Isnin, 2 Jun 2014
3 Kronologi kisah coklat yang pada mulanya ada babi
1. Tersebar laporan ujian makmal yang telah ditandatangani oleh Pegawai Teknologi Makanan, Faizah binti Puad (C44) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia yang menyatakan sampel coklat susu dengan kacang hazel Cadbury mengandungi DNA khinzir (porcine) atau babi.
Persoalannya;
- Adakah ujian seperti ini memang dilakukan secara berkala atau mengejut?
- Siapakah yang mengarahkan ujian tersebut dilakukan?
- Di manakah integriti seorang penjawat awam yang menyebar2 dokumen sulit seperti ini?
- Dari manakah sampel tersebut diperolehi sama ada dari kilang atau dari peruncit?
- Siapakah yang mula2 menyebarkan laporan ujian makmal tersebut di media sosial?
- Kenapa ujian tersebut dilakukan pada bulan Februari, tetapi bulan Mei baru orang menyebarkannya di media2 sosial?
2. Setelah penyebaran laporan makmal tersebut di media2 sosial, maka Kementerian Kesihatan pun mengeluarkan kenyataan rasmi mengesahkan kebenaran laporan tersebut di mana sampel coklat Cadbury bagi batch berikut yang diuji memang mengandungi DNA babi.
- Coklat susu dengan kacang Hazel - Cadbury Dairy Milk Hazelnut (batch no. 221013N01RI2 yang bertarikh luput 13 November 2014)
- Coklat susu dengan buah Badam - Cadbury Dairy Milk Roast Almond (batch no. 22103N01RI1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015)
Sumber |
3. Setelah pihak KKM mengeluarkan kenyataan rasmi, pihak JAKIM pula mengeluarkan kenyataan rasmi dengan menyatakan sijil pengesahan bagi kedua2 produk tersebut berkuatkuasa serta merta dan siasatan lanjut akan dibuat bagi mengenalpasti punca pencemaran tersebut.
Sumber |
4. Pihak Cadbury juga telah mengeluarkan kenyataan di Facebook mereka dan menyatakan akan menari semula kesemua produk2 yang terjejas daripada pasaran:
Kami di Cadbury ingin memberi maklum balas berkenaan dengan laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pagi ini.
Pihak kami telah dimaklumkan bahawa Cadbury Dairy Milk dengan kacang Hazel (nombor siri 200813M01H I2 yang tarikh luputnya adalah pada Nov 13, 2014) dan Cadbury Dairy Milk dengan Buah Badam (nombor siri 221013N01R I1 yang tarikh luputnya adalah pada Jan 15, 2015) telah diuji positif dengan kesan DNA khinzir. Pihak kami telah mengambil tindakan segera dengan menarik semula kesemua produk-produk yang terjejas daripada pasaran.
Produk-produk Cadbury yang lain adalah tidak terjejas dalam siri ujian yang telah dilakukan.
Pihak kami sedang menjalankan sisasatan rapi ke atas kesemua rangkaian bekalan kami bagi memastikan kualiti produk kami terus mematuhi kesemua piawaian yang telah ditetapkan. Pihak kami juga ingin menegaskan bahawa kesemua cokelat Cadbury Malaysia adalah dihasilkan di Malaysia dan dijamin Halal menerusi sijil JAKIM, dan ini termasuk sumber bekalan bahan-bahan mentah dan lokasi yang digunakan. Kami mengamalkan prosedur kawalan kualiti yang ketat dan memastikan produk kami mencapai standard tertinggi dalam keselamatan dan kualiti produk.
Kami ingin mengucapkan terima kasih ke atas sokongan yang diberikan kepada Cadbury.
6. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mahu kilang Cadbury disita, produk diboikot dan merayu kerajaan ambil tindakan kepada Cadbury.
7. Persatuan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) membuat laporan polis bagi mendesak kilang Cadbury ditutup.
8. Gabungan Pertubuhan Islam bukan kerajaan (ACCIN) mahu kilang coklat Cadbury yang dua produknya dikesan mempunyai DNA babi membayar kos menukar darah kepada semua umat Islam yang telah termakan bahan haram berkenaan.
9. Seorang 'lelaki' marah kepada siapa yang mengharamkan coklat Cadbury dan cakap mak korang tu yang haram.
10. Banyak pandangan daripada para agamawan seperti ustaz Dr. Asri, ustaz Azhar Idrus, ustaz Idris Sulaiman dan ustaz Zaharuddin mengenai apakah tindakan yang perlu dilakukan sekiranya telah termakan makanan yang mengandungi babi sama ada perlu sertu (samak) atau tidak. Terdapat juga pandangan yang mengatakan bahan seperti gelatin yang diperbuat daripada babi itu telah menjadi halal kerana telah berubah bentuk, malah ia juga adalah berdasarkan kepada fatwa ulama dunia yang terkenal iaitu Dr. Yusof al-Qaradhawi:
Pengerusi Persatuan Ulama Antarabangsa, guru kami (fil riwayah) Syaikhuna Fadhilah al-Syaikh al-'Allamah Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah ditanya berkenaan hukum memakan makanan yang mengandungi gelatin yang dibuat daripada haiwan termasuk babi, maka jawab al-Syaikh al-Qaradhawi:
Terjemahan: "Di sana terdapat perkara yang dilupakan oleh banyak pihak iaitu isu transformasi bahan (perubahan zat). Kami berkata: Apabila sesuatu najis ditransformasikan, ia menjadi suci, iaitu sesuatu bahan itu mungkin pada asalnya adalah babi, kemudian ia bertransformasi menjadi sesuatu bahan yang lain - asalnya ialah babi tetapi ia diambil dan ditransformasikan menjadi sesuatu yang lain - contohnya menjadi sabun.
Para fuqaha' berkata, contohnya, sesuatu perkara seperti tinja dan sebagainya, apabila ia diambil dan dikenakan api serta dinyalakan, maka abunya adalah halal kerana ia telah menjadi bahan yang lain. Mereka berkata: Jika seekor anjing masuk ke dalam takung garam dan mati di dalam takung garam itu hingga garam memusnahkannya, hinggakan apabila kamu mencarinya kamu tidak menjumpainya disebabkan anjing itu sendiri telah menjadi garam, maka garam itu boleh digunakan untuk makan, minum dan segala-galanya, kerana ia telah mengalami transformasi bahan.
Hukum ditetapkan bergantung kepada `illah (sebab) yang ada dan yang tiada. Maka `illah dalam hal ini ialah ia tidak kembali wujud.
Oleh itu, apabila daging atau tulang babi telah bertransformasi, - dan saya mendengar daripada saudara kami Dr. Muhammad Hiwari, dan dia adalah antara doktor akademik yang tinggal di German untuk tempoh yang sangat panjang, dan dia mempunyai kajian yang sangat baik dalam hal ini, - dia berkata kepada kamu: Kemuncak hal ini adalah, ia boleh diambil dan digunakan sebagai ubat gigi, dan digunakan sebagai sabun, dan digunakan sebagai gelatin (atau jeli) yang asalnya ialah babi, kerana ia telah menjadi sebatian kimia yang baru menyebabkannya tertakluk kepada hukum yang baru (iaitu halal)" .
11. Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa yang coklat Cadbury adalah halal dimakan, mengikut hukum halal yang sama sebelum didakwa mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi kerana ia termasuk dalam kategori keadaan 'Umum al-Balwa', iaitu keadaan musibah atau kesukaran yang berleluasa dan sukar dielak.
12. Cadbury juga telah mengeluarkan kenyataan media yang menyatakan keyakinan yang coklatnya adalah halal.
Sumber |
13. Pihak JAKIM yang kemudiannya menguji semula dengan sendiri di makmal mereka kedua-dua sampel produk coklat dengan kacang hazel dan coklat susu dengan buah badam diambil dari kilang pengeluar produk tersebut di Shah Alam mendapati tiada unsur DNA babi dan disahkan bebas daripada unsur haram. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom turut menyatakan untuk Kementerian Kesihatan Malaysia, makmal mereka didedikasikan bukan untuk menentukan halal dan DNA berunsur khinzir tetapi hanya penemuan sampingan, sampel mereka juga bukan dari kilang.
14. Walaupun nampak macam mengarut, kejap kata ada babi, kejap kata takde babi, tapi itulah yang terjadi, sedangkan kedua2nya KKM dan JAKIM adalah agensi kerajaan. Perkara seperti ini sepatutnya tidak berlaku kerana jelas ia hanya menunjukkan kelemahan dan integriti jabatan2 kerajaan yang terlibat.
Tak boleh ke KKM dan JAKIM duduk semeja berbincang dahulu sebelum keluarkan apa2 kenyataan yang akhirnya bercanggah antara satu sama lain? KKM uji coklat jumpa babi, JAKIM uji coklat tak jumpa babi. Ini tidak dok macam flip flop buat u-turn. Sama2 agensi kerajaan persekutuan yang sama, bukan kerajaan lain2.
Dan isu ini sebenarnya tidak akan timbul pun sekiranya orang yang bertanggungjawab tidak menyebarkan laporan tersebut ke media2 sosial.
15. Maka akhirnya tamatlah drama coklat babi untuk beberapa minggu ini dengan keputusannya, coklat Cadbury halal dimakan dan tiada babi. So sesiapa nak boikot, boleh terus boikot. Sesiapa nak makan, boleh makan kerana jika ada unsur haram pun, kita bukan tahu kerana ia dah disahkan halal oleh pihak berkuasa, dioranglah yang kena jawab nanti.
16. Lagi baik makan Cadbury yang ada babi tapi dicop halal toyyibah oleh JAKIM daripada hisap rokok yang ada babi tapi tiada cop halal JAKIM malah difatwakan haram oleh majlis fatwa.
No comments:
Post a Comment