Tuesday, February 3, 2015

sandaran ssp utk pinjam wang dari bsn

Pembiayaan Sandaran-i BSN AFLAH SSP


Pembiayaan Sandaran-i BSN AFLAH SSP adalah satu skim Pembiayaan yang berasaskan prinsip Syariah Tawarruq. Di samping kegunaan memperoleh tunai daripada pembiayaan kami, SSP anda juga masih layak untuk menyertai Cabutan Bulanan SSP.


Konsep Syariah 

Konsep Syariah yang diguna pakai bagi produk ini adalah Tawarruq yang terdiri daripada kontrak Bai Murabahah dan Wakalah yang menggunakan komoditi (aset dasar) daripada Bursa Suq al Sila'.


Kelayakan

»  Warganegara Malaysia.
»  Berumur 18 tahun dan ke atas (tidak melebihi 65 tahun semasa menamatkan
    pembiayaan).
»  Pemilik sah Sijil / Unit Simpanan Premium (SSP) BSN.


Dokumen yang Diperlukan

»  Satu salinan Kad Pengenalan (depan dan belakang).
»  Sijil Asal SSP atau Cetakan pembelian SSP.
»  Satu salinan mana-mana Akaun BSN (jika berkenaan).

 Nota:
»  *Tertakluk kepada Terma dan Syarat.

Ciri-ciri

»  Bayaran melalui:
     - Arahan Tetap.
     - Deposit Tunai / Deposit Cek di Kaunter BSN.
     - ATM / CDM
»  Tanpa penjamin. Sebaliknya, Sijil SSP pemohon akan disandarkan kepada Bank.


Had Pembiayaan

Had Pembiayaan
MinimaRM5,000
Maksima95% daripada nilai Sijil Simpanan Premium pemohon


Kadar

Tempoh (tahun)Kadar Keuntungan (%)Amaun Pembiayaan (RM)
1 hingga 23.00%Minima 5,000
3 hingga 103.50%Minima 10,000
3 hingga 104.00%Kurang daripada 10,000
Untuk Pengiraan Ansuran Bulanan, klik di sini. 


Caj Bayaran Lewat


»
  Dalam tempoh bayaran Harga Jualan
    Ansuran bulanan tertunggak x Purata kadar pembiayaan (AFR) x Bil. hari tertunggak
                                                              365 

   Ta’widh
   Ansuran bulanan tertunggak x 1% x Bil. hari tertunggak
                                                              365 

»  Setelah tamat tempoh Pembiayaan
    Baki Pembiayaan x Purata kadar pembiayaan (AFR) x Bil. hari tertunggak
                                                              365 

    Ta’widh
    Baki Pembiayaan x Islamic Interbank Money Market (IIMM) x Bil. hari tertunggak
                                                              365 
»  Gharamah (sekiranya ada)
    Caj Bayaran Lewat - Ta’widh

»  AFR adalah merujuk kepada purata kadar pembiayaan yang ditentukan oleh Bank dan tertakluk kepada perubahan
    dari masa ke masa.
»  Islamic Interbank Money Market (IIMM) adalah tertakluk kepada perubahan dari masa ke masa.
»  Caj Bayaran Lewat akan dikira atas dasar bulanan dan mengandungi Ta’widh (gantirugi) dan Gharamah (penalti).
    Gharamah akan disalurkan kepada organisasi kebajikan yang diluluskan.
 Nota:

No comments:

Post a Comment