Cara Syaitan Bogelkan Wanita..
Syaitan
sangat tidak suka kalau ada manusia yang taat kepada Allah. Kerana
itulah syaitan selalu berusaha menggoda manusia agar tergelincir dari
jalan Allah.
Dalam
menggoda manusia, syaitan memiliki berbagai cara dan strategi. Dan yang
sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang
memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su ').
Syaitan
seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar
manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah.
Salah
satu sebab kehancuran umat manusia adalah kerana hubungan lawan jenis
yang tidak sah. Dan sebelum terjadinya hubungan ini, biasanya didahului
dengan saling memandang, saling tertarik, lalu saling bertemu, dan
selanjutnya saling bermaksiat.
Untuk
menjayakan terjadinya proses kemaksiatan inilah syaitan berusaha
melepaskan hijab atau pakaian muslimah. Lepasnya hijab muslimah
merupakan jalan licin yang mudah menggelincirkan manusia dari ketaatan
kepada Allah.
Ini adalah tahap-tahap yang digunakan oleh syaitan dalam melepas pakaian muslimah:
1. Menghilangkan Definasi Hijab.
Pada
tahap ini, syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apa
pun termasuklah hijab, tiada kaitannya dgn agama, ia hanya sekadar
pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita.
Jadi tidak ada pakaian syar'ie. Pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya, tetap juga dikira pakaian.
Akibatnya,
ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti,
maka tidak ada masalah utk pakaian ikut berganti juga.
Demikianlah
pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yg lain,
maka harus baginya untuk menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya,
walau apa pun yang mereka pakai.
Berbeza
halnya jika seorang wanita berkeyakinan bahawa hijab adalah pakaian
syar'ie (identiti keIslaman), dan memakainya adalah ibadah, bukan
sekadar gaya (fashion).
Bagi mereka ini, biar hidup dalam zaman dan negeri mana sekalipun, hijab syar'ie akan tetap dipertahankan.
Pertama: Membuka Bahagian Tangan
Telapak
tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan
kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka
bahagian hasta (siku hingga telapak tangan).
"Ah
tidak mengapa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang?" Begitu
bisikan syaitan. Dan benar, si wanita akhirnya memakai pakaian model
baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya
juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik, "Lihat ... tiada
apa-apa, kan?"
Kedua: Membuka Leher dan Dada
Setelah
menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk
membisikkan perkara baru. "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka
perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka
bahagian atas dada kamu.
Tapi
jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk
mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan
peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka. "
Ketiga: Berpakaian Tapi Telanjang
Seterusnya
syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya biasa-biasa saja .. bagaimana
kalau kamu cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus?". Si wanita
berfikir sejenak. Pakaian yang macam mana ya? "Banyak fashion dan kain
yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih sedap dan
cantik dipandang," syaitan memberi idea baru.
Maka
tergodalah si wanita. Dicarinya model pakaian yang ketat dan kain yang
tipis bahkan transparant. "Mungkin tak ada masalah, kan potongan
pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan model nya saja yg agak
berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menambah.
Dan
hasilnya pakaian tersebut akhirnya menjadi budaya di kalangan wanita
muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparant, maka jadilah
mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita kasiyat 'ariyat
(berpakaian tetapi telanjang!).
Keempat: Agak dibuka Sedikit
Setelah
para wanita muslimah memakai pakaian yang ketat, maka syaitan datang
lagi. Dan sebagaimana biasa, dia menawarkan idea baru yang sepertinya
"cool" dan "vogue", yakni dibisikkan kepada wanita itu, "Pakaian seperti
ini membuat anda susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak
sebaiknya dibelah hingga lutut atau mendekati paha?
Dengan
itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik. " Lalu
dicubalah idea baru itu, dan memang benar, dengan dibelah mulai dari
bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha, ternyata membuat lebih
selesa dan selesa, terutama ketika mahu duduk atau naik kenderaan. "Ya
.... tersingkap sedikit tak mengapa lah, yg penting enjoy," katanya.
2. Terbuka Sedikit Demi Sedikit.
Kini
syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih "power",
tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.
Pertama: Membuka Telapak Kaki dan Tumit
Syaitan
berbisik kepada para wanita, "Baju panjang benar-benar tidak praktikal,
kalau hanya dgn membelah sedikit bahagiannya masih kurang selesa, lebih
elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki, barulah agak longgar
... Oh ya, ada yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka
jilbab yang besar tidak sepadan lagi, skrg kamu carilah tudung yang
kecil agar lebih serasi dan sepadan, asal orang tetap menamakannya
dengan tudung. "
Maka
para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari
fashion pakaian yang dimaksudkan. Tidak ketinggalan sandal tumit tinggi,
apabila berjalan, dapat menarik perhatian orang.
Kedua: Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis
Terbuka
telapak kaki telah biasa dia lakukan, dan ternyata org yang melihat
juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik,
"Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yg anda lakukan, buktinya
mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang.
Kalau
langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fashion lain
yg lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di
pasaran? Tidak usah terlalu terbuka, hanya terlihat kira-kira sepuluh
sentimeter saja. Nanti kalau sudah biasa, barulah kamu cari fashion baru
yang terbuka hingga separuh betis. "
Ketiga: Terbuka Seluruh Betis
Kini
di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah
berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Kadang-kadang si wanita
berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu.
Namun
bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah jelas tidak, kan sekarang
zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya
hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan
menjulurkannya hingga menutup telapak kaki.
tapi
kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga
bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan
mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi,
sehingga nampak seluruh betisnya. "
"Tetapi
apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" . "Fitnah? Ah, itu
kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita
menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak duduk
di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup.
Tapi
sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh
wanita yang terbuka, mereka malah senang dan mengatakan 'ooh' atau
'wow'. Bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana
sama-sama suka?
Lihat
saja fashion pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang
di jual di butik, membeli-belah, semuanya memperagakan fesyen yang
dirancang khusus untuk wanita moden di zaman ini. Kalau kamu tidak
mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman. "
3. Serba Mini
Setelah
pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari-hari dan
dirasakan biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yg lain.
"Pakaian
memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini model skirt
mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga
benar-benar kelihatan indah."
Maka
akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai,
bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka
bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya, dan pelbagai fesyen lain
yang serba pendek dan mini.
Koleksi
pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta,
bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, petang, musim
panas, musim sejuk dan lain-lain, tidak ketinggalan pakaian pendek
separuh paha pun dia ada. Model dan warna rambut juga ikut bervariasi,
semuanya telah dicuba.
Begitulah
sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah
dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima
oleh manusia.
Hingga
suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau
mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling
ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, iaitu kemaluan dan buah dada.
Mereka
semua memakai pakaian yg sering disebut "bikini". Kerana semuanya
begitu, maka harus ikut begitu, dan na'udzubillah bisikan syaitan
berhasil, tujuannya "Membogelkan Kaum Wanita" tercapai.
"Seterusnya
terserah kamu wahai wanita, kamu semua sama, telanjang di hadapan
lelaki lain, di tempat awam. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kamu
sama-sama di neraka.
Aku
hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka
tanggunglah sendiri semua dosamu" kata syaitan, tidak mahu mengambil
risiko.
Demikianlah
halusnya cara yg digunakan syaitan, sehngga manusia terjerumus dalam
dosa tanpa terasa. Selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan
mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di
akhirat.
Wallahu a'lam bisshawab.
Sumber: unikaneh.com
p/s: berwaspadalah pada golongan wanita di luar sana..
No comments:
Post a Comment