Saturday, March 5, 2011

Solat Tapi Berzina

Solat tetapi masih melakukan zina


ADAKAH solat diterima Allah jika seseorang itu sering melakukan zina? Walaupun selalu melakukan zina, dia masih beringat dan mengerjakan solat serta meminta pertolongan dan keampunan daripada-Nya. Adalah perbuatan ini dianggap mempersendakan agama?


LAYLA

Shah Alam


Wanita yang melakukan zina dan kemudian bersolat bererti solatnya itu tidak sempurna kerana ia sepatutnya menjadi benteng kepada perbuatan maksiat.

Allah menyatakan solat akan mencegah kita daripada melakukan perbuatan jahat dan mungkar. Jika saudari bersolat tetapi tidak berupaya menghindari zina, ertinya solat itu tidak sempurna.

Iman manusia ada kalanya bertambah dan berkurang. Dalam sebuah hadis, Rasulullah menyatakan: “Tidaklah berzina seseorang itu kecuali ketika berzina, imannya hilang.”

Ini bererti Nabi menafikan wujud iman ketika seseorang melakukan perbuatan mungkar. Namun, seandainya dia melakukan perbuatan baik dan insaf, iman akan datang semula.

Kongsi artikel ini menerusi media sosial

No comments:

Post a Comment