Monday, October 17, 2011

masalah keluarga

Balasan dosa silam?

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

SAYA sudah berkahwin hampir empat tahun. Alhamdulillah, saya dianugerahkan dua anak dan seorang lagi bakal lahir bulan hadapan.

Masalahnya sekarang, sudah hampir setahun suami saya tidak bekerja.

Segala perbelanjaan dan keperluan saya yang tanggung. Saya hanya seorang kerani yang mempunyai pendapatan bersih cuma RM700 sebulan.

Apa yang buat saya berkecil hati walaupun dia tidak bekerja dan saya pula tengah sarat mengandung, suami saya jarang menolong saya menjaga anak jauh sekali menolong melakukan kerja rumah.
Click Here


Sejak mengandung, dia memang sudah tidak bekerja.


Tiap-tiap malam keluar, hampir subuh baru dia balik. Keadaan itu berterusan sampai sekarang.

Saya mula rasa nak marah kerana penat menjaga anak seorang diri.

Setiap pagi saya terkejar-kejar menguruskan anak dan menghantarnya ke pusat jagaan. Suami saya langsung tidak menolong dengan alasan dia mengantuk dan penat kerana baru balik.

Saya tidak boleh menerima alasan itu dan saya sudah bercakap baik-baik kepadanya. Dia lebih mementingkan kawan-kawannya dari keluarga.

Saya cakap saya tidak kisah dia tidak bekerja sekiranya dia boleh menjaga anak.

Sekurang-kurangnya saya tidak perlu membayar ke pusat jagaan kanak-kanak sebanyak RM400 sebulan.

Saya juga mula rasa tawar hati dan tidak menjalankan tugas sebagai seorang isteri seperti memasak, tidak mencuci pakaiannya dan tidak menunaikan hajatnya kerana merasa begitu tertekan dengan sikapnya.

Saya bimbang apa yang saya lakukan ini dikategorikan sebagai isteri derhaka.
Tambahan lagi, dia selalu melengahkan solat dan sekarang hampir setiap hari dia meninggalkan solat Subuh.

Katanya selama ini dia bangun subuh sebab dia serabut dengar saya membebel.

Itu membuatkan saya makin tawar hati kerana saya dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan solat sedangkan dia tidak.

Tetapi saya tahu itu adalah dosa antara dia dengan Allah sedangkan saya pula berdosa dengannya sebagai isteri. Sebenarnya apabila difikirkan itu mungkin hikmat dan ujian daripada Allah.

Mungkin itu satu balasan dosa silam kerana saya pernah melakukan maksiat dengannya sebelum kahwin. Tetapi kami tidak pernah terlanjur.

Saya juga pernah curang dengannya selepas bergelar isteri kerana saya tahu dia curang dengan saya.

Tetapi kami tidak pernah berzina. Sekiranya Allah turunkan ujian ini kerana dosa silam saya, saya reda asalkan saya mendapat pengampunan-Nya.

Apa yang patut saya lakukan? Saya sudah tidak mampu untuk menyara anak seorang diri dengan pendapatan yang kecil.

ISTERI BUNTU
Selangor


MASALAH anda berkisar kepada suami yang tidak bertanggungjawab dalam menjalankan tugasnya sebagai suami.

Ia membabitkan nafkah zahir dan juga nafkah batin seperti kasih sayang.

Rumah tangga bahagia apabila tanggungjawab suami isteri sama-sama dipikul sehingga terbentuk keluarga bahagia. Perkara itu perlu diatasi segera kerana ia boleh membawa perpecahan rumah tangga dan perceraian.

Begitulah kemungkinan yang akan berlaku kepada rumah tangga anda apabila masing-masing membawa hal tuju sendiri.

Penyelesaian Islam ialah suami perlu kembali menjadi suami yang bertanggungjawab kepada isteri dan anak-anak.

Setiap suami perlu sedar bahawa anak isteri adalah amanah dan tanggungjawab yang perlu dijaga dan dipikul. Kita semua akan ditanya di akhirat kelak. Itulah penyelesaian yang terbaik.

Bagaimanapun, sekiranya suami masih bersikap lepas tangan, anda boleh memilih untuk bersabar buat sementara dengan memberi suami peluang untuk berubah.

Contohnya, dengan memberi peluang kepada suami mencari pekerjaan yang baru bagi menampung keperluan rumah tangga.

Dengan itu, anda perlu menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan sebaiknya.

Jika tidak ia boleh dikategori sebagai nusyuz. Begitu juga maruah diri dan suami perlu dijaga agar tidak melanggar hukum Islam seperti pernah berlaku pada anda.

Anda juga sewajarnya bertaubat kepada Allah apabila terlanjur sedikit sebanyak. Itu sebenarnya kelemahan anak Adam yang banyak melakukan dosa dan kesalahan.

Hanya keampunan Allah dapat menghapuskan dosa itu. Selain itu, puan boleh mendapatkan bantuan keluarga sendiri seperti ibu bapa dan sanak saudara dalam meringan beban masalah.

Mereka boleh menjadi pendamai dalam menyelesaikan masalah sebegini. Seterusnya Islam membenarkan perpisahan antara suami isteri apabila salah seorang tidak mampu menjalankan tanggungjawab asasi iaitu memberi nafkah.

Perkara sebegini perlu dibawa ke mahkamah untuk diberi keputusan sama ada membenarkan perceraian melalui fasakh atau sebagainya.

Sebaiknya adalah mengekalkan rumah tangga yang ada kerana kehidupan sebagai ibu tunggal (janda) pasti ada cabaran tersendiri.

Sekurang-kurang ada orang yang dapat membantu dalam kesusahan. Setengah orang lebih suka untuk mempunyai suami daripada hidup berseorangan.