Kajian Kes: Pinjaman Pelaburan ASB Oleh RHB BANK
Saya sokong pelaburan sebegini kerana ia dijamin oleh kerajaan dan juga dilakukan oleh pihak yang berautoriti tentang pelaburan. Elakkan daripada pelaburan internet dan juga pelaburan yang tidak diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia. Sekarang terlalu banyak pelaburan yang menipu wang orang ramai antaranya pelaburan internet, cacing dan banyak lagi.
Ini adalah kadar yang ditawarkan oleh RHB Bank. Saya dapati ia agak menarik dan menguntungkan. Saya telah membuat pengiraan pulangan dalam masa 20 tahun dan juga berdasarkan pinjaman yang dilakukan. Tawaran untuk membayar hanya interest dalam masa 3 tahun juga nampak agak menarik dan menguntungkan.
Ini adalah keuntungan bagi 3 tahun pertama jika dianggap dividen ASB adalah 7% setahun.
Keuntungan yang diperolehi setelah ditolak ansuran bulanan selama 3 tahun dan dividen ASB selama 3 tahun. Keuntungan yang diperoleh anda boleh lihat pada ruangan untung.
Bagi pendapatan yang diperoleh dalam masa 20 tahun iaitu kadar maksimum pembayaran pinjaman ini pula adalah seperti dibawah:
Dengan pinjaman RM30,000 dan dibayar selama 20 tahun, wang anda akan berganda lebih 3 kali ganda iaitu RM116,090.53. Anda boleh lihat jadual diatas. Baris yang dihighlight dengan warna kuning adalah tahun yang ditawarkan oleh RHB Bank kepada mereka yang membuat pinjaman ASB dengan mereka.
Berapa pulak yang perlu kita bayar? Jangan risau. Saya pun telah membuat pengiraan juga tentang jumlah sebenar yang perlu anda bayar dalam masa 20 tahun. Anda boleh rujuk rajah dibawah:
Daripada semua jadual diatas kita boleh rumuskan:
Pinjaman RM30,000 dan dibayar selama 20 Tahun:
Pinjaman yang perlu dibayar: RM47,424.00
Jumlah Akhir ASB: RM116,090.53
Keuntungan : RM68666.53
Jadi anda boleh tengok sekarang berapakah keuntungan yang akan diperolehi dalam masa 20 tahun akan datang dengan pinjaman RM30,000 sekarang ni. Ia hampir 3 kali ganda daripada pelaburan yang anda buat dengan kuasa ” compound of interest”. Lagi awal anda melabur, lebih banyak keuntungan yang akan anda perolehi. Jumlah pengiraan ini tidak termasuk bonus. Ia adalah berdasarkan dividen semata mata.
Biarpun ia lambat. Keuntungan yang bakal anda perolehi adalah dijamin. Jangan sesekali terpengaruh untuk melabur didalam apa apa skim pelaburan yang menjanjikan pulangan tetap dan tinggi dalam masa yang singkat. Ia berkemungkinan adalah satu penipuan. Ia telah banyak kali terjadi. Jangan mengikuti langkah mereka yang pernah tertipu. Jadikan apa yang berlaku kepada mereka yang terkena dengan penipuan dengan pelaburan sebagai teladan kepada kita.
Jika mereka yang tertanya tanya samada pinjaman ASB menguntungan siapa? Bank atau kita.. dalam kes pinjaman RHB Bank ini. Kita yang untung!
Saya akan buat satu lagi kajian kes berkenaan pinjaman ASB Maybank pulak selepas ini. Saya dah pun mendapatkan kertas penerangan tentang ASB Loan dari Maybank ni. Adakah ia menguntungkan peminjam atau menguntungan bank? Tunggu dalam post yang akan datang ye.
p/s: Anda boleh rujuk perbincangan yang agak panjang tetang pelaburan ASB di Pakdi.my. Saya bukan pakar kewangan, tulisan yang dibuat adalah berdasarkan pemahaman saya sahaja & tidak boleh dijadikan nasihat kewangan. Terdapat banyak pro & contra tentang pinjaman ASB.
No comments:
Post a Comment