PENEMUAN MANUSIA RAKSASA KAUM ‘AD (UMAT NABI HUD A.S)
Posted on February 16, 2012 by irfanirsyad
فَأَمَّا
عَادٌ فَاسْتَكْبَرُوا فِي الْأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ وَقَالُوا مَنْ
أَشَدُّ مِنَّا قُوَّةً ۖ أَوَلَمْ يَرَوْا أَنَّ اللَّهَ الَّذِي
خَلَقَهُمْ هُوَ أَشَدُّ مِنْهُمْ قُوَّةً ۖ وَكَانُوا بِآيَاتِنَا
يَجْحَدُونَ.- سورة فصلت﴿١٥﴾
Adapun kaum Aad, maka mereka berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar, serta berkata: Siapakah yang lebih kuat dari kami? Dan (mengapa mereka bersikap demikian?) Tidakkah mereka memerhatikan bahawa Allah yang menciptakan mereka (dari tiada kepada ada) adalah lebih besar kekuatanNya dari mereka? Dan sememangnya mereka sengaja mengingkari tanda-tanda kekuatan Kami (sedang mereka sedia mengetahuinya). - Fushshilat – 15
————————————-
Aktiviti
eksplorasi gas wilayah selatan gurun pasir Arab baru-baru ini menemui
tengkorak manusia bersaiz raksasa sangat mengejutkan. Wilayah di gurun
pasir Arab selatan ini disebut “Penempatan kosong” (Empty Quarter atau
Rab al-Khaliy). Fosil manusia raksasa itu ditemui oleh Pasukan The Aramco Exploration.
Sebagaimana
yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam Al-Quran bahawa DIA pernah
menciptakan manusia bersaiz besar. Mereka adalah kaum ‘Ad dimana Nabi
Hud AS diutus di situ untuk menyeru manusia pada kebenaran. Tubuh mereka
bersaiz besar, sangat tinggi dan kuat kerana itu mereka boleh memeluk
sebuah pohon besar dan mencabutnya.
Kemudian,
setelah Allah memberi kekuatan pada mereka dengan melebihkan mereka
dari umat yang lain, mereka berbalik menjadi umat penderhaka,
mendustakan serta menentang kenabian Nabi Hud AS. Sebagai hukuman,
mereka kemudian diseksa oleh Allah SWT. Para Ulama Arab Saudi meyakini
penemuan ini adalah kaum ‘Ad dari zaman Nabi Hud tersebut.
Demi
keselamatan tapak arkeologi tersebut, tentera Arab Saudi telah menjaga
kawasan penemuan ini dan tak seorang pun dibenarkan memasuki lokasi
kecuali para pegawai eksplorasi Aramco.
Ada
sesetengah pihak yang cuba menafikan penemuan ini dengan mengatakan
bahawa gambar ini adalah ‘super impose’. Ini adalah cubaan penafian dari
pihak yang ingin menentang kebenaran sejarah yang sebenarnya. Mereka
lebih gemar dan taksub kepada sejarah yang mengatakan manusia hasil dari
evolusi monyet dan beruk. Jadi apa pilihan kamu?
Penemuan Arkeologi di Kota Iram
Pada
awal tahun 1990 muncul keratan akhbar dalam beberapa surat khabar yang
terkemuka di dunia yang menyatakan “Kota Legenda Arabia yang Hilang
Telah Ditemui”, “Kota Legenda Arabia Ditemukan”, “Ubar, Atlantis di
Padang Pasir.” Yang membuat penemuan arkeologi ini lebih menarik adalah
kenyataan bahawa bandar ini juga disebut dalam Al-Quran. Ramai orang,
yang sejak dahulu beranggapan bahawa kaum ‘Ad sebagai-mana diceritakan
dalam Al Quran hanyalah sebuah legenda atau beranggapan bahawa lokasi
mereka tidak akan pernah ditemui, tidak dapat menyembunyikan kehairanan
mereka atas penemuan ini. Penemuan bandar ini, yang hanya disebutkan
dalam cerita lisan Suku Badwi, membangkitkan minat dan rasa ingin tahu
yang sangat mendalam.
Nicholas
Clapp, seorang arkeologi amatur yang menemui kota legenda yang
disebutkan dalam Al Quran ini. Sebagai seorang Arabophile dan pembuat
filem dokumentari berkualiti, Clapp telah menjumpai sebuah buku yang
sangat menarik selama penelitiannya tentang sejarah Arab. Buku ini
berjudul Arabia Felix yang ditulis oleh seorang peneliti Inggeris
bernama Bertram Thomas pada tahun 1932. Arabia Felix adalah wakil Rom
untuk bahagian selatan semenanjung Arabia yang sekarang ini merangkumi
Yaman dan sebahagian besar Oman. Bangsa Yunani menyebut daerah ini
“Eudaimon Arabia”. Sarjana Arab abad pada pertengahan menyebutnya
sebagai “Al-Yaman As-Sa’idah” 20.
Semua
nama tersebut bermaksud “Arabia yang Beruntung “, kerana orang-orang
yang hidup di daerah tersebut di masa lalu dikenali sebagai orang-orang
yang paling beruntung pada zamannya. Jadi apakah yang untung itu?
Keberuntungan
mereka sebahagian berkaitan dengan kawasan mereka yang strategik
menjadi perantara dalam perdagangan rempah ratus antara India dengan
tempat-tempat di utara semenanjung Arab. Di samping itu, orang-orang
yang berdiam di daerah ini menghasilkan dan mengedarkan “frankincense”
sejenis getah wangi dari pokok langka. Kerana sangat disukai oleh
masyarakat kuno, tanaman ini digunakan sebagai dupa dalam berbagai
upacara keagamaan. Pada saat itu, tanaman tersebut sekurang-kurangnya
sama berharganya dengan emas.
Thomas memaparkan tentang suku-suku yang “beruntung” ini dengan panjang lebar dan menyatakan bahawa ia telah menemui jejak sebuah bandar purba yang dibina oleh salah satu dari suku-suku ini. Itulah bandar yang dikenali suku Badwi dengan sebutan “Ubar”. Pada salah satu perjalanannya ke daerah tersebut, orang-orang Badwi yang hidup di padang pasir itu menunjukkan pusat-pusat usang dan menyatakan bahawa pusat-pusat tersebut mengarah ke bandar kuno Ubar. Thomas, yang sangat berminat dengan perkara ini dan mahu mengkaji lebih dalam lagi.
Clapp,
setelah mengkaji tulisan Thomas, yakin akan kewujudan bandar yang
hilang tersebut. Tanpa banyak membuang masa, beliau memulakan
penelitiannya. Clapp membuktikan kewujudan Ubar dengan dua cara.
Pertama, ia menemukan pusat-pusat yang menurut suku Badwi benar-benar
ada. Ia meminta NASA (Badan Luar Angkasa Nasional Amerika Syarikat)
untuk menyediakan foto satelit daerah tersebut. Selepas rundingan yang
panjang, beliau berjaya memujuk pihak yang berkuasa untuk memotret
daerah tersebut.
Clapp
meneruskan mempelajari pelbagai manuskrip dan peta kuno di perpustakan
Huntington di California. Tujuannya adalah untuk menemukan peta dari
daerah tesebut. Setelah melalui penelitian singkat, ia menemukannya.
Yang ditemuinya adalah sebuah peta yang dilukis oleh Ptolomeus, ahli
geografi Yunani-Mesir pada tahun 200 M. Pada peta ini ditunjukkan lokasi
sebuah bandar tua yang ditemui di daerah tersebut dan jalan-jalan yang
menuju ke kota tersebut.
Sementara
itu, beliau menerima khabar bahawa NASA telah melakukan pemotretan.
Dalam foto-foto tersebut, beberapa pusat kafilah dapat di lihat, suatu
hal yang sulit untuk dicari dengan mata kasar, tetapi boleh dilihat
sebagai satu kesatuan dari luar angkasa. Dengan membandingkan foto-foto
ini dengan peta tua yang di tangannya, akhirnya Clapp menjumpai
kesimpulan yang ia cari: pusat-pusat dalam peta tua sesuai dengan
pusat-pusat dalam gambar yang diambil dengan satelit. Tujuan akhir dari
jejak-jejak ini adalah sebuah tapak yang luas yang ditengarai dahulunya
merupakan sebuah bandar.
Akhirnya,
lokasi bandar legenda yang menjadi subjek cerita-cerita lisan suku
Badwi dijumpai. Tidak berapa lama kemudian, penggalian bermula dan
peninggalan dari sebuah bandar mulai tampak di bawah gurun pasir.
Demikianlah, bandar yang hilang ini disebut sebagai “Ubar, Atlantis di
Padang Pasir”.
Lalu, apakah yang membuktikan bandar ini sebagai bandar kaum ‘Ad yang disebutkan dalam Al Quran?
Begitu
runtuhan-runtuhan mula digali, diketahui bahawa bandar yang hancur ini
adalah milik kaum ‘Ad dan berupa tiang-tiang Iram yang disebutkan dalam
Al Quran, kerana di antara pelbagai struktur yang di-gali terdapat
menara-menara yang secara khusus disebutkan dalam Al-Quran.
Dr.
Zarins, seorang ahli pasukan kajian yang memimpin penggalian mengatakan
bahawa kerana menara-menara itu disebut sebagai bentuk khas bandar
‘Ubar, dan kerana Iram disebut mempunyai menara-menara atau tiang-tiang,
maka itulah bukti terkuat setakat ini, bahawa tapak yang mereka gali
adalah Iram, bandar kaum ‘Ad yang disebutkan dalam Al Quran:
أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِعَادٍ ﴿٦﴾ إِرَمَ ذَاتِ ٱلْعِمَادِ ﴿٧﴾ ٱلَّتِى لَمْ يُخْلَقْ مِثْلُهَا فِى ٱلْبِلَـٰدِ ﴿٨﴾
dri blog irfanirsyad.wordpressApakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum ‘Ad, (iaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain. (QS. Al-Fajr, 89: 6-8)
No comments:
Post a Comment