Monday, October 10, 2011

no pendaftaran kenderaan

WARGA ASING Memenangi TENDER 'Nombor Cantik' JPJ? UPDATE I+II

Saya memang kurang arif berhubung proses tender nombor pendaftaran kenderaan diuruskan Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ.


Namun saya difahamkan, pemilik kenderaan baharu ingin membeli 'nombor cantik' melalui kaedah tender lazimnya mengisi borang tender, menyediakan satu salinan kad pengenalan atau passport dan sejumlah bidaan dalam bentuk wang pos untuk dihantar kepada JPJ sebelum tamat tarikh ditetapkan.

Difahamkan, di bawah salinan senarai nama mereka berjaya memenangi tender nombor pendaftaran kenderaan, WVV.

Senarai I


Berikut pula salinan emel senarai harga nombor, dilaporkan cuba 'dijual' kepada orang ramai berminat untuk memilikinya.

Senarai II


Close up ...


 Lebih close up ...


Teliti Senarai 1, nombor pendaftaran WVV 1666 dibeli oleh Yayu dengan nombor passport AN636700. Nombor pendaftaran terbabit, WVV 1666 ditender dengan harga RM480. Untuk rekod, salinan dokumen sama dipaparkan untuk tontonan umum di pejabat JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur beberapa hari lalu.

Perhatikan Senarai II, nombor pendaftaran SAMA cuba dijual dengan harga RM1800.

Perbezaan harga, RM1320.

Passport bernombor AN636700 dipercayai milik warga Indonesia. Jika dia memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial, dia tidak dibenarkan memiliki kenderaan di Malaysia.

Status sebenar dokumen perjalanan Yayu akan dipaparkan kemudian sebaik saya mendapatkan maklumat dari pihak berkuasa berkaitan.

Lebih menarik, 13 nama lain tercatat di Senarai I juga dipercayai warga asing dan bidaan sebilangan mereka mencecah ribuan ringgit.

Apa pun, itu bukan isu utama,  mungkin mereka berkemampuan.

Hairannya, bagaimanakah nombor pendaftaran dimenangi oleh warga asing itu kemudian dilaporkan cuba dijual dengan harga berlipat kali ganda?

Dijual oleh pihak ketiga, warga tempatan.

Barangkali sebilangan pembaca blog ini sudi berkongsi penjelasan di sebalik persoalan itu.

Saya kurang arif dalam hal bidaan ini tetapi percaya hal ini mampu diperjelaskan oleh kakitangan JPJ terbabit dalam bidaan nombor pendaftaran.

Sebarkan.

KEMAS KINI I

"Runner membuat kerja ini 'otai' bang. Selepas semua nombor pendaftaran dimenangi warga asing itu disahkan JPJ, dia terus fax kertas tawaran harga (lebih mahal) kepada dealers kereta berbanding harga bidaan," jelas sumber.

Dia mendakwa kes sama pernah berlaku sebelum ini.

"Cuma sebelum ini tidak begitu ketara, nama warga asing digunakan, sikit. Kali ini sudah melampau! Kalau hendak mengadu berhubung kes ini, kepada siapa? Bukan ada channel," ujarnya.

"Fakta, warga asing disahkan oleh JPJ memenangi tender nombor pendaftaran cantik. Persoalannya, dia orang mesti ada kenderaan baharu untuk didaftarkan?," soal saya.

"Sepatutnya begitulah," jawab sumber.

Wow! Hebatkan.

Berpandukan kepada maklumat di Senarai I, Chan Than Ven berjaya membida nombor pendaftaran WVV 1717 dengan harga RM1,610 manakala Dewi Endarwati sanggup membelanjakan wang berjumlah RM1,410 untuk memenangi nombor WVV 1771. Juga warga asing, Mom Sen, pada hemat saya, pastinya individu berharta kerana membida WVV 1888 dengan harga RM3,410

Untuk rekod nombor terbabit cuba dijual dengan harga ... (Klik imej untuk lebih menjeaskan imej).


RM5,800!

Status Yayu?

Melalui maklumat diperolehi, dia memasuki Malaysia pada Jun 2011 menggunakan permit kerja sebagai pembantu rumah. Barangkali dalam tempoh kurang 3 bulan, dia telah mampu mengumpul wang untuk membeli kenderaan sekaligus berupaya membida nombor WVV 1666 dengan harga RM480.

Jimat membawa berkat.

Lumayan benar pendapatannya sebagai pembantu rumah. Jadi kerajaan Indonesia tidak seharusnya berasa ragu untuk terus menghantar wanita warganegara jiran itu untuk berkhidmat di negara kita.

Sedikit maklumat berhubung kes ini telah saya kongsikan bersama Ketua Pengarah, KP JPJ, Datuk Solah Mat Hassan dan beberapa pegawai beliau di Putrajaya. semalam, Datuk Solah menghantar pesanan ringkas kepada saya memaklumkan beliau akan meneliti perkara ini.

Sekalung tahniah juga kepada beliau kerana kontrak sebagai KP JPJ disambung.

KEMAS KINI II

Jam 12.38 tengah hari tadi saya dimaklumkan oleh Pegawai Perhubungan Awam JPJ Putrajaya, KP telah meminta pegawai bahagian terbabit untuk menyediakan draf jawaban kepada persoalan dicatatkan di blog ini.

Umum tahu, blog ini bukan media alternatif ternama, sekadar dijadikan wadah untuk berkongsi maklumat bersama semua pembaca.

Terdapat belasan nama warga asing didapati memenangi tender nombor pendaftaran cantik, itu fakta. Saya bersedia menghantarkan salinan 2 senarai di atas beserta nama dan nombor telefon runners dipercayai cuba menjual nombor terbabit, jika diperlukan oleh JPJ Putrajaya.

Saya percaya salinan Senarai II turut dihantar kepada ramai dealers kenderaan.

Jika tindakan itu mengikut prosedur sebenar, JPJ tidak perlu memberikan penjelasan.

'Rujukan JPJ senarai permohonan tender yang berjaya siri WVV mukasurat 16.

1555 Tiah AM478907 RM480
1616 Dede Supriatin AN101993 RM1610
1633 Neang Ngorl N0743020 RM710
1663 Sreymom Horng N0767469 RM710
1666 Yayu AN636700 RM480
1688 Ilmi Ardani AM600186 RM1680
1717 Chan Than Ven N0745769 RM1610
1771 Dewi Endarwati AM816975 RM1410
1777 Nurleni AM730293 RM710
1811 Nuryanti AM465796 RM560
1833 Warsinah AM759656 RM420
1883 Yublina Ataria AN347620 RM480
1888 Mom Sen N0696292 RM3410
1889 Sulastri AM896283 RM480
1911 Thary Thorn N0963983 RM420
1919 Adolfina Pihu Atandima AN347547 RM2910'

Untuk rekod, setiap nombor terbabit disenaraikan untuk jualan.







PENJELASAN KETUA PENGARAH JPJ

Sebelum ini, saya menulis tampalan bertajuk 'Warga Asing Menang Tender 'Nombor Cantik' JPJ'.

Berikut penjelasan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, Datuk Solah Mat Hassan dihantar melalui emel kepada saya untuk disiarkan di blog ini.


'Tuan,
 
Adalah dimaklumkan di bawah peraturan yang ditetapkan, bidaan nombor pendaftaran atau tempahan di kaunter adalah terbuka kepada semua individu atau syarikat termasuk juga bukan warganegara. Salah satu syarat yang ditetapkan ialah mengemukakan salinan identiti pengenalan diri sama ada kad pengenalan atau pasport bagi bukan warganegara. Peraturan dan syarat-syarat ini telah dimaklumkan di dalam Borang Tempahan Nombor Pendaftaran Kenderaan Secara Tawaran (M.V.10).
 
2.      Jabatan menawarkan kepada pembida yang meletakkan harga yang tertinggi. Bayaran baki tawaran perlu dijelaskan dalam tempoh 30 hari dan hendaklah didaftarkan dalam masa 3 bulan. Sekiranya syarat ini tidak dipatuhi, nombor pendaftaran tersebut akan ditawarkan kepada yang berminat.
 
3.      Pertukaran nombor pendaftaran sebelum didaftarkan adalah tidak dibenarkan kecuali kepada suami, isteri, adik-beradik atau ibu bapa. Selepas daripada pendaftaran kenderaan, Jabatan tidak menghalang proses tukar milikan kenderaan atau pertukaran nombor pendaftaran (interchange).
 
4.      Merujuk kepada kes yang tuan ajukan, adalah dimaklumkan bagi tempahan no. siri WVV yang diterima olej JPJ Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur ialah sebanyak 3,705 permohonan. Permohonan yang diterima bagi bukan warganegara ialah sebanyak 873 permohonan dan permohonan bagi bukan warganegara yang berjaya dalam tempahan no. siri WVV ialah sebanyak 535 permohonan. Memang terdapat warga asing membida nombor pendaftaran di JPJ Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dengan menggunakan pasport sebagai identiti pengenalan. Mereka juga tertakluk sama kepada peraturan dan syarat yang ditetapkan.
 
5.      Pertukaran nombor pendaftaran tidak dibenarkan selain kepada suami isteri, adik beradik, ibu bapa, adalah salah satu langkah atau preventif yang dilakukan oleh Jabatan. Dengan cara ini, dapat menghalang pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan menjual nombor pendaftaran. Walau bagaimanapun, sekiranya proses pendaftaran telah berlaku dan kemudiannya menjual kenderaan tersebut, pihak Jabatan tidak dapat membendungnya.
 
6.      Mana-mana individu atau syarikat yang berminat dengan sesuatu nombor pendaftaran, mereka amatlah digalakkan untuk membuat bidaan tanpa menggunakan perkhidmatan orang tengah atau agen. Peraturan sedia ada amat jelas dan mudah. Peraturan-peraturan telah dinyatakan di borang Pengurusan Peraturan-Peraturan Tawaran Nombor Pendaftaran dan juga di dalam portal Jabatan. Ambillah kesempatan untuk berurusan secara terus dengan Jabatan atau mendapat khidmat nasihat daripada Pegawai Perhubungan Pelanggan Jabatan (PRO).
 
Sekian, terima kasih.

(SOLAH MAT HASSAN)
10 Oktober 2011'

No comments:

Post a Comment