MSM dijangka berharga RM2,300 setan metrik minggu depan
18 Mei 2013
Katanya para pemain di pasaran menjangka eksport pulih semula dan ini memberi isyarat peningkatan permintaan bagi mendapatkan komoditi itu.
Pengukur kargo dijangka mengumumkan perangkaan eksport pada Isnin.
Berasaskan Jumaat ke Jumaat, Jun 2013 meningkat RM44 kepada RM2,334 setan metrik, Julai 2013 menambah RM40 kepada RM2,345 setan metrik, Ogos 2013 meningkat RM17 kepada RM2,336 setan metrik dan September 2013 menokok RM10 kepada RM2,326 setan metrik.
Perolehan mingguan meningkat kepada 169,143 lot berbanding 120,577 lot pada minggu lepas manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 205,413 kontrak berbanding 196,369 kontrak yang dicatatkan pada Jumaat sebelum itu.
Di pasaran fizikal, Mei Selatan meningkat RM30 untuk ditutup kepada RM2,340 setan metrik. - Bernama
No comments:
Post a Comment