Penemuan Manusia Raksasa Kaum ‘Ad Umat Nabi Hud AS
Aktiviti eksplorasi gas wilayah selatan
gurun pasir Arab telah menemui tengkorak manusia bersaiz raksasa sangat
mengejutkan. Wilayah di gurun pasir Arab selatan ini disebut “Penempatan
kosong” (Empty Quarter atau Rab al-Khaliy). Fosil manusia raksasa itu
ditemui oleh Pasukan The Aramco Exploration.
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Adapun
kaum Aad, maka mereka berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tiada
sebarang alasan yang benar, serta berkata: “Siapakah yang lebih kuat
dari kami?” Dan (mengapa mereka bersikap demikian?) Tidakkah mereka
memerhatikan bahawa Allah yang menciptakan mereka (dari tiada kepada
ada) adalah lebih besar kekuatanNya dari mereka? Dan sememangnya mereka
sengaja mengingkari tanda-tanda kekuatan Kami (sedang mereka sedia
mengetahuinya).” (Surah Fussilat 41:15)
Sebegaimana yang dinyatakan oleh Allah
SWT dalam Al-Quran bahawa DIA pernah menciptakan manusia bersaiz besar.
Mereka adalah kaum ‘Ad dimana Nabi Hud AS diutus di situ untuk menyeru
manusia pada kebenaran. Tubuh mereka bersaiz besar, sangat tinggi dan
kuat kerana itu mereka boleh memeluk sebuah pohon besar dan mencabutnya.
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Dan
berapa banyak kaum-kaum (yang ingkar) yang terdahulu daripada
orang-orang musyrik Makkah itu Kami telah binasakan. Kaum-kaum itu lebih
kekuatannya (dan kehandalannya) daripada mereka, lalu kaum-kaum itu
keluar mencari perlindungan di merata-rata negeri. (Meskipun demikian
keadaannya) dapatkah (mereka) menyelamatkan diri?.” (Surah Qaaf 50:36)
Kemudian, setelah Allah memberi kekuatan
pada mereka dengan melebihkan mereka dari umat yang lain, mereka
berbalik menjadi umat penderhaka, mendustakan serta menentang kenabian
Nabi Hud AS. Sebagai hukuman, mereka kemudian diseksa oleh Allah SWT.
Para Ulama Arab Saudi meyakini penemuan ini adalah kaum ‘Ad dari zaman
Nabi Hud tersebut.
Demi keselamatan tapak arkeologi
tersebut, tentera Arab Saudi telah menjaga kawasan penemuan ini dan tak
seorang pun dibenarkan memasuki lokasi kecuali para pegawai eksplorasi
Aramco.
Ada sesetengah pihak yang cuba menafikan
penemuan ini dengan mengatakan bahawa gambar ini adalah ‘super impose’.
Ini adalah cubaan penafian dari pihak yang ingin menentang kebenaran
sejarah yang sebenarnya. Mereka lebih gemar dan taksub kepada sejarah
yang mengatakan manusia hasil dari evolusi monyet dan beruk. Jadi apa
pandangan anda?
Penemuan Arkeologi di Kota Iram
Pada awal tahun 1990 muncul keratan
akhbar dalam beberapa surat khabar yang terkemuka di dunia yang
menyatakan “Kota Legenda Arabia yang Hilang Telah Ditemui”, “Kota
Legenda Arabia Ditemukan”, “Ubar, Atlantis di Padang Pasir.” Yang
membuat penemuan arkeologi ini lebih menarik adalah kenyataan bahawa
bandar ini juga disebut dalam Al-Quran. Ramai orang, yang sejak dahulu
beranggapan bahawa kaum ‘Ad sebagai-mana diceritakan dalam Al Quran
hanyalah sebuah legenda atau beranggapan bahawa lokasi mereka tidak akan
pernah ditemui, tidak dapat menyembunyikan kehairanan mereka atas
penemuan ini. Penemuan bandar ini, yang hanya disebutkan dalam cerita
lisan Suku Badwi, membangkitkan minat dan rasa ingin tahu yang sangat
mendalam.
Nicholas Clapp, seorang arkeolog amatur
yang menemui kota legenda yang disebutkan dalam Al Quran ini. Sebagai
seorang Arabophile dan pembuat filem dokumentari berkualiti, Clapp telah
menjumpai sebuah buku yang sangat menarik selama penelitiannya tentang
sejarah Arab. Buku ini berjudul Arabia Felix yang ditulis oleh seorang
peneliti Inggeris bernama Bertram Thomas pada tahun 1932. Arabia Felix
adalah wakil Rom untuk bahagian selatan semenanjung Arabia yang sekarang
ini merangkumi Yaman dan sebahagian besar Oman. Bangsa Yunani menyebut
daerah ini “Eudaimon Arabia”. Sarjana Arab abad pada pertengahan
menyebutnya sebagai “Al-Yaman As-Sa’idah” 20.
Semua nama tersebut bermaksud “Arabia
yang Beruntung “, kerana orang-orang yang hidup di daerah tersebut di
masa lalu dikenali sebagai orang-orang yang paling beruntung pada
zamannya. Jadi apakah yang untung itu?
Keberuntungan mereka sebahagian
berkaitan dengan kawasan mereka yang strategik menjadi perantara dalam
perdagangan rempah ratus antara India dengan tempat-tempat di utara
semenanjung Arab. Di samping itu, orang-orang yang berdiam di daerah ini
menghasilkan dan mengedarkan “frankincense” sejenis getah wangi dari
pokok langka. Kerana sangat disukai oleh masyarakat kuno, tanaman ini
digunakan sebagai dupa dalam berbagai upacara keagamaan. Pada saat itu,
tanaman tersebut sekurang-kurangnya sama berharganya dengan emas.
Thomas memaparkan tentang suku-suku yang
“beruntung” ini dengan panjang lebar dan menyatakan bahawa ia telah
menemui jejak sebuah bandar purba yang dibina oleh salah satu dari
suku-suku ini. Itulah bandar yang dikenali suku Badwi dengan sebutan
“Ubar”. Pada salah satu perjalanannya ke daerah tersebut, orang-orang
Badwi yang hidup di padang pasir itu menunjukkan pusat-pusat usang dan
menyatakan bahawa pusat-pusat tersebut mengarah ke bandar kuno Ubar.
Thomas, yang sangat berminat dengan perkara ini dan mahu mengkaji lebih
dalam lagi.
Clapp, setelah mengkaji tulisan Thomas,
yakin akan kewujudan bandar yang hilang tersebut. Tanpa banyak membuang
masa, beliau memulakan penelitiannya. Clapp membuktikan kewujudan Ubar
dengan dua cara. Pertama, ia menemukan pusat-pusat yang menurut suku
Badwi benar-benar ada. Ia meminta NASA (Badan Luar Angkasa Nasional
Amerika Syarikat) untuk menyediakan foto satelit daerah tersebut.
Selepas rundingan yang panjang, beliau berjaya memujuk pihak yang
berkuasa untuk memotret daerah tersebut.
Clapp meneruskan mempelajari pelbagai
manuskrip dan peta kuno di perpustakan Huntington di California.
Tujuannya adalah untuk menemukan peta dari daerah tesebut. Setelah
melalui penelitian singkat, ia menemukannya. Yang ditemuinya adalah
sebuah peta yang dilukis oleh Ptolomeus, ahli geografi Yunani-Mesir pada
tahun 200 M. Pada peta ini ditunjukkan lokasi sebuah bandar tua yang
ditemui di daerah tersebut dan jalan-jalan yang menuju ke kota tersebut.
Sementara itu, beliau menerima khabar
bahawa NASA telah melakukan pemotretan. Dalam foto-foto tersebut,
beberapa pusat kafilah dapat di lihat, suatu hal yang sulit untuk dicari
dengan mata kasar, tetapi boleh dilihat sebagai satu kesatuan dari luar
angkasa. Dengan membandingkan foto-foto ini dengan peta tua yang di
tangannya, akhirnya Clapp menjumpai kesimpulan yang ia cari: pusat-pusat
dalam peta tua sesuai dengan pusat-pusat dalam gambar yang diambil
dengan satelit. Tujuan akhir dari jejak-jejak ini adalah sebuah tapak
yang luas yang ditengarai dahulunya merupakan sebuah bandar.
Akhirnya, lokasi bandar legenda yang
menjadi subjek cerita-cerita lisan suku Badwi dijumpai. Tidak berapa
lama kemudian, penggalian bermula dan peninggalan dari sebuah bandar
mulai tampak di bawah gurun pasir. Demikianlah, bandar yang hilang ini
disebut sebagai “Ubar, Atlantis di Padang Pasir”.
Lalu, apakah yang membuktikan bandar ini sebagai bandar kaum ‘Ad yang disebutkan dalam Al Quran?
Begitu runtuhan-runtuhan mula digali,
diketahui bahawa bandar yang hancur ini adalah milik kaum ‘Ad dan berupa
tiang-tiang Iram yang disebutkan dalam Al Quran, kerana di antara
pelbagai struktur yang di-gali terdapat menara-menara yang secara khusus
disebutkan dalam Al-Quran . Dr. Zarins, seorang ahli pasukan kajian
yang memimpin penggalian mengatakan bahawa kerana menara-menara itu
disebut sebagai bentuk khas bandar ‘Ubar, dan kerana Iram disebut
mempunyai menara-menara atau tiang-tiang, maka itulah bukti terkuat
setakat ini, bahawa tapak yang mereka gali adalah Iram, bandar kaum ‘Ad
yang disebutkan dalam Al Quran:
“Apakah kamu tidak
memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum ‘Ad, (iaitu)
penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi yang belum
pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain.” (QS. Al-Fajr, 89: 6-8)
No comments:
Post a Comment