Friday, 20 December 2013
Gambar Terakhir Anjing Paling Popular Kerana Kesetiannya
Kisah kesetiaan Hachiko pada tuannya ini sangat popular sejak sekian lama di seluruh dunia. Hachiko adalah anjing peliharaan yang ditemui ketika masih kecil oleh seorang profesor Universiti Tokyo ketika ia dalam perjalanan pulang dari pejabatnya. Akhirnya ia selalu mengantarkan tuannya pergi kerja ke stesen keretapi Shibuya setiap hari dan menunggunya di depan stesen ketika pulang.
Suatu hari, tuannya meninggal di pejabatnya kerana pendarahan otak pada tahun 1925. Hachiko yang tidak tahu terus menunggu tuannya dengan duduk di depan stesen setiap harinya. Isteri profesor dan anaknya telah berusaha untuk membawanya pulang, namun Hachiko tetap duduk di depan stesen menunggu tuannya.
Semua orang di stesen termasuk penjaga dan beberapa penjual di sekitar Shibuya mengenali Hachiko dengan baik dan memberinya makan setiap hari. Kabar kesetiaan anjing ini tersebar ke seluruh masyarakat, pelbagai media tempatan memberitakan kisah setia Hachiko. Hachiko terus menunggu tuannya sampai ajalnya sendiri tiba pada tahun 1935.
Baru-baru ini ditemui sebuat foto Hachiko yang diambil pada 8 Mac 1935, Ketika ditemui mati di jalanan Shibuya. Dalam foto itu terlihat Hachiko yang sudah mati terbujur kaku dengan diselubungi anyaman buluh. Kelihatan beberapa petugas stesen dan isteri tuannya Hachiko, Yaeko Ueno, mengelilinginya dan mendoakan.
"Dari gambar diatas dilihat bagaimana orang-orang berdoa untuk kedamaian roh dan jiwa untuk Hachiko", kata Keita Matsui, kurator muzium Shibuya. "Dari gambar ini juga kita boleh melihat bagaimana Hachiko sangat dicintai pada waktu itu".
Untuk mengabadikan Hachiko, kerajaan Jepun membina tugu di depan stesen Shibuya. Kini patung Hachiko dijadikan tempat popular bagi pemuda pemudi Jepun untuk berkumpul. Kisah Hachiko juga semakin memberi inspirasi banyak orang setelah kisahnya difilemkan di Hollywood yang dibintangi Richard Gere.
No comments:
Post a Comment