Tanda Tanda Kiamat Kecil Yang Sudah Pun Berlaku
Admin ingin berkongsi maklumat dengan tuan-tuan dan puan mengenai perihal tanda-tanda kiamat kecil yang sudah pun berlaku. Mengapa Admin berkata tanda-tanda kiamat kecil ini sudah pun berlaku ? Cuba tuan-tuan dan puan-puan semak senarai yang Admin tulis ini, periksa dan kaji betul-betul, bukankah semuanya sudah berlaku sekarang ? Kalau tidak berlaku lagi, silalah komen kepada Admin di laman page FB Sejagat Raya – Cetusan Alam Sejagat
Sebelum Admin menulis tanda-tanda kiamat kecil yang sudah pun berlaku, ada lebih elok Admin senaraikan dahulu tanda-tanda kiamat kecil yang sudah pun berlaku di zaman Rasulullah SAW, para sahabat dan juga para tabi’in seperti berikut. Setiap tanda-tanda kiamat kecil Admin sertakan dengan dalil-dalilnya samada dari Hadis atau Al Quran.
1. Diutusnya Nabi Muhammad SAW.
Jarak masa Aku diutus dan hari kiamat seperti dua jariku ini, dan Baginda mengisyaratkan dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengahnya.
Hadis riwayat Ahmad, Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah
Hadis riwayat Ahmad, Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah
Masa dunia yang tersisa bagi umatku hanyalah seperti waktu yang tersisa dari suatu hari apabila solat Asar telah dilaksanakan.
Hadis Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah Bin Umar melalui Mughirah bin Hakim
Hadis Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah Bin Umar melalui Mughirah bin Hakim
2. Bulan terbelah.
Telah dekat hari kiamat dan telah terbelah bulan.
Surah Al Qamar ayat 1
Surah Al Qamar ayat 1
3. Penaklukan Baitul Muqaddis.
Ketahuilah ada enam peristiwa menjelang kiamat, iaitu, kematianku, kemudian penaklukan Baitul Muqaddis…
Sahih Bukhari dari Auf Bin Malik pada Kitabul Jizyah Wal Muwada’ah Juz 6
Sahih Bukhari dari Auf Bin Malik pada Kitabul Jizyah Wal Muwada’ah Juz 6
4. Pertempuran dua kelompok besar dari kaum Muslimin.
Tidak akan berdiri hari kiamat sehingga dua kelompok yang besar dari kaum Muslimin sering berperang dengan satu seruan (slogan kebenaran) yang sama…
Hadis dari Sahih Bukhari, Ahmad, Muslim dari Abu Hurairah
Hadis dari Sahih Bukhari, Ahmad, Muslim dari Abu Hurairah
5. Kematian besar-besaran disebabkan wabak penyakit berjangkit.
Ketahuilah ada enam peristiwa menjelang kiamat, iaitu kematianku kemudian penaklukan Baitul Muqaddis kemudian terjadinya kematian besar-besaran yang disebabkan oleh wabak penyakit yang akan menimpamu seperti penyakit Qu’as yang menimpa kambing.
Hadis dari Sahih Bukhari
Hadis dari Sahih Bukhari
6. Munculnya api di Hijjaz (wilayah di Arab Saudi dimana kota Madinah dan Mekah terletak).
Tidak akan berdiri hari kiamat sehingga keluar api dari negeri Hijjaz yang akan menerangi leher-leher unta di Basrah.
Sahih Bukhari nombor 7118.
Sahih Bukhari nombor 7118.
Keenam-enam tanda-tanda kiamat kecil diatas telah pun berlaku sejak zaman Rasulullah SAW, para sahabat dan tabi’in. Tanda kiamat kecil yang mula-mula sekali berlaku adalah diutusnya Rasulullah SAW dan wafatnya baginda. Itulah tanda pertama tanda-tanda kiamat kecil dan batu tanda bahawa akhir zaman sudah pun bermula sejak 1400 tahun yang lalu. Tanda lain seperti bulan terbelah bermaksud mukjizat Rasulullah SAW yang dipertunjukkan kepada kaum kafir Quraisy yang engkar dengan seruan Nabi Muhammad SAW. Mereka engkar lalu menuduh Nabi bukan-bukan seperti ahli sihir dan sebagainya, lalu dengan izin Allah SWT, mukjizat bulan terbelah terjadi di hadapan mereka tetapi masih ada lagi dari golongan kafir Quraisy yang degil dengan kebenaran mukjizat Rasulullah SAW tersebut. Seterusnya penaklukan Baitul Muqaddis oleh Tentera Islam pimpinan Umar Al Khattab, Umar Al Khattab telah berjaya menakluki Baitul Muqaddis dari pemerintahan kerajaan Byzantine (atau nama lain seperti Empayar Roman Suci atau Holy Roman Empire dan inilah kaum Rom yang disebutkan dalam Surah Rom dalam Al Quran) dalam kempen membebaskan penduduk Baitul Muqaddis yang tertindas di bawah pemerintah Byzantine. Penduduk Baitul Muqaddis memohon pertolongan dari Umar Al Khattab dan Tentera Islam, lalu berjaya membebaskan Baitul Muqaddis dengan izin Allah SWT. Peristiwa penaklukan ini pula bukanlah dengan jalan peperangan melainkan dengan jalan damai dimana para penduduknya meminta perdamaian dari tentera Islam pimpinan panglima perang Abdullah Bin Jarrah dengan kesediaan membayar jizyah kepada kerajaan Islam.
Pertempuran dua kelompok kaum Muslimin yang berlaku iaitu Perang Jamal dan Perang Siffin. Kedua-dua perang menyaksikan pertempuran sesama saudara Islam yang berlaku tak lama dari zaman khalifah Uthman meninggal dunia akibat dibunuh dan perlantikan Khalifah Ali sebagai khalifah umat Islam. Perang yang melibatkan Aisyah menentang Ali pada Perang Jamal dan Ali melawan Muawiyah dalam Perang Siffin dimana ia berakhir dengan Majlis Tahkim yang memunculkan kelompok Khawarij. Perang saudara ini adalah tanda-tanda kiamat kecil yang sudah pun berlaku pada zaman sahabat.
Kematian besar-besaran berlaku akibat penyakit berjangkit iaitu ta’un telah berlaku pada zaman khalifah Umar Al Khattab sejurus selepas penaklukan Baitul Muqaddis. Kematian yang disebabkan penyakit termasuk dalam mati syahid bagi sesiapa yang dikehendaki Allah SWT.
Kemunculan api di Hijjaz sehingga menerangkan leher-leher unta di Basrah ada diceritakan di dalam kitab Fathul Bari juz 13, kitab Fitan, kitab At Tadzkirah oleh Imam Qurtubi dan kitab Asyratussaah oleh Al Barzanji. Dari Imam Qurtubi berkata.
“Telah keluar api dari negeri Hijjaz dari Kota Madinah yang dimulai dengan goncangan yang dahsyat pada malam Rabu bulan Jamadil Akhir tahun 654 Hijrah.”
Manakala, Imam Nawawi pula berkata.
“Pengetahuan akan keluarnya api ini sudah tidak perlu diragukan lagi (mutawatir/sahih) bagi semua penduduk Syam.”
Al Barzanji pula mencatatkan.
“Bahawa api tersebut berlanjutan selama tiga bulan sedangkan ia melelehkan batu dan tidak membakar pohon kayu.”
Al Qadhi Shadruddin Al Hanafi berkata.
“Ayah saya mengkhabarkan kepada saya bahawa banyak dari orang Arab di Basrah menyaksikan leher unta-unta mereka disinari oleh api tersebut.”
Tanda-Tanda Kecil Kiamat Yang Sudah Pun Berlaku Selepas Zaman Para Tabi’in Sehingga Zaman Sekarang.
Tuan-tuan dan puan-puan, mari kita periksa satu persatu tanda-tanda kecil akhir zaman ini yang Admin catatkan. Ada atau tidak yang belum lagi berlaku. Admin senaraikan satu persatu seperi senarai semak. Jika ada yang belum berlaku, sila laporkan pada Admin di laman page FB Sejagat Raya – Cetusan Alam Sejagat. Bagi Admin, SEMUANYA SUDAH PUN BERLAKU. Jom baca dan periksa kejap.
1) Wanita yang melahirkan anak, anak itu menjadi tuannya pula.
2) Orang yang bodoh dijadikan pemimpin.
3) Orang yang miskin pada mulanya kemudian menjadi kaya raya dan mendirikan bangunan-bangunan yang tinggi-tinggi.
4) Zina berleluasa.
5) Pemakaian sutera berleluasa.
6) Minuman keras, arak dan tuak diminum secara terang-terangan dan berleluasa.
7) Alat muzik, bunyi muzik dan nyanyian sangat berleluasa.
8) Munculnya para penyanyi wanita dengan berleluasa dalam masyarakat manusia.
9) Ramai manusia tenggelam ke dalam tanah akibat runtuhan bangunan, tanah runtuh dan gempa bumi.
10) Perkara keji tersebar dan bangga melakukannya di khalayak ramai.
11) Orang-orang yang khianat dipercayai seratus peratus manakala orang yang jujur tidak dipercayai langsung.
12) Hubungan silaturrahim diputuskan.
13) Orang-orang yang hina peribadinya mudah sahaja naik pangkat dan kedudukannya, manakala orang-orang yang mulia pekertinya selalu turun pangkat dan dibuli.
14) Segala urusan diserahkan kepada orang yang salah dan bodoh.
15) Amanah yang diberikan disia-siakan.
16) Merasa kagum dengan orang-orang yang langsung tidak beriman kepada Allah SWT baik karakternya atau kata-katanya.
17) Orang-orang berjalan kaki dengan gaya angkuh dan sombong seolah-olah merasa dialah yang berkuasa dan hebat.
18) Musuh-musuh orang Islam berlumba-lumba mendapatkan kaum Muslimin.
19) Salam hanya diucapkan kepada mereka yang dikenali sahaja. Tak kenal, tak bagi salam pun lagi buat tak tahu ada.
20) Manusia tidak endah atau berhati-hati lagi untuk mencari rezeki yang halal. Asalkan sedap dan nikmat dibalunnya sahaja.
21) Berbohong amalan biasa.
22) Meningkatnya perdagangan dan kemunculan pasar-pasar tak kira pasaraya, supermarket, hypermarket dan mall.
23) Wanita ikut bekerja seperti lelaki.
24) Banyaknya saksi palsu.
25) Saksi benar disembunyikan.
26) Berkembangnya kegiatan penulisan, tak kira blog, buku, laman sosial dan lain-lain.
27) Masjid dijadikan tempat perlancongan.
28) Mengembungnya bulan di angkasa, maksudnya, bulan semakin besar kerana semakin dekat, tetapi sains astronomi memberitahu bulan semakin jauh. Ye ke ? air laut sudah banyak menenggelamkan kawasan-kawasan tertentu di muka bumi, adakah disebabkan pencairan ais di kutub Utara atau selatan ? Pencairan ais (pemanasan global) adalah isu ‘hoax’ peringkat global, Inshaa Allah, Admin akan tulis tentang isu ini.
29) Banyak kejadian mati mengejut.
30) Bilangan anggota polis ditambah dan terus bertambah untuk mengawal keselamatan.
31) Amanah dipandang ringan.
31) Darah mudah mengalir akibat perang, pembunuhan, bencana dan penyakit.
32) Manusia menjadikan bacaan Al Quran sebagai nyanyian, bukan Tarannum yang dimaksudkan sebenarnya, lain daripada itu dan sudah pun berlaku baru-baru ini, Al Quran dijadikan nyanyian koir dan orkestra.
33) Ilmu dituntut daripada orang yang bukan ahli ilmu tersebut.
34) Anggota polis menyakiti rakyat marhaen.
35) Ramai wanita membuka aurat
36) Manusia megah kerana membangunkan masjid besar-besar.
37) Orang-orang yang dah beruban mewarnakan rambutnya dengan warna hitam.
38) Adanya keinginan mendalam untuk melihat Nabi Muhammad SAW.
39) Munculnya keinginan untuk mati.
40) Rumah dan kenderaan untuk syaitan.
41) Munculnya kenderaan
42) Pembunuhan sesama manusia tanpa tujuan.
43) Hidup mewah, manja, boros dan duduk dalam zon selesa.
44) Mengikut budaya orang Kristian dan Yahudi.
45) Umat Islam terbahagi kepada beberapa kelompok dan aliran.
46) Bacaan Al Quran sebagai barang perdagangan.
47) Muncul para pengingkar Sunnah.
48) Munculnya kaum Khawarij.
49) Kurangnya keberkatan waktu.
50) Amal jadi berkurangan.
51) Tersebarnya sifat kedekut.
52) Muncul fitnah-fitnah yang menyesatkan.
53) Banyak berlaku pembunuhan sesama Islam.
54) Diangkatnya ilmu dan tersebarnya kejahilan.
55) Banyak berlaku gempa bumi.
56) Harta umum negara menjadi milik perseorangan.
57) Manusia berat melaksanakan syariat agama.
58) Seorang lelaki bersikap keras kepada ayah kandungnya sendiri tetapi bersifat enjoy dengan kawan-kawannya.
59) Manusia bersuara tinggi di masjid-masjid.
60) Agama dipelajari bukan untuk kemaslahatan agama.
61) Seseorang dihormati kerana kejahatannya yang dilakukan.
62) Anak-anak akan menjadi pemarah.
63) Hujan menjadi bencana.
64) Iraq diboikot dan disekat makanan masuk ke dalam negaranya.
65) Wilayah Syam terkepung dan diboikot.
66) Harga barang mahal dan melambung naik.
67) Fitnah dan ideologi buruk memasuki setiap rumah. Pada pandangan Admin, TV, internet, radio dan lain-lain.
68) Lari dari medan perang dan ujian kesusahan.
69) Turki akan menyerang Iraq. Dulu, Turki pernah menyerang kawasan sempadan Iraq-Turki untuk mengejar puak Kurdis.
70) Gencatan senjata dan perdamaian antara kaum Muslimin dan Rom.
70 kejadian tanda-tanda kecil kiamat ini sudah pun terjadi, tanda yang bernombor 70 ini banyak maksudnya, Perang Salib yang berlaku dahulu pun sebahagian daripada tanda bernombor 70. Apa pun, Admin yakin bahawa semua tanda-tanda sudah pun berlaku. Pada masa akan datang, Admin akan menulis perihal Subjek Akhir Zaman dengan jauh lebih terperinci lagi. Inshaa Allah.
Subjek Akhir Zaman
No comments:
Post a Comment