Wednesday, July 11, 2012

kelambu berubat

ARKIB : 09/07/2012

Kelambu berubat mampu jauhi nyamuk jadi tumpuan

PEKAN 8 Julai - Kelambu berubat antara yang menjadi tumpuan pada majlis penyampaian sumbangan baju raya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini semalam.
Apa tidaknya, sebelum ini hanya bantuan seperti makanan, duit dan baju yang disumbangkan kepada penduduk Pekan tetapi kali ini ia berlainan kerana kelambu pula yang diberi.
Pada majlis itu sebanyak 1,000 kelambu disumbangkan oleh syarikat dari Korea Selatan, POSCO LED Co. LTD.
Kelambu yang berharga RM180 itu akan diagihkan kepada penduduk luar bandar termasuk Orang Asli dan juga sekolah-sekolah.
Kelambu terbabit mempunyai bingkai diperbuat daripada sejenis tumbuhan yang menyebabkan nyamuk tidak boleh menghampirinya.
Pada majlis itu juga, gerai pameran syarikat terbabit menjadi tumpuan kerana masing-masing mahu melihat kelambu tersebut tersebut dengan lebih dekat.
Masing-masing tidak mahu melepaskan peluang melihat dan menanyakan pelbagai soalan mengenai kelambu tersebut.
Malah ada juga yang mahu membeli kelambu terbabit untuk dibawa pulang.

No comments:

Post a Comment