Wednesday, December 14, 2011

nyamuk toxo penghapus aedes

Nyamuk toxo mampu hapus aedes

Oleh ZAMZURINA AHMAD
zamzurina.ahmad@utusan.com.my

KUANTAN 14 Dis. – Nyamuk jenis toxorhynchites (toxo) dikenal pasti sebagai kaedah baru mengawal demam denggi termasuk membunuh agen pembawanya iaitu nyamuk aedes.

Pengarah Kesihatan, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Dr. Ruslan Mohamed Hussin berkata, nyamuk berkenaan merupakan nyamuk asli yang terdapat di hutan mampu mengurangkan dan seterusnya menghapuskan kewujudan nyamuk aedes.

“Kajian dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM) dan Bank CIMB mendapati nyamuk berkenaan boleh mengurangkan populasi aedes dengan jentik-jentik toxo bertindak memakan jentik-jentik aedes.

“Pada peringkat awal, sebanyak 400 ekor toxo dilepaskan di dua kawasan iaitu di USJ 1 dan Kampung Sri Aman, Puchong di Selangor sebagai percubaan pada Jun lalu.

“Selepas nyamuk berkenaan dilepaskan, pembiakan nyamuk aedes didapati semakin berkurangan termasuk kawasan pembinaan terbengkalai di USJ 1 yang sedang dibangunkan semula,” kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Program Kawalan Pembiakan Nyamuk Aedes Menggunakan Nyamuk Toxorhynchites sempena Persidangan Kesihatan Persekitaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kali ke-5 di sini hari ini.

Hadir merasmikan persidangan tersebut ialah Ketua Pengarah, Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimi Abdul Manaf.

Menurut Ruslan, penggunaan nyamuk toxo yang dibiakkan di USM itu merupakan satu kaedah yang dilakukan MPSJ dalam usaha mengurangkan kes demam denggi yang ia menurun dengan ketara sebanyak 70 peratus.

Sementara itu, menurut Halimi, usaha MPSJ dengan kerjasama pihak universiti dan swasta itu sangat produktif dan harus dipuji.

“Justeru, persidangan ini seharusnya menjadi forum dan platform terbaik kepada semua PBT bagi membincangkan isu-isu terkini dalam bidang kesihatan persekitaranm,” katanya.

No comments:

Post a Comment