Monday, September 30, 2013

gaji guru lpsan ijazah

Gaji permulaan Guru baru Lepasan Siswazah Pendidikan (DG41)

Gambar bawah

Pasti ramai antara graduan lepasan siswazah pendidikan yang masih belum mengetahui gaji permulaan bagi Guru baru yang memegang pangkat DG41, bukan?

Berdasarkan perkongsian daripada rakan blogger cikguayu, beliau memberitahu bahawa gaji pokoknya ialah RM2,222.94 tidak termasuk elaun-elaun yang ditentukan mengikut tempat yang ditugaskan serta opsyen mata pelajaran yang diajar.

Harus diingat, kadar potongan Kumpulan Wang Simpanan Simpanan Pekerja (KWSP) adalah sebanyak 11% daripada jumlah pendapatan dan bukannya 8%. Jumlah potongan berkenaan mestilah dibundarkan menjadi angka bulat dalam Ringgit penuh kerana sebarang nilai sen tidak dibenarkan.

Contohnya 11% daripada jumlah pendapatan iaitu RM3,022.94 (gaji pokok + elaun), ialah RM332.52. Jadi, kadar potongan KWSP akan dibuat atas jumlah RM 333.

No comments:

Post a Comment