Thursday, February 20, 2014

cara mengubat orang kena sihir

Cara mengubati pesakit yang kena sihir

Posted on December 23, 2013 under Islam by
al-quran-ikhtiar-sihir
Oleh kerana penyakit yang disebutkan sihir ini berlaku di alam rohani, yang sebab-sebabnya tersembunyi atas tabiat sihir yang terselindung, maka sukar diketahui cara pengubatannya dengan mudah.
Kebanyakan sihir dilakukan secara tersembunyi, khususnya pada waktu malam
Ikhtiarnya adalah terbuka seperti:



Menggunakan ayat-ayat untuk menentang sihir yang telah saya sebutkan. Banyak ayat dalam al-Quran menyentuh tentang berlaku sihir dalam alam manusia. Yang jelas ketara bahawa apabila sihir berlaku pada zaman Nabi Allah Musa a.s, baginda menghadapi sihir dengan kekuatan jiwa dan menggunakan kaedah bantuan Allah S.W.T sehingga ahli-ahli sihir kecundang, menyerah kalah dan beriman kepada Nabi Musa.
Ulama muktamar menyarankan dalam kitab mereka untuk kita membaca, 10 ayat dalam Surah al-Baqarah iaitu ayat 1 hingga 5, ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir, 284, 285 dan 286.
Ada juga ulama yang menyarankan kita membaca Surah al-Fatihah, ayat 255 Surah al-Baqarah, ayat 117 dan 119 Surah al-A’raaf, 79 dan 82 Surah Yunus, ayat 65 hingga 69 Surah Thaha, ayat 82 dan 83 Surah Yunus, ayat 118 Surah al-A’raaf dan ayat 70 Surah Thaha.
Disarankan ayat-ayat ini dibaca oleh orang yang terkena sihir ataupun orang yang mengubati penyakit akibat sihir dengan memohon perlindungan daripada Allah S.W.T
Sumber: Darussyifa

No comments:

Post a Comment