Tuesday, May 22, 2012

peluang memohon biasiswa

ARKIB : 22/05/2012

Masih ada peluang pelajar mohon pinjaman JPA

JABATAN Perkhidmatan Awam (JPA) merujuk kepada surat pembaca Awaludin Joned, Melaka bertajuk 'Kenapa Anak Saya Tersisih' yang disiarkan di dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 4 Mei 2012.
Skim Pinjaman Yuran Pengajian Luar Negara kelolaan JPA sering menjadi tumpuan pelajar-pelajar persendirian yang mengikuti pengajian di universiti sebagai salah satu sumber kewangan bagi membiayai pengajian mereka di luar negara.
Justeru, saban tahun permohonan yang diterima Jabatan ini melebihi bilangan tempat yang ditawarkan. Ini kerana peruntukan Tabung Pusingan Pinjaman Pelajaran adalah terhad dan bergantung kepada prestasi bayaran balik yang diterima daripada peminjam terdahulu.
Jabatan ini sentiasa berusaha untuk menambah baik proses pemilihan dan penawaran bagi program pinjaman yang ditawarkan. Pemilihan adalah berdasarkan jumlah keseluruhan markah yang diperoleh pelajar mengikut kriteria (merit akademik, pendapatan keluarga dan bidang pengajian yang diikuti pelajar) yang ditetapkan.
Namun begitu, pelajar yang tidak ditawarkan pinjaman dalam permohonan terdahulu masih berpeluang untuk mengemukakan permohonan pada sesi akan datang. Ini kerana permohonan bagi kemudahan pinjaman ini dibuka dua sesi setahun iaitu pada bulan Februari dan Julai setiap tahun.
Maklumat berkaitan sesi yang akan datang boleh diperolehi melalui laman web http://esila.gov.my atau emel kepada penawaranlsp@jpa.gov.my jika terdapat sebarang

No comments:

Post a Comment