Sunday, March 16, 2014

mesin biskut

Mesin kuih dan biskut


Adunan dimasukkan ke dalam corong adunan.
Pada siri kali ini, Zull Design Autotronic (ZDA) menampilkan mesin aneka kuih dan biskut, iaitu mesin ini boleh menghasilkan tiga jenis biskut mengikut tiga jenis acuan yang berbeza.
Penghasilan mesin ini secara tidak langsung akan dapat membantu meringankan beban pengusaha dalam menghasilkan pelbagai jenis biskut dalam kuantiti yang banyak.
Antara pengusaha yang menggunakan mesin tersebut ialah Nadia Abdullah, yang mengusahakan kuih dan biskut pada pelbagai musim perayaan di negara ini.
Sebulan sebelum menyambut perayaan, dia akan menerima tempahan daripada ramai pelanggan.
Penjualan setiap jenis biskut adalah berbeza dan mengikut bekas dan balang dimana setiap balang mempunyai 50 keping biskut.
Setiap pelanggan mempunyai cita rasa yang berlainan, oleh itu Nadia perlu menghasilkan biskut menggunakan adunan doh yang sama tetapi bentuk yang berlainan untuk mengikuti kehendak pelanggan.
Maka, dengan penggunaan mesin ini Nadia dapat menghasilkan biskut dengan cepat dan banyak serta menjimatkan masa.
Sebelum ini, Nadia mengusahakan perniagaan ini secara kecil-kecilan dan diusahakan di rumah sahaja, dimana hanya ahli keluarga yang membantu Nadia dalam menghasilkan kuih raya.
Oleh itu, kapasiti sehari penghasilan kuih adalah terhad.
Setelah dibuat perbandingan, kapasiti sehari yang berjaya dihasilkan menggunakan kaedah manual adalah 1,500 kuih hingga 2,000 kuih bergantung kepada ahli keluarga yang membantu Nadia.
Setelah menggunakan mesin aneka kuih dan biskut ini, kapasiti sehari meningkat kepada 12,000 keping.
Maka pengeluaran sehari meningkat kepada lima kali ganda dan permintaan daripada pelanggan dapat dipenuhi.
Oleh itu, kepada yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan Nadia, boleh menghubungi beliau di talian 012-388 0819.
Misi Nadia, pada masa akan datang ialah dengan adanya penggunaan mesin aneka kuih dan biskut ini, dia dapat memenuhi permintaan pelanggan dan hasil kuih dan biskut buatan beliau dapat di pasarkan di pasar raya tempatan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sains_&_Teknologi/20140217/st_03/Mesin-kuih-dan-biskut#ixzz2wB6C7zpG
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment