Wednesday, September 10, 2014

altel habis stok?

Admin upkan jawapan Altel Authorised Distributor berkenaan isu Altel. .. semuga isu begini tidak akan berbangkit lagi....
"Saya disini merupakan salah satu Altel Authorised Distributor di kawasan Johor dan Selangor ingin memberi penerangan dan gambaran yg jelas agar saudara tidak salah paham terhadap Altel. masalah
1) mengenai stok yg tidak mencukupi seperti dinyatakan oleh saudara, ianya tidak betul. Kami dibawah bimbingan Altel, bukannya tidak ada stok akan tetapi stok yg sedia ada tidak mencukupi utk menampung kehendak semua penduduk di Malaysia 28.8 juta.
Dlm konteks business, apabila 'demand lebih dari supply', wujudnya 'shortage' bukannya 'no stok'. Dealer dibawah naungan saya, tidak pernah bising mengenai no stok.

Cuma pengagihan stok mungkin memakan masa. Disamping itu, jikalau benar Altel tidak ingin memberi stok kepada traditional dealer dan lebih menyokong kepada booth atau kiosk sementara, cuba kita renungkan apa manfaat yg Altel akan dapat?
Disini, saya dapat berjanji dan menjamin, Altel merupakan sebuah syarikat yg menyokong traditional dealer, Saya disini merupakan Distributor utk traditional channel, dan saya mendapat sokongan yg tidak terhingga dari pihak management Altel.
Kes seperti saudara nyatakan iaitu booth mempunyai stok mungkin utk membuat promosi dan event utk menghangatkan market dan bukannya simpan sendiri jual. Altel memerlukan 'marketing awareness' dimana Altel ingin mendekati kepada pengguna, menerangkan kebaikkan produk Altel dan sebagainya. masalah
2) mengenai pembelian stok daripada distributor, saya disini tidak pernah mengenakan atau memaksa pembelian yg beribu-ribu ringgit. Sekadar yg mampu utk menjalankan perniagaan.
3) "pertukaran talian dengan kekalkan nombor" proses ini dinamakan proses MNP (mobile number portability). Kes-kes MNP yg ditidak berjaya diproses atau gagal di tukar, langsung tiada kaitan atau salah di pihak Altel.
Saudara Dealer Altel dan kepada semua bakal pengguna Altel, proses MNP memerlukan persetujuan daripada vendor iaitu company telco yg memiliki nombor itu contohnya celcom,maxis,digi, umobile dan lain2 utk melepaskan nombor itu agak ditukarkan vendornya yg terdahulu kepada Altel.
Punca2 yg sering tidak berjaya proses MNP adalah dimana vendornya tidak ingin melepaskan hak pemillikan kepada Altel atau customer mempunyai tunggakan atau nombor itu diregisterkan dibawah nama org lain atau semasa register, ic diisi salah oleh org yg mengendalikan sebelumnya. Tidak lupa juga, proses MNP memakan masa 1-5 hari bekerja.

No comments:

Post a Comment