Thursday, August 15, 2013

cara cari juzuk alquran dgn mudah

Cara Mudah Mencari Surah Dan Juzuk Al-Quran..!!!

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

quran123.
Sebagai seorang Rasul, Nabi Muhammad  telah diberi mukjizat-mukjizat yang membuktikan kerasulannya dan mukjizat-mukjizat itu habis apabila berlalu masanya, tidak dapat disaksikan oleh orang-orang terkemudian, kecuali satu mukjizat yang ditinggalkan menjadi pusaka warisan kekal hingga ke hari kiamat, yang menjadi harta berguna untuk umat manusia seluruhnya dalam segala tempat dan segala zaman.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ. (الإمام مالك)
Dari Abu Hurairah, r.a., dari Rasulullah  , bahawa Baginda bersabda: “Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah.”
 .
Peninggalannya itu ialah “Kitab Allah Al-Qur’an” yang diwahyukan kepadanya dan “As-Sunnah” yang meliputi, perkataannya, perbuatannya dan taqrirnya (ketiadaan larangannya).
Kitab Al-Quran yang telah ditinggalkan dengan penyusunan kemas sebegitu rupa adalah sunnah dan ilham daripada Allah Azza Wa Jalla kepada Rasulullah   untuk kita semua umatnya.
.

Keajaiban Angka 2

Tip dan rahsia yang ingin dikongsikan kali ini adalah cara untuk mengetahui dan menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, antum dapat menguasai muka surat setiap juzuk Al-Quran.
Tahukah antum semua keajaiban angka 2? Dan tahukah antum bahawa setiap permulaan juzuk al-quran akan berakhir dengan angka 2 ini dibelakangnya. Mari kita sama2 buktikannya…
.
.

Bagaimanakah caranya?

.

Contoh 1

Jika antum ingin mengetahui Juzuk 4 di halaman atau muka surat ke berapa?
Caranya:

4-1 = 3,

Maka 3 perlu didarab dengan 2;

Jadi 3 x 2 = 6
Letakkan no 2 selepas jawapan hasil darabnya ~ 6.
Maka, Juzuk 4 adalah pada muka surat 62.

.
juz 4
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 4 bermula pada muka surat atau halaman 62. Menarik bukan?
.
.

Contoh 2

Jika antum tahu pertengahan Surah Yassin pada permulaan Juzuk 23 dan terlupa pula di muka surat ke berapa:
Cara mengetahuinya;

23-1 = 22,

Maka 22 perlu didarab dengan 2

Jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan hasil darabnya ~ 44.
Maka, Juzuk 23 adalah pada halaman atau muka surat 442.

.
.

Contoh 3

Jika antum ingin mengetahui permulaan Juzuk 30 yang mengandungi surah lazim di muka surat ke berapa:

30-1 = 29,

Maka 29 perlu didarab dengan 2

Jadi 29 x 2 = 58

Letakkan no 2 selepas jawapan hasil darabnya ~ 58.
Maka, Juzuk 30 adalah pada halaman atau muka surat ke 582.

.
.
Jika digunakan kaedah yang sama, Juzuk 5 akan terdapat pada muka surat ke 82 dan boleh juga diketahui dari contoh 1 bahawa Juzuk 4 pada muka surat 62 akan berakhir sebelum permulaan Juzuk 5 (muka surat ke 82). Iaitu jumlah setiap juzuk adalah sebanyak 20 halaman atau muka surat.
.
Subhanallah! Semoga antum semua dapat kongsikan info yang menakjubkan ini kepada para sahabat dan saudara2 yang lain agar sama2 dapat memanfaatkan dan berpanjangan pahalanya.
.
.

وَالسَّلاَمْ

No comments:

Post a Comment