1. Gunakan satu tangan untuk mendapatkan telefon bimbit yang tersembunyi.
2. Tekan butang untuk mematikannya.
3. Teruskan solat sama ada bersendirian atau berjemaah.
4. Kalau bunyi lagi, ulang cara di atas.
Begitu juga halnya apabila telefon
bimbit itu berada dilantai, maka matikan semasa keadaan akan sujud.
Adapun menjawab telefon memang tidak dibolehkan sama sekali dalam
keadaan solat.
Pergerakan ini tidak membatalkan
solat kerana ia adalah pergerakan wajib, sebagaimana Nabi SAW
mengizinkan untuk membunuh binatang bisa kecil semasa solat.
DiriwayatkanHasilnya, jelas kita dapat memahami bahawa wajib juga bagi seseorang untuk bertindak ‘membunuh' bunyi telefon bimbit nya yang mengganggu jika berbunyi kerana ia amat berbahaya dan merosakkan ketenangan orang sedang solat, sebagaimana bahayanya kala dan ular.
أن النبي صلى الله عليه وسلم أمر بقتل الأسودين في الصلاة العقرب والحيةErtinya : Sesungguhnya Nabi SAW mengarahkan agar membunuh dua binatang bias walaupun ketika solat iaitu kala dan ular (jika ia menghampiri ketika solat) ( Riwayat Ibn Majah, no 1235)
Persoalan yang bermain di fikiran saudara dan saudari semua...
Adakah Hukum Mematikan Telefon Bimbit adalah WAJIB ?
Ini adalah kerana :-
1) Tegahan dari terpesong minda & hati :
Nabi tidak membenarkan umatnya terpesong minda, hati dan wajah semasa menunaikan solat.
Tegahan Nabi ini boleh dilihat dari hadith berikut:-
إن الرجل لينصرف وما كتب له إلا عشر صلاته تسعها ثمنها سبعها سدسها خمسها ربعها ثلثها نصفهاErtinya : " Seseorang yang beransur dari solatnya dituliskan baginya pahala dari persepuluh pahala solatnya, 1/9,1/8, 1/7, 1/6, 1/5, 1/4, 1/3 atau ½ " ( Riwayat Abu Daud dan An-Nasaie , Shohih menurut Ibn Hibban )
فإن هو قام وصلى فحمد الله تعالى وأثتى عليه ومجده بالذي هو أهل وفرغ قلبه لله تعالى إلا انصرف من خطيئته كيوم ولدته أمهErtinya : "Sesungguhnya seseorang yang berdiri dan solat serta memuja muji Allah SWT dengan pujian yang selayak bagiNya, serta mengosongkan hatinya bagi Allah SWT kecuali tatkala ia keluar dari dosa-dosanya seperti anak yang baru dilahirkan" ( Riwayat Muslim)
المصلي يناجي ربهErtinya : "Sesungguhnya seseorang yang sedang bersolat adalah sedang bermunajat dengan tuhannya" ( Riwayat Al-Bukhari, no 413 ; Muslim , no 551 )
Justeru, difahami dari zahir dan objektif di sebalik tegahan-tegahan ini, kita akan mendapati mesej baginda SAW amat jelas untuk seseorang menumpukan hati dan mindanya kepada Allah SWT semasa solat. Dengan kumpulan dalil-dalil ini saya kira telah cukup untuk menunjukkan kepentingan dan kewajiban menutup telefon bimbit semasa solat.فإذا صَلَّيْتُم فَلا تَلتَفِتُوا , فإنّ اللهَ يَنْصِبُ وَجْهُه لِوَجْهِ عَبْدِهِ فِي صَلاتِهِ مَا لمْ يَلتَفِتْErtinya : "Apabila kamu solat, janganlahkamu menoleh (ke sana sini yakni tidak fokuskan pandangan), kerana Allah SWT mengarahkan wajahNya ke wajah hambanya yang sedang bersolat selagi mana hambanya tidak menoleh ke lain" ( Al-Bukhari dan Abu Daud ; fath AL-Bari , 2/304 )
2) Tegahan dari menganggu ahli jemaah yang lain
Sebagaimana kita fahami, bahawa bunyi telefon bimbit ini mampu mengganggu seluruh ahli jemaah yang sedang menunaikan solat. Terutamanya jika ia bermuzik dengan lagu dangdut, pop, rock yang pelbagai maka sudah tentu dosa pelakunya lebih besar.
Keadaan ini dapat difahami dari tegahan Nabi SAW terhadap umat Islam yang datang ke masjid dengan setelah memakan makanan berbau dan busuk.
Nabi SAW besabda :-
من أكل ثوما أو بصلا فليعتزلنا أو قال فليعتزل مسجدنا وليقعد في بيتهErtinya : Barangsiapa yang makan bawang putih atau merah (yang tidak dimasak dan kuat baunya) maka jauhilah kami atau disebut : jauhilah masjid-masjid kami dan duduklah ia di rumahnya sahaja ( Riwyaat al-Bukhari , no 808 )
Pernah juga diriwayatkan oleh Abu Said Al-Khudri r.a bahawa Nabi SAW pergi beriktikaf di sebuah masjid lalu kedengaran bunyi bacaan al-Quran yang lantang di dalam masjid, lalu Nabi SAW segera menyelak langsir (kerana rumah nabi di sebelah masjid ) lalu berkata " Setiap kamu hendaklah bertutur secara peribadi dengan tuhanmu, justeru janganlah seorang kamu menganggu yang lain dengan meninggikan suaranya semasa membaca al-Quran " ( Riwayat Abu Daud : 1332)Kesimpulannya, daripada semua hadis-hadis yang dikemukakan, di atas maka Hukum Mematikan Telefon Bimbit Ketika Solat Adalah WAJIB, tidak kira sebelum solat atau sedang solat dan tidak kira berapa banyak pergerakan yang dilakukan untuk mematikannya. Sekiranya terlupa dan telefon bimbit berbunyi, maka wajiblah bergerak sedikit untuk menutupnya.
Dipetik dari buku Pelik Tapi Benar Dalam Solat m/s 74&75
No comments:
Post a Comment