Thursday, November 10, 2011

pembersih sangat

Terlalu obses dengan kebersihan


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
SAYA pelajar institusi awam di ibu kota dan mempunyai beberapa masalah yang saling berkait. Saya mula menyedari berdepan masalah mental atau psikologi baru-baru ini.
Namun saya tidak pasti kerana bagi saya, tabiat ini normal dan kepekaan keterlaluan terhadap benda kotor perkara biasa dalam keluarga saya yang mementingkan kebersihan.

Saya cuma tahu sikap bimbang keterlaluan akibat kekotoran adalah penyakit psikologi sebaik menonton filem lakonan Jack Nicholson. Dia fobia kepada jangkitan kuman menyebabkan dia mengulang membasuh.

Saya rasa watak dia dalam filem itu ada kaitan dengan saya, dia tidak pernah keluar rumah kerana takutkan kotoran.
Click Here


Manakala saya tidaklah sampai takut keluar rumah, cuma sering berasa geli sehingga menyebabkan rakan tidak selesa dan meminggirkan diri saya kerana sangat obses dengan kebersihan. Saya tidak dapat mengelak membasuh berkali-kali jika berasa kotor.

Saya pernah cuba mengabaikan rasa geli terhadap kekotoran tetapi gagal kerana saya berasa lebih tertekan.

Malah disebabkan sikap ‘terlalu pembersih’, ada yang mengambil kesempatan dan menuduh saya mengamalkan hidup nafsu songsang. Saya betul-betul tertekan sehingga berasa tidak mahu lagi bercampur dengan sesiapa pun.

Secara tidak langsung ia menjejaskan keputusan akademik saya kerana tertekan dengan tabiat ‘terlebih’ bersih itu. Bantulah saya sebab saya lelaki dan segan untuk berbincang masalah berkenaan dengan orang tua.

OCHEN
Kuala Lumpur




Sebaik saudara menyatakan masalah saudara menyerupai watak aktor Jack Nicholson dalam sebuah filem, Dang Setia berasa ia semestinya lakonannya dalam ‘As Good As It Gets’.

Wataknya sebagai Melvin, novelis yang mempunyai masalah psikologi iaitu obsessive-compulsive disorder (OCD) ternyata satu maklumat berguna kerana saudara menyedarinya sebaik menontonnya.

Meskipun saudara menyatakan seakan-akan ‘Melvin’ yang obses dengan kebersihan, mungkin ada perbezaannya dan masalah saudara tidak sesukar dilalui watak berkenaan.

Cuma persamaan pada sikap keterlaluan dalam menjaga kebersihan. Untuk itu, saudara perlu belajar mengawalnya.

Menjaga kebersihan memang perkara positif tetapi tabiat terlalu fokus dan teliti dalam soal penjagaan kebersihan menyebabkan saudara menjadi sangat cerewet di segenap segi dalam soal pembersihan.

Dang Setia nasihatkan saudara perlu mula ubah daripada aspek pemikiran dan tabiat. Pertama, di segi pemikiran, saudara perlu ‘setkan’ fikiran tidak membayangkan kekotoran secara keterlaluan.

Malah ketika membersihkan pakaian mahupun diri, kurangkan mengulang aktiviti pembersihan dan masa diperuntukkan untuk mencuci. Yakinkan diri saudara cukup bersih dan lapangkan fikiran daripada terus fokus kepada hal kekotoran.

Lakukan perubahan secara beransur-ansur dan disiplinkan diri dengan tidak kembali kepada tabiat lama.

No comments:

Post a Comment