Sunday, March 16, 2014

mesin kuih siput

Mesin buat kuih siput


Adunan dimasukkan ke dalam tabung pengisian.
Kuih siput dikenali kerana bentuknya seakan cangkerang siput dan berwarna kuning keemasan setelah digoreng.
Kuih tersebut dihasilkan daripada campuran tepung gandum, tepung ubi, rempah, garam dan air.
Malah setiap pengusaha mempunyai resipi yang berbeza untuk menarik hati pelanggan.
Adunan kuih yang sudah siap diadun akan dipotong kecil-kecil dan dibentuk sehingga seperti cangkerang siput.
Seterusnya kuih siput digoreng menggunakan api yang sederhana.
Namun, proses menghasilkan kuih ini mempunyai kerumitan kerana kuih ini perlu digentel satu-satu adunan agar dapat menghasilkan bentuk cangkerang yang cantik.
Antara pengusaha yang mengeluarkan kuih siput ialah Syarikat Bonda Aishah Enterprise yang beroperasi di Baling, Kedah.
Syarikat berkenaan mengusahakan kuih siput ini secara kecil-kecilan dan Bonda Aishah Enterprise telah memasarkan produknya melalui laman sesawang syarikat iaitu www.bondaaishah.com.my dan facebook iaitu kuihsiputbonda.
Jualan kuih tersebut dilakukan secara sepenuh masa namun, pengeluaran kuih siput bergantung kepada tempahan pelanggan.
Hari berganti hari, permintaan daripada pelanggan semakin meningkat. Bukan sahaja orang dewasa, malah kanak-kanak juga suka makan kuih siput ini.
Pada mulanya, syarikat terbabit menggunakan kaedah manual iaitu hanya ahli keluarga sebagai tenaga kerja dalam proses menghasilkan kuih siput ini dan kapasiti sehari yang berjaya dihasilkan ialah empat hingga lima kilogram (kg) sehari bergantung kepada jumlah tenaga kerja yang terlibat.
Setelah dibuat perbandingan dengan penggunaan mesin, dapat dilihat dalam masa 45 minit, dua kilogram adunan dapat dihasilkan menjadi kuih siput.
Oleh itu, dengan penggunaan mesin ini proses penghasilan kuih siput akan menjadi lebih cepat dan kapasiti juga dapat meningkat dengan mendadak.
Proses menghasilkan kuih siput secara manual akan mengambil masa dua hari kerana kekurangan tenaga kerja selain ingin menjimatkan kos.
Namun, setelah menggunakan mesin berkenaan, syarikat terbabit mampu menyiapkan lebih kurang 12 kilogram adunan doh sehari.
Misi syarikat pada masa akan datang ialah dengan penggunaan mesin daripada Zull Design Autotronic (ZDA), mereka dapat membantu mempercepatkan proses penyediaan kuih siput dengan kapasiti yang lebih besar dan dapat memasarkan kuih siput di pasar raya besar dan ke negeri-negeri lain serta ke negara luar seperti Brunei, Singapura dan Thailand.

No comments:

Post a Comment