KUALA LUMPUR 10 Okt. - Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)
dinaikkan mulai tahun depan melibatkan semua kategori penerima selepas
mengambil kira peningkatan hasil daripada cukai barangan dan
perkhidmatan (GST) serta kemampuan fiskal negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kadar BR1M sebelum ini iaitu RM650 dinaikkan sehingga RM950 untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah.
Katanya, bantuan itu akan dibayar sebanyak tiga kali setahun iaitu RM300 dibayar pada Januari dan Mei manakala bakinya RM350 mulai September tahun depan.
"Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 dan RM4,000, kerajaan akan meningkatkan BR1M daripada RM450 kepada RM750.
"Bantuan ini akan dibayar sebanyak tiga kali setahun juga, iaitu RM200 dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya RM350 dibayar mulai September 2015," katanya ketika membentangkan Bajet 2015 di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Najib turut mengumumkan, bagi kategori individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, pemberian BR1M ditingkatkan daripada RM300 kepada RM350 dan bayaran akan dibuat sekali gus mulai awal tahun depan.
Selain itu, tambah beliau, kerajaan juga akan menggantikan insurans takaful berkelompok atau i-BR1M yang telah diperkenalkan sebelum ini dengan Skim Khairat Kematian.
"Skim ini akan memberi manfaat kepada waris penerima BR1M dengan bantuan RM1,000 yang akan berkuatkuasa selama setahun," katanya.
Dalam pada itu, bagi memastikan pemberian subsidi yang lebih bersasar serta mengambil kira kesedaran dan kesediaan rakyat terhadap rasionalisasi subsidi, Najib memaklumkan kerajaan akan membangunkan satu mekanisme baharu dalam pemberian subsidi petroleum.
"Saya akan umumkan (perkara itu) dalam masa terdekat ini," katanya.
Tambah beliau, kerajaan telah memperuntukkan lebih RM21 bilion setahun untuk membiayai subsidi petrol RON95, diesel dan gas memasak.
Kesannya jelas Najib, peruntukan subsidi telah meningkat lebih 14 kali ganda daripada RM1.65 bilion pada 2002 kepada RM23.5 bilion pada 2013 semata-mata untuk mengekalkan harga runcit petrol yang rendah.
Najib berkata, bagi menambahbaik kedudukan kewangan awam, kerajaan komited melaksanakan langkah rasionalisasi subsidi terutamanya subsidi petroleum.
"Langkah ini mengurangkan ketirisan dan penyeludupan, kerajaan akan memastikan rasionalisasi subsidi dilaksanakan secara berperingkat agar tidak membebankan rakyat," katanya.

No comments:
Post a Comment