Friday, September 14, 2012

dokumen antik

Jual khazanah

Oleh Muhammad Hatim Ab Manan
am@metro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
MELAKA: Seorang pemilik dokumen asal Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 ditandatangani bekas Perdana Menteri pertama, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bertarikh 31 Ogos 1957 ingin menawarkan dokumen itu pada harga RM55,500.
Abdol Rahman Madlan, 30, dari Kampung Bakar, Kandang, dekat sini, berkata, dokumen itu amat bernilai kerana ia ucapan utama Allahyarham sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu pertama ketika mengisytiharkan kemerdekaan negara.

Menurutnya, dokumen mengandungi sembilan perenggan dalam tulisan Jawi itu antara lain menyebut negeri Melayu iaitu Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Perak serta Negeri Selat iaitu Pulau Pinang dan Melaka diisytihar menjadi Persekutuan Tanah Melayu.
“Memang berat hati menjualnya. Namun, bagi menyelamatkan warisan sejarah dan membolehkan generasi baru memperingati perjuangan Tunku Abdul Rahman, saya sedia menawarkannya kepada mana-mana pihak termasuk muzium.

“Saya mendapat pengesahan ketulenan dokumen ini daripada Arkib Negara dan ia sudah diawet supaya ia tahan lama sehingga tempoh lebih 100 tahun. Sempena sambutan ulang tahun ke-55 kemerdekaan Malaysia tahun ini, saya tawarkan ia pada harga RM55,500,” katanya.

Kata Abdol Rahman, salinan asal dokumen yang dicetak Survey Department of Malaya dan masih disimpan dengan baik itu pada mulanya diwarisi arwah datuknya, Hasan Kasim dan kemudian diberikan kepada bapanya, Madlan Hasan, 63.
“Hasrat saya ingin menjual dokumen ini bukan semata-mata kerana wang, tetapi mahu memelihara khazanah bernilai ini supaya individu yang layak saja memilikinya.

“Insya-Allah, saya dan isteri mempunyai hajat untuk menyumbangkan 20 peratus daripada hasil jualan dokumen ini kepada rumah anak-anak yatim pilihan kami di Melaka,” katanya.
Mereka yang berminat dan ingin membuat sebarang pertanyaan berkaitan dokumen berkenaan boleh menghubunginya.

No comments:

Post a Comment