Tuesday, March 29, 2011
Baja Jerami
Baja jerami padi
Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
nisa.sulaiman@utusan.com.my
Gambar WAHIDAH ZAINAL
Mohd. Shamsuddin Lias menyampaikan produk D'Comp Bio-Plus kepada petani di Sungai Burong, Tanjung Karang baru-baru ini.
BERAS yang merupakan makanan rugi masyarakat Asia memerlukan kawasan tanaman yang luas yang menampung permintaan yang semakin meningkat.
Tetapi penghasilan beras turut membawa kepada pertambahan sisa pertanian yang kini meningkat berlipat kali ganda. Ini menyebabkan beberapa langkah perlu dilakukan bagi mengatasi masalah berkenaan.
Antaranya sisa jerami padi yang menjadi masalah bukan saja kepada petani malah menyumbang kepada pencemaran alam sekitar.
Lagi pula, sisa jerami yang dihasilkan adalah pada nisbah yang sama dengan hasil padi yang dikeluarkan.
Sejak sekian lama para petani melupuskan jerami melalui pembakaran terbuka.
Ia bukan saja menyebabkan pencemaran kepada alam sekitar.
Justeru sebuah syarikat berasaskan bioteknologi dan berstatus BioNexus, MyAgri telah berjaya menangani masalah pelupusan sisa pertanian industri padi.
Caranya ialah dengan menukar jerami di petak-petak sawah kepada baja semulajadi melalui proses pereputan yang yang menggunakan produk berasaskan mikrob.
Pengarah Eksekutif MyAgri, Kamal Ahmad berkata, produk berasaskan mikrob itu mempercepatkan proses pereputan sisa jerami padi di petak sawah.
''Ia hanya mengambil masa antara 20 hingga 30 hari untuk mereput sepenuhnya," katanya semasa majlis Pelancaran Program Subur Tanpa Bakar di Sungai Burong, Tanjung Karang, baru-baru ini.
Program berkenaan dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong, Datuk Mohd. Shamsuddin Lias.
D'Comp Bio-Plus merupakan produk utama di dalam program Subur Tanpa Bakar yang mampu memberikan penyelesaian kepada masalah menguruskan jerami padi di tapak sawah terutama semasa musim hujan apabila pembakaran tidak dapat dijalankan.
Petani hanya perlu melabur sebanyak RM255 sehektar bagi tiga paket D'Comp Bio-Plus berbanding dengan faedah yang diperoleh.
"Penggunaan D'Comp Bio-Plus bukan saja dapat mengurangkan pembakaran malah jerami dapat dilupuskan walaupun pada musim hujan," katanya.
Pada majlis berkenaan Shamsuddin menyampaikan produk D'Comp Bio-Plus kepada 10 orang pesawah yang dipilih oleh Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Barat Laut Selangor berdasarkan hasil pengeluaran padi setiap musim.
Menurut Pengarah IADA Barat Laut Selangor, Muhammad Nasir Kushairi, petani yang dipilih daripada anggota Kelab Padi 10 Tan yang agresif, mendapatkan hasil padi yang tinggi serta boleh menjadi jurucakap bagi produk berkenaan di masa akan datang.
''Inilah masa memperkenalkan konsep bioteknologi kepada petani dengan kawasan Sungai Burung dipilih sebagai perintis kepada projek Subur Tanpa Bakar," katanya.
Pengguna bukan saja boleh menjimatkan kos racun serangga, racun rumpai, mengurangkan masalah padi angin malah paling penting dapat mengelakkan pembakaran terbuka.
Shamsuddin menegaskan, kerajaan akan sentiasa membantu dalam memperkenalkan dan menggalakkan penggunaan inovasi terkini kepada petani.
''Malah penggunaan bahan bioteknologi ini dilihat dapat membantu meningkatkan hasil padi selain mengurangkan kos secara terus," katanya.
Sebelum ini, MyAgri telah membuat beberapa plot demonstrasi di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), di sana masalah padi angin dapat dikurangkan secara berperingkat.
TAJUK-TAJUK BERITA LA
Monday, March 28, 2011
Bersih Nama Dari Senarai Hitam
Cara keluar dari senarai hitam PTPTN
ADUAN daripada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui Utusan Malaysia pada 22 Mac 2011 adalah dirujuk.
Untuk makluman, peminjam PTPTN yang berhasrat mengeluarkan nama mereka daripada senarai hitam hendaklah hadir di PTPTN untuk berunding mengenai kaedah bayaran balik hutang sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum berangkat ke luar negara.
Berdasarkan persetujuan semasa rundingan, PTPTN akan meminta Jabatan Imigresen mengeluarkan nama mereka daripada senarai hitam dan seterusnya membenarkan ke luar negara.
Untuk urusan pengeluaran Akaun II KWSP bagi pembayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN, peminjam yang terlibat perlu melaksanakan proses berikut:
a) Peminjam perlu mengisi Borang Pengesahan Baki Pinjaman (boleh dicetak melalui Laman Web PTPTN) atau menulis surat rasmi kepada PTPTN (u.p Unit Lejar Pinjaman) menyatakan ingin membuat bayaran balik pinjaman keseluruhan/tunggakan melalui pengeluaran KWSP.
b) Permohonan Pengesahan Baki Pinjaman akan diproses dalam masa 7 hari bekerja dan seterusnya PTPTN akan mengeluarkan surat pengesahan baki pinjaman/tertunggak dan dipos ke alamat pemohon.
c) Peminjam perlu mengisi Borang 9H (AHL) yang boleh diperoleh di KWSP dan mengemukakan bersama-sama Surat Pengesahan Baki Pinjaman PTPTN serta salinan dokumen perjanjian pinjaman PTPTN sebagai dokumen sokongan.
Peraturan mengenai pengeluaran nama daripada senarai hitam dan urusan pengeluaran Akaun II KWSP boleh disemak melalui ruangan FAQ & Artikel di dalam Laman Web PTPTN.
Semua peminjam adalah dinasihatkan untuk menyemak peraturan dan proses kerja sesuatu aktiviti di Laman Web PTPTN sebelum mengemukakan pertanyaan di kaunter PTPTN, melalui Call Center atau One Stop Center. Ini adalah untuk memastikan pertanyaan yang dikemukakan adalah jelas dan mudah difahami dan seterusnya akan memudahkan petugas memberikan maklum balas.
Peminjam PTPTN diminta menghubungi Khadijah Ali di talian 03-2098 3780 sekiranya masalah mereka masih belum selesai. Semua peminjam boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan PTPTN melalui laman web www.ptptn.gov.my atau menghubungi talian Hotline PTPTN di 03-2080 4455.
RINA ABD RAHMAN
Pegawai Perhubungan Awam PTPTN
TAJUK-TAJUK BERIT

Saturday, March 26, 2011
Bohsia
Terperangkap cinta gadis bohsia
SAYA bercinta dengan seorang gadis sejak lima bulan lalu selepas mengenalinya melalui kawan saya. Bagaimanapun, dia gemar bersosial dan ramai kawan lelaki. Saya mengenalinya pun kerana dulunya saya remaja liar.
Untuk makluman, gadis itu terlanjur terlebih dulu dengan kawan saya sebelum saya turut melakukan perbuatan sama. Dulunya saya berhati keras dan tidak mudah terpikat dengan gadis liar.
Namun tiba-tiba hati saya terpikat dengan gadis yang saya kenal melalui kawan saya ini. Hubungan kami semakin rapat dan setiap kali berjumpa, kami terlanjur.
Pada masa sama, saya juga berkenalan dengan ahli keluarganya. Semakin lama semakin rapat hubungan kami. Satu hari kawan saya menasihati saya supaya meninggalkan gadis itu kerana takut dia akan hamil.
Kawan saya bercerita, gadis terlanjur dengan ramai lelaki dan terkenal di kawasan taman itu. Saya tidak mengendahkan nasihat kawan saya kerana kasih sayang dan cinta saya padanya terlalu mendalam walaupun dia tidak lagi suci.
Saya bercinta dengannya hampir sebulan dan saya sedar perutnya seperti berisi dan dia juga ceritakan yang dia sudah lama tidak datang haid.
Saya tidak takut setiap kali kami terlanjur kerana baru berkenalan, tapi kecut perut jika keluarganya menuduh saya bertanggungjawab.
Beberapa bulan berlalu, ibu kepada gadis itu syak anaknya hamil. Gadis itu tidak puas hati lalu dia menyuruh saya membeli alat memeriksa kehamilan. Saya membelinya dan keputusannya positif.
Dia hendak menggugurkan kandungannya tapi saya tidak benarkan kerana takut nyawanya terancam, lagipun janin dalam kandungan itu tidak bersalah.
Saya berjanji padanya, apa pun terjadi saya tidak akan meninggalkan dia dan akan menjaganya. Selepas kejadian itu, kami berdua bertaubat dan tidak melakukan maksiat. Ibu kepada perempuan itu tidak menuduh saya kerana saya lelaki paling baik berbanding lelaki lain yang pernah bercinta dengan anaknya dan mengenali keluarganya.
Satu hari dia berkata pada saya yang ibunya menyuruh dia berterus terang pada saya dan jika saya tidak menyukainya lepaskan saja dirinya. Namun, saya beritahu gadis itu saya tidak akan lepaskannya kerana dialah perempuan yang saya betul-betul cinta dan saya akan lalui apa pun dugaan yang akan menimpa kami.
Dia gembira kerana saya menerimanya seperti sedia kala. Semakin hari semakin besar perut dia lalu ibunya membawanya ke rumah kebajikan supaya tidak mahu diketahui jiran dan saudara mara.
Dia dibawa ke situ sehingga melahirkan. Sebelum dia pergi, saya sungguh sedih kerana kami berdua pertama kali berpisah buat sementara waktu selama empat bulan.
Satu hari, saya terjumpa kawan yang pernah membuat hubungan dengan kekasih saya dan dia memperli saya kerana kekasih saya pernah membuat hubungan dengannya.
Bukan lelaki itu saja memperli saya, ramai kawan saya tahu saya bercinta dengan gadis bohsia. Saya malu, apa yang patut saya buat sekarang.
PENING
Alor Setar
Di sebalik keterlanjuran yang dilakukan, saudara sebenarnya memiliki hati murni. Ini kerana saudara berani bertanggungjawab ke atas teman wanita, walhal saudara pasti anak dilahirkan itu bukan daripada benih saudara.
Sikap itu harus dipuji berbanding rakan saudara yang berbangga dengan dosa besar, sedangkan perbuatan berzina dan merosakkan anak dara orang itu dilaknat Tuhan.
Biarlah mereka dengan dunia ‘hitam’ mereka. Mereka pasti menerima balasan Tuhan, jika tidak di dunia, balasan di akhirat menanti mereka.
Teguhkan hati, kuatkan iman. Untuk berhijrah ke arah kebaikan, pasti ada onak dan duri. Yang penting, saudara berada di jalan benar dan menyelamatkan seorang gadis daripada terus bergelumang dosa dan noda.
Untuk iktibar, saudara boleh melihat contoh Khalifah Umar Al-Khattab. Pada peringkat awal, beliau antara penentang kuat Nabi Muhammad SAW, tapi selepas mendapat hidayah, beliau adalah orang kanan Rasulullah dalam memperjuang dan memartabatkan Islam.
Sebagai insan biasa, kita sukar memperoleh tahap keimanan seperti Saidina Umar AS, tapi kita boleh menjadikan beliau sebagai contoh sesuai.
Tutup buku lama, buka buku baru. Anggaplah dosa besar yang dilakukan saudara sebagai sejarah untuk iktibar diri sendiri supaya tidak mengulangi perbuatan sama pada masa depan.
Binalah kehidupan baru yang diberkati Tuhan. Ingat, kehidupan ini hanya sementara, justeru kita sebagai manusia harus memanfaatkan sepenuhnya peluang yang diberikan Yang Maha Esa.
Peluang ini hanya hadir sekali dalam hidup. Bagi Dang Setia, saudara dan teman wanita harus bersyukur kerana diberi hidayah oleh Allah untuk bertaubat dan tidak lagi melakukan maksiat seperti berzina.
Jika kalian benar-benar bertaubat nasuha, insya-Allah Tuhan akan memberkati kehidupan pada masa depan. Yang penting, saudara sentiasa memperbaiki diri daripada aspek kehidupan duniawi dan akhirat.
Sekarang adalah masa untuk saudara memandang ke depan dan tidak lagi menoleh ke belakang. Pedulikan kawan yang masih dalam kesesatan, kerana mereka sebenarnya dalam kerugian.
Kongsi artikel ini menerusi m

Ikon Windows
Masalah pada ikon Windows
-Hafiz Nazir , KL.
Maklumat berkenaan dengan ikon-ikon dan konfigurasinya yang terdapat dalam Windows disimpan dalam satu tempat simpanan yang dikenali sebagai icon cache.
Dengan cara begini, Windows berupaya mengoptimumkan penggunaan ikon-ikon yang terdapat di dalamnya tanpa perlu membuka setiap fail larian iaitu fail .exe dan lain-lain.
Di samping itu, dengan cara ini, Windows tidak perlu mengimbas satu demi satu ikon yang akan digunakan di dalamnya pada setiap masa dan ketika.
Kemungkinan besar masalah ini berpunca daripada fail sistem yang bermasalah bagi Windows untuk melakukan proses caching bagi membolehkan ikon-ikon di dalamnya berfungsi dengan baik.
Apabila proses ini terdapat kecacatan, ia akan menyebabkan ikon-ikon tadi berfungsi dengan tidak baik atau tidak berfungsi langsung. Contohnya ikon-ikon tersebut bertukar-tukar secara rawak setiap kali digunakan.
Kesemua ikon menjadi hitam atau kesemua ikon yang ada menggunakan ikon yang sama, ikon-ikon tersebut bertindihan antara satu sama lain dan sebagainya.
Bagi mengatasi masalah tersebut, bolehlah dilakukan dengan beberapa kaedah seperti yang akan dibincangkan seterusnya iaitu:-
* Menghidupkan kembali atau restart komputer anda. Kadang kala ia berupaya mengatasi banyak masalah komputer selain daripada masalah ikon ini.
* Membina semula icon-cache dengan menukar saiz ikon-ikon tersebut.
* Meningkatkan keupayaan icon-cache ini dengan menambah nilai STRING dalam fail sistem pada Registry Windows.
* Membina semula icon-cache dengan membuang sistem icon-cache yang sedia ada.
* Menyahpasangkan program Tweak UI dengan mengunakan fungsi ADD/REMOVE yang terdapat dalam Control Panel Windows.
Membina semula icon-cache dengan menukar saiz ikon-ikon tersebut.
Langkah-langkah yang boleh diambil bagi kaedah ini adalah seperti berikut:-
* Buka Control Panel dan klik pada butang Display untuk membuka fungsi tersebut.
* Pilih tab Appearance dan klik butang Advance.
* Pada ruangan Item, menyusur ke bawah dan pilih Icon.
* Tingkatkan nilai pada ruangan Size dan klik butang Apply.
* Masukkan kembali nilai pada ruangan Size dengan nilai yang lama dan klik butang Apply.
* Klik butang OK.
Meningkatkan keupayaan icon-cache ini dengan menambah nilai STRING dalam fail sistem pada Registry Windows.

* Klik butang Start dan seterusnya klik butang Run.
* Taip regedit pada ruangan Run dan klik OK.
* Ia akan membuka satu program Registry Windows yang menyimpan segala konfigurasi fail sistem untuk Windows.
Seterusnya, cari baris konfigurasi seperti di bawah dan tetapkan nilai seperti di bawah:-
[HKEY_LOCAL_MACHINE \Software \Microsoft \Windows \CurrentVersion\Explorer]
Max Cached Icons > "8192"
Julat nilai bagi Max Cached Icons adalah di antara 100 hingga 8192. Nilai lalainya yang telah ditetapkan oleh pihak Windows adalah 512. Nilai tersebut boleh diisi dengan nilai kurang daripada nilai 8192. Nilai yang dikatakan berpatutan adalah di antara 2000 hingga 8192.

* Buang fail sistem yang tersembunyi iaitu ShellIconCache.
* Bagi Windows yang lama ia tersimpan dalam C:\Windows\ ShellIconCache atau C:\Winnt\ ShellIconCache.
* Bagi sistem Windows yang baru, anda perlu cari fail Iconcache.db. Di mana bagi Windows XP ia terletak di C:\ Documents and Settings\Your User Name\Local Settings\Application Data\Iconcache.db
* Tutup kesemua proses-proses bagi explorer.exe dengan menggunakan Task Manager atau sebagainya.
* Dengan menggunakan Task Manager, buka kembali fail exlorer.exe dengan menekan butang CTRL+SHIFT+ESC atau menekan kembali butang CTRL+ALT+DEL untuk kembali semula ke Task Manager.
* Apabila Windows Explorer dibuka kembali apabila fail explorer.exe dibuka, ia akan membina semula secara betul fungsi bagi fail icon-cache.
Masalah ikon-ikon tidak berfungsi dengan baik atau paparannya bermasalah adalah disebabkan gangguan kepada konfigurasi fail sistemnya di dalam Windows.
Ini boleh terjadi disebabkan oleh ada fail-fail sistem tertentu dibuang atau dikonfigurasikan dengan tidak betul dengan sengaja atau tidak sengaja.
Ia juga boleh disebabkan masalah program pemacu perkakasan (driver) atau komponen-komponen komputer.
Ia perlu dibuat semakan dan sekiranya bermasalah, selesaikan masalah ini terlebih dahulu dengan memasang semula dan sebagainya.
Ia juga boleh disebabkan oleh program malware atau virus yang duduk dalam sistem komputer. Dengan itu, perlu dilakukan langkah-langkah tertentu seperti mengemaskini perisian anti-virus dan Windows, melakukan proses imbas dan perbetulkan dengan perisian anti-virus atau program security fix.
Semoga bermanfaat.

Sunday, March 20, 2011
Kad Kredit
Bank Negara Malaysia perlu kaji semula kawalan kad kredit
LANGKAH Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menangani dan mengawal perbelanjaan boros rakyat Malaysia, selain membendung risiko generasi muda diisytiharkan muflis dengan mengumumkan syarat-syarat baru serta-merta amatlah dipuji.
Bagaimanapun tindakan BNM mengarahkan pengguna yang memiliki kad kredit lebih daripada dua kad menentukan hanya dua kad menjadi pilihan sehingga akhir tahun ini serta memberi tempoh masa sehingga dua tahun untuk menyelesaikan baki hutang kad kredit yang dibatalkan adalah sesuatu yang keterlaluan.
Majoriti peniaga muda mencuba nasib menggunakan kad kredit sebagai modal perniagaan kerana lebih mudah berbanding kesukaran untuk mendapatkan pembiayaan peribadi mahupun pembiayaan perniagaan dari institusi kewangan. Justeru tidak hairanlah sekiranya golongan peniaga terutama peniaga yang masih muda memilih kaedah memiliki kad kredit yang banyak sebagai pusingan modal perniagaan.
Tindakan mengehadkan bilangan kad kredit dan menetapkan tempoh pembayaran balik kad selama dua tahun untuk kad kredit yang dibatal hanya akan mengundang beban kewangan yang lebih terhadap golongan ini. Sebaiknya BNM harus memberi peluang kepada mereka yang memiliki lebih kad kredit tetapi mampu mengawal dengan bijak situasi pembayaran kad kredit mereka.
Jika diteruskan juga cadangan BNM tersebut, bayangkan di mana golongan ini nak 'korek' duit untuk membayar baki hutang kad kredit yang telah dibatal. Harus diingatkan juga bahawa Pilihan raya Umum (PRU) bakal menjelma tidak lama lagi. Niat baik BNM seperti biasa akan dijadikan modal oleh pembangkang untuk menjadikan kerajaan BN sebagai kambing hitam! Tak perlu dijolok sarang tebuan yang terletak jauh di dalam hutan serta tidak memudaratkan! BNM jangan terlalu proaktif sehingga rakyat terutama golongan muda 'korek' pula undi mereka dari Barisan Nasional dalam PRU akan datang sebagai tindak balas!
NORHISYAM MOHAMAD
Pergerakan Pemuda UMNO
Bahagian Kuala Kedah
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
• Tubuhkan Majlis Media

Senarai hutang menanti pada usia muda
Oleh Hassan Mohd. Noor
AKHIRNYA Bank Negara Malaysia (BNM) menetapkan syarat hanya mereka yang berpendapatan minimum RM24,000 setahun layak memohon kad kredit. Bagi yang mempunyai pendapatan RM36,000 setahun atau kurang hanya boleh memiliki kad kredit daripada dua pengeluar kad.
Mereka yang sudah memiliki kad kredit lebih daripada dua pengeluar diberi tempoh sehingga akhir tahun ini untuk menentukan kad yang menjadi pilihan. Masih belum terlambat syarat ini dikenakan setelah 50 peratus daripada 3.2 juta pemegang kad kredit berpendapatan kurang RM36,000 setahun. Diharapkan bank atau institusi kewangan yang menawarkan kad kredit dapat mematuhi arahan ini dan tidak terlalu mudah menawarkan kad hutang atau menambah had hutang pemilik kad yang sedia ada. Peluang juga perlu diberi kepada mereka yang ingin ‘menyerah diri’ dengan memulangkan kad kredit supaya pelan penyelesaian hutang dapat diselesaikan tanpa membebankan pemilik. Memang sukar bagi yang sudah terlanjur dengan hutang kad kredit ini untuk menyusun semula hutang selagi kad kredit masih di tangan.
Ya...hutang tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan. Bukan sekadar hutang wang ringgit dengan bank atau sesama manusia tetapi ada yang berhutang janji, hutang kerja, hutang belajar, hutang ibadat dan macam-macam lagi. Tetapi dalam banyak perkara hutang, isu hutang duit yang mendapat perhatian. Hutang wang dapat dikesan oleh BNM yang akhirnya mereka diisytiharkan muflis. Hutang wang sama ada hutang dengan bank, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Mara dan pelbagai lagi memang menyusahkan kehidupan. Akibat kegagalan membayar hutang, ramai yang disenarai hitam. Mereka dihalang meminjam wang bagi urusan lebih penting termasuk membeli rumah atau ingin ke luar negara.
Baru-baru ini, kita didedahkan dengan kenyataan bahawa 1,086 penjawat awam diisytiharkan muflis. Sebanyak 72.74 peratus daripada mereka adalah lelaki. Kebanyakannya adalah golongan pertengahan, bergaji di bawah RM5,000 sebulan. Mereka yang berusia di antara 25 hingga 45 tahun muflis kerana menjadi penjamin, membuat pinjaman bank dalam jumlah yang banyak, sewa beli kereta tanpa deposit dan penggunaan kad kredit. Jumlah ini hanya 1.46 peratus daripada sejumlah 1.27 juta penjawat awam. Bagaimanapun sepatutnya tidak ada penjawat awam yang muflis kerana mereka bergaji tetap dan perlu menguruskan kewangan dengan baik mengikut kemampuan gaji masing-masing. Begitu juga dengan ramai golongan muda yang muflis.
Tetapi bagaimana mahu menguruskan kewangan dengan baik kerana sebaik sahaja bekerja, hutang lama sedang menunggu untuk dijelaskan. Walaupun ia tidak melibatkan semua orang tetapi kebanyakan mereka yang melangkah keluar dari institusi pengajian tinggi sudah pun mempunyai senarai hutang untuk dijelaskan. Maknanya ramai yang sudah berhutang sejak masih belajar. Ada pelajar yang tidak mendapat pinjaman penuh PTPTN kerana sebab-sebab tertentu terpaksa pula berhutang dengan institusi kewangan/bank atau koperasi. Maka jumlah hutang akan meningkat. Akhirnya selepas habis pengajian, pelajar terpaksa membayar hutang kepada dua pihak iaitu PTPTN dan bank/koperasi. Begitulah realiti kehidupan golongan muda sekarang apabila mereka sudah berhutang sebelum bekerja. Lebih parah apabila gaya hidup golongan pelajar di IPT, ada antara mereka ini mengatasi orang yang sudah bekerja.
Hutang baru akan menyusul selepas bekerja dengan keghairahan untuk memiliki kenderaan sendiri. Malahan ketika ini, tidak perlu deposit untuk membeli kereta. Cukup mudah. Tempoh pinjaman pula panjang menyebabkan tempoh menjelaskan hutang dan jumlah bayaran balik bulanan hutang meningkat. Itu bagi yang mempunyai dua sumber hutang. Bagaimana pula bagi mereka yang kemudiannya mendapat kad kredit yang mungkin digunakan untuk belanja perkahwinan dan mahu memiliki rumah? Maka dalam usia yang muda bertambah lagi senarai hutang - PTPTN + hutang kereta + kad kredit + rumah . Kegagalan menjelaskan hutang bulanan mengikut jadual akhirnya menyebabkan golongan muda ini terjebak dalam kancah hutang yang lebih parah dan tidak mustahil, hutang akan ditanggung sehingga ke anak cucu atau sepanjang hayat. Begitulah peritnya apabila mula terjebak ke dalam hutang – sama ada sengaja ditempah atau terpaksa ditempah. Maka perlunya perancangan kewangan yang lebih baik dan dalam hal ini, pihak berkuasa seperti BNM dan juga Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) mempunyai peranan mendidik pengguna.
Tanpa perancangan kewangan yang baik, orang akan terus berhutang. Seperti lirik lagu Gali lubang tutup lubang nyanyian Salleh Yaacob. Antara lirik lagunya menyebut mengenai gali lubang untuk menutup lubang, tertutup lubang lama, lubang baru terbuka, gali lubang tutup lubang, pinjam wang bayar hutang. Lirik lagu ini sudah jelas menunjukkan bagaimana pihak yang berhutang berusaha untuk menyelesaikan hutang mereka tetapi kaedah yang digunakan tidak betul. Ada yang kononnya memohon kad kredit untuk membayar hutang tetapi hakikatnya, disebabkan tidak ada pengurusan kewangan yang baik, dia sebenarnya menempah hutang baru. Inilah yang dikatakan gali lubang nak tutup lubang tetapi lubang baru terbuka.
Justeru perancangan kewangan amat penting. Dalam hal ini, penulis tertarik dengan Shamsul Ghau-Ghau yang tidak jemu ‘mencari wang’. Ketika bersembang dengannya semasa beliau hadir menjadi pengacara Konsert Terima Kasih di Plaza Angsana Johor Bahru malam kelmarin, beliau memberitahu beberapa ‘projek’ untuk menambah pendapatannya. Salah satu daripadanya tentulah Restoran Ibunda di Hentian Kajang, Jalan Reko. Walaupun mendapat saingan hebat, beliau tetap bertahan dan pada masa yang sama, gigih mencari peluang perniagaan lain. Dan di atas pentas, jika diundang, Shamsul tetap ligat melayan peminat dan penonton. Syabas Shamsul. Dan terima kasih kepada beliau yang turut menghidupkan konsert sempena pelancaran wajah baru Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman pada Sabtu lalu. Terima kasih juga kepada Black Mentor, Ana Raffali, Meet Uncle Hussain, Tom My Starz LG, Adam AF, VIP. Tidak ketinggalan juga kepada Orkes Nirwana pimpinan A.Rahman Hassan dan Jeffrydin. Semoga warga Johor terhibur dengan konsert tanda terima kasih kami atas sokongan anda semua kepada Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia. Terima kasih!

U-Library
U-library untuk semua
Oleh NURUL ANUAR KARI
anuar.kari@utusan.com.my
BAGAIMANA untuk membudayakan amalan membaca dalam kehidupan seharian rakyat negara ini? Jika semua sudah disediakan, adakah kejayaan kempen membaca terletak di tangan pihak berwajib atau rakyat Malaysia sendiri?
Dalam temuramah khas bersama Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Datuk Raslin Abu Bakar, beliau menegaskan perpustakaan cuma untuk memupuk budaya membaca, bukannya untuk mengarahkan rakyat membaca.
“Budaya membaca ini perlu terus dipupuk terutamanya selepas seseorang itu tamat belajar tetapi ia banyak bergantung kepada individu itu sendiri.
“Kita boleh sediakan kemudahan yang cukup tetapi tiada maknanya tanpa inisiatif diri termasuk di kalangan orang dewasa yang menyuruh anak membaca tetapi mereka sendiri tidak melakukannya,” katanya.
Raslin menjelaskan kini terdapat 2,436 perpustakaan di seluruh negara termasuk perpustakaan awam di negeri-negeri, perpustakaan akademik di universiti dan perpustakaan di kementerian serta jabatan kerajaan.
Dari segi keahlian, kesemua perpustakaan tersebut memberi khidmat kepada kira-kira sembilan juta ahli termasuk 42 juta orang pengunjung setiap tahun yang kebanyakannya datang pada hujung minggu. PNM kini mempunyai 865,000 ahli dan dijangka terus meningkat sehingga satu juta orang menjelang hujung tahun ini.
“Bagi generasi muda, mereka memilih untuk muat turun di komputer peribadi dan tidak perlu datang jauh ke perpustakaan. Generasi saya pula lebih suka bentuk fizikal (buku).
“Jadi, kita dalam usaha memenuhi permintaan semua dengan menyediakan bahan dalam bentuk fizikal dan digital serta melatih orang ramai menggunakan komputer untuk cari dan dapatkan bahan yang dikehendaki,” katanya.
Program latihan tersebut merupakan antara intipati program celik maklumat PNM yang melatih semua peringkat terutamanya pelajar sekolah tentang cara mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih melalui internet.
“Berjuta-juta maklumat boleh diperoleh di dalam internet tetapi kita tidak tahu ia boleh dipercayai atau tidak. Perpustakaan mempunyai kemahiran mengesahkannya dan kita ajar orang ramai bagaimana untuk mencari bahan tersebut.
“Kita juga mempunyai 77 program galakkan membaca tahun ini terutamanya untuk mereka yang sukar mendapatkan kemudahan bahan bacaan dengan berkongsi serta membawa bahan bacaan tersebut kepada mereka,” jelasnya.
Menurutnya, sasaran kerajaan bukan sekadar membudayakan tabiat membaca tetapi mahu melihat rakyat membaca di mana sahaja jika mempunyai masa.
“Kita mahu mencontohi penduduk di negara luar yang membaca di mana sahaja, sekurang-kurangnya membaca akhbar. Ada petunjuk baik peningkatan dalam penulisan dan jualan buku tetapi masih susah untuk kita lihat warga Malaysia duduk bersahaja sambil membaca,” ujarnya.
Kemuncak perancangan kempen membaca tahun ini adalah pelaksanaan Projek Rintis Perpustakaan Ubiquitous (U-library) yang akan dilancarkan pada Mac ini. Konsep perpustakaan maya ini mengatasi semua bentuk sempadan jarak dan inventori dengan menggabungkan semua bahan bacaan seluruh negara di bawah satu sistem pengurusan tunggal.
Menurut Raslin, semua perkhidmatan akan disediakan melalui U-library termasuk pendaftaran percuma menggunakan MyKad, mencari bahan secara maya dan pinjaman buku secara percuma.
“Ahli cuma perlu muat turun bahan digital ataupun meminjam bahan fizikal secara percuma. Tetapi, mereka perlu menanggung sedikit kos untuk perkhidmatan pos sama ada menghantar atau mengambil buku yang dipinjam.
“Kos ini tidak tinggi jika dibandingkan kos pengangkutan dan masa untuk ke perpustakaan, di samping mencari bahan mengikut kaedah lama.
“Kita akan menjalankan program perintis U-library sehingga penghujung 2012 dengan kerjasama tujuh perpustakaan terlebih dahulu sebelum pelaksanaan penuh dengan semua perpustakaan di seluruh negara menjelang 2013,” ujarnya.
Jelasnya lagi, bukan sesuatu yang mudah untuk mengubah sepenuhnya sistem perpustakaan negara dan perkhidmatan penuh perlu mengambil kira permasalahan yang mungkin timbul.
U-library bukan sekadar pusat sehenti untuk mencari dan meminjam bahan tetapi mempunyai forumnya sendiri, seminar web interaktif serta ruangan pendapat pembaca mengenai sesebuah buku atau bahan bacaan lain.
“U-library juga dapat membantu sasaran satu perpustakaan di setiap rumah melalui rak digital yang boleh disusun sendiri setiap ahli di dalam komputer peribadi mereka.
“Kita mahu membawa perpustakaan terus ke rumah pembaca, memudahkan buku dihantar terus ke rumah serta memudahkan proses pemulangan dengan bayaran minima untuk perkhidmatan tersebut,” tegasnya.
Layari laman web www.u-library.gov. my untuk mendaftar sebagai ahli dan jadikan membaca amalan pembuka serta penutup hari anda.

Thursday, March 17, 2011
Air Liur Jadi Pelincir
SOALAN:Saya sering menggunakan air liur sebagai pelincir untuk memulakan persetubuhan dengan isteri. Adakah air liur itu mendatangkan mudarat atau sebaliknya?
David,
Seremban
JAWAPAN:
Air liur memang sesuai sebagai pelicin untuk melembapkan penghujung zakar sebelum penembusan ke faraj.
Jarang air liur mengandungi kuman yang memudaratkan, justeru jangkitan faraj jarang berlaku kerana tahap keasidan mengawal pembiakan kuman.
Malah, bagi yang mempunyai air mani pekat, enzim protease di dalam air liur membantu mencairkan air mani supaya sperma dapat bergerak dengan pantas di kalangan lelaki yang mempunyai air mani pekat.
Bagaimanapun, mustahak untuk lelaki itu membersihkan mulut dan memberus gigi serta lidah supaya kuman dapat dihapuskan sebelum melakukan hubungan intim.

Bersetubuh Cara Islam
SOALAN:
SAYA hendak tahu cara bersetubuh yang disyorkan dalam Islam. Posisi mana yang sesuai kerana isteri saya mengadu dia bosan dengan posisi saya di atas. Untuk pengetahuan doktor, saya berkahwin hampir lima tahun dan dikurniakan seorang anak. Saya harap doktor dapat mencadangkan posisi untuk saya mengaplikasikannya dalam hubungan suami isteri.
DJ ROCK,
Bayan Lepas
JAWAPAN:
Pernah sahabat bertanya Rasulullah SAW mengenai hubungan kelamin dari belakang, yang mana mengikut sahabat ia dilarang sama sekali. Rasulullah SAW kemudian memaklumkan, melakukan hubungan seksual dari belakang adalah harus, dengan syarat anggota sulit lelaki masuk ke anggota sulit perempuan dari posisi itu.
Pendek kata, apa saja posisi boleh dilakukan, asalkan ereksi lelaki masuk ke dalam faraj wanita. Sehubungan itu, anda boleh mencuba posisi persetubuhan dari belakang, atau pasangan di atas, sama ada tubuh badan depannya bertentangan atau membelakangkan muka anda atau cara mana yang anda dan dia rasa selesa dan mudah untuk melakukan hubungan seksual.
Tidak semestinya hubungan seksual dilakukan di atas katil kerana ia juga boleh dilakukan di atas sofa dengan posisi anda duduk dan dia duduk di atas paha anda dengan memasukkan ereksi anda ke dalam farajnya dan mukanya bertentangan dengan muka anda.
Elok hubungan kelamin itu dilakukan di dalam kamar tidur atau dalam rumah dan bukan di luar kerana tidak beradab dalam pandangan Islam.

Planet baru
Saintis temui planet baru
Oleh LAUPA JUNUS
laupa.junus@utusan.com.my
Gambaran kedudukan Gliese 581 dari Bima Sakti.
KETIKA isu kemunculan objek asing atau UFO begitu mencetuskan perasaan teruja dan ingin tahu di kalangan masyarakat, banyak fenomena lain berkaitan angkasa mengalami perkembangan menarik.
Sebenarnya alam semesta tidak ada batasannya. Terdapat banyak objek di angkasa dengan pelbagai bentuk dan pelbagai rupa.
Selain objek semula jadi seperti planet, bintang, bulan, asteroid dan komet, objek buatan manusia seperti satelit, Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dan prob atau robot kapal angkasa merupakan sebahagian daripadanya.
UFO pula masih mengujakan manusia meskipun tidak ada bukti konkrit mengesahkan kewujudan mereka.
Di sebalik itu semua, pakar astronomi dan astrofizik mempunyai tanggungjawab lain. Antaranya membuat cerapan mengenal objek-objek terbaru berdasarkan isyarat yang diterima.
Pada tahun lepas, sekumpulan pakar astronomi melakar sejarah dalam pemetaan angkasa apabila mereka mengumumkan planet baru.
Apa yang menarik, planet itu mempunyai sifat yang memungkinkan untuk dihuni manusia.
Pencerapan terhadap planet itu dibuat sejak 11 tahun lalu. Tetapi kejayaan dicapai pada penghujung September 2010. Planet tersebut berada di luar daripada sistem suria kita dengan jarak lebih kurang 20.5 tahun cahaya (1.94 x 10 km) dari Bumi.
Penemuan kehadiran planet mengorbit bintang kerdil merah, Gliese 581 itu berada dalam lingkungan buruj Libra.
Selepas penemuan planet yang diberi nama Gliese 581b pada tahun 2005, kumpulan tersebut menemui planet Gliese 581 (c) , (d) ,(e), (f) dan g. Ini merupakan sistem yang mempunyai enam planet.
Pada planet keenam iaitu Gliese 581g didapati mempunyai sifat-sifat yang membolehkan adanya habitat atau dipanggil habitable zone.
Gilese 581 g itu ditemui oleh ahli-ahli astronomi Lick -Carnegie Exoplanet Survey diketuai oleh Prof. Steven Vogt yang merupakan profesor astronomi di Universiti California Santa Cruz bersama Paul Butler dari Institut Carnegie Washington.
Macam mana penemuan?
Menurut pakar astronomi tempatan dari Universiti Malaya , Prof Datuk Dr. Mohd. Zambri Zainuddin, penemuan tersebut berdasarkan pengukuran halaju jejarian sebanyak 122 cerapan dalam tempoh 11 tahun.
Kajian dibuat dengan menggunakan alat High Resolution Echelle Spectrometer (HIRES) yang dipasang di Mauna Kea Hawaii menggunakan teleskop berdiameter 10 meter iaitu Keck 1.
Penemuan juga berjaya dihasilkan dengan gabungan 119 cerapan lagi yang diperoleh dalam tempoh kiraan 4.3 tahun menggunakan High Accuracy Radial Velocity Planet Searcher (HARPS) dengan teleskop berdiameter 3.6 meter La Silla Observatory di Chile kepunyaan European Southern Observatory.
''Selepas ditolak isyarat yang terdahulu yang diketahui pada planet Gliese b, c, d, dan e maka terdapat dua isyarat baru iaitu dua planet tambahan yang masing-masing mempunyai tempoh putaran 445 hari bagi planet f dan 37 hari bagi Gliese 581 g maka ia dikenali sebagai planet baru," ujarnya ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini.
Oleh yang demikian, daripada kaedah tersebut, apa yang dilakukan ialah penyelidik-penyelidik berkenaan telah menyatakan bahawa berdasarkan jumlah pusingan 37 hari itu, data yang sangat jelas telah dikesan dengan hanya menggunakan peralatan HIRES sahaja yang menggunakan teleskop diameter 10 meter.
Manakala untuk set data HARPS sahaja tidak memadai atau mencukupi.
Berdasarkan penemuan tersebut, mereka menggabungkan data-data daripada dua teleskop berkenaan barulah ia menjadi kenyataan dan menerbitkanya dalam jurnal astrofizik bagi menyatakan penemuan bersejarah itu.
Malah Vogt telah menamakan planet Gliese 581g itu sebagai Dunia Zarmina mengambil sempena nama isterinya.
Planet kecil yang lain iaitu dari b hingga ke f dianggap tidak sesuai kerana terlalu kecil sedangkan Zarmina yang berjarak 1.94 x 10 kilometer dari sistem suria kita mempunyai keadaan fizikal yang berbatu dan atmosfera yang sesuai untuk membolehkan kehadiran air.
Berat atau jisimnya ialah antara 3.1 dan 4.3 jisim bumi dan berjejari 1.3 hingga 2.0 jejari Bumi.
Bagaimanapun menurut Mohd. Zambri, Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) perlu mengesahkan planet berkenaan memandangkan ada kelemahan daripada data peralatan HARPS .
Ini kerana katanya, dua minggu selepas planet itu dikesan, ahli astronomi Francesco Pepe dari Geneva Observatory (Switzerland) melaporkan bahawa analisis terbaru daripada 179 pencerapan selama 6.5 tahun yang diambil menerusi peralatan HARPS mengesahkan planet tersebut tidak dapat dikesan.
Pepe dengan itu mengesahkan bahawa data Vogts kurang tepat. Vogts pula yakin dengan data yang diperolehnya.
Sementara itu , perbezaan yang timbul daripada dua kumpulan terbabit mungkin berkisar bagaimana planet berkenaan mengorbit bintang kerdil merah berkenaan atau Gliese 581.
Menurut ahli astronomi Institut Teknologi Massachusetts (MIT), Sara Seager, Vogts menetapkan orbit sebagai bulat sempurna manakala Pepe berkata, orbit berkenaan bulat melengkung atau eliptik.
Disebabkan ada kumpulan itu maka, ini mungkin melibatkan ciri- ciri orbit planet ketika buat andaian.
Mengikut Seagar, dari cerapan tambahan dalam beberapa tahun lagi boleh meleraikan isu tersebut meskipun belum disahkan oleh kesatuan.
''Saya yakin IAU akan membuat keputusan dalam tempoh setahun dua untuk mengesahkan planet Gliese 581 g sebagai sah dan diterima," ujar Mohd. Zambri.
Mohd. Zambri menambah dengan penemuan planet tersebut, ia secara logiknya membuktikan bahawa masih ada lagi planet di luar angkasa yang belum ditemui.
Malah katanya, terdapat 12 lagi objek yang perlu disahkan oleh IAU sama ada ia berstatus planet atau sebaliknya.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Thursday, March 10, 2011
Suami Homo
Isteri buntu suami homoseks
SAYA wanita berusia 45 tahun dan sudah berkahwin selama 20 tahun. Suami saya seorang homoseks. Sehingga kini dia masih melakukan perbuatan terkutuk berkenaan bersama dengan mana-mana lelaki kesukaannya tidak kira usia asalkan tampan dan kacak.
Ada antara teman hubungan songsangnya itu sebaya dengan anak kami yang berusia belasan tahun. Dia kini lebih aktif sehingga tidak pulang ke rumah semata-mata untuk memuaskan nafsunya dan melupakan tanggungjawabnya terhadap isteri dan anak.
Semua teman sekerjanya pula mengetahui perbuatannya itu. Ini amat memalukan dan menjijikkan. Apa harus saya lakukan? Mohon diceraikan atau ada cara lain yang boleh membantu?
Saya buntu memikirkannya kerana perkara itu sudah saya alami sejak awal perkahwinan kami lagi.
RAUDHAH, Kuala Lumpur
ISLAM dan agama dunia melarang kelakuan homoseksual. Perbuatan itu tergolong dalam kategori dosa besar kerana menyimpang daripada fitrah semula jadi.
Pelakunya dilaknat oleh Allah. Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: "Perkara yang paling aku takuti menimpa ke atasmu ialah perbuatan kaum Luth. Dilaknati mereka yang melakukan perbuatan seumpama kaum Luth." (Ibnu Majah, Tirmidhi dan al-Hakim).
Kaum Luth dihancurkan Allah disebabkan mereka tenggelam dengan perlakuan homoseks di kota Sodom. Pelaku homoseksual bukan saja membawa akibat buruk kepada diri sendiri, malah kesan buruk juga menimpa keluarga, masyarakat dan negara.
Masyarakat dan negara memerlukan generasi baru untuk melanjutkan kehidupan. Penyimpangan seksual sama ada homoseksual atau lesbian mengakibatkan ketiadaan generasi baru umat manusia.
Lebih teruk lagi, anak-anak remaja dan kanak-kanak lelaki dijadikan tempat memuaskan nafsu. Kesannya, anak itu membesar dalam perwatakan 'wanita' (mukhannath) dan tiada lagi keinginan untuk berkahwin dan mendapatkan anak.
Ini merosakkan peribadi dan sifat semula jadi seorang lelaki. Pihak kerajaan perlu mengambil tindakan tegas terhadap golongan homoseksual kerana tiada satu pun keuntungan kepada budaya itu.
Budaya semasa dunia seolah-olah membiarkan fenomena songsang (sexual deviance) dan menerimanya sebagai hak asasi manusia hanya membawa kepada keburukan.
Kembali kepada fitrah semula jadi dan ajaran agama adalah jalan yang selamat. Dalam soal di atas, puan sepatutnya melaporkan perkara berkenaan kepada pihak berkuasa termasuk pihak berkuasa agama memandangkan ia sudah begitu lama berlaku dalam keluarga puan.
Membiarkan perkara mungkar berlaku membawa akibat buruk semata-mata. Bagi saya, memilih untuk berpisah adalah jalan selamat daripada menerima akibat penyebaran penyakit kelamin dan AIDS kepada diri dan keluarga.
Bagaimanapun, ia perlu diselesaikan secara baik dan berhemah sebagaimana termeterainya ikatan perkahwinan dahulu.

Onani
Lega nafsu dengan tangan
SAYA sudah berumahtangga selama 15 tahun dan selama itu juga saya melakukan onani kerana isteri tidak pandai melegakan nafsu saya dengan tangannya semasa isteri sedang berhalangan atau tidak bernafsu untuk melakukan hubungan dengan saya.
Isteri tidak keberatan jika saya melakukan onani sambil dia mengghairahkan saya. Saya tahu agama melarang menggunakan tangan sendiri tetapi bagaimana pula jika isteri tidak pandai merangsang dengan tangannya?
HAMPA, Johor Bahru
SECARA umumnya, ulama berbeza pendapat berkenaan hukum onani atau mengeluarkan mani dengan tangan sendiri. Ada yang menghukumnya sebagai haram, makruh dan harus berdasarkan alasan dan konteks tertentu.
Misalnya, kalangan ulama Shafie dan Hanafi mengharamkan perbuatan berkenaan sekiranya hanya sekadar untuk mencari kepuasan. Ini kerana ia dianggap sebagai tidak menjaga kemaluan.
Ia berdasarkan ayat al-Quran yang menceritakan ciri-ciri orang mukmin yang berjaya, antaranya: "...Dan mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang yang melampaui batas." (Surah al-Mu'minun ayat 5 hingga 7).
Onani dilihat sebagai perbuatan yang melampaui batas. Bagaimanapun, dalam keadaan yang lain onani dibenarkan sekiranya ada alasan yang wajar seperti untuk meredakan dan menenangkan hawa nafsu.
Begitu juga mazhab Hanbali mengharuskannya apabila takut terjerumus dalam perbuatan zina dan tidak berkemampuan untuk berkahwin.
Manakala Ibnu Hazm berpendapat ia makruh kerana bertentangan dengan tatasusila yang mulia (lihat, Paizah Haji Ismail, 1996: 179-80; al-Qaradawi, 1999: 170-71).
Berdasarkan penjelasan pendapat ulama di atas dan konteks yang berlaku pada diri anda, hukumnya adalah harus atas alasan untuk meredakan hawa nafsu dan ia berlaku dalam hubungan suami isteri.

Tuesday, March 8, 2011
Kelab Rodong
200 jurugambar 'Bersiar Ghodong-Ghodong'
KUANTAN 8 Mac - Kelab Ghodong-Ghodong Fotografi baru-baru ini menganjurkan bengkel teknik fotografi dengan merakamkan pelbagai destinasi menarik yang terdapat di bandar ini.
Bengkel sehari bertemakan 'Bersiar Ghodong-Ghodong' itu disertai 200 jurugambar yang turut mendapat kerjasama dua kelab fotografi lain iaitu Eastern Shutter dan DSLR Kemaman serta jurugambar bebas.
Sepanjang bengkel tersebut mereka didedahkan cara penggunaan kamera, merakam gambar, gambar potret dan kepelbagaian sudut menarik sesuai dengan tugasan tertentu.
Peserta dibahagikan kepada 10 kumpulan dan setiap kumpulan disediakan seorang model untuk dirakamkan melalui lensa kamera dengan aksi bersahaja.
Presiden kelab itu, Muhammad Ashraf Zulkifli, 25, berkata, program itu bertujuan memberi pendedahan tentang penggunaan kamera dan cara mendapatkan gambar terbaik.
"Semua orang boleh mengambil gambar, namun untuk merakamkan gambar terbaik yang boleh mentafsirkan rakaman itu perlu mempelajarinya secara khusus dan teknikal.
"Walaupun peserta bengkel itu mempunyai pelbagai latar belakang, kita dapat menyatukan mereka menghasilkan gambar terbaik di akhir bengkel tersebut," katanya.
Ashraf juga terharu dengan sambutan peserta yang datang dari pelbagai daerah seperti Temerloh, Jerantut, Raub, Pekan termasuk dari luar Pahang iaitu Kemaman dan Dungun, Terengganu.
Dalam pada itu, salah seorang jurugambar bebas, M. Eraman Malek, 27, berkata, bengkel tersebut mencapai matlamat kerana bukan sahaja mempelajari teknik digital malah memberi maklumat baru mengenai penggunaan serta teknik menangkap gambar.
"Saya bukan sahaja berkesempatan mendalami penggunaan kamera digital tetapi berpeluang mengenali rakan- rakan daripada berbilang kaum yang mempunyai minat sama," katanya.
Seorang lagi jurugambar bebas, Syazrul Edwan Mohd. Sham, 32, berkata, dia bertuah kerana bukan sahaja mengikuti bengkel tersebut tetapi berkongsi ilmu dengan peserta lain.
"Bagi saya, pengalaman itu amat berguna dan berharap pihak penganjur dapat meneruskan usaha seperti ini pada masa akan datang," katanya.
TAJUK-TAJUK BERITA L

Monday, March 7, 2011
Harga Ron95
Harga RON95 perlu dikaji semula
KUALA LUMPUR 7 Mac - Harga petrol RON95 perlu disemak semula sekiranya harga pasaran minyak mentah dunia kekal melebihi AS$100 (RM300) setong dalam tempoh lebih tiga bulan.
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI), Datuk Michael Yeoh berkata, kerajaan perlu menilai semula harga tersebut bagi memastikan pemberian subsidi tidak akan meningkat.
''Pada masa ini harga pasaran minyak mentah dunia berlegar melepasi AS$100 (RM300) setong ekoran krisis politik yang melanda Timur Tengah yang merupakan antara pengeluar minyak terbesar di dunia.
''Sekiranya trend kenaikan harga minyak mentah itu berterusan melebihi tiga bulan, kerajaan perlu menimbang untuk menaikkan harga petrol RON95 bagi pasaran tempatan,'' katanya.
Beliau berkata demikian pada Persidangan Greater KL Bandar Pintar Pada Masa Hadapan di sini hari ini.
Pada masa ini hanya harga petrol RON97 yang didagangkan mengikut harga semasa minyak mentah dunia.
Tambah Yeoh, diharap trend kenaikan harga pasaran minyak mentah global itu bersifat sementara dan akan kembali stabil apabila krisis politik di Timur Tengah kembali reda.
Sementara itu, beliau turut melahirkan kebimbangan terhadap peningkatan kadar inflasi semasa ekoran kenaikan harga makanan dunia.
''Penganalisis ekonomi berpendapat, peningkatan harga makanan akan menyebabkan kadar inflasi tempatan melonjak melebihi tiga peratus pada tahun ini,'' jelasnya.
Ketika ditanya mengenai pertumbuhan ekonomi negara pada tahun ini, Yeoh berkata, prestasi Malaysia adalah baik dengan pertumbuhan dijangka pada paras enam peratus.
''Pertumbuhan kukuh akan disokong oleh pemulihan dalam sektor eksport serta harga komoditi yang kukuh,'' tambah beliau.
Selain itu, prestasi pasaran saham tempatan juga kekal positif dan dijangka mencecah paras 1,700 mata menjelang akhir tahun ini.

Sunday, March 6, 2011
Trymasak
Panduan masak
Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN
nazrul.sharuddin@utusan.com.my
Gambar WAHIDAH ZAINAL
BAGI anda yang gemar memasak, aktiviti mencari resipi melalui buku-buku atau menonton rancangan masakan di televisyen pasti akan menjadi rutin.
Membawa dimensi baru kepada teknik pencarian resipi secara lebih moden dan mudah, syarikat teknologi tempatan, Geoflex Sdn. Bhd. (Geoflex) telah menampilkan portal panduan memasak interaktif dikenali sebagai TryMasak.
Ia mengetengahkan konsep paparan video ringkas dan padat sebagai medium penyampaian resipi menerusi akses laman web www.trymasak.my.
Keunikan tersebut telah menjadikan TryMasak sebagai portal video masakan dalam talian pertama di negara ini.
Menurut Pengurus Projek Eksekutif Geoflex, Nur Hafizah Mohd. Razali, portal berkenaan mula dibangunkan sejak tahun 2008 dan beroperasi pada pertengahan 2010.
Pembangunannya mendapat sokongan dana daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC).
"Portal ini mempunyai lebih 1,000 video resipi daripada pelbagai kategori masakan yang tersedia bersama input teks dan juga rakaman suara.
"Selain itu, laman ini turut menyediakan maklumat seperti tips dan panduan masakan serta makanan, cadangan resipi, perbincangan komuniti dan ruangan glosari.
"Glosari memberi penerangan serta informasi mengenai bahan-bahan resipi yang digunakan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris untuk memudahkan kefahaman.
"Bagi mendapatkan cadangan resipi pula, pengunjung laman ini hanya perlu menaip beberapa bahan mentah yang ingin digunakan sebelum sistem memberitahu resipi yang bersesuaian,'' katanya ketika ditemui di pejabat Geoflex di Cyberjaya baru-baru ini.
Apa yang menarik, untuk setiap resipi ia disertakan dengan maklumat sokongan seperti masa penyediaan, peringkat kesusahan, berapa ramai yang telah mencuba, komen pengunjung dan resipi bertulis yang boleh dicetak.
Pengunjung yang telah mencuba setiap resipi juga kemudiannya boleh memuat naik hasil masakan mereka dalam bentuk video atau imej.
Bercerita mengenai proses penghasilan video, Geoflex mempunyai pasukan produksinya sendiri yang akan merakam dan mengedit setiap visual.
Secara keseluruhannya, pembangunan TryMasak melibatkan seramai lapan orang tenaga kerja merangkumi operasi rekaan web dan grafik, pengaturcaraan, editorial dan pemasaran.
"Untuk tujuan pemasaran, kita menggunakan medium dalam talian seperti e-mel dan laman web rangkaian sosial untuk menarik pengunjung.
"Setakat ini, TryMasak telah mempunyai 3,300 ahli berdaftar termasuk dari luar negara seperti Jerman, Australia dan United Kingdom serta lebih 10,000 peminat di laman Facebook.
"Kita menerima respons yang sangat baik daripada para pengunjung kerana menurut mereka pendekatan menyampaikan resipi menerusi paparan video adalah lebih mudah dan menarik perhatian,'' jelasnya.
Nur Hafizah memberitahu, setiap resipi yang yang dipaparkan diperolehi hasil kerjasama dengan beberapa chef, syarikat pengiklanan dan syarikat pengeluar produk makanan.
Ketika ini, Geoflex sedang dalam proses menyediakan rangkaian resipi-resipi sihat melalui kerjasamai dengan Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM).
Selain laman web, Geoflex turut tampil dengan beberapa aplikasi tambahan yang menggunakan penjenamaan TryMasak.
Antaranya adalah seperti capaian TryMasak menerusi telefon bimbit, permainan video dalam talian, muat turun video dan penghantaran kad resipi menggunakan khidmat pesanan multimedia (MMS).
"Pada masa hadapan, kita bercadang membangunkan aplikasi TryMasak untuk peranti iPhone dan iPad pula,'' katanya.
Portal TryMasak telah menerima pencalonan dalam kategori Aplikasi Media Baru Bumiputera Terbaik bagi acara Anugerah ICT NEF-AWANI 2010 yang bakal berlangsung akhir bulan ini.
Program tersebut dianjurkan oleh Persatuan Industri dan Usahawan ICT Bumiputera Malaysia (NEF) bersama saluran berita televisyen, Astro Awani.
Selain Geoflex, dua lagi syarikat yang tercalon untuk kategori itu adalah Lotdotmy Sdn. Bhd. untuk produk eCommerce Domain dan SyQic Capital Sdn. Bhd. bagi perkhidmatan YOONIC Peer To Peer.
Ditanya mengenai pencalonan itu, Nur Hafizah berharap agar ia dapat menjadi batu loncatan kepada portal TryMasak untuk lebih dikenali ramai.
"Melalui pendedahan seperti ini, ia akan memberi lebih keyakinan kepada kami untuk mendekati masyarakat, penaja atau pun pengiklan pada masa hadapan.
"Acara seperti ini turut membuka peluang untuk para usahawan bertukar-tukar pendapat seterusnya memberi inspirasi dan motivasi untuk berjaya,'' jelasnya.
Geoflex yang menyertai NEF sejak tahun 2010 telah banyak terlibat dalam aktiviti bengkel serta latihan yang disediakan oleh persatuan itu.

Saturday, March 5, 2011
Dara Sendiri Tak Tau Ka
Darakah saya?
SAYA pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di ibu kota. Saya mempunyai masalah yang amat membelenggu saya selama ini dan ingin meminta bantuan Dang Setia di dalam hal ini, iaitu mengenai status dara saya.
Untuk makluman, saya hampir-hampir dirogol jiran sendiri sewaktu saya berumur lapan tahun. Tapi saya tidak ingat dengan jelas peristiwa yang berlaku itu kerana saya masih kecil dan tidak tahu apa-apa lagi.
Selain itu, saya juga pernah dinodai abang kandung tapi hanya membabitkan seks oral saja tanpa melakukan hubungan kelamin. Sekarang saya berumur 20-an. Adakah saya masih mempunyai dara atau saya sudah kehilangannya? Apa itu dara yang sebenar?
Seperkara lagi, saya ada kekasih bernama A. Saya amat mencintai A dan mahu menja- dikannya suami saya. A mengetahui hal ini dan sanggup menerima saya seadanya, lagipun A amat menyayangi saya dan ingin memperisterikan saya.
A pernah kecewa dalam percintaan sebelum ini dan dia serik untuk bercinta lagi. Keluarga kami mengetahui hubungan kami cuma tidak menggalakkannya kerana kami masih belajar. A belajar di semester akhir dan akan tamat April depan. Kami akan berkahwin dalam tempoh empat tahun lagi.
Saya amat takut kehilangan A dan pada masa sama, saya takut dia akan mempersoalkan kisah lampau saya selepas berkahwin nanti. Bantulah saya.
GADIS KIUP
Bagi menjawab soalan saudari, Dang Setia terpaksa merujuk kepada pakar sakit puan dan pelbagai artikel mengenainya supaya isu ini dapat diperjelaskan dengan sebaik-baiknya. Lagipun, majoriti masyarakat kita masih keliru mengenai selaput dara terutama kaum lelaki.
Secara ringkasnya, dalam istilah perubatan, selaput dara dikenali sebagai hymen. Selaput dara ini adalah satu lipatan selaput lendir yang menutupi pintu bibir vagina perempuan. Ia telah ada sejak bayi perempuan dilahirkan.
Kedudukannya adalah di antara satu atau dua sentimeter (cm) dari bibir luar vagina dan bentuknya bulat mengikut bentuk liang vagina.
Bagaimanapun, bukan semua wanita ada selaput dara pada vaginanya. Terdapat beberapa kajian yang mendapati ada bayi perempuan lahir tanpa selaput dara.
Ramai lelaki menganggap seorang wanita tidak suci sekiranya tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama. Anggapan ini sebenarnya kurang tepat. Perawan atau tidak seseorang gadis itu bukan hanya bergantung pada selaput dara.
Tidak semestinya wanita yang tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama sudah tercemar kerana selaput dara ini bukan hanya boleh pecah ketika melakukan persetubuhan tetapi juga disebabkan beberapa sebab lain seperti aktiviti lasak.
Kembali kepada masalah saudari, usah takut mengenai kisah lampau kerana saudari sudah menceritakan segala-galanya kepada teman lelaki. Malah, saudari seharusnya berlapang dada kerana tidak menyembunyikan sesuatu kepada bakal suami. Jika dia betul-betul menyayangi saudari dan menganggap saudari cinta sejatinya, insya-Allah dia tidak akan meninggalkan saudari kerana perempuan lain.
Seperkara lain, Dang Setia juga setuju dengan pendapat keluarga kedua-dua pihak yang mahu menyatukan kalian dalam tempoh empat tahun lagi. Tempoh itu rasanya bersesuaian bagi memastikan saudari dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada kuliah manakala teman lelaki saudari dapat membina kariernya terlebih dulu selepas menamatkan pengajian April depan.

Lulusan Ugama Suka Gesel dan Raba
Lulusan agama suka raba
SAYA mengenali seorang kawan lepasan pengajian Islam. Biarlah saya namakan kawan ini sebagai A dan perkenalan kami sudah lama iaitu bermula sejak sekolah rendah hingga menengah.
Rumah kami juga tidak jauh antara satu sama lain dan menganggapnya sebagai pemuda yang baik dan tidak pernah saya melihat dia melakukan perkara memalukan. Saya sangat menghormatinya kerana dia melanjutkan pelajaran di sebuah universiti terkenal dalam bidang pengajian Islam.
Saya menganggap orang lepasan pengajian Islam mestilah seorang yang alim dan tidak melakukan perkara dilarang agama. Namun, saya sangat terkejut apabila mengetahui A mendapat kepuasan seks dengan suka meraba-raba atau menggesel kemaluannya kepada perempuan, terutamanya di tempat yang sibuk dan ramai seperti dalam komuter.
Apa yang sangat menghairankan saya bagaimana seorang yang berpendidikan tinggi dalam agama boleh terbabit dalam perkara yang amat memalukan. Dia juga pernah memberitahu saya dia sangat risaukan perkara ini dan berharap boleh sembuh. Ini kerana A tidak mahu orang lain mengetahui perkara ini.
Ingin membantu,
Kuala Lumpur
FROTTEURISM adalah sejenis kecelaruan seksual di mana pelakunya mendapat kepuasan seks dengan menyentuh atau meraba seseorang tanpa izin. Bagaimanapun, untuk benar-benar mengesahkan sama ada A adalah seorang frotteurism, dia perlu memenuhi kriteria diagnostik yang ditentukan.
Lulusan bidang pengajian Islam dipandang tinggi kerana pengetahuan, penguasaan ilmu dan amalan dalam hal-hal berkaitan agama Islam, terutama dalam bidang pengajian yang diikutinya. Secara umum, lulusan bidang pengajian Islam menuntut individu itu untuk menghapuskan kejahilan, memperkukuh amalan, menerapkan nilai-nilai murni, mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Ia sudah dikira sebagai dakwah dan ibadah serta sudah tersedia jalan dan ruang berdakwah.
Dalam konteks A, masalah wujud pada personaliti, tingkah laku dan masalah kecelaruan seksualnya, bukan bidang pengajian yang diikutinya. Dengan mengaitkan bidang pengajian yang diikuti dengan tingkah lakunya, adik akan bertambah keliru dan bersifat hairan.
Dengan menganggap setiap individu, tanpa mengambil kira latar belakang pengajian boleh menghidap pelbagai jenis kecelaruan akan membuatkan adik lebih mudah menerima sesuatu realiti. Adik akan dapat menerima kenyataan, walaupun A, seorang lulusan pengajian Islam, tetapi dia juga mengalami masalah kecelaruan seksual.
Ternyata A perlu mendapat rawatan. Seperti simptom kecelaruan seksual yang lain, rawatan membabitkan terapi dan juga rawatan berbentuk psikofarmologikal. Banyak teori wujud dalam usaha menerangkan bagaimana kecelaruan wujud. Ramai pakar mengaitkan dengan zaman kanak-kanak.
Rawatan berbentuk keagamaan juga membantu di mana setiap kali A ingin memuaskan nafsunya dengan menggeselkan kemaluan atau meraba-raba perempuan, dia akan melihatnya sebagai sesuatu perbuatan yang salah di sisi agama, lalu tidak melakukannya.
Dr doakan A sembuh daripada sikap buruknya dan dapat terus berbakti kepada agama dan bangsanya.
Kongsi artikel ini menerusi media sosial

Gay VS Lesbian
Antara cinta pengkid, gay
NAMA saya D, tinggal di Kuala Lumpur. Saya seorang lesbian yang amat meminati pengkid.
Dulu saya tidak layan cinta sejenis tapi ramai perempuan sukakan saya. Untuk mengelaknya, saya pernah menyimpan rambut panjang namun masalah lain pula timbul apabila ramai pengkid meminati. Akhirnya saya tersedar rupa-rupanya hati saya memang kepada perempuan yang berperwatakan lelaki.
Kini, hampir lima tahun saya terjebak dengan percintaan sejenis dan bercinta dengan pengkid bernama M. Saya amat sayangkan dia hingga tidak sanggup hendak berpisah.
Sekarang saya sedar umur semakin meningkat dan ingin berumah tangga dengan lelaki pilihan. Jika saya boleh berumah tangga dengan pengkid� M , sudah lama saya berbuat demikian namun itu adalah mustahil.
Hati sukar untuk menerima lelaki, tapi baru-baru ini saya pintu hati terbuka menerima lelaki bernama S.
Saya inginkan dia menjadi suami. Untuk pengetahuan Dr, S dulunya seorang gay dan tahu saya lesbian, justeru kami selesa berkawan.
Kata S, dia sudah berubah dan tidak mahu terjebak lagi dengan aktiviti lamanya. Sudah dua tahun dia tinggalkan dunia gay dan daripada cara serta gerak-gerinya, saya tahu dia sukakan saya. Kami mengambil keputusan untuk berkawan dan mengenal hati budi.
S tahu saya masih menjalin hubungan dengan M walaupun tidak menyukai saya berbuat demikian. Saya ada memberitahu M bahawa ingin berkahwin dan berubah malangnya dia tidak boleh menerima keputusan itu.
Saya buntu kerana setiap kali S menghantar mesej, M yang akan membalasnya malah M juga ada menelefon S bertanyakan hubungan kami tanpa pengetahuan saya. Sekarang M sangat bencikan S dan saya tidak suka keadaan ini.
Saya takut S akan menjauhi saya kerana M serta pada masa sama runsing S bersikap seperti biasa dan tidak meluahkan apa-apa kepastian. Saya hendak berkahwin dan mempunyai anak tapi sekarang saya buntu. Dan, saya juga hendak M menjadi sahabat saya sampai bila-bila kerana dia sangat baik terhadap saya.
D,
Kuala Lumpur.
KESEDARAN adik untuk berubah amat Dr kagumi. Adik juga nyatakan pintu hati sudah terbuka untuk kaum lelaki.
Jujurnya Dr amat gembira dengan perubahan diri dan kesudian adik untuk memberi ruang di sudut hati untuk insan bernama lelaki. Ia satu permulaan yang baik kepada perubahan orientasi seksual yang normal.
Dr doakan kejayaan adik kerana jika kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya.
Namun, mengetahui perkara yang betul belum memadai jika tidak melakukan perkara yang terbaik. Segala niat baik adik itu perlu diikuti dengan tingkah laku yang menyokong kepada perubahan positif diri.
Belum mencukupi jika adik mempunyai keinginan untuk menjalani kehidupan normal seorang wanita tanpa adik berusaha mendapatkan apa yang dihajati. Sama penting juga ialah menjauhi faktor yang menolak adik daripada melakukan perubahan.
Sikap S yang tidak mahu lagi terjebak dengan aktiviti lamanya (seorang gay) memudahkan lagi perjalanan adik mendapat sokongan untuk berubah. Kehadiran S boleh membantu adik mencapai cita-cita untuk berubah menjadi wanita normal serta mempunyai keluarga dan anak.
Sikap S yang tidak memberi sebarang hala tuju dalam perhubungan kalian menambahkan konflik. Jika adik merasakan S betul-betul sesuai, adik perlu berani untuk berterus terang perasaan adik terhadapnya.
Ini kerana “hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu, hanyalah untuk menemukan pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi”.
Jika S ikhlas dalam perhubungan cinta ini, dia akan menyatakan kesediaan untuk menjadikan adik pasangan hidupnya.
Jika S tidak dapat menerima adik sebagai pasangan hidupnya, diharapkan adik tidak akan kecewa dan mengambil jalan mudah untuk terus menjalani hidup sebagai seorang lesbian.
Jika adik benar-benar ikhlas untuk menjadi wanita normal, Dr doakan satu hari nanti akan ada lelaki yang ikhlas untuk menjadikan adik suri hidupnya.
Sukar bagi adik untuk berubah jika terus dalam persekitaran yang hanya akan mendorong adik untuk terus terbabit dalam dunia lesbian.
Dengan terus membina hubungan cinta dengan M dan jika perasaan ini jika tidak dikawal dengan baik, boleh saja menyebabkan adik menjalinkan hubungan sejenis semula dengannya.
Niat untuk bersahabat baik dengan M memang baik. Namun, adik perlu membezakan antara sayang seorang sahabat dengan sayang terhadap seorang kekasih.
Beritahu M adik hanya ingin menganggapnya sebagai seorang sahabat. Pepatah ada mengatakan “Sahabat sejati dan setia adalah lebih bernilai dari semua emas di dunia” dan “Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan, sahabat sejati menjadi pendorong impian”

Air Mani Wanita
Seluar dalam mudah basah
ADAKALANYA saya mendapati seluar dalam saya basah kerana terkena geseran kain seluar dalam atau terangsang apabila menonton video lucah. Apakah itu perkara biasa yang berlaku kepada setiap perempuan dan perlukah mandi wajib sebelum menunaikan solat lima waktu?
GADIS KERUNSINGAN
Kedah
Jika air keluar dari faraj kerana terangsang syahwat atau terasa seperti lemah selepas keluar air terbabit, itu adalah air mani kerana wanita juga boleh mengeluarkan air mani.
Diwajibkan mandi hadas besar dan tidak sah solat dengan membawa najis hadas besar.
Jika basah selain itu, ia hanya air mazi dan perlu dibersihkan sebelum menunaikan solat.

Aurat Wanita Islam Dengan Bukan Islam
Batas aurat
SAYA belajar di universiti tempatan dan bercampur dengan rakan bukan Islam. Apakah hukumnya tinggal serumah dengan orang bukan Islam dan batas aurat dengan orang bukan Islam?
IZA
Kuantan, Pahang
Orang Islam dibolehkan berkawan dengan bukan Islam. Mereka bukan najis, bahkan mereka juga makhluk Allah dan tidak salah tinggal serumah dengan bukan Islam.
Batas aurat dengan wanita bukan Islam berbeza ikut keadaan. Jika diyakini dia seorang yang ‘thiqah’ iaitu boleh dipercayai, aurat dengan wanita bukan Islam sama seperti wanita sesama Islam iaitu antara pusat dan lutut saja.
Bagaimanapun, jika ada keraguan mengenai mereka dan dikhuatiri akan diceritakan pada orang lain mengenainya, aurat adalah semua anggota kecuali muka dan tangan.

Solat Tapi Berzina
Solat tetapi masih melakukan zina
ADAKAH solat diterima Allah jika seseorang itu sering melakukan zina? Walaupun selalu melakukan zina, dia masih beringat dan mengerjakan solat serta meminta pertolongan dan keampunan daripada-Nya. Adalah perbuatan ini dianggap mempersendakan agama?
LAYLA
Shah Alam
Wanita yang melakukan zina dan kemudian bersolat bererti solatnya itu tidak sempurna kerana ia sepatutnya menjadi benteng kepada perbuatan maksiat.
Allah menyatakan solat akan mencegah kita daripada melakukan perbuatan jahat dan mungkar. Jika saudari bersolat tetapi tidak berupaya menghindari zina, ertinya solat itu tidak sempurna.
Iman manusia ada kalanya bertambah dan berkurang. Dalam sebuah hadis, Rasulullah menyatakan: “Tidaklah berzina seseorang itu kecuali ketika berzina, imannya hilang.”
Ini bererti Nabi menafikan wujud iman ketika seseorang melakukan perbuatan mungkar. Namun, seandainya dia melakukan perbuatan baik dan insaf, iman akan datang semula.

Subscribe to:
Posts (Atom)