Sunday, December 21, 2014

tanggung jawab jururawat


News Feed

News Feed

Syabil Shukri shared Sabahan.FM's photo to the group:Temerloh.
3 hrs · 
Dengar ny rodongs...kwn koi yg post
Copy from The Patriots JURURAWAT ? APA AKU KISAH !
(Khas bagi mereka yang menghina jururawat)
Bila sebut jururawat, kita mesti fikir, "Alahh, apa ada hal.. Dah memang kerja diorang merawat orang, nak kecoh apa..." Tapi pernahkah anda mengambil sedikit masa untuk menilai dan menghargai tanggungjawab seorang jururawat?
Baru-baru ini terdapat banyak tomahan buruk yang dilontarkan kepada jururawat, terutamanya jururawat yang bekerja didalam hospital kerajaan. Sebenarnya dari dulu lagi jururawat hanya dipandang rendah dan hina. Di media sosial sahaja, terdapat banyak kritikan dan tuduhan negatif diberikan keatas jururawat, contohnya layanan jururawat seolah-olah seperti layanan pelacur murahan.
Dua tiga hari yang lepas, tersebarnya video yang 'menunjukkan' jururawat Hospital Besar Melaka sedang tidur semasa syif malam. Sedangkan video tersebut hanya menunjukkan persekitaran dan keadaan wad yang kosong dan gelap gelita kerana ianya dirakam pada waktu malam. Video tersebut langsung tidak mempunyai bukti kukuh yang menunjukkan bahawa jururawat yang didakwa tersebut sedang tidur. Hanya dakwaan mulut sahaja yang dikemukakan oleh orang yang merakam.
Serius saya katakan, bagi mereka yang mahu mengecam tugas dan kerjaya jururawat, sila penuhkan ilmu didada anda dahulu dengan ilmu-ilmu kejururawatan sebelum anda main redah sahaja. Jangan kerana terdesak populariti di Internet dan media sosial, anda menabur fitnah.
- - - - - - - - - -
NAK TAHU ?
Jururawat merupakan antara orang yang hadir disaat anda dilahirkan. Disaat anda sakit. Disaat keluarga anda tidak sihat. Jururawat ada untuk anda ketika anda mengalami kemalangan. Jururawat ada untuk anda ketika anda memperolehi cahaya mata. Jururawat yang membimbing anda membesarkan anak-anak anda. Jururawat yang setia hadir ke pintu rumah anda untuk memberikan perawatan. Jururawat juga yang menyediakan sistem pencegahan penyakit untuk anda dan keluarga. Jururawat yang mendidik anda tentang penjagaan kebersihan dan kesihatan diri. Cara menggosok gigi, cara menjaga kesihatan gigi, cara pemakanan sihat, cara pengamalan aktiviti harian dan gaya hidup yang sihat. Jururawat yang merawat ketika negara mengalami epidemik. Jururawat yang mencegah ketika negara diserang wabak. Jururawat yang menjaga kesihatan anda ketika menjelang usia emas. Yang menyuapkan anda. Yang membersihkan tubuh badan anda. Dan untuk pengetahuan anda, mungkin juga jururawat adalah antara orang yang terakhir yang anda akan lihat di dunia ini. Kerana jururawatlah yang akan membalut anda didalam kain putih untuk dihantar ke rumah, ke ahli keluarga anda disaat anda menghela nafas yang terakhir.
Jururawat juga kini terdiri daripada LELAKI DAN PEREMPUAN, dari pelbagai lapisan masyarakat. Jadi buangkanlah persepsi buruk anda tentang jururawat.
TUGAS SEORANG JURURAWAT
Tugas kami adalah untuk menjaga kesihatan dan keselamatan, memenuhi keperluan, mempertingkatkan kualiti hidup klien dan pesakit kami sebaik mungkin. KAMI BUKANLAH KULI ATAU HAMBA. Tugas dan tanggungjawab kami bermain dengan nyawa. Bukan seperti kerjaya yang lain. Kami berurusan dengan nyawa seseorang dan apa jua yang kami lakukan boleh menentukan keselamatan seseorang pesakit.
"Jururawat pun pemalas, tidur pada waktu bekerja."
Untuk pengetahuan anda, jururawat juga manusia. Dan manusia tidak lari dari kesilapan. Kami juga mempunyai kehidupan sosial diluar hospital. Kami juga seperti anda. Kami ada keluarga untuk dijaga. Anak-anak kecil untuk diberi makan. Ahli keluarga yang perlu diberi perhatian. Keperluan diri kami juga perlu dipenuhi. Kami juga kenal erti penat. Kami juga perlukan rehat dan tidur. Ya, kadang-kala kami tidur, tetapi hanya kerana KEADAAN WAD YANG STABIL. Kami tidak tidur seperti anda, hanya mengambil masa 5 - 10 minit untuk rehatkan diri. Kerana kami tidak mempunyai masa yang banyak untuk menyiapkan laporan pesakit. Bolehkah anda menyiapkan laporan di tengah-tengah malam, dalam keadaan gelap gelita dan tanpa rehat? Bukan itu sahaja, kami mengambil masa rehat secara bergilir-gilir. Tidak pernah lagi berlaku dimana semua staf berehat dan tidur sekaligus. Ada diantara kami yang 'alert' untuk beri masa kepada rakan untuk berehat.
Mana-mana kerja pun perlukan rehat. Mana-mana kerjaya pun perlukan rehat, untuk memastikan kerja yang dilakukan adalah dalam keadaan yang optimum. Begitu juga jururawat.
"Tapi kalau dah wad gelap-gelita, sunyi sepi, sudah tentu jururawat pun sedang tidur, bukan?"
Sudah tentulah wad berada dalam keadaan gelap gelita dan sunyi sepi pada waktu malam. Ini adalah antara terapi yang digelar sebagai persekitaran TERAPEUTIK. Terapi ini menggalakkan pesakit berehat, dan menggalakkan penyembuhan. Takkan lah anda mahu jururawat mengganggu pesakit sepanjang masa tidak kira malam atau siang? Ambil darah setiap jam? Lakukan pemerhatian tanda vital setiap minit? Sehingga pesakit tidak boleh rehat dan tidur?
Keadaan wad yang sebegitu tidak menunjukkan jururawat sedang tidur. Ada jururawat sedang menulis laporan pesakit untuk diberikan kepada syif seterusnya. Ada yang sedang mengira stok barangan dan ubatan untuk memastikan bekalan mencukupi. Ada yang sedang memeriksa barangan CSSD (set steril) bagi digunakan pada syif berikutnya. Dan kaunter jururawat bukanlah satu-satunya tempat untuk jururawat melakukan tugasnya. Kami ada bilik prosedur, bilik alatan bersih, bilik sluice, dan lain-lain lagi. Tiada jururawat di kaunter tidak bermaksud jururawat mencuri tulang.
- - - - - - - - - -
KERJA KOTOR DAN HINA
Untuk pengetahuan anda, mencuci BO (air besar), PU (kencing), vomit (muntahan) bukanlah tugas seorang jururawat. Kami tak belajar pun semua tu. Tapi kerana kami mementingkan kebersihan, keselamatan, dan kesihatan pesakit, kami rela melakukan tugas-tugas ini. Bila saya katakan 'kami tak belajar pun semua tu', saya menekankan bahawa SEMUA ORANG BOLEH MELAKUKAN TUGAS INI, TIDAK KIRA JURURAWAT ATAUPUN ORANG AWAM. Tetapi setiap kali pesakit PU dan BO, ahli keluarga terkial-kial mencari jururawat. Apabila diajak melakukan tugas ini bersama untuk pendidikan kesihatan (health ed), ahli keluarga tidak mahu. Atas alasan kotor, jijik, tidak biasa, tidak tahu, tidak mempunyai pengalaman, takut berjangkit dan bermacam jenis alasan. Sedangkan itu adalah ahli keluarganya sendiri. Darah dagingnya sendiri. Ibu dan bapanya dianggap hina, kotor, jijik. Kami jururawatlah yang sudi membersihkan diri ahli keluarga anda walaupun tiada ikatan persaudaraan. Bukan seorang pesakit sahaja, malah berpuluh-puluh orang pesakit. Anda mahu hina jururawat yang menjaga ibu bapa anda, sedangkan anda sendiri jijik dengan ahli keluarga anda. Siapa yang lebih hina?
"Tuan, puan. Kami nak membersihkan najis ibu anda. Boleh anda bantu kami? Sekurang-kurangnya anda boleh berlatih membersihkan ibu anda ketika berada di rumah kelak."
"Apa? Ahh, taknak lah. Busuk. Kotor. Misi buat lah ya. Saya tak reti. Lagi pun saya tak lama disini. Sekejap lagi saya mahu pulang ke rumah. Misi cucilah ya."
Apa perasaan anda jika anak-anak anda mengabaikan anda sebegini ketika anda sedang sakit?
Akan tetapi, Alhamdulillah, ada juga pesakit yang menghargai kami lebih daripada ahli keluarga mereka.
"Nak, minta maaf lah ya. Pakcik buang air di atas katil. Pakcik nak pergi tandas, tapi pakcik tak larat nak bangun, nak."
"Takpe pakcik, dah memang kerja kami. Lagipun memang kami tak benarkan pakcik bangun. Takut nanti pakcik terjatuh. Lagi bahaya, pakcik. Takpa, kita cuci di katil pun boleh."
"Terima kasih lah, nak. Anak pakcik pun tak layan pakcik macam ni. Anak pakcik semua dah besar, tapi pandang pakcik pun tak mahu dah. Dah tua-tua ni, anak pulak yang cuci berak pakcik. Terima kasih, nak." Bercucuran air mata pakcik tu. Menangis beliau dihadapan kami. Sedangkan anaknya berada diluar skrin sahaja, pura-pura pekakkan telinga.
Nilai diri anda dahulu sebelum anda menilai orang lain.
- - - - - - - - - -
RISIKO TINGGI
Kami jururawat adalah merupakan barisan pertama dalam pencegahan dan perawatan penyakit. Kami berhadapan dengan risiko penyakit berjangkit, penyakit-penyakit berbahaya yang boleh mengancam nyawa. RVD (retrovirus disease), HIV (AIDS), TB (tuberculosis), hepatitis, MRSA, dan macam-macam lagi. Semuanya boleh membawa maut. Tapi kami tetap hadapinya hanya demi menjaga kesihatan pesakit. Risiko kami lebih besar.
Askar, polis, bomba dan semua anggota beruniform yang lain mempunyai musuh luaran. Musuh yang boleh dilihat. Musuh yang boleh ditentang. Tetapi kami tidak. Kami berhadapan dengan 'musuh' dalaman. Tak nampak dengan mata kasar. Bukan saya maksudkan bahawa anggota beruniform lain tidak bagus. Mereka sangat bagus. Kami masing-masing mempunyai musuh yang perlu dihadapi. Namun mengapa jururawat perlu dipandang remeh?
Anda sendiri mahu menyentuh ahli keluarga sendiri pun takut diri dijangkiti. Sedangkan penyakit yang dialami adalah jenis tidak berjangkit. Nak pegang tangan ibu bapa pun sibuk minta sarung tangan. Nak jumpa relatif denggi pun sibuk pakai mask N95.
Anda sakit, kami peduli. Kami sakit, siapa peduli ?
- - - - - - - - - -
SALAH FAHAM
Biar saya berikan beberapa contoh. Dalam laman media sosial seseorang, saya terbaca komen dari individu tersebut - "Masa saya sedang menemani ibu saya di hospital, seorang pesakit dikatil sebelah meminta makanan pada waktu malam dari jururawat, jururawat buat endah tak endah. Jururawat itu hanya memasang air gantung (IVD) melalui jarum di tangan sahaja. Akhirnya saya sendiri yang sediakan roti dan air masak untuk pesakit itu. Orang awam jadi jururawat, jururawat pula makan gaji buta."
Adakah anda tahu pesakit itu BOLEH MAKAN ATAU TIDAK ?
Sesetengah pesakit mempunyai kontraindikasi untuk diberi makanan melalui mulut. Ini kami gelarkan sebagai NBM. Atau Nil By Mouth (puasa).
Ini kerana pesakit itu mungkin perlu dipuasakan beberapa jam sebelum pembedahan. Selalunya pesakit dipuasakan pada tengah malam. Nutrisi dan air akan diberikan melalui intravena (IVD atau air gantung) bagi mengelakkan pesakit dehidrasi.
Ada juga pesakit yang mempunyai masalah trek pernafasan atau trek penghadaman, dimana jika makanan atau minuman ditelan, akan menyebabkan makanan dan minuman itu masuk kedalam paru-paru. Akhirnya pesakit mengalami gangguan pernafasan, cyanosis dan shortness of breath. Pesakit seperti ini akan diberikan nutrisi melalui TPN, gastrotube, Ryle's tube dan lain-lain lagi.
Ada juga pesakit yang mempunyai masalah hati (hepar), mengalami demam. Ahli keluarga pesakit mendesak jururawat untuk memberikan Panadol (Paracetamol atau PCM) kepada pesakit untuk mengurangkan demamnya.
Tetapi tahukah anda pesakit yang mempunyai masalah hepar TIDAK BOLEH diberikan Panadol ?
Jika anda benar-benar tahu tugas seorang jururawat, anda pasti tahu perkara asas seperti ini.
- - - - - - - - - -
GAJI TINGGI, CUTI DAPAT
"Jururawat gaji tinggi belaka. Tapi makan duit haram."
Siapa anda untuk menentukan gaji kami sebagai HARAM ? Kalau diikutkan, gaji kami mungkin nampak tinggi, namun gaji kami tidak berbaloi dengan tugasan kami.
Anda selsema sikit pun dah minta MC, nak cuti berhari-hari. Anda fikir jururawat mudah nak dapat cuti ? Walau tengah sakit sekalipun, kena datang kerja. Cuti susah nak dapat. Kerana tak cukup staf. Sedangkan nak dapat rehat dalam syif pun sangat susah, inikan pula cuti sakit ! Cuti umum pula ? Hari Raya ? Kerja. Krismas ? Kerja. Deepavali ? Tahun Baru Cina ? Kerja. Hari Kemerdekaan ? Tak merdeka, tetap kena kerja. Dalam seminggu, berkali-kali kerja double shift. Tapi cuti selalu tak dapat.
- - - - - - - - - -
ANDA KATA ANDA BOLEH BUAT ?
Pernah sekali, pengalaman saya sendiri, membantu doktor melakukan dressing untuk mengeluarkan maggots (ulat macam ulat sampah tu) dari kaki pesakit yang dah dipotong. Pesakit tidak membuat cucian luka berkala di klinik kerana anak-anaknya tidak ada masa untuk menghantarnya ke klinik berdekatan. Selepas 2 minggu, akhirnya kaki beliau dimasuki maggots, sehingga bengkak sebesar bola ragbi dan dipenuhi nanah dan maggots. Semasa mengeluarkan maggots dari luka luaran sahaja, maggots yang dikira mencecah 250 ekor. Pesakit terpaksa dibawa ke dewan bedah untuk dibedah kakinya sekali lagi.
Maaf saya katakan, anda kata anda mampu melakukan tugas seperti kami? Sedangkan ahli keluarga sendiri tidak terjaga, inikan pula ahli keluarga orang lain. Cermin diri dahulu.
- - - - - - - - - -
APA ADMIN NAK SEKARANG?
"Kira Admin tulis semua ni supaya Admin nak kami puji dan sanjung jururawat la ye?"
Kami tak minta pun anda puji kami, sanjung kami atau bayar kami sekalipun. Cukup sekadar hargai dan hormati kami.
Kami menjaga berpuluh-puluh orang pesakit secara serentak. Walaupun begitu, kami cuba melakukan tugas dengan prinsip sifar kecuaian. Ya, benar, kadang kala kami juga melakukan kecuaian. Namun jika terdapat sebarang kecuaian, sila lakukan laporan ke saluran yang betul. Bukan dengan menghina jururawat di media sosial. Anda tidak tahu kerja kami, anda tidak faham tugas kami. Anda tiada hak menghina kami. Apatah lagi menyebarkan kata-kata fitnah di media sosial. Jika benar kami salah, laporkan pada pihak atasan. Bukan dengan menagkap gambar, menyebarkan video, menghebohkan perkara fitnah di laman media sosial hanya kerana ketagih 'like'.
Kami ikhlas bekerja untuk pesakit. Namun kadang kala keikhlasan itu hilang apabila dimaki, dicaci serta dihina oleh ahli keluarga pesakit yang tiada toleransi. Akan tetapi, Alhamdulillah, walaupun kami hilang keikhlasan, namun masih redha. Redha melakukan tugas. Kerana kami tidak boleh bersuara. Anda hina kami, kami telan. Kami bersuara, kami diherdik semula. Bolehkah anda ikhlas melakukan sesuatu untuk mereka yang tidak menghargainya?
Bak kata pepatah, berbuat baik dibalas baik, berbuat jahat dibalas jahat. Anda respon baik dengan kami, servis yang baik akan anda terima. Anda hina kami, Wallahualam, hanya Allah S.W.T. sahaja yang tahu akibatnya.
- - - - - - - - - -
TETAP TIDAK SETUJU DENGAN ADMIN
Jika anda masih tidak bersetuju dengan apa yang saya telah kemukakan, jika anda benar-benar menganggap kerjaya kami ini hina, leceh, kerjaya yang mudah, sila tawarkan diri untuk menjadi sukarela di mana-mana hospital atau klinik kerajaan. Sila ambil tanggungjawab sebagai seorang jururawat sukarela. Mudah sahaja, anda perlu melakukan nursing care sahaja. Tidak perlu melakukan injeksi, pemberian ubat, cucian luka, atau prosedur-prosedur besar. Hanya lakukan mandian pesakit, cuci najis dan kencing pesakit, mengangkat pesakit dan pemeriksaan fizikal sahaja. Tak susah pun. Sekejap je, dari jam 7 pagi hingga 2 petang sahaja, untuk seminggu.
TAWARKAN DIRI MENJADI JURURAWAT SUKARELA DI HOSPITAL KERAJAAN.
BOLEH ANDA SAHUT CABARAN KAMI ?
-AC-
Respect Nurses.
And Nurses Will Respect You.
Like ·  · 

No comments:

Post a Comment