Membezakan Ais Yang Dibuat Menggunakan Air Paip Atau Air Masak
Pernahkah kita terfikir
apakah ais yang kita minum itu betul-betul bersih, adakah ia sudah
dimasak? Ini cara-caranya nak tahu adakah ais itu dibuat daripada air
mentah atau air yang sudah dimasak:
Ais dari air mentah
berwarna putih kerana masih banyak gas yang terperangkap di dalamnya.
Biasanya, ais yang dibuat dari air mentah adalah ais blok. Ais ini
jelas-jelas tidak baik dimakan/minum, lebih-lebih lagi jika airnya
diambil dari sumber air yang tercemar.
Ais dari air masak akan
kelihatan jernih kerana gas di dalam air terlepaskan ketika proses
perebusan. Biasanya, ais seperti ini disebut ais kristal. Sekarang, ais
kristal sudah banyak digunakan, ianya berbentuk kiub dan berlubang,
berlubang di tengah-tengah.
No comments:
Post a Comment