Mudah isi tepung
Tidak hanya kek, mesin ini juga boleh digunakan untuk pengisian ubat, herba, atau apa saja isian yang mempunyai tekstur kepekatan yang sama atau hampir sama dengan kek atau tepung cair.
Mesin ini lebih berfungsi sebagai mesin pengisian bagi bekas yang mempunyai berat isian yang hampir sama.
Mesin berkenaan sangat mudah dikendalikan kerana dilengkapi skrin sesentuh untuk memulakan atau menamatkan operasi.
Malah, timbangan isian lebih tepat, serta mampu menjimatkan kos.
Pasaran kek hari ini begitu besar dan sambutannya sentiasa bertambah dari masa ke semasa.
Sambutan yang menggalakkan itu memerlukan mesin yang berfungsi secara automatik bagi penambahan keluaran dan isian yang cepat dan tepat.
Mesin ini lebih kuat atau tahan lasak kerana dibuat daripada bahan keluli tahan karat sekali gus menjamin mutu pengeluaran dan lebih bersih.
Mesin pengisian tepung ini dibuat berdasarkan permintaan pelanggan. Zull Design Autotronic (ZDA) cuba memenuhi spesifikasi mesin yang dikehendaki oleh pelanggan dan pengusaha yang berminat.
Harga tidak tetap, sebaliknya ditentu berdasarkan keperluan pelanggan daripada segi bajet, keperluan dan kapasiti pengeluaran.
Dengan kata lain, ZDA tidak membuat mesin ini secara siap. Pelanggan boleh menempah jika berhasrat memiliki mesin berkenaan
Selepas itu, ZDA cuba menghasilkan mesin mengikut spesifikasi dan bajet yang diperuntukkan.
No comments:
Post a Comment