Monday, December 8, 2014

sebab overhaul motor


Overhaul Motorsikal


Soalan yang diajukan

syah125 nk ty cket..lps ovrhaul enjin,block sume la.,g lnjan mto smpai 140.so die akn mnjejaskn enjin tue tak..??
Jawapan kami..
Thans pada 
syah125 bertanya... maaf lambat balas... Sebenarnya saya bukannya pomen motorsikal pun.. nak jawab pun tak pandai... cuma saya bagi pandangan macam kat bawah ni.. so kalau salah sila betulkan yerr..
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Top Overhaul dan Full Overhaul Motorsikal
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Overhaul adalah proses pembaraian enjin secara total..
Ada yang cakap overhaul sama semaksud barai enjin atau turun enjin..



Kenapa perlu Overhaul
1-Bila kuasa enjin dah mula berkurangan tahap perfomancenye dan kuat makan minyak. mungkin salah satunya berpunca dari pemendapan karbon
2-Bila komponen enjin iaitu sampai satu masa, komponen dalam enjin akan menjadi haus...contohnya.. bearing, oil seal dan lain-lain...maka proses overhaul perlu dilakukan untuk menggantikan kannya.
3-Bila motorsikal kita dilanda masaalah dalaman.. contohnya apabila motor kita keluar bunyi piston ring,conection rod.maka barang-barang yang perlu di tukar contoh nye chain , piston , rod, ring, bearing dan gasket....tapi bergantung pada keadaan.
4-Bila ada kebocoran di bahagian dalam enjin. kebocoran itu menyebabkan enjin akan membakar minyak enjin secara berlebihan. bahasa pasar dipanggil makan minyak enjin / hitam.Biasenye kalau makan minyak hitam ring piston dah longgar tukar saje bahagian piston ring.....
5-Bila motor tersebut enjin jammed.. Banyak melibatkan penukaran barang yang terlibat. Sebab tu dinasihatkan supaya overhaul sebelum enjin jem..sebab selepas enjin jem lagi banyak barang dalaman yang perlu ditukar kemungkinan piston lekat, ring lekat, piston pecah, piston pin patah atau rod bengkok
6-Bila enjin overheating, minyak hitam kering dan ini banyak, piston ring/valve seal dah tak tiptop atau oil pump dah tak mantap
Ada 2 jenis overhaul.
1) Top Overhaul
Top Overhaul ni adalah bukak semua area topset atau head block melibatkan head, piston, cam, valve.. Terutama bagi motorsikal 4 lejang .. top overhaul perlu dibuat untuk menggantikan valve seal, buat setting clearance dan kemudian dibuat grind valve (orang kampung sebut grembal). segala karbon akan dicuci secara manual..




2) Full Overhaul
Full Overhaul melibatkan komponen-kompenan yang kat bahagian bawah seperti block, bearing gearbox, cluth, crank shaft, connecting rod, piston dan ring. Kena turun enjin selain tu kena cuci block.. Selalunya kalau enjin dah jem kena buat full overhaul kerana komponen enjin dirawat satu persatu..



kalau ada duit lebih sikit.. Bagi mat-mat motor hardcore yang nak upgrade kasi lebih power...
( sebetulnya tak digalakkan dan dibenarkan langsung) so diorang buat 
macam kat bawah ni..

1) Korek = porting blok ni fungsi dia nak melawaskan enjin dan jugak secara amnye nak naikkan power motor kena besar lubang ekos dan 4 lubang udara (besarkan inlet dan outlet) porting ni kita buat kat bahagian head
2) Potong head = tinggikan compression motor. Muka piston akan lebih rapat pada head, dan jumlah tekanan akan bertambah.
3) Rebore = besar kan lubang diameter silinder dan saiz piston (besarkan bore) secare amnye pickup bertambah tapi tak banyak,depends kat saiz piston, dan juga mengubah nisbah mampatan enjin. Rebore ni hanya digunakan untuk block jer
4) Polish = bersihkan lubang-lubang intake kat blok supaye lebih licin dan smmoth.. polish balik intake dan outlet. supaya kelancaran "pernafasan" enjin dapat dipertingkatkan.
Masalah yang perlu dihadapi
anyway kalau korang nak korek block atau besarkan inlet dengan outlet( kalau besarkan lubangexzos ha tu memang buat problem le)...Yang senang dan nak mudah masuk aje barang racing ..jadi takyah nak susah-susah korek block ke hape ke.. lepas dah tak nak pakai barang racing tukar boleh masuk balik yang original.._______________________________
PESANAN KAMI..

Back to point syah125
Diingatkan jangan pulak korang melenjan motorsikal baru keluar kedai ke, motorsikal baru lepas top overhaul ke, full overhaul ke, rebore blok ke, motorsikal baru lepas tukar blok racing ke sume kene pantang. ( macam waktu pantang orang beranak bersalin).. Motosikal yang baru dibaik pulih atau overhaul tidak boleh dipecut sewenang-wenangnya ...


Permukaan komponen motorsikal tersebut memerlukan proses kematangan yang betul dan menjadi lebih bermasalah jika dibuat melenjan. Kerana risiko berlakunya kerosakan semula tinggi kerana permukaan yang kasar dan logam yang belum matang yang hanya didapati melalui proses pemanasan enjin perlahan serta sekata. Jika enjin rosak semula selepas dua bulan selepas overhaul itu mungkin sesuatu tidak kena berlaku sama ada alat ganti digunakan tidak tulen dan cepat rosak atau proses itu tidak dilakukan dengan betul mengikut spesifikasi kelegaan betul. sumber blog fire starting automobil

No comments:

Post a Comment