Tuesday, March 17, 2015

gst peniaga kecil

Sembang GST bagi orang biasa aka rakyat marhain.
Yang saya faham tentang kesan GST ke atas kami.
Bila kami register for GST dgn custom, kami akan dapat no GST.
Kami perlu bekalkan No GST kepada setiap pembekal dan outlets kami.
Bila kami beli barang, kami juga perlu minta no GST Supplier yg bekalkan barang kepada kami, sekiranya dia caj kami 6% GST.
Dengan no GST pembekal, kami boleh claim dengan Jabatan Kastam segala 6% yang dikenakan kepada kami.
Apabila outlets bayar kami dengan 6% extra dari transaksi, kami perlu pulangkan kepada Jab Kastam 6% itu (part ni saya tak sure).
Jadi semua peniaga kek dari rumah atau talian, sekiranya anda tidak berdaftar dgn Jab Kastam, anda terpaksa absorb 6% dari bnyk sumber pembekal, dan sekiranya dihimpunkan akan menyebabkan harga kos anda sangat tinggi.
Bila kos tinggi anda perlu cas pelanggan harga yang tinggi kerana anda perlu transfer kos tadi kepada pelanggan.
Anda tidak dibenarkan utk cas GST kepada pelanggan.
Kepada yang ada outlets, mungkin anda tidak lagi dibenarkan utk hantar ke outlet kerana sistem mereka sudah dimasukkan pengiraan GST yg perlukan no GST anda.
Jadi apa persediaan anda menjelang GST ni?
Suka ·  · 

No comments:

Post a Comment