Buku : Biografi Agung Rasulullah.. Terbaik...
Assalamualaikum..
Kali ni aku nak kongsi satu buku yang best!! Selalu kita cakap kita
cinta pada Rasulullah, rindu pada Rasulullah.. kan kan kan.. cakap di
mulut, niat di hati adakah selari dengan perbuatan? chewah.. gituww...
kepada adik2 yang masih ada baucer buku 1Malaysia tu, belilah buku ni..
bagus sangat.. menambahkan kerinduan pada Rasulullah..
Buku ni, ustaz kelas tafsir yang cadangkan.. dia bagitahu masa ceramah
maulid nabi baru-baru ni.. Jadi, untuk menyahut saranan ustaz tersebut,
aku pun carilah buku tu di Pustaka Mukmin di Jalan Tar.. yeay ada.. Ada
dua buku yang ustaz cadangkan. Yang ni kulit keras dan tebal sikit RM
65, masa aku beli tak de diskaun.. Yang lagi satu RM 35.. tapi aku
prefer amik yang ni lah, macam best je. dalam dia ada biodata Rasulullah
dan macam2 cerita dari kelahiran Nabi sampailah wafat. siap ada gambar
lagi. Seronoklah baca. Penulisnya Rusydi Ramli Al-Jauhari. Aku belum
khatam lagi baca, baru sampai isteri Nabi. tapi bila baca tu memang
masuk dalam cerita yang disampaikan.. macam kita baca novel. tahniah
kepada penulis kerana berjaya menterjemahkan dan menyampaikan dengan
baik sekali..
salah satu koleksi buku. bukan sekadar buku.. bila tengok gambar dan
baca cerita2 Nabi kita rasa macam terharu sangat.. tak retilah nak cakap
perasaan tu. Baca kisah hidup Nabi dan sejarah Nabi menimbulkan rasa
rindu yang mendalam..
http://suliana-mylittlesunshine.blogspot.com/2013_02_01_archive.html
No comments:
Post a Comment